Anda di halaman 1dari 1

Adik-beradik itu belum pasti apa yang hendak dilakukan kecuali adik

bongsu yang dipanggil Si Kecil Ketiga Belas yang berbadan seperti


orang kenit tetapi cerdik seperti rubah. Dia menyembah Raja lalu
berkata, Ampun Tuanku, patik akan persembahkan selimut bulu itu
kepada Tuanku sekiranya Tuanku kurniakan patik sebatang jarum yang
panjangnya enam kaki.
Dengan membawa jarum itu, Si Kecil Ketiga Belas memulakan
perjalanan ke pondok serigala. Apabila serigala keluar, dia menuruni
corong dapur lalu bersembunyi di bawah katil serigala.
Pada malam itu apabila serigala tidur, Si Kecil Ketiga Belas merangkak
keluar lalu mencucuk serigala dengan jarum yang panjang itu. Ketika
serigala berkalih-kalih, dia merentap selimut bulu tersebut lalu berlari
sepantas-pantasnya.

Anda mungkin juga menyukai