Anda di halaman 1dari 29

Kerana Aku

Kegembiraanny……
Dalam Kelanaku Mencari CintaNya, Aku Tersungkur Dan Tersungkur
Lagi……..

…Pencinta illahi…

Bissmillahhirrahmannirrohiim…
Nama diberi IntanFarzana Binti Samion… aku dilahairkan pada 18
Februari 1989… aku dilahairkan jam 1445 petang bertempat di
Hospital Daerah Sik Kedah Darul Aman… ibuku bernama Intan Binti
Shaari… ibuku seorang suri rumah sepenuh masa dan sangat
penyayang.. bapaku bernama Samion Bin Zakaria… bapaku seorang
polis.. biarpun garang tetatpi hanya tuhan saja yg tahu betapa bapaku
menyaynagi anak2nya.. yelaa kan lelaki.. susah nk tunjukkkan kasih
sayang.. hehe Aku terlalu menyayangi mereka…. Aku merupakan anak
sulung dari tujuh orang adik beradik.. adikku yang pertama bernama
Muhamad Fazlan Hakim.. yang kedua Muhamad Faizul Helmi, yang
ketiga Muhamad Fahmi Izuwan yang keempat Muhammad Khairul
Amin, yang kelima Muhammad Al-Nuur Faez dan yang terakhir
Muhammad Fath Ariffi.. sayangnye.. mereka.. aku menetap di IPD
Rembau Negeri Sembilan.. sekarang Alu menuntut di Tun Tan Cheng
Lock College Of Nursing Assunta Hospital Petaling Jaya Selangor…
aku mempunyai seoreng sahabat baik bernama Ayman Shamim Binti
Huzahim aku sayang sgt2 kat dia.. family dia pown baik ngan aku.. aku
dh pown anggap dia mcm keluarga aku sendiri.. dia baik sgt2.. cute,
baik hati, manja.. mmg swit laa… bertuah aku dapat berkawan
dengannya..
…Sahabatku yang disayangi kerana ALLAH…

Aku mempunyai seorang shabat… namanya Ayman


Shamim Binti Huzahim.. nama panggilan shamim..
shamim nie baik… sopan santun.. cute.. manje…
mmg swit abeh laa… bertuah aku dpt berkawan
dengan dia…

DiDiK HaTi…
Ketahuilah bahawa kehidupan dunia hanya sekadar permainan dan senda gurauan,
perhiasan, dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan
anak keturunan. Seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani
kemudian itu (tanaman) menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian
menjadi hancur .Sedang di akhirat (nanti)ada azab yang keras dan ampuan dari Allah
serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang
palsu. (al Hadid, 20)

Abu Said al Khudry r.a berkata: Rasulullah duduk di atas mimbar dan kami duduk di
sekitarnya, kemudian Nabi bersabda: Sesungguhnya di antara yang aku khuatirkan
atas kamu sepeninggalanku nanti, ialah terbuka lebarnya kemewahan dan keindahan
dunia ini pada kamu
(Bukhari, Muslim)

Entah kenapa air mata aku tidak berhenti mengalir. Kedua-dua mataku hampir
tidak boleh di buka. aku marahkan diri sendiri. Kecewa dengan diri sendiri.
Kecewa kerana aku tidak dapat mengajar segumpal darah yang dipanggil hati.
Sedih kerana aku tidak mendidik hati sendiri. Jika aku gagal mendidik hati sendiri,
bagaimana pula aku dapat mendidik insan-insan lain agar mereka dapat mendidik
hati mereka?

Kesibukan sebagai pelajar, ada test, assignment, posting, nk kne cari prosedur.. itu
lah ini lah.. tak henti-henti…belum lagi ditambah dengan masalah disekeliling yang
ada hampir timbul setiap hari. Mutabaah? Hanya tertulis di dalam ingatan sahaja.
Inilah Intan Farzana terlalu banyak yang aku tinggalkan hanya kerana dunia.
Listnya panjang tapi yang terlaksana hanya separuh darinya. Apa nak jadi ni?

Kerana dunia juga, sikapku mula berubah…makin cepat naik angin. Cebat sangat
melenting tak pasal2.. Kerana terlalu penat dengan study dan tugasan serta orang-
orang di sekeliling. aku mula mencari kesalahan orang tanpa sedar kesilapan diri.
Kesilapan aku sangat jelas, iaitu aku lupa mendidik hati….
Tiba-tiba aku berasa ada yang perlu aku korbankan. Tapi apa? Adakah aku perlu
mengundur setapak dari medan aku sekarang ini? Atau aku perlu berehat buat
seketika? aku bertanya pada diri, penatkah aku? Lemah sangatkah diriku ini?
Kenapa harus penat dan lemah jika aku lakukan semua ini hanya keranaNya?
Kenapa aku perlu mengeluh jika benar aku ikhlas berada di medan ini? aku mula
berasa matlamatku kabur. Dunia semata-mata atau sahamnya boleh ditunaikan di
akhirat nanti?

