Anda di halaman 1dari 28

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH

KECEMERLANGAN PELAJAR
QUE
KETIBAAN PERASMI

ANN
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berbahagia,
Dato Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K),
Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad Datu,
Diiringi oleh dif-dif jemputan

NYANYIAN 3 BUAH LAGU

PERSEMBAHAN TARIAN
SEMBAH TAMU

Masuk ke dewan
(tidak perlu umum)
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar
itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
Seterusnya, majlis mempersilakan,
Persembahan, Tarian Sembah Tamu. Dipersilakan.
(tarian tamat)
Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan tarian
sembah tamu itu tadi di bawah
pimpinan.

BACAAN DOA

Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa

Sepuluh jari kami menadah


Mohon berkat Yang Maha Esa

SALUTASI

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah samasama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh
Yang dihormati, Ustaz Mohd Ajwadi Ahmad.
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.
Yang berbahagia,
Dato Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K)
Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad Datu,
Yang berusaha,
En. Abd Salam Salinri,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati,
Puan Herminy HJ Shapawie,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dihormati,
Puan Norasmah HJ Muhammading,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati,
En. Sainuddin Panggi,
Penolong Kanan Petang,
Yang dihormati,
Puan Rohana Jaafar,
Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Yang dihormati,
Encik Jefry Jalilul,
Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu,
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian,

UCAPAN ALU-ALUAN MC

UCAPAN ALU-ALUAN
EN.SALAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hadirin sekalian,
Dari Dewan Tun Haji Mustapha, mengalu-alukan
kehadiran hadirin sekalian ke
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
BAGI TAHUN 2013.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan
kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik. Justeru,
adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya
menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan
pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.
Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini ajkan dimulakan dengan
ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan,
Yang Berusaha, En. Abd Salam bin Salinri, Penolong
Kanan PentadbiranSekolah Kebangsaan Pekan Lahad
Datu untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
(ucapan tamat)
Majlis mengucapkan terim kasih.
UCAPAN WAKIL PIBG
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang diPertua
PIBG SK.Pekan,Lahad Datu.Dengan itu, majlis
menjemput dan mempersilakan
Yang diHormati, En. Jefry Jalilul,
YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

(ucapan tamat)
Majlis mengucapkan terima kasih.
Hadirin sekalian,
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami
Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.
Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian.
Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan,
Yang berbahagia,
Dato Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah
Kebangsaan Pekan Lahad Datu untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar 2013. Dipersilakan.
(ucapan tamat)
Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput
Yang berusaha,
En. Abd Salam Salinri,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Diiringi oleh,
Yang dihormati,
Puan Herminy HJ Shapawie,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi,
Yang berbahagia,
Dato Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah
Kebangsaan Pekan Lahad Datu dipersilakan.

PENYAMPAIAN
ANUGERAH
KECEMERLANGAN
PELAJAR
KATEGORI ANUGERAH
KHAS PRA SEKOLAH

Majlis mengucapkan terima kasih.


Melati kuntum rotan berhias,
Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang 2013
Murid cemerlang kita hargai

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2013


SK Pekan Lahad Datu pada hari ini akan kita mulakan
dengan Penyampaian Anugerah Khas Pra Sekolah.
Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,
Penyampai :
Diiringi oleh:

ANUGERAH KHAS
PENDIDIKAN KHAS

(baca senarai nama)


Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
Anugerah Khas Pendidikan Khas,
Penyampai :
Diiringi oleh:

ANUGERAH PEMULIHAN
KHAS

(baca senarai nama)


Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
Anugerah Pemulihan Khas
Penyampai :
Diiringi oleh:

PERSEMBAHAN ACTION
SONG

(baca senarai nama)


Hadirin sekalian,
Majlis kita akan dihiburkan dengan persembahan Action
Song yang dipimpin oleh Yang dihormati, Puan Nancy
Marius dan Yang dihormati, Puan Junaidah Sarikul.
Dengan itu majlis mempersilakan.

PEYAMPAIAN ANUGERAH
PELAJAR
MENGIKUT TAHUN

Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
Anugerah Kecemerlangan Pelajar MengikutTahun, untuk
itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:

PERSEMBAHAN KOIR

(baca senarai nama


Hadirin sekalian,
Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan
persembahan koir. Untuk itu majlis mempersilakan.
(persembahan tamat)

1.
2.
3.
4.

ANUGERAH TOKOH
MURID
TOKOH MURID
TOKOH HARAPAN
TOKOH KOKURIKULUM
TOKOH HAL EHWAL
MURID

Untuk makluman semua, persembahan koir itu tadi di


bawah pimpinan, Yang dihormati, Puan Rudianie Hashim
dan Yang dihormati En.Nurullah Salatula. Majlis
mengucapkan terima kasih.
Tuan-tuan dan puan-puan,Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar kita pada hari ini akan diteruskan
lagi dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Murid
Cemerlang. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)

PERSEMBAHAN TARIAN
RAMPAIAN

Hadirin sekalian,
Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan
tarian rampaian di bawah pimpinan Yang dihormati, Puan
Ainih Tamin dan Yang dihormati, En.Fadly Yussof.
Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan.
(tamat persembahan)

Majlis mengucapkan terima kasih.


