Anda di halaman 1dari 6

As-salam dan salam sejahtera

Setiap kumpulan diminta mendapatkan 5 artikel akademik yang berbentuk jurnal atau
prosiding dalam bidang yang sama. Berdasarkan artikel yang dipilih setiap kumpulan perlu
melakukan kritikan terhadap elemen berikut :
1. Tajuk
2. Abstrak
3. Pengenalan
4. Metodologi
5. Hasil kajian
6. Perbincangan
7. Kesimpulan
8. Rujukan.

KRITIKAN JURNAL

TAJUK JURNAL : Kepuasan Bekerja Guru Mata Pelajaran Vokasional


Berdasarkan pemilihan tajuk oleh penulis iaitu Kepuasan Bekerja Guru Mata
Pelajaran Vokasional didapati terlalu ringkas. Tajuk yang terlalu ringkas akan memebri
implikasi kefahaman kepada pembaca. Selain itu, tajuk tersebut juga tidak memaparkan skop
kajian yang ingin dibincangkan. Berdasarkan hasil pembacaan, antara tajuk yang sesuai
dengan hasil penulisan jurnal ini ialah Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Mata Pelajaran
Vokasional : Kajian Kes Di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan dan Melaka.
Berdasarkan tajuk yang dicadangkan, ia dapat memberi implikasi kefahaman secara
mendalam kepada pembaca berkenaan skop kajian yang ditulis oleh penulis.

ABSTRAK :
Dalam penulisan abstrak, penulis jurnal memberi gambaran yang jelas dan secara
menyeluruh berkenaan isi kandungan yang terdapat dalam jurnal. Selain itu, abstrak yang
ditulis merangkumi keseluruhan aspek-aspek kajian dalam jurnal secara ringkas dan padat
seperti menyatakan populasi, jenis sampel dan kriteria-kriteria metodologi kajian seperti
penggunaan ujian-t, min, kekerapan, sisihan piawai dan sebagainya. Oleh demikian,
kandungan penulisan abstrak bagi jurnal ini adalah menepati kriteria kandungan abstrak yang
sebenar dalam kajian dimana abstrak adalah gambaran menyeluruh mengenai kegiatan
penelitian yang dibuat secara ringkas. Walaubagaimanapun, kandungan abstrak yang ditulis
adalah bertepatan dan menepati kualiti abstrak sebenar, abstrak yang ditulis dalam jurnal ini
hanyalah dalam versi bahasa melayu sahaja dan kata kunci juga tidak dinyatakan dalam
bahagian abstrak tersebut. Oleh demikian, adalah dicadangkan penulisan abstrak dibuat dalam
2 versi iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa English. Manakala kata kuci juga adalah perlu
dibuat dalam 2 versi bahasa seperti penulisan abstrak.

PENGENALAN
Dalam kertas ini saya akan meringkaskan jurnal penulis dan akan memberi komen
tentang aspek yang terpilih, mengenalpasti beberapa kriteria-kriteria yang sehrusnya terdapat
dalam jurnal sebagai jurnal yang baik dan berkualiti untuk pembaca memanfaatkan isi
kandungan jurnal. Selain itu memberi pandangan tambahan sebarang penemuan penyelidikan
yang akan membantu dalam pemahaman pada keadaan semasa, tentang kepuasan kerja guru
terutama guru-guru mata pelajaran vokasional.

METODOLOGI
Berdasarkan pembacaan jurnal ini, metodologi atau kaedah kajian yang dijalankan
adalah menggunakan pendekatan yang tepat untuk menjawab persoalan atau objektif dalam
kajian ini. Pendekatan yang digunakan adalah kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif.
Oleh yang demikian, kaedah yang digunakan dalam kajian ini menepati kualiti bagi menjawab
semua permasalahan yang telah diutarakan oleh penyelidik dalam jurnal ini. Kajian ini telah
menggunakan kaedah kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan.
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada keseluruhan guru vokasional di Malaysia.
Walaubagaimanapun, jumlah populasi sebenar tidak dinyatakan dalam jurnal artikel kajian ini.
Selain itu, artikel jurnal tidak menerangkan dan menentukan dengan jelas sebab
atau permasalahan yang wujud dalam populasi yang telah dipilih.

Hal

ini

demikian

menyebabkan fakta untuk menyelesaikan permasalahan kajian tidak dapat dinyatakan dengan
kukuh serta kajian-kajian yang akan datang tidak dapat mengenalpasti jurang ilmu
pengetahuan yang terdapat dalam kajian ini. Populasi adalah satu set ciri yang menunjukkan
cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid
Konting, 2005).
Sampel bagi kajian ini dipilih berdasarkan kaedah secara rawak dengan seramai 101
guru yang dipilih dari sekolah-sekolah Teknik di Negeri Sembilan dan Melaka.
Walaubagaimanapun, prosedur persampelan dan jadual penentuan sampel tidak dinyatakan
dengan spesifik dalam artikel jurnal yang mana ia amat penting dalam penentuan ukuran ke
atas keseluruhan populasi dan kefahaman pembaca terhadap kajian yang telah dilakukan.

Jurnal ini juga ada menyatakan tentang instrumen kajian yang telah digunakan iaitu
borang soal selidik. Terdapat tiga bahagian borang soal selidik iaitu yang pertama adalah
bahagian A berkenaan demografi responden yang mengandungi 10 item, yang kedua bahagian
B yang terdiri daripada 60 item kepuasan kerja guru yang terbahagi kepada tiga konstruk
utama yang hendak diuji oleh penyelidik iaitu 20 item Kepuasan Kerja, 20 item Faktor
Persekitaran, dan 20 item Perhubungan dalam Organisasi. Manakala bahagian terakhir adalah
bahagian C yang terdiri daripada tiga soalan terbuka dan data dipungut dalam bahagian ini
dianalisis secara kualitatif mengikut tema-tema yang dibentuk berdasarkan kategori yang
paling kerap (Miles & Huberman 1994).

