Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS KRISIS POLITIK KELANTAN 1977

Oleh
Wan Zamzuri Wan Hasenan

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri.
Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila
timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed
bin Nasir. Ada di antara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk
Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu
UMNO-BN tidak pernah campur tangan dalam corak pemerintahan PAS (ketika itu).
Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan
kuasa majoriti dewan undangan negeri. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam
PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin
Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah
tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada
tahun 1973.
Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak
Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS
mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak
memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO. Dalam tempoh (19731978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan
dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan.
Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian
pemimpin dan ahli2 PAS yang tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO. Krisis
Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap
Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh
Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan
selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku
Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya
dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul
Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua
Agung PAS pada 23 Oktober 1982. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yang
membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS
Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yang diberi oleh
PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah
menyebabkn berlakulah rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu.
Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan

keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Seperti yang
dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku
perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan
kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2
lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat
Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. Rang
undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yang ketika itu masih lagi
bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah
mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri. Setelah
Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan
Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama'
Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.
Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS
dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yang
kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yang menyokong rang undang-undang
Darurat. Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika
itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan
gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yang
dilakukan BN di Kelantan. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam
BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa
membuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO. Rentetan dari itu juga menyebabkan
Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti
Berjasa dan Hamim.
Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan
diadakan pada Mac 1978. Dalam PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong
yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu
terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya
membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.