Aku teringat pada emak, abah serta adik2 yang berada di rumah… Ya Allah…
betapa tingginya harapan mereka kepadaku. Betapa ingin mereka melihatku
berjaya menjadi seorang insan yang berguna. Aku teringat kembali kata2 abah.
“kakak… kakak belajar la elok2 kak.. abah nie bukannya ada harta nk bagi ble
abah dan mak mati nanti… yang abah ada Cuma kereta buruk tuu je.. sebab tu
abah nak kakak n adik2 belajar sungguh2… jadi orang yang berguna.. bila masa
depan dah cerah.. barulah senag dpt kerja.. kakak jadilah contoh kepada adik2
kak… tu je pesan abah.. jadi insan yang berguna.. solat jangan tinggal.. ingat tuu..
abah dan mak sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak2.. abah dan
mak saying kamu semua” Ya Allah… berdosakah aku pada mereka?? Mak…
abah… ampunkan kakak… kakak janji kakak akan belajar bersungguh2…
xtinggal solat.. dan jadi insane yang berguna… kakak sayang mak n abah sgt2..
biarlah ape pun orang nak kata… yang penting aku akan buktikan pada dunia
yang aku boleh BERJAYA!! Amiin…

Puteri yang dikasihi kerana Allah, untuk mencapai zuhud dalam kehidupan kita perlu
ditarbiyah dan tetap kekal dalam tarbiyah yang membawa maksud hanya dengan
tarbiyah kita dapat mengecap keseimbangan dunia akhirat. Dengan tarbiyah proses
hati dapat berjalan.

Ya Rabb, dalam kelanaku menagih cintaMu, jangan pernah Kau putuskan hatiku
dari Mu, jangan Kau paling jiwaku pada dunia yang sementara ini……

MeNjaDi InSaN TerPiLiH…

Terkadang aku terfikir mengapa aku sendiri seringkali di uji.Pelbagai masalah yg


menimpa sedangkan org lain terutamanya shbt2 di samping aku tidak di uji
sedemikian. Aku sendiri tak dapat nafikan terkadang mengeluh mengenangkan
nasib diri. Terlalu byk ujian sehingga merasakn kaki tak mampu lagi melangkah.

Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Terkadang Allah menguji hambaNya
dengan masalah dan musibah. Terkadang pula Dia menguji kita dengan
kemewahan, pangkat dan kesenangan. Maka, beruntunglah aku jika kita di uji
dengan musibah kerana dgn itu, aku dpt mendekatkan diri kpd Nya.
Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah menguji hambanya utk
mengukuhkan iman di hati mereka.Tanpa aku sedari, dengan ujian itu, Allah telah
memberi aku 2 nikmat terbesar:Iman dan Ilmu...Semakin hebat badai melanda,
semakin dekat aku kpd Nya. Bila aku di timpa masalah, aku akn cuba mencari
penyelesaian, dengan itu ilmu aku bertambah secara langsung dan tak langsung.

Dirawikan drp Nabi Saw, sesungguhnya baginda bersabda: Allah berkata:

Barangsiapa ditimpa bencana,lalu memohon perlindungan drpKu,pasti Aku


memberinya sblm dia meminta.Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta
perlindungn kepada makhluk,pasti Kututup semua pintu langit baginya.

Oleh yg demikian,hendaklah dia bersabar akan musibah itu dan redha akn
ketentuanNya. Allah telah mengatur perjalanan hidup kita begitu cantik sekali.
Jika kita kehilangan sesuatu(yg amat di sayangi)pasti Dia akan menggantikan
dengan sesuatu yg lebih baik.

Junaid al-Baghdadi ra telah berkata:


Bala itu merupakan pelita bg org arif,menyedarkan org murtad,memperbaiki org
mukmin dan menghancurkan org yg lupa.Tidak seorang pun akn mendpt manisnya
iman sblm dia ditimpa bala, rela dan bersabar
.

