Anda di halaman 1dari 6

KONSEP KENDIRI

Oleh:
En. Abd Rashid b. Ismail
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tuanku Bainun
1.

Definisi:
Konsep kendiri ialah suatu gambaran atau pandangan individu terhadap
dirinya sendiri yang merangkumi aspek fizikal, mental, emosi dan
rohani.

Fizikal rupa/wajah, bentuk badan, tahap kesihatan


Mental/minda keupayaan intelek/kognitif
Emosi/perasaan sikap positif/negatif
Rohani minat, bakat, kebolehan, kecenderungan,
kelebihan/kekuatan dan kekurangan/kelemahan diri (amalan nilai-nilai
murni seperti baik hati, ikhlas, jujur, sabar dsn.)
Konsep kendiri ialah pandangan individu terhadap dirinya
berdasarkan kesedaran mengenai kekuatan dan kelemahannya
serta disokong dengan maklum balas mengenai dirinya
daripada orang lain (Vernon,1980).
Konsep kendiri adalah hasil daripada maklumat atau mesej
yang diterima melalui interaksi sosial mengenai diri di sepanjang
kehidupan (Kaunseling Remaja, Noraini Ahmad, 1994).

Persepsi individu
terhadap dirinya

KENDIRI

Penilaian individu
terhadap persepsi
orang lain terhadap
diri sendirinya

Persepsi/penilaian orang lain


terhadap diri individu itu

Konsep kendiri dalam kalangan remaja mencakupi tiga aspek:

Bagaimanakah dia melihat dirinya?


Bagaimanakah dia mahu dirinya dilihat?
Bagaimanakah dia mempamerkan dirinya kepada orang lain?
(penampilan diri)

2. Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang


lain dan penyesuaian individu dengan persekitaran.
3. Persepsi/penilaian orang lain terhadap individu mempengaruhi pembentukan
konsep
kendirinya.
Misalnya:

Rizal mempunyai konsep kendiri yang positif

Rakan-rakann Rizal beranggapan yang dia seorang yang baik.

Oleh sebab itu, mereka memberi layanan yang baik kepada Rizal.

Rizal berasa gembira kerana gambarannya terhadap dirinya sama dengan


gambaran orang lain terhadap dirinya.
Justeru itu, ia menampilkan dirinya dengan penuh keyakinan.

Sekiranya persepsi dirinya berbeza dengan persepsi orang lain terhadap dirinya,
Rizal akan berasa sedih kerana ia tidak dilayan dengan baik. Situasi ini akan
menyebabkan ia berasa sedih dan kecewa.
4. Pembentukan konsep kendiri dipengaruhi oleh empat jenis persepsi:

5.

Persepsi Diri
Terhadap Persepsi
Orang Lain
Terhadap Dirinya

Persepsi Diri

Persepsi Orang Lain

Positif

Positif

Positif

Positif

Negatif

Positif/negatif

Negatif

Positif

Positif/negatif

Negatif

Negatif

Negatif

Konsep Kendiri Positif:


Pandangan positif terhadap diri sendiri
Sentiasa gembira/ceria
Bersikap terbuka (open-minded)
Yakin pada diri sendiri
Berani mencuba sesuatu yang mencabar
Bersemangat untuk berjaya
Sahsiah yang seimbang dan harmonis
2

Mudah bersosialisasi dengan orang lain


Sentiasa bertenang
Memahami perasaan orang lain (prihatin)

6.

Konsep Kendiri Negatif


Pandangan negatif terhadap diri sendiri
Sentiasa sedih/muram
Sukar menerima pendapat orang lain
Lemah semangat/pasif
Takut untuk mencuba sesuatu yang mencabar
Emosi tidak stabil/risau
Memencilkan diri/menyendiri
Sentiasa mengalami kegagalan
Merendah diri
Tidak mahu/sukar bekerjasama dengan orang lain

7.

Kesimpulan:

YOU ARE WHAT YOU THINK YOU ARE

ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN

Kita perlu berfikiran positif dengan mempercayai kemampuan dan kehebatan


diri sendiri serta meyakini akan kebolehan kita untuk melakukan sesuatu kerja
dengan baik. Apa yang kita fikirkan akan terpancar dalam tindakan kita seharian
kerana kita adalah apa yang selalu kita fikirkan. (Dr. Shukri Abdullah, 1998
Psikologi Kejayaan)
8. Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri yang positif:

9.

Selalu menerima pujian, hadiah, penghargaan, penghormatan,


penerimaan dan pengiktirafan
Sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dairpada ibu
bapa, guru-guru, rakan-rakan
Gaya didikan ibu bapa autokratik, demokrasi, laise-faire
Gaya kepimpinan guru yang baik dan cemerlang
Rakan-rakan sebaya yang mempunyai konsep kendiri yang positif
Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri yang negatif:
3

Pengalaman pahit - ditimpa peristiwa malang, menemui


kegagalan/kekecewaan
Kritikan secara negatif daripada ibu bapa, rakan-rakan, guru dsn.
Kekurangan kasih sayang dan perhatian
Pencapaian akademik yang rendah
Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah
Suasana keluarga yang kurang harmonis/keluarga berkonflik/berkrisis

Baka
Saiz fizikal pelajar yang kecil atau rendah akan menyebabkan ia berasa
rendah diri apabila diejek oleh rakan-rakannya. Misalnya, murid tersebut
tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Pencapaian akademik yang rendah juga menyebabkan pelajar berasa rendah


diri. Ia mungkin menganggap bahawa kelemahan dirinya adalah diwarisi
daripada ibu bapanya.

