Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN
Pada zaman yang canggih ini, guru sangat berperanan untuk peka terhadap aspek
proses pengajaran dan pembelajaran supaya seseorang murid itu dapat dibentuk dengan lebih
berkesan. Secara umumnya, pembelajaran akan berlaku secara berterusan dan merangkumi
kemahiran, perkembangan emosi, sikap serta ciri-ciri diri seseorang.
Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP) di dalam kelas bergantung kepada
cara murid-murid mempelajari sesuatu subjek. Maka, wujudlah beberapa teori pembelajaran
yang membantu proses PnP di dalam kelas. Antaranya ialah Teori Pembelajaran Behavioris,
Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Konstruktivis, Teori Pembelajaran Sosial dan juga Teori
Pendekatan Humanistik.
Tugasan ini hanya meliputi Teori Pembelajaran Kognitif yang dipelopori oleh Jean
Piaget. Tugasan ini akan menjelaskan tentang ulasan jurnal yang berkaitan tentang teori kognitif
dan juga pengajaran dan pembelajaran

2.0 ULASAN KRITIKAL BERKAITAN TEORI PEMBELAJARAN


Menurut jurnal TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DALAM PROSES BELAJAR
MENGAJAR yang ditulis oleh Ustad MJ STIT Al-Amin Indramayu sangat berkaitan dengan
teori kognitif. Menurut penulis jurnal ini,perkataan kognitif berasal dari perkataan cognition yang
bermaksud mengetahui. Beliau telah menulis jurnalnya tentang teori pembelajaran Jean Piaget.
Oleh itu, ulasan kritikal ini akan meliputi tentang Teori Kognitif Jean Piaget sahaja.

GAMBAR 1 : JEAN PIAGET


Menurut Fazidah Nazir, Norhiza dan Zairinah (2014) dalam buku Perkembangan Kanakkanak menyatakan bahawa Jean Piaget ialah seorang ahli biologi yang terhandal dan terlatih
yang dari Switzerland dan telah

menggunakan model biologi untuk menghuraikan

perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah
dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.
Piaget dan ahli psikologi kognitif dikenali sebagai ahli struktur kerana mereka mementingkan
struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973). Beliau sangat berminat dalam bidang biologi dan
epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang
perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia pada usia remajanya. Latar belakang
beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh
Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental.
Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang
diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat polapola yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan
bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.
Menurut Ustad MJ STIT Al-Amin Indramayu (2012) dalam TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR menyatakan bahawa istilah kognitif
berasal dari cognition yang bermakna mengetahui.
2

Menurut Jean Piaget dalam Teori Perkembangan Kognitif dalam Proses Belajar
Mengajar mentakrifkan perkembangan kognitif merupakan satu proses yang terbentuk melalui
interaksi antara individu. Perkembangan kognitif merupakan perubahan dalam kemampuan
berfikir dari segi aspek mengetahui sifat, konsep, atau maklumat yang jelas tentang sesuatu
dan mempunyai gambaran yang jelas dan lengkap tentang hal itu. (Hurclok, 1990). Piaget
berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat dan setiap
peringkat itu sangat penting. Menurut Wong Kiet Wah et al. (2013) menyatakan bahawa
terdapat 4 konsep utama dalam Teori Pembelajaran Piaget iaitu skema, asimilasi, akomodasi
dan Ekuilibrasi (keseimbangan) tetapi dalam jurnal Teori Perkembangan Kognitif dalam Proses
Belajar Mengajar, konsep skema tidak diterangkan. Berikut merupakan ulasan tentang konsepkonsep tersebut :
a) Skema ialah struktur asas yang mewakili pengetahuan mental seseorang individu. Skema
dibina sewaktu kanak-kanak berusaha untuk mencapai kefahaman tentang sesuatu dan
bertindak kepada pengalaman fizikal di persekitarannya. Pendapat ini telah pun disokong oleh
Azizi Yahaya, Shahrin Ahmad dan