ANUGERAH KHAS UNTUK Hadirin sekalian,
GURU
Cemerlangnya anak, kerana kasih ibu dan bapanya,
Gemilang mereka, kerana didikan para gurunya
Majlis pada hari ini juga akan mengumumkan anugerah
khas untuk para guru, yang telah banyak berkorban,
jiwa dan raga demi anak watan. Untuk itu majlis
menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
ANUGERAH KHAS
KAKITANGAN SEKOLAH

Hadirin sekalian,
Pengantaraan urusan adanya mereka,
Indahnya sekolah kerana mereka,
Bantunya mereka sebagai pembantu setia,
Demi melihat warga yang sejahtera.
Pada hari ini, majlis juga akan menyampaikan Anugerah
Khas bagi Kakitangan Sekolah Pekan Lahad Datu.
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:

PERSEMBAHAN MURID
TAHUN 6

(baca senarai nama)


Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan akhir memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Hadirin sekalian,
Sebagai penutup tirai majlis kita pada hari ini, majlis
menjemput Murid Tahun 6 untuk membuat persembahan

JAMUAN & BERSURAI

mereka yang bertajuk .


Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka tibalah
masanya untuk kami selaku pengendali majlis
mengundur diri. Saya Azman Azahar dan Abdul Hakim
menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang
kami berbicara.
Terima kasih buat semua warga SK Pekan , rakan guru,
orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung bagi menjayakan Hari Anugerah
kecemerlang Pelajar 2013.Sesungguhnya kerja dan amal
yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran
dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.
Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berdua
Pohon kenanga elok merimbun
Tersenyum si dara menyunting bunganya
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah


Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Edit by : Cikgu Azman

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


Teks ini saya buat untuk Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah saya. Bolehlah buat
panduan bagi sesiapa yang ditugaskan menjadi pengacara majlis.. Bukanlah bagus
sangat.. tapi bolehlah.. cuma edit lah untuk kesesuaian.

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS 2010

Mengumumkan ketibaan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis Tuan Hj. Hassan Bin
Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua
dijemput duduk di tempat masing-masing.
Pagi yang indah penuh ceria.
hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.Perlis
Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S).
Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1,
Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Guru-guru SKPBS, murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010.


Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan

saya Puan Noranizah Omar,


akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan


limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang
Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas JPN Perlis, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk
menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih
memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada
semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada
anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh: Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Khairul Hakimi B. Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi


Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim
YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor
B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah
Kebangsaan Padang Besar (S) atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar
SK Pdg Besar (S) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S)
atas ucapan tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi
seisi 2010. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan JPN )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas JPN Perlis, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk Kitaran
Hidup Rama-Rama. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan
sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk
prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rokiah Binti Ismail,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). mengiringi Yang Berusaha Tuan
Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN
Perlis, ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Pra sekolah;
Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg
cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai
ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Tempat pertama: Hanis Idayu binti. Hashar


Tempat kedua : Nur Anis Shahida binti Harizan
Tempat ketiga : Nur Ain Hidayah binti. Mohd. Fauzi

Kelas 1 ARIF
Tempat pertama: Intan Syazwani binti. Nordin
Tempat kedua : Amisha binti. Japperi
Tempat ketiga : Bashirah Balqis binti. Hamdan

Kelas 1 BESTARI
Tempat pertama: 1. Muhammad Haiqal Furqan b.Rosly
Tempat kedua : Nur Fatin Nadirah binti. Aznan
Tempat ketiga : Amirul Hafiz b. Hamizan

Kelas 2 ARIF
Tempat pertama: Aisyah Humaira binti. Syahar
Tempat kedua : Muhd. Adha Ashraffi b. Mohd.Arif

Tempat ketiga : Fatin Athirah binti.Mohd.Tarmizi

Kelas 2 BESTARI
Tempat pertama: Muhd.Asyraf b. Abd. Aziz
Tempat kedua : Muhd. Aqil b. Herwandi
Tempat ketiga : Nor Syazwan Fikri b. Abdul Raman

Kelas 3 ARIF
Tempat pertama: Farah Adibah binti.Mohd. Tarmizi
Tempat kedua : Fathin Nadia binti. Jamil
Tempat ketiga : Nurmisha Maisarah binti. Yazid

Kelas 3 BESTARI
Tempat pertama: Siti Nur Alia Natasha binti. Jafri
Tempat kedua : Ana Natsha binti. Amir Hamzah
Tempat ketiga : Muhd.Daniel b.Mohd. Norsham

