Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH ACARA LARI PECUT

KUMPULAN 1
DEVARASOO MOORTHY
KALAIVANI RSANDRA
SANTHY RENGASAMY
VISALADCHI MURUGASAN

Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan
di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut
menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang
stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan `dialos
berjarak 384 (192meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula
dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok
permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan
lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki
mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan `husplex digunakan untuk
memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada
undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa
yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai
cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk
mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan
diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan
cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah `pencil start, di mana
para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan
dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884.
Di Australia gaya ini dikenali sebagai `kangaroo start. Sebelum tahun 1921
kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk
wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100
meter,rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari
Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0 saat, Marlies Gohr dari Jerman pula
adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik
tahun 1928. Dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi
oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang
pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200meter diperkenalkan dalam
Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod
pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah
orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans
pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah
mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50
saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatanmasa 49.9 saat pada tahun
1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada
tahun 1978 dan yang terkini rekod tersebut telah dipegang oleh Marita Koch dari East
Germany dengan catatan masa 47.60.

KUMPULAN 1
DEVARASOO MOORTHY
KALAIVANI RSANDRA
SANTHY RENGASAMY
VISALADCHI MURUGASAN

Anda mungkin juga menyukai