Rasulullah bersabda:
barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kpd Allah, maka bersih drpd dosa
bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya.Jika engkau sakit,jgnlah segera
meminta sembuh

Drpd Muaz bin Jabal ra,baginda berkata:


Ketika Allah menguji hamba yg mukmin dgn suatu bencana.Dia berkata kpd
malaikat pencatat amal buruk,"Hapuskan catatannya drpdnya". Dan Dia berkata
kpd malaikat pncatat amal baik,"Tuliskan utk hambaKu yg lebih baik drp apa yg
dia buat".
Sebagai hamba, kita perlu yakin akn janji Nya dan sabar menempuh ranjau duri.
Keluh kesah itu tidak menambahkan kebaikan malahan terkadang boleh membawa
mudarat. Wajarkah kita mengeluh atas ujian yg kecil sedangkan Allah telah
melimpahkan pelbagai nikmat kpd kita?

Seseorang tidak mengetahui,apa yg tersembunyi untuknya di antara bermacam-


macam kesenangan....
(As Sajadah:17)

Redhalah akan setiap ketentuan.Kerana sesungguhnya kita yg di uji ini merupakan


insan yg terpilih. Manusia yg hebat itu lahir drpd ujian yg hebat. Allah telah
memilih kita, kerana Dia tahu kita boleh mengatasinya. Sesungguhnya kita insan yg
bertuah kerana musibah itu bukan saja mendekatkan kita kpd Rabb tetapi
mengukuhkan iman dan taqwa di jiwa kita.

Allah telah menjanjikan kpd org2 mukmin lelaki dan perempuan(akan


mdpt)syurga yg mengalir dibawahnya sungai2,mereka kekal didlmnya dan
(mendpt) tmpt yg lebih baik di Syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah lbh besar. Itulah
kemenangan yg agung.
(at Taubah :72)

Wallahu'alam..

ToLonG AkU…
Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,


jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,


dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia.
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia.
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,


bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.


Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,


usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya.


Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya.
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia.


Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia.


Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..


Moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

-FARZANA-
AnTara BunGa… Rama-Rama… MutIaRa…
YanG ManaKah KiTa??
Apakah persamaan antara bunga, rama-rama dan mutiara?
Persamaannya semua itu dicipta oleh Allah. Ketiga-tiganya sinonim
dengan kecantikan. Dan kecantikan itu amat sinonim dengan wanita.

Apakah perbezaan antara ketiga-tiganya jika dinisbahkan pada


wanita?
Banyak perbezaannya. Seperti juga wanita. Setiap wanita itu mempunyai
personaliti yang berbeza.

Bagaimanakah sifat bunga yang dinisbahkan pada wanita?


Bunga itu cantik dan kebanyakkan bunga berbau harum. Dek kerana kecantikan itu, bau
wangi dan madu yang manis itu menarik perhatian sang kumbang untuk menghingapinya.
Seperti jua wanita, bagi yang gemar mempertontonkan kecantikan di khalayak ramai
pasti menarik perhatian jejaka. Ditambah pula dengan solekan (tabaruj), pakaian yang
menjolok mata (tidak menutup aurat) membuatkan sang lelaki makin ligat untuk
mendekati. Tapi sayang, bunga yang cantik tidak dapat bertahan lama, bunga akan layu
setelah beberapa hari ia mekar. Dan jika kecantikan wanita itu sperti bunga, pasti ia luput
dek kerana dimamah usia. Bunga juga mudah di petik. Diambil orang bila-bila masa.
Jika wanita sifatnya seperti bunga, maka dia akan mudah dipersiakan dan dipergunakan.

Bagaimanakah pula sifat wanita yang dinisbahkan dengan rama-rama?


Rama-rama juga cantik sama seperti wanita. Ia gemar terbang ke sini sana. Maka ia
menarik perhatian mata yang memandang. Jika ia tersilap langkah, pasti akan di tangkap.
Usia rama-rama juga tidak panjang. Mudah mati kerana perubahan cuaca. Wanita yang
sifatnya seperti rama-rama adalah wanita yang gemar memperlihatkan dirinya di hadapan
ajnabi. Jika dia tersilap langkah, pastinya dia menjadi kerakusan lelaki.
Bagaimanakah pula wanita yang diibaratkan seperti mutiara?
Mutiara cantik, tinggalnya di dasar lautan yang gelap. Tidak akan mudah dijumpai
melainkan si pencari merupakan penyelam yang hebat. Tidak mudah dimiliki kerana
nilainya yang tinggi. Hanya yang benar-benar mampu, boleh memilikinya. Bertuahlah
wanita yang sifatnya seperti mutiara. Dia ialah wanita solehah yang menjaga peribadinya.
Pergaulan sentiasa dibatasi. Dia tidak suka berada di khalayak ramai apatah lagi menhjadi
perhatian sang teruna. Dia hanya milik yang satu. Hanya kepada suami, kecantikan itu
dipamerkan.