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut


tahun:
Murid Tahun 1:
NurBalqisSyazwani binti.Norhisyam (BM Pmhman, Pen Muzik)
Intan Syazwani binti. Nordin (BM Pmhman, Bm Penulisan, BIng, Sains P.Agama
Islam)
Intan Juliana binti. Johari(BM Penulisan, PJK)
Danish Daniel b. Zambri (BM pemahaman, Matematik)
Muhd.Haiqal Furqan b.Rosly (BM penulisan)
Muhd.Hanif b.Nordin (BM penulisan)

Muhd.Hairi b. Abd.Rahman (BM penulisan)


Nurul Najihah binti.Rahimi(BM penulisan)
Amisha binti. Japperi(BM penulisan, Bahasa Arab)
Ain Nur Fitrah binti.Nabillah (BM penulisan)
Suraya Mohd Fazli (PJK)

Tahun 2
Fatin Athirah binti. Md.Tarmizi (BM Pemhman, BI, Sains ,P. Muzik)
Nurul Natasha binti Zainon(BM Penulisan, B. Arab)
Aisyah Humaira binti. Syahar(BM penulisan, BI, Matematik.
Aisyah Humaira binti. Syahar (BM Penulisan, BI, Matematik)
Nur Anisha binti.ShafeqMohamad (B.Ing)
Hidayah binti. Hashim (P. Agama Islam, PJK)
Mohd.Adha Ashraffi b.Mohd Arif (P agama Islam, Pend Muzik)
Muhd.Danial Haikal b. Norpendi (P.muzik)

Tahun 3
Farah Adibah binti.Md.Tarmizi (BM Pemahaman, BI, Matematik)
Nurmisha Maisarah binti.Yazid (BM Pemahaman, B. Arab)
Fathin Nadia binti. Jamil (BM Penulisan, Sains, Pend Muzik)
Muhd.Iffan b. Ahmad Basri (P. Agama Islam)
NurAqilah binti. Azman (PJK)
Nuraina Shafika binti Rahmad (P.Muzik)

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~)

Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan
sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan
Haji Hassan B Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara Majlis Hari
Anugerah Cemerlang 2010 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang
Berusaha PuanHajjah Rokiah Bt Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang
Besar (S) bagi menyempurnakan agenda.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha
Tuan Haji Hassan B Hashim .Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg BerusahaTuan Haji
Hassan B Hashim diiringi oleh Puan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua
guru ke kantin untuk menjamu selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20
minit. Warga dewan dikehendaki masuk semula
pada ...................................................

**************(rehat)

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan


nasyid yang bertajuk Damai Yang Hilang Nasyid ini dipersembahkan oleh murid
Tahun 5 Arif, di bawah bimbingan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar
tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi,


Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul
di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang Sekolah KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal
11 November 2010, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan
manis buat para penerima anugerah seterusnya.
Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk
menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu Mini Konvokesyen. Untuk
menyempurnakan majlis, dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.
Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal
persekolahan ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian
sijil itu tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh
murid tahun 6 di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk
lagu yang akan dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan rekoder)

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan


sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,


Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain
mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir
kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan
dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap
dua bagi tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata
pelajaran. Majlis menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud
untuk menyempurnakan majlis.

(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5


Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Kelas 4 Arif
Tempat pertama: Intan Suraya bt. Johari
Tempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. Rodzi
Tempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol

Kelas 4 Bestari
Tempat pertama: Hanesya Hezanea bt. Hafifi
Tempat kedua : Muhd. Faizal B. Abdullah
Tempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi

Kelas 5 Arif

Tempat pertama: Nurul Nasuha bt. Nazri


Tempat kedua : Nursyazwani bt. Shahidan
Tempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi

Kelas 5 Bestari
Tempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab
Tempat kedua : Nur Hidayah bt. Yusnizal
Tempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut


tahun:
Tahun 4:

Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)


Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)
Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)
Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)
Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)
Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)
Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)
Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun :

Tahun 5:

NurSyazwani bt. Shahidan


( BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains, Pen Agama Islam, Pjk, Pskw)

Nurul Nasuha bt. Nazri


(B.I, Pend Agama Islam, Pjk, Pend Muzik, Pskw, K. Hidup, K.tmptan)

Siti Aishah bt. Hakimi (Pend. Islam)


Nur Shahirah bt. Halim (PJK)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Mohd
Saghir bin Mahmud atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil
penghargaan kepada para pelajar.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik


mengikut kelas dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata
pelajaran bagi murid tahun 6. Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor
B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah
Kebangsaan Padang Besar (S). untuk menyempurnakan majlis diiringi oleh Puan
Hajjah Rokiah Bt. Ismail guru besar SKPBS.

