Anda di halaman 1dari 8

CARA PULANGKAN SIHIR - SUMBANGAN TUAN MAKHDUM DAN

LAIN-LAIN. POSTING DARI EX-FORUM CCVT


1-AlFatihah -1x
2-Ayat AlKursi -3x
3-AlIkhlas -3x
4-AlFalaq -3x
5-AnNas -3x
6-Selawat Tafrijiyyah -11x
7- La ila ha illallahu wah dahu la syarikalah lahul mulku wa
lahulhamdu wahuwa 'ala kulli syai inqadir - 100x
8-kalau nak power lagi tembak dengan kunut nazilah..
Cara beramal:
Jika tidak kena sihir baca sekali pagi sekali malam sebagai
pendinding dan berbagai kelebihan. Jika kena sihir yg ringan baca
sekali pagi sekali malam. Jika kena sihir yg kuat iaitu anda sudah
kesana kemari jumpa bomoh2 dan duit sudah habis beribu2-Tingkatkan FREQUENCY anda iaitu tingkatkan KEKERAPAN
pembacaan. BACA amalan di atas setiap selepas solat 5 waktu
secara istiqamah. InsyaAllah penyakit sihir anda akan beransur2
hilang--3 hari berasa lega, seminggu bertambah lega teruskan
amalan sehingga sembuh dgn sempurna!
Buat solat taubat dahulu kemudian istighfar. Kerana dosa yg
banyak boleh menghalang rahmat Allah. Istighfar boleh
menambahkan kekuatan di atas kekuatan-mafhum alquran.
Kemudian dibuat amalan tersebut.
Selepas tu buat kaedah selepas tamat zikir. Hisap nafas-tahanlepas 7 kali spt yg saya sebut sebelum ni.
Selepas dibaca amalan di atas selepas selesai zikir tu SILA hisap
nafas dalam2 dan tahan seberapa lama yg mampu kemudian
lepas perlahan2. Buat tujuh kali-->Hisap-tahan-lepas. Rasakan
nafas itu memenuhi alam diri. Ini akan lebih cepat memberi
kesan. Dgn membuat kaedah ini akan menggilap mencahayakan
hati, memutuskan gurisan2 syaitan di hati, juga dapat
memutuskan sihir. Juga dapat meningkatkan daya pertahanan
ghaib insyaallah. Kekuatan dalaman akan meningkat dari hari ke

hari. Insyaallah jika berkekalan dlm sebulan dibuat kaedah ini


saudara dapat merasakan perubahan yg luarbiasa. Jangan terus
minum selepas membuat amalan ini. Tunggu seberapa ketika
barulah minum kalau hendak minum. Jika terus minum tak baik
utk kesihatan dan kurang kesannya. Ini adalah petua Imam
AlGhazali dan amalan pengamal thariqat Naqsyabandiah selepas
selesai zikir2 mereka.
(1) - (3) untuk menyeru rahmat (bantuan) Allah
(4)-(5) memang bagus untuk membuka simpulan sihir -ada nas
juga
(7) sebab ada nas hadis - perlindungan selama 12 jam.
Saya pernah baca ni sambil pegang tengah perut (kawasan liver,
spleen) orang dikatakan kencing manis - saya suspek jin block
kawasan situ, sebab kawasan tu pun rasa panas pada tangan
saya. Alhamdulillah pesakit rasa nak sendawa, kentut dan
berpeluh lepas tu. Lepas tu saya suruh anak dia sambung baca
hari2. Anyway Ayat33 pun saya bacakan disitu untuk pulihkan
organ pesakit.
Cuma (6) Salawat Tafrijiyyah tu saya tak tahulah...saya sekarang
guna Salawat lain "Allah humma Sali Ala Saidina Mohamad Adada
Ma Ilmillah" ini dikatakan dalam 1000x lagi power
Zikir 100 kali kalimah tersebut sebagaimana yg saya sebut di atas
adalah TANPA biyadihil khair dan TANPA yuhyi wa yumit.
Zikir yg saya sebut di atas adalah khas utk dibaca dlm bilangan
100x-sumber hadis sahih .
Zikir tersebut dgn tambahan.. biyadihil khair wa yuhyi wa yumit
wahuwa 'ala kulli syaiinqadir--adalah utk dibaca 10 kali selepas
solat maghrib dan subuh--sumber hadis sahih
Dalam perkara ni kita balik ke asal, yakni kena banyak2 baca
Shahadah sebab nampak gaya baca Ayat2 Quran macam takda
power...
Bab selawat tu selawat apa pun takpe. Cuma selawat
tafrijiyyah(melepaskan/pelepasan) adalah selawat yg masyhur