Bagaimanakah diri kita?


Aku sendiri dalam proses mengislahkan diri. Masih lagi mentarbiyyah diri agar dapat
berilmu dan beramal dengannya. Sama-sama kita memperbaiki diri dalam mengejar
mardhotillah.

Wahai wanita, (untuk diriku juga)


Tutuplah auratmu seperti mana yang telah disyariatkan.
Firman Allah dalam surah an Nur,31:
“…..hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereka ke leher dan ke dada
mereka….”
“Sesungguhnya, sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi yang telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan
mencium baunya” Riwayat Bukhari dan Muslim

Fahamilah tuntutan menutup aurat itu. Menutup aurat bukan sekadar bertudung.
Rasulullah bersabda: “…hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan
longgar itu”.Menurut riwayat Imam Tarmizi dan Nasa’i dari Ummu Salamah r.a: “Ya
Rasulullah, bagaimanakah perempuan akan berbuat kain-kain mereka disebelah
bawah?”
Sabda Rasulullah s.a.w: “Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan
janganlah menambahkan lagi ke atasnya.Elakkan tabaruj, elakanlah menarik perhatian
lelaki.
Firman Allah dalam surah al ‘Araf, 31: “…pakailah perhiasanmu pada setiap waktu
sembahyang. Makan dan minumlah dan jangan melampaui batasan”.“Barang siapa
yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah, maka Allah s.w.t akan
memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti”.Riwayat Ahmad, Abu Daud, An
Nasa’I dan Ibn Majah.

Janganlah kamu memakai wangian yang berlebihan


“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencim baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata itu adalah zina”.Riwayat Nasa’i, ibn khuzaimah dan Hibban.

Sama-sama kita memperbaiki diri. Didiklah diri kita untuk menjadi wanita yang lahir dari
acuan al Quran dan Sunnah.
Wallahu’alam
CINTA… KASIH… SAYANG… HATI…
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja, PAPA dan MAMA.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama saja.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y= yang betul dia saja.
A = ada tak ada, bagi anak reti la.
N= nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna. `
$A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana

Cinta TerLarang…..
1. Kami tidak berzina!
- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.

2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah


menhampiri zina ?
- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.
3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu ….
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan
bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah
banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang
pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan
dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001
cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang
wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H Tabrani ). Syaitan akan
menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

4. Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang
hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat
launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akanmengheret kepada
suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja.
Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa
kepada perzinaan akhirnya??

5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?takkan sms pun
tak boleh?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan
perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi
dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan
juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan
zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah
ciuman ( hari Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana
jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.Sms ialah satu jalan
halus yang digunakan syaitan untuk menyesatkan anak adam tanpa disedari.

6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!


-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam
hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang
sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa
kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung
disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar
akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib
dan Atid?

7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”


- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak
macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah
study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke
bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu
dihabiskan dengan fantasi cinta!

8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.


-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia.
Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.

9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..


- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah
kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita.
Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih
tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.

10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam
membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin
memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri iti
tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara
yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong
pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa
dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat nakurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah
ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/
nafsu.

11. Tentu ada cinta secara Islam.


- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku stelah ijab dan
qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta
bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila
Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih
baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia
membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.
( hari Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.

12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?


-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian
perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan,
kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian
berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan,
duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru
semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?
Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang
yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.
Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih
bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.

13. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina.
Kami tahan diuji..
-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara
yang ditegah takut manusia akan kecundang

14. Jadi manusia itu tak tahan di uji??


-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan
manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan
ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia.
Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga.
Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia
tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri
pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi
tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka
menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka
tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan
kerah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan
penzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman
nenek moyang kita Adam dan Hawa.
15. Tetapi cinta selepas kahwin banyak maslah. Kita tak kenal pasangan kita secara
dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan
untuk berkahwin.
-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh
dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. masing-masing akan
berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan
berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk
ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang
pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta,
dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit
dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai.
Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.

16. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.


-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan
adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan
bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan
menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan
mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta
sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah
cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika
langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya??

17. Tanya sedikit..adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti
bercinta…
- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta
yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik
angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.
Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam
perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa
sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke
akhirnya akan bertemu dengan zina.

18. Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh
pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk
cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa
maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat
dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima
cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh
Allah.