(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua)


Tahun 6.
Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Kelas 6 Arif
Tempat pertama: Muhd. Alif Ajwad b. Azis
Tempat kedua : Nur Nasha Najeeha bt. Rozain

Tempat ketiga : Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri


Kelas 6 Bestari
Tempat pertama: Siti Nur Asyura bt. Nazri
Tempat kedua : Nurul Shafika bt. Norhan
Tempat ketiga : Noor Earliza bt. Ismail

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun Tahun 6:


Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri (BM Pmhman. Pend Agama Islam, PJK, K.
Tmptan)
Muhd. Alif Ajwad b. Azis (BM Penulisan, Matematik, Sains, PJK, Pskw)
Nur Nasha Najeeha bt. Rozain (BI, Matematik,PJK, K. Hidup)
Muhd.Zaki Zamani b. Zakaria (P. Islam)
NurJazmina bt. Mohd. Fazli (P. Islam, PJK)
Nor Shafira Idris (Muzik , PJK)

Berikut ialah murid yang mendapat markah tertinggi dalam m/ pljrn PJK:

Nur Farhana bt. Rahimi


Junaidah Juliza Farahana bt. Jantan
Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
Ain Nur Iman bt. Shurizan
Nur Affika bt. Zabree
Nur Awatif bt. Azizan
Siti Haida Amira bt. Mazri
Nur Aiyani bt. Sidik
Nur Zetty Farhanim bt. Zambri
Nur Shahira Sharif

Nur Hidayah bt. Nordin


Hanif b. Abd. Wahab
Izman Arif b. Azizan
Rafiziamirun b. Sazali
Muhd. Farif Aiman b.Yusof
Mohd Saiful Nizam B. Rosli.

Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKPBS, Banyak jasa dan sumbangan
yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai
pengorbanan yg diberikan dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan
tersebut ialah:

*************(Lampiran)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Tuan
Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG SKPBS atas kesudian beliau untuk
menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk
Keluarga Bahagia. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni
Bt. Tajuddin. Majlis mempersilakan.

**************(Persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar
tadi.

Warga dewan sekalian,

Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan
sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka
untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka
menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut
menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan
mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui
Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain.
Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang
ini berbesar hati mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk
tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan
tokoh murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan


murid).
Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid

Ketua Pengawas Muhd. Alif Ajwad b. azis


Pen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain

Ketua Pengawas Perpustakaan Hanif b. abd. Wahab


Pen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi

Tokoh NILAM Tahap 1 Farah Adibah bt. Mohd. Tarmizi


Tahap 2 Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi

Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. Azis


Hadirin sekalian,
Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis

dengan sukacitanya mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah


atas kejayaan mengharumkan nama sekolah. Murid ini juga telah berjaya mendapat
tempat belajar yang selesa iaitu di Sek. Men Sains Tuanku Syed Putra. Dijemput Siti
Norizah bt Salahudin Khan tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang lebih
bermakna akan diperolehi pada masa depan

Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan


dalam bidang sukan dan permainan.

Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan
lompat tinggi di peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi
menyertai bola tampar, sepak takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.

Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru
mewakili negeri manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m,
4x 200m dan lompat tinggi bagi peringkat sekolah.

Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan
prestasi yang konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6

Penerima Hadiah Kedatangan Penuh.


Prasekolah Hanis Idayu bt. Hashar
2 Arif - Muhd. Danial Haikal b. Norpendi
2 Bestari - Muhd. Asyraf b. Abd. Aziz
4 Arif - Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan
- Nur Athirah Nadhira bt. Norpendi
5 Arif - Hazwani bt. Halim
- Nur Husnina bt. Hassan
5 Bestari - Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab
6 Arif - Muhd. Farif Aiman b. yusof

- Nur Awatif bt. Azizan


- Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
- Nur Nasha Najeeha bt. Rozain
- Nor Shafira bt. Idris
6 Bestari - NorKhairul Azman b. Zailani
- Farah Nur Fakhira bt. Rozali

Murid ini ialah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kpg
Kurung Tengar.Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang
anak yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan
keluarga dan sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.

Murid ini sering mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1
hinggalah kini.Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran,
kuiz agama,

..

Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh


guru.Memandang wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar
1000 tahun lagi.Beliau telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam
peperiksaan UPKK tahun 2009. Beliau juga menyandang jawatan ketua pengawas .
Murid yang yang dimaksudkan dan dinobatkan sebagai tokoh murid bagi tahun
2010 ialah Muhammad Alif Ajwad B. Azis.
Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke
pentas untuk menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid
yang lain...insyaAllah

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail
berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada
semua staf SKPBS 2010. Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan
warga pendidik sekolah ini menjadikan penghargaan ini sebagai tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri sendiri dan
seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan melonjakkan kecemerlangan
SKPBS.

*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh
jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat

Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik..................

Anda mungkin juga menyukai