digunakan dan termasuk dlm selawat yg mujarrabah utk


menghilangkan dukacita, simpulan kesusahan/sihir, mencapai
hajat, membukak hijab, mencapai darjat yg tinggi etc.
Sebagaimana disyarahkkan oleh banyak ulamak spt alQurthubi.
Syarat mendapat kelebihannya ialah dawam/berkekalan dlm
beramal.
Spt selawat ...adada ma ilmillah--sebanyak mana ilmu Allah,
selawat tafrijiyyah diakhiri dgn bi'adadikulli ma'lumillak--sebanyak
mana yg engkau(Allah) ketahui. Sama aje maknanya tu. Dlm
selawat tafrijjiyyah tu ada doa permohonan berbagai perkara
berserta selawat atas nabi saw.
http://www.harmoni-my.org/forum/index.php/topic,552.0.html (11
x)
http://www.bheuu.gov.my/fastlink/doa.shtml
http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/april97/h_lawat.htm
www.darussyifa.org
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna
ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya
terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan
juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan
akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan
wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang
sempurna Engkau anugerahkan juga Ya Allah, ke atas keluarga
dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga
hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.
kalau ayat Quran pergi kat islamicity.com
i) kena yakin bahawa ayat Allah adalah mukjizat nabi yang masih
tinggal dengan kita hingga hari ini. Mana ada sihir, gangguan, jin
dan yang seumpamanya yang dapat menewaskan mukjizat nabi.
Kena yakin sungguh-sungguh bahawa kita sedang mengamalkan
suatu kaedah yang terbaik yang tidak mungkin dapat ditembusi
lagi oleh mana-mana sihir..sebab sihir itu adalah dari syaitan dan
syaitan tidak boleh mengalahkan mukjizat nabi ini. Jangan
benarkan sebesar lubang jarum pun perasaan betulke ni..boleh ke

ni..bermain dihati kita..Sebab bila kita tidak yakin dengan ayat


Allah kita sudah membuka satu lubang untuk syaitan masuk
ii) tambah-tambah lagi yang kata ayat ni boleh membakar
syaitan..ayat itu boleh memelihara dari sihir bukan tok kiyai,
bukan tok guru keramah, atau orang berjubah putih dalam mimpi
atau ulama wali songo, tok kenali atau khalifah tariqat atau
sesiapa sahaja orang atas muka bumi ini yang kita yakin dan
pegang bulat-bulat kata-katanya. Tapi yang kata itu ialah orang
yang paling benar perkataannya di atas muka bumi ini..soodiqul
masduq Ar rasul Muhammad SAW. Tidak dusta lidah baginda yang
mulia itu...
Mudah-mudahan dengan sedikit tafakur ini akan melipat
gandakan kesan amalan kita..Saya kata begini sebab saya pernah
diberitahu seorang yang beramal banyak ayat itu ayat ini..tetapi
masih boleh terkena sihir. Puncanya ialah pada pengamal
itu..sebelum kata begitu-begini mari kita tengok pegangan hati
kita macam mana..rasa atau tidak besarnya ayat Allah itu..rasa
atau tidak mulianya ayat Allah itu. Atau kalau nak pergi jauh
sikit...suruhan-suruhan Allah dalam alQuran itu ada tak yang kita
buat tak tau aje..
9- boleh tambah dengan YASIN 40
http://www.komputer.com.my/cvt.htm
ya Allah pulangkan sihir ini kepadanya sejuta kali
10-Bacalah sebanyak-banyaknya Surat Al-Mukmin (40): 27
sebagai berikut :
27. Dan (setelah mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata:
"Sesungguhnya Aku berlindung kepada Allah Tuhanku dan Tuhan
kamu - dari (angkara) tiap-tiap orang Yang sombong takbur, Yang
tidak beriman kepada hari hitungan amal!"

Kaedah Yasin 41

.
Bacaan Yaasin 41 ini diamalkan bagi memohon kepada Allah SWT supaya
memperkenankan sesuatu hajat. Ramai yang telah mengamalkannya,
hasilnya amat menakjubkan sekali Jika baik yang diminta dapatnya juga
yang baik.
Cara Membaca Yaasin 41:
1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan
dengan Isti'azah, Basmalah, kemudian surahal-Fatihah diniatkan untuk
Rasulullah SAW dan diikuti juga selawat ke atas Baginda sebanyak 11 kali.
2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali niat dalam hati.

Yaa siin
3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut
yang bermula dengan "zaalika taqdiru.." 14 kali niat dalam hati.

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan


Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 16 kali - niat dalam
hati.

(Mereka juga beroleh) ucapan "Salam" (selamat sejahtera) dari Tuhan Yang
Maha Mengasihani.
5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya sebanyak 4 kali - niat dalam
hati.

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah


menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan semula manusia
sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Benar, Dia berkuasa! Dan
Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
6. Al-Fatihah
7. Doa
Semua sekali ayat-ayat yang diulang itu berjumlah 41 kali (7+14+16+4).

Wallahu A'lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Bacaan Yaasin 41 ini diamalkan bagi memohon kepada Allah SWT supaya memperkenankan
sesuatu hajat. Ramai yang telah mengamalkannya, hasilnya amat menakjubkan sekali Jika baik
yang diminta dapatnya juga yang baik.
.

Cara Membaca Yaasin 41:


.
1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan dengan Istiazah, Basmalah, kemudian
surah al-Fatihah diniatkan untuk Rasulullah SAW dan diikuti juga selawat ke atas Baginda
sebanyak 11 kali.
.
2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali niat dalam hati.

Yaa siin
.
.
3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula
denganzaalika taqdiru.. 14 kali niat dalam hati.

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Tuhan Yang


Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
.
.
4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 16 kali niat dalam hati.
.

(Mereka juga beroleh) ucapan Salam (selamat sejahtera) dari Tuhan Yang Maha
Mengasihani.
.
.
5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya sebanyak 4 kali niat dalam hati.
.

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan
langit dan bumi itu berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia
menciptakan mereka dahulu? Ya! Benar, Dia berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang
tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
.
.
6. Al-Fatihah
.

7. Doa