19. Adakah orang yang bercinta hilang maruah?


- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-
olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala
orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang
pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang
beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin
melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan
peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh
lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang
kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3) Jadi orang yang pernah
bercinta juga tidak sesuia untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah
bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??

20. Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah
bercinta juga?
- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…


-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?
Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..
- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai
isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita
yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih
perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah
rahsia lelaki.

23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan
perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi
ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas
sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?


- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada
pasangannya. Firman Allah:
“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang
memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)

25. Bagaimana kami ?


- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta
mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat
redha NYA.

26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?
- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3
syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak
diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam
percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang
bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.
Ya Allah, Engkau bantulah hambaMu ini Ya Allah… Tunjukkanlah hambaMu ini
jalan yang benar dan diredhaiMu Ya Allah.. ampunilah segala dosa-dosa hambaMu
ini Ya Allah... Sesungguhnya Engkau maha pengampun dan penerima taubat…
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini…
Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat… Hiasilah diriku dengan
ahklak yang mulia… Mak dan Abah, anakmu berdosa... Engkau jaga diriku sedari
kecil dengan penuh kasih dan saying... Mengapa perluku curahkan kasih itu
kepada orang lain… Oh Tuhan… hambaMu ini berdosa… Ampunilah segala dosa-
dosaku ini YA ALLAH..

Aku berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!!

UnTuK Mu WaNiTa….
Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita
Istimewanya Wanita Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya
menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah nukilan
ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang
lain. Insya Allah.Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak
soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama


orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat
(tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama
haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji
bagi Allah dalam segala keadaan dan saya mohon ampun kepada Allah dari segala
dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui
shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke
atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir
kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama


saya(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah lah.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara,
malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan
puasanya)

15. Aisyah lah.ha. berkata "saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula
berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib
sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,
maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000
tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t.
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-
dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah


mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak
soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga,
yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan
mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau
merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah
ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya
sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah
kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat
itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan
malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya
melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan
jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka

.40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah
matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan
makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai
makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya
rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah
celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana
memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah.
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya,
"Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda
Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi
kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya
pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan
rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka,
jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari
akhirat."

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian
dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan
memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut


anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya
itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut
mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut
dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Shirat."
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang
solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula
kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang
kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah
engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling saya sukai ialah wanita solehah.

JiKa AkU JaTuH CinTa…


Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang,
Yang melabuh cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaiminin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyerntuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidaka berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah akau pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalan Mu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat
Di sepertiga malamMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku
Tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panajang
Menyeru manusia kepadaMu….

…Amin Ya Rabbal ‘Alamiin…


-FARZANA-
LeLaKi IdAmaN…
Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan


Ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa…

Biarlah dia seorang yang buta…


Buta,
Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara2 maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di palestin, ambon,
bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu,


Bisu,
Bisu daripada pujuk rayu yg bisa menggoncang keimanan,
Bisu drpd mengungkapkan ucapan yg bias meracun fikiran
Bisu drpd perkataan yg bisa mendtgkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pnh lekang dari membaca Al Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yg aku idamkan ialah seorang yg bakhil


Bakhil,
Bakhil dlm memberi senyuman
Pada wanita yng bkn mahramnya
Bakhil dlm meluangkan masa bertemu janji dgn wanita ajnabi yg blh dinikahinya
Bakhil utk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yg tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya utk beribadah kpd Khaliqnya
Dia begitu pemurah utk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya,
Bahkan nyawanya sendiri utk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yg aku idamkan adalah seorang yang papa,


Papa,
Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu2 yg tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dlm pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yg mulia
Dia begitu kaya dgn sifat sabar dlm mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam utk menjadi seorang syuhada
Yg syahid di jalan Allah