Keluarga

status sosioekonomi yang rendah(miskin)


Krisis/konflik antara ahli keluarga
gaya didikan ibu bapa autokratik, demokrasi atau laise-faire
kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu
bapa (kritikan, amalan pilih kasih)
pengalaman pahit semasa zaman kanak-kanak (penderaan)

Budaya sekolah

- layanan guru sama ada adil atau sebaliknya terhadap


murid
- pengajaran guru yang kurang berkesan (berpusatkan guru)
murid tidak dibenarkan menyoal semasa guru sedang
mengajar.
- matlamat pembelajaran yang kurang realisitik
- gaya kepimpinan guru autokratik, demokrasi atau laisefaire

Rakan sebaya

- pengaruh rakan-rakan yang mempunyai konsep kendiri yang


negatif
- tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sebaya
- kegagalan mendapat pengiktirafan dan penghormatan
daripada
rakan-rakan sebaya

Kesihatan

keperluan fisiologi tidak dipenuhi (makanan tidak seimbang)


lemah tubuh badan (berpenyakit)

CARA-CARA GURU MEMBANTU PELAJAR MEMBENTUK


KONSEP KENDIRI POSITIF

1. Para guru perlu menjadi role model yang baik kepada para pelajar agar
konsep kendiri guru yang positif dapat dicontohi oleh mereka.Ini bermakna
seseorang guru itu perlu menunjukkan personaliti yang baik dalam semua
aspek sama ada dari segi percakapan, cara berpakaian, tingkah laku dan
sebagainya. Misalnya, apabila seseorang guru itu ingin menerapkan nilai
menepati masa, guru itu sendiri perlu mengamalkannya sebelum diminta
murid-murid mengamalkan nilai tersebut. Dengan itu, konsep kendiri positif
seseorang guru dapat dicontohi oleh murid-murid dengan berkesan.
2. Para guru juga perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan semua pelajar
agar guru dapat mengetahui latar belakang para pelajar dan pelbagai
masalah yang mereka hadapi. Dengan yang demikian, para pelajar tidak
berasa malu dan segan untuk membincangkan masalah akademik dan sosial
mereka dengan guru untuk mencari jalan penyelesaian.Misalnya, semasa
rehat, guru meminta seseorang pelajar bertemu dengan ini di bilik guru untuk
berbincang hal akademik, peribadi, keluarga pelajar dan sebagainya.
Justeru itu, guru dapat mengetahui latar belakang seseorang pelajar dengan
lebih dekat lagi.
3. Para guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan pelajar. Hal ini penting kerana para pelajar adalah berbeza
dari segi fizikal, mental dan emosi. Misalnya, guru perlu menyediakan aktiviti
pengayaan untuk para pelajar yang cerdas dan aktiviti pemulihan bagi muridmurid yang lemah. Dengan itu, para pelajar akan berasa gembira untuk
belajar kerana guru prihatin dengan kebolehan dan minat mereka.
4. Penerapan nilai-nilai agama dan moral hendaklah ditekankan dalam setiap
sesi pengajaran sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung.
Penerapan nilai ini hendaklah dihubungkan dengan pengetahuan sedia ada
dan amalan harian pada pelajar. Misalnya, nilai kasih sayang dapat
dihubungkan dengan sifat kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa,
guru dan rakan-rakan.
5. Para guru perlu memberikan ganjaran, pujian, penghargaan kepada para
pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik sama ada dalam akademik
ataupun dalam aspek sahsiah. Perbuatan menghina pelajar sama ada secara
lisan atau tingkah laku perlu dielakkan kerana hal tersebut akan
mempengaruhi persepsi mereka secara negatif terhadap diri mereka sendiri.
Apabila mereka membenci seseorang guru, mereka juga tidak berminat lagi
untuk mengikuti pengajaran guru berkenaan. Hal ini sudah tentu akan
merugikan seseorang pelajar yang berpunca daripada tindakan negatif guru
berkenaan
6. Aktiviti kumpulan perlu diperbanyakkan bagi memberi peluang kepada para
pelajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi sesama sendiri dengan lebih
berkesan. Selain itu aktiviti ini akan dapat memupuk sifat kerjasama,
5

persefahaman, hormat-menghormati, prihatin dan sebaginya. Misalnya, para


pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat sesuatu
projek Sains. Mereka akan berbincang sesama sendiri untuk memastikan
projek mereka berjaya di samping mendapat bimbingan daripada guru.
7. Para pelajar perlu digalakkan menyertai kem bina semangat dan kelab
kembara agar mereka dapat membentuk daya ketahanan diri, tabah hati,
kecergasan dan keberanian.
8. Para pelajar juga perlu digalakkan menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum
sama ada dalam aktiviti persatuan dan kelab, permainan dan unit beruniform.
9. Pelbagai kemahiran seperti kemahiran membuat keputusan, menguruskan
masa, belajar dengan berkesan serta menguruskan tekanan perlu diajar
kepada para pelajar agar mereka dapat menjadi individu yang berketrampilan
dan yakin pada diri sendiri.
10. Peraturan disiplin sekolah perlulah dikuatkuasakan supaya para pelajar
dapat mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai yang baik seperti menjaga
kebersihan diri dan persekitaran, menghormati guru-guru dan rakan-rakan,
menjaga imej sekolah dan sebagainya. Dengan itu, apabila mereka berada di
dalam masyarakat, mereka akan lebih mudah mematuhi segala peraturan
dan undang yang terdapat dalam masyarakat.