Anda di halaman 1dari 8

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri
dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam
sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar
(bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak
meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan
dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat
banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa
dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan
berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita
untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2
atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak
disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.
Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya
akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah
dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang
solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR
menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang
seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan
isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi
mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah
setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada
mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya
meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA
SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa
sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita
itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar,
bagaimana pula ingin meminta ampun.
Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga
dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu
memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa
dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti
taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan
menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan
melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan
merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI
menggunakan dengan bijak.
Bersangka baiklah kepada Tuhan...
Azamin Amin
Tue | Jun 30, 09 | 1:08:41 pm MYT

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead,"

Iklan Saya tidak akan lupa kata-kata itu. Ianya terucap


kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr.
PMS Jassal ketika saya menekuni pengajian A-
Level, jurusan undang-undang di Juara Academy College di ibu kota.

Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul' dalam kelas seramai 30 orang
itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama saya mendaftar.

Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak
memahami apa yang diajar. Bukan sehari tetapi berjangkit sehingga lebih sebulan!

Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelas dan
pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat 'presentation' jauh sekali untuk
mendapat tempat teratas dalam carta kelas.

Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar yang selalu dianggap
'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari telunjuknya tepat ke muka
saya.

"At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada saya,
terkelipot-kelipot malu.
Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan di hotel lima bintang,
sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang. Saya percaya, dia berani bertaruh
kerana yakin yang saya tidak akan menggapai bintang. Betul-betul menghinakan.

Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie


menenangkan saya. Mereka memberi perangsang dan selalu membantu, apa yang saya
tidak tahu.

Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu dengan pensyarah Baljit
Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau penilaian ke atas prestasi pengajian saya
selama ini dan seperti yang dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan.

"Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya tergesa-gesa. Sedih.
Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus cukup makan sahaja..

Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang masa depan yang
kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta sebagai kata-kata azimat ketika
menjejak kaki di ibu kota untuk menuntut ilmu.

"Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga dan
selamatkan anak mak.

"Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan. Percayalah.. ." kata Azizah
Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil memetik bait-bait ayat kalimah tuhan.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan
doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah di
hujung sejadah.
Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya dan sekuat mungkin.
Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka buku. Buku seperti English Legal System,
Constitutional Law, Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali!

Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri berkajang-kajang kepada


pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan bertubi-tubi sehingga kelihatan
'membosankan' bagi mereka.Saya kemudian beranikan diri bercakap di khalayak,
walaupun 'broken English.'

"Apa nak malu, janji saya maju. Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya berjaya,"
getus hati cuba menceriakan hari.

Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha) adalah pembuka jalan
kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau 'stereotype' . Hakikatnya hidup ini tidak ada yang
'short cut'. Selepas doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan
begitu mudah.

Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead," kata Jassal menepuk-
nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul adakalanya.

Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru saya tahu bahawa kerajinan
orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum lain membuatkan mereka berjaya.

Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih lebih baik
dari semua otak-otak.

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya


apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah:
286)

Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah
nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan tuhan. Usaha gigih dapat balasan setimpal. Tak kira
siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh juga akan dapat balasan, jika usaha lebih.
Bukan masalah otak.

Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang 'bukan-bukan' di depan
Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses
dengan cerita-cerita aneh, mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula
memanjatkan doa, untuk melihat bukti kuasa Tuhan. (Kisah ini pernah diterbitkan di
Harakah tiga tahun lalu, sebelum menjadi wartawan)

"Ya Allah, jika benar makbul doa di sini, hilanglah seliparku."

Begitu dangkal doa saya dan cuba menguji Tuhan. Sebelum itu telah saya sorokkan
selipar buruk itu di suatu sudut di pintu masuk Masjidil Haram.

Ringkaskan cerita, Tuhan makbulkan permintaan saya yang pendek akal itu.

Hilang selipar saya, walaupun ianya buruk. Dan lebih parahkan lagi keadaan, selipar saya
hilang setiap kali saya beli yang baru, dan berlanjutan selama enam hari!

Mengelabah, pucat dan panik saya dibuatnya. Saya cuba menyembunyikan peristiwa itu
daripada ayah saya, yang mula kehairanan apabila setiap hari, tiap kali pulang daripada
masjid meminta 5 ke 10 Riyal (lebih kurang RM 5.00 ke RM10.00). Tujuannya hanya
untuk membeli selipar baru.

Pernah sekali, saya berkaki ayam dari Masjidil Haram pulang ke tempat penginapan
sambil ditertawakan orang Arab yang lalu lalang. Apa boleh buat, itu balasan Allah, pada
saya yang mulut celupar.

Dua hari terakhir di Makkah, saya berteleku di depan Kabaah, memperbaharui doa semula
dengan penuh rasa insaf.. Sejak doa itu, selipar saya tidak hilang lagi.

Ya, Allah sentiasa selamat dan perkenankan doa saya. Begitu juga yang orang lain.
Berusaha dan mintalah, percayalah Allah tidak mengecewakan. ..

Alhamdullillah, tidak menghampakan apabila Allah kabulkan juga doa saya untuk
melintasi peperiksaan A-Level yang diduduki. Walaupun usaha tidak setara mana, tetapi
kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Ketika keputusan A-Level diumumkan, saya sedang 'bercuti' dan 'mengaji' di sebuah
sekolah pondok di selatan tanahair. Manoj dan Manimaran menghubungi saya melalui
telefom awam. Masa itu tidak bercambah lagi, telefon bimbit.

"Congratulations! You and Patricia are the best student in the college. Come drop by, take
your exam transcript," ujar Manoj. Barangkali kedua-duanya kini sudah bergelar peguam.

Keesokannya saya sudah terpacak di kolej di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur itu untuk
mengambil keputusan dan teka apa yang berlaku?

Pensyarah dan pengetua mula mengerumuni. Menawarkan biasiswa untuk melanjutkan


pelajaran dan melahirkan pujian berguni-guni. Yang menghunus jari telunjuk ke muka,
yang bertaruh untuk menjamu selera dan yang gelak ketawakan saya, hilang entah ke
mana.

n dikenal ketika di puncak. Diapung, diangkat dan dijulang ketika senang.

Namun ketika susah, pahit dan payah, siapa pun tidak tahu malah menjarakkan diri, kata
benak saya melihat watak-watak yang ada di depan mata. Biarlah...
Ya, akhirnya bila kita berusaha, berdoa dan bersabar, nescaya Allah perkenankan dan
selamatkan kita...percayalah.

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar. " (Surah al Baqarah ayat
155)

Tulisan sepicing ini ataupun coretan caca marba yang tidak seberapa ini saya tujukan
ikhlas untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, yang melanjutkan pelajaran di
menara gading dan juga untuk insan-insan yang mulai rasa putus asa, agar sentiasa
bersangka baik kepada Tuhan, Allah yang maha tahu beban, kepayahan dan ujian hamba-
Nya. - azm

(Segala teguran, kritikan dan pandangan sudilah majukan kepada saya di


azaminamin@yahoo. comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan
Javascript enabled untuk melihatnya dan segala pujian kembalikan kepada Allah SWT) _

Anda mungkin juga menyukai