Ya Allah, Kau temukan aku suami seperti ini agar aku dpt berbakti hingga akhir
hayat ku....amiinn...hurmmm...bkn sng nak cari lelaki mcm ni...1 dalam sejuta…
dulu.. masda tyme2 skolah menengah dulu… adalah seorang hamaba Allah nie.. dia
salalu cakap… "Kdg2 kita ni baik tapi dpt suami x baik...bukan tak caya dgn janji
Allah. Tapi mcm tak nak jadi baik..." Jawapannya mudah saje...percayalah dgn
janji Allah. Kalau kita solehah tapi suami tak soleh... kene husnuzonn dgn Allah...
barangkali Allah nak uji thp iman kita... sdgkan Asiah wanita yg sgt mulia
bersuamikan Fir'aun... inikan kita. Sedangkan kita x la sebaik Asiah dan suami kita
x pula sekejam Fir'aun. Mmg ssh nak bntk lelaki especially suami sb mereka ada
ego...tp kene usaha...bykkan doa. Aku ngan kawan2 kawan2 ku suke gune term
lelaki 'suci' maksudnya lelaki yg xpandai kwn dgn pempuan, xpnh couple, x pnh tgk
cite pelik2...etc.... slalu tertanya2, ada lagi ke lelaki mcm ni??? mcm dh pupus je...
tp Insyaallah ada...sb masih ada lg pempuan yg 'suci'....hurmmm...btl x?
hakikatnya mmg ssh nk jmp lelaki yg soleh (xsmestinya pljr jurusan agama
sumenya soleh)...qasadkan dalam hati (ni utk diri aku sndri) "kalo aku nak suami
yg lahir dari acuan al Quran dan Sunnah maka aku kne jadi wanita yg lahir dri
acuan Quran dan Sunnah....."Lelaki yg baik utk perempuan yg baik...usah khuatir,
Allah dh tetap jodoh kita sblm kita lahir lagi....

p/s: aku adalah tulang rusuk kiri seorang rijal...namun masih tak kutemui jasad
asalku.....

HUKUM BERCOUPLE…
(Beringatlah wahai INTAN FARZANA BINTI SAMION)

BERCOUPLE… setiap kali aku mendengarnya akan


terlintas di benakku sepasang insan yang
sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling
mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang
kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.
Lalu Kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah
cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap
orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia…

MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan


membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan
jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas,
perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan
sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia,
dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik
(Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai


dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka merupakan
jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum
lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah
SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain
fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi,
Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka


ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan
dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang
beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash .a. berkata;


Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,
NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada


bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
(ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu


mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan
cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara
dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar
semuanya tetap berada pada landasan etika dan
norma yang sesuai dengan syariat.

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka


tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram.
kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin


menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akan


boleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanya


sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja dan


mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling
menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu
hanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple, boleh


dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah


lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup
untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi
kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya


tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah,
baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya
adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk
bersenang-senang dengan wanita asing (bukan
mahramnya) baik melalui ucapan, memandang,
atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW
bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan
dengan seorang wanita kecuali ada bersama-
sama mahramnya, dan janganlah seseorang
wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin


ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang
bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan,
kerana boleh menimbulkan syahwat di antara
keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan
berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan
dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan
yang akan menjerumuskan seseorang pada
perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap
orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan
melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi
menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau


ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan
wanita asing (bukan mahram) dengan
pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,
seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik
melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman
ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan
suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang
berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah
keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila
selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar
keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di


siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang
sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu


haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple
mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam


itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari
dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.
Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil
yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,


perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana
hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,
kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau
terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor


calon isteri mahupun suami merupakan satu hal
yang diperlukan sebelum memasuki alam
pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian
hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh


cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik
dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta
akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan
kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

Kalau boleh… aku nak sgt2 nasihatkan semua kawan2 aku… nak2.. kawan yang
rapat ngan aku.. yang aku sayang.. tapi tu laaa… banyak halangannya… nnt kte
aku nie suka sgt jga tepi kain org laa… jelez laaa… itu laaa… ini laaah.. hal sendiri
aku xmow jaga.. yelaaa… aku taw sape diri aku nie bukannya baik sgt.. setiap
manusia ada kelemahannya.. t xpepasal.. ble aku bersuara.. ada plak yang kate
blakang.. tuu.. yg paling aku xsuke sgt2.. sbb tu la aku xsuke sgt2 nk amik taw pasal
org melainkan benda tu mmg perlu aku taw or org tuu cite kat aku.. aku nie mmg
xsuke sgt2 laa bergosip2 nie.. Astaghrirullahhalaziim… gossip tuu amalan syaitan..
Ya Alllah… Engkau bantulah hambaMu ini… berikanlah kekuatan padaku bagi
menempuh segala dugaan serta ujian yang menimpa diriku ini.. berikanlah aku
kekutan untuk membimbing sahabat2ku kejalan yang benar… Engaku berikanlah
mereka petunjuk agar mereka sedar di atas segala perkara yang telah mereka
lakukan… sesungguhnya hanya padaMu aku meminta.. amiinn..
p/s: aku pown ke beringat2 gk.. semangat intan farzana!!

Anda mungkin juga menyukai