Anda di halaman 1dari 3

1. TEMA : Cabaran Masa Depan.

2. NAMA PROJEK : Kegiatan Lumba Haram @ mat rempit.

3. TARIKH PERLAKSANAAN : 25 Mac 2010.

TEMPAT : SMK Abu Bakar Temerloh.

4. PENGENALAN PROJEK

Khidmat masyarakat adalah kompenen amali Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan


kami secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini adalah
dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri,
sekolah, dan masyarakat.Melalui khidmat masyarakat ini, kami dapat mengaplikasi
pengatahuan, kemahiran, dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah. Kami juga mendapat pengalaman sebagai sebahagian daripada
anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini, kami dapat membina martabat
diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan
masyarakat.Kami dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu
persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun.

5. OBJEKTIF PROJEK
• Membantu masyarakat setempat mengatasi gejala sosial.
• Mengamalkan pemanduan berhemah dalam kalangan remaja dan pelajar.
• Mewujudkan perasaan bertimbang rasa semasa menggunakan jalan raya.
• Menyedarkan remaja menghargai nyawa mereka.
6. SENARAIKAN AHLI DAN TUGASAN

6.1 GURU PENASIHAT : Puan Norliza binti Mat Ali

6.2 AHLI KUMPULAN

Pengerusi : Muhammad Razan bin Mohammad Ramli.


Naib Pengerusi : Aarnold a/l David
Setiausaha : Nor Jihan binti Jantan
Bendahari : Yasmin Syazwani binti Mohammed Rodzi
Ahli Jawatankuasa : Tan Hong Kiat
Tan Yuan Joe

7. PERLAKSANAAN PROJEK
7.1 MEMBUAT PERANCANGAN

Perancangan untuk melaksanakan projek ini telah dimulakan pada awal bulan Mac.
Projek Khidmat Masyarakat ini dibuat berdasarkan gejala lumba haram dan merempit
dalam kalangan pelajar sekolah serta penduduk setempat ibarat cendawan tumbuh selepas
hujan. Gejala ini semakin meruncing meskipun terdapat ‘segelintir’ pihak sahaja yang
mengambil tindakan. Didapati sebilangan pelajar yang menggunakan motosikal untuk ke
sekolah, terbabit secara langsung dengan masalah ini. Sekiranya aktiviti yang tidak sihat
ini dibiarkan berterusan, dikhuatiri lebih ramai remaja dan pelajar akan terkorban secara
sia-sia di jalan raya. Remaja ialah aset negara yang berharga. Mereka bakal menerajui
tonggak kepimpinan pada suatu hari nanti. Langkah-langkah yang lebih efektif dan
menyeluruh perlu diambil bagi menangani gejala kurang sihat ini.

Projek ini bertujuan menyedarkan para remaja dan pelajar bahawa dirinya amat berharga
dalam masyarakat. Sebagai seorang pelajar, kesedaran dalam diri setiap pelajar itu
penting sebagai langkah pencegahan awal. Ini kerana jika terdapat segelintir pelajar
terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat ini, dikhuatiri pembelajaran mereka akan
terganggu di masa yang akan datang. Pada usia remaja inilah seseorang mula membina
sahsiah diri yang cemerlang supaya boleh berbakti kepada keluarga, masyarakat dan
negara.
Projek ini adalah bagi menyedarkan para remaja tentang betapa ruginya tindakan mereka
mensia-siakan usia mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah
seperti mencurahkan air ke daun keladi. Objektif perdana projek ini ialah bertujuan
mengajak para pelajar sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar harapan
sekolah dan peneraju negara di masa hadapan,tepuk dada tanya selera. Kami berharap
agar projek ini dapat membantu remaja meningkatkan sahsiah mereka agar mereka
menjadi seorang yang berguna dalam kelompok masyarakat serta merasakan diri mereka
lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara yang
tercinta.

Aktiviti-aktiviti berikut telah dikenal pasti untuk mengisi projek ini:

a. Ceramah kesedaran dan pendedahan tentang bahayanya kegiatan lumba haram oleh
penceramah jemputan.

b. Kempen “1 Lesen, 1 Pelajar” diadakan berhadapan pintu masuk sekolah dengan


kerjasama guru disiplin dan hal ehwal pelajar serta guru-guru sekolah.

8. CADANGAN

Kami mencadangkan supaya kempen menangani gejala merempit ini perlu diteruskan
pada masa akan datang. Kita perlu mengenal pasti gejala sosial yang lain seperti
pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah. Semua pihak perlu menggembleng tenaga,
masa dan wang untuk menjayakan sesuatu kempen agar segala bentuk gejala sosial dalam
kalangan remaja dapat dibanteras sedikit demi sedikit.

Untuk melaksanakan aktiviti ini,ahli kumpulan telah dibahagikan kepada dua kumpulan.
Setiap kumpulan ditetapkan menjalankan tugas dan dan tanggungjawab seperti berikut: