Anda di halaman 1dari 2

Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Solat Witr 1 rakaat


Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi
rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi:



.







Maksudnya:
Bahawa Abdullah bin Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat
dalam solat Witir. Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no:
991.
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir
Rakaat Ketiga
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah


5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.








.

.







.

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak
pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat,
jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat
empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian
baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
at-Tahajjud, no: 1147.
Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua
tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. SurahSurah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-Ala, Surah alKaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Kaab, dia
berkata:


















Maksudnya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir Sabbhisma
rabbikal alaa dan pada rakaat kedua membaca Qulyaa ayyuhal kaafiruun dan pada
rakaat ketiga Qulhuwallahu ahad dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada
akhir rakaat dan baginda membaca Subhanal malikul qudduus sebanyak tiga setelah
memberi salam Hadis riwayat Imam al-Nasai dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa
Tathawwuun Nahaar, no: 1683.

Anda mungkin juga menyukai