Anda di halaman 1dari 18

ETIKA PROFESIONAL

MPU 2223

DISEDIAKAN OLEH:
CIK NORFADHILAH BINTI SALAMA @ SALAMAT

BAB 3
KESEDARAN ETIKA

Kesedaran tindakan individu samada


beretika atau tidak beretika
dipengaruhi oleh interaksi beberapa
faktor yang kompleks, iaitu :

1. Peringkat Perkembangan Moral


1.1) Prekonvensional
- Patuh pada peraturan untuk
mengelak hukuman bentuk fizikal
- Mengikut peraturan untuk memenuhi
kepentingan tertentu.

1.2) Konvensional
- Melakukan apa yang diharapkan oleh
orang yang terdekat dengannya.
- Mengamalkan dan mengekalkan
peraturan konvensional dengan
melakukan obligasi yang telah
dipersetujui.

1.3) Poskonvensional (Prinsip)


- Menghormati hak orang lain dan
mengamalkan nilai dan hak yang
mutlak tanpa mengira pendapat
majoriti.
- Memilih dan mengamalkan prinsip
etika sehingga sanggup melanggar
undang-undang.

2. Ciri-ciri Individu
Dua faktor personaliti iaitu
2.1) Kekuatan ego
2.2) Lokus kawalan

2.1) Kekuatan Ego


Individu yang mempunyai kekuatan
ego yang tinggi akan sentiasa
merasakan apa yang dilakukannya
adalah betul.

2.2) Lokus Kawalan


Ciri-ciri personaliti yang mengukur
darjah kepercayaan seseorang tentang
kebolehan dan keyakinan yang
menentukan nasib dirinya sendiri.

2.2.1 Lokus Kawalan Dalaman


Individu yang mempunyai lokus
kawalan dalaman mempercayai
bahawa apa yang berlaku pada dirinya
disebabkan oleh dirinya sendiri.
Diri sendiri yang akan mengawal dan
menentukan untung nasib diri
mereka.

2.2.2 Lokus Kawalan Luaran


Individu ini mempercayai faktor
luaran yang mempengaruhi apa yang
berlaku pada diri mereka.
Kejayaan atau kegagalan kehidupan
mereka berpunca daripada faktorfaktor di luar diri seperti nasib, takdir
dan sebagainya.

3. Struktur Organisasi
Struktur organisasi dapat membantu membentuk
perlakuan beretika di kalangan profesional.
Peraturan, polisi, deskripsi kerja dan kod etika
dapat dijadikan panduan ke arah perlakuan yang
konsisten dan tidak melanggar etika dalam
profesion mereka.
Pengaruh pegawai atasan juga mempengaruhi
perlakuan beretika atau sebaliknya.

4. Budaya Organisasi
Merujuk kepada nilai, norma dan
peraturan yang diterima dan dikongsi
bersama oleh ahli organisasi.
Budaya organisasi yang berasaskan
kepada piawai etika yang tinggi boleh
menjadi penggerak dan pengaruh yang
positif kepada amalan tingkahlaku
yang beretika.

5. Isu Kritikal
Isu kritikal ditentukan berdasarkan
ciri-ciri berikut:
- Sebesar manakah kemudaraan (atau
faedah) terhadap mangsa (atau
penerima faedah) akibat daripada
tindakan etika itu?
- Sebanyak manakah persetujuan yang
diberikan untuk mengatakan bahawa
tindakan itu salah (atau betul)?

- Adakah
kemungkinan
untuk
menjangkakan
yang
satu-satu
tindakan itu mungkin berlaku dan
benar-benar dapat mendatangkan
keburukan (atau kebaikan).
- Berapakah jangka masa atara satusatu tindakan dengan akibat yang
dijangkakan?

- Seteruk manakah kesan tindakan


etika itu terhadap mereka yang
terlibat?
- Serapat manakah perasaan dan
hubungan kita (dari segi sosial,
psikologi dan fizikal) dengan mangsa
(atau penerima faedah) akibat
daripada tindakan yang salah (atau
betul)?

Berdasarkan ciri-ciri tersebut


semakin ramai yang menerima
kemudaratan, semakin banyak
persetujuan yang mengatakan
sesuatu tindakan iti adalah salah.

Semakin besar kemungkinan


tindakan itu berlaku dan sebenarnya
boleh mendatangkan kemudaratan,
semakin cepatlah akibat terjadi dan
semakin rapat hubungan dengan si
mangsa maka semakin kritikallah isu
tersebut.