Pembahagian konstruk dan kategori-kategori

pembolehubah dinyatakan oleh penulis dengan jelas. Hal ini demikian membentuk suatu
pengukuran yang relevan sesuai dengan kehendak tujuan dan objektif yang telah dibina.
Walaubagaimanapun, terdapat cadangan yang boleh diketengahkan bagi memperbaiki mutu
penjelasan berkenaan instrumen borang soal selidik iaitu membuat jadual bagi setiap set
instrumen supaya pembaca lebih memahami konsep-konsep konstruk yang diketengahkan.
Kajian rintis yang dinyatakan dalam jurnal ini adalah sesuai dan bertepatan
dengan prosedur penyelidikan yang sebenar dengan menunjukkan kesahan konstruk dan
kebolehpercayaan

yang

tinggi

pada

nilai

Cronbach

Alpha

Realibility

0.84.

Walaubagaimanapun, jumlah sampel yang diambil untuk melakukan kajian rintis tidak
dinyatakan dalam penulisan jurnal ini. Hal demikian akan mengurangkan kefahaman pembaca
terhadap kajian yang dilakukan.
Selain itu, bagi prosedur pengumpulan data dalam jurnal ini tidak dinyatakan secara
terperinci dalam topik metodologi seperti penggunaan ujian-t, min, peratusan, kekerapan dan
sisihan piawai yang digunakan untuk menganalisis data sepertimana yang dinyatakan dalam
abstrak. Penerangan yang jelas tentang kriteria-kriteria atau kaedah-kaedah penganalisian data
yang akan digunakan tidak dinyatakan dengan jelas dalam topik metodologi. Hal ini demikian
akan menyebabkan keraguan kepada penilai tentang aspek pengukuhan analisis dapatan data
kajian.

HASIL KAJIAN
Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikel jurnal ini adalah bertepatan dengan
objektif yang dinyatakan dan menjawab permasalahan yang dinyatakan. Penyelidik

menghurai dan menjelaskan hasil dapatan bermula daripada dapatan bahgian A iaitu dapatan
responden dan seterusnya dapatan bahagian B dan diikuti bahagian C. Teknik penjelasan hasil
dapatan kajian adalah teratur dan mudah difahami pembaca. Hasil dapatan juga adalah kukuh
dan memberi keyakinan kepada pembaca kerana hasil dapatan dinyatakan oleh penyelidik
dengan menyatakan sokongan daripada hasil kajian-kajian lepas seperti pada hasil dapatan
bahagian B. Contohnya hasil yang diperolehi pada bahagian B bagi menjawab objektif
nombor 4 adalah tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepuasan kerja
berdasarkan faktor demografi. Berdasarkan hasil dapatan tersebut, penyelidik menyokong
dapatan tersebut dengan hasil dapatan-dapatan kajian lepas yang sama diperolehi daripada
Quinn dan Shepard (1974), Norkiah (1981), Ahmad Mohamad Shrif (1989), Zaidatol
Akmaliah dan Syarifah Md. Nor (1998) dan Zubaidah (1999). Hal demikian memberi
keyakinan dan membuktikan hasil kajian yang relevan kepada pembaca.
Walaupun jurnal ini telah menjelaskan hasil dapatan dengan baik dan menepati bagi
menjawab permasalahan dan objektif kajian namun penjelasan yang dibuat hanyalah
berbentuk huraian sahaja. Bagi memudahkan dan mengukuhkan lagi pemahaman pembaca
adalah dicadangkan agar hasil dapatan juga dinyatakan dalam berbentuk jadual atau carta
graf. Hal demikian dapat menarik perhatian dan memudahkan lagi pemahaman pembaca
berkenaan hasil dapatan yang diperolehi.

PERBINCANGAN
Secara umumnya, jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti
pernyataan masalah kajian, tujuan dan objektif kajian, spesifik kajian, kepentingan kajian,
serta kerangka konsep kajian dan teori yang digunaikan dalam menjalankan kajian seperti
Teori Dua Faktor Herberg, namun latar belakang kajian tidak dinyatakan dalam jurnal
tersebut. Hal ini memberikan implikasi kefahaman kepada pembaca berkenaan kajian yang
dibuat.
Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam jurnal ini dapat digeneralisasikan kepada
keseluruhan populasi kerana kajian ini menggunakan persampelan secara rawak. Keputusan
kajian ini mewakili guru-guru vokasional di Malaysia.

KESIMPULAN
Kesimpulan dalam kajian dalam jurnal ini sejajar dan konsisten dengan
hasil penelitian yang dibuat oleh penyelidik. Walaubagaimanapun,

jurnal

ini

sepatutnya

menyatakan lebih banyak sokongan maklumat daripada kajian-kajian terkini dan terdahulu
bagi mengukuhkan kesimpulan yang telah dibuat.

RUJUKAN
Artikel yang diterbitkan ini juga dilihat lengkap dengan sorotan literatur kajian yang
lepas dan setiap rujukan kajian dipetik daripada bahan atau data yang benar dan kukuh serta
mempunyai rujukan bibliografi yang tepat.

RUJUKAN
Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.