Anda di halaman 1dari 2

Mee abah

10 bungkus mee kuning, dicelur, siram dengan air sejuk dan toskan

Kuahnya:
1 batang tulang kaki / 'gear-box' (berat lebih kurang 3 kg)
1 kg daging campur (gred 2) dipotong sederhana (1x1 inci)
300 gm udang putih/ harimau saiz kecil- dibersihkan dan dikisar tanpa dibuang
kulit dan kepala
3-5 biji kentang dikupas kulit dan dikisar
3 ketul tauhu putih dilecek/ hancurkan
2 ikat sawi dipotong 2 inci panjang
1 kg sos cili (K.An guna sos kimball dalam peket)
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan sos tomato
1 cawan kicap manis
1 cawan kacang tanah yang telah disangrai, dan dikisar halus
50 sen daun sup dan bawang dipotong 1 inci

3 bungkus sup bunjut/ sup bunjut tulang

Bahan tumisan:

10 ulas bawang merah dihiris nipis

5 ulas bawang dihiris nipis

4 inci halia dipotong kecil dan diketuk

Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih secukupnya

Cara-cara membuatnya: (masak waktu malam)

1. Rebus tulang 'gear-box' bersama daging dalam 10 liter air (lebih kurang)
selama 4 jam. Gunakan api sederhana. Masukkan sup bunjut dan didihkan lagi.
Tumis bahan tumisan didalam kuali lain sehingga bawang keperangan dan tuang
ke dalam sup.

(Kalau nak makan sup gear-box dah boleh dah ni, tapi masukkan garam
berasingan di dalam mangkuk lain)

2. Sup tadi hendaklah sentiasa dibiar di atas api perlahan sepanjang proses
memasak. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan bahan-bahan lain (sawi,
udang, kacang, tauhu, kentang, daun sup)ke dalam sup. Didihkan lagi dan
masukkan garam secukupnya.

3. Sekiranya kuah nampak terlalu pekat, tambahkan 3 cawan air lagi. Tutup
periuk dan renehkan kuah di atas dapur dengan api perlahan 1 jam lagi. Tutup
api, dan buka sedikit tudung periuk agar kuah menyejuk sebelum dirapatkan
tudungnya.

Keesokan paginya didihkan lagi kuah agar, rasa kuah sebati dan makin pekat.

Bahan-bahan ditabur di atas mee:

5 biji tomato dihiris nipis

13 biji telur direbus, dikupas kulit dan dibelah 4

5 biji kentang sederhana besar direbus bersama kulit hingga empuk. Kupas kulit
dan potong sederhana nipis

5 tangkai cili merah dihiris nipis

10 biji limau kasturi dibelah 2

50 sen tauge dicelur sebentar

5 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu kecil

Daun sup dan bawang secukupnya dihiris halus

Bawang goreng secukupnya

Cara menghidang:

Masukkan mee ke dalam pinggan. Taburkan bahan hiasan dan tuangkan kuah ke
atas mee. Lagi banyak kuah lagi sedap... Pastikan limau diperah ke dalam
mangkuk kerana rasanya bertambah sedap dengan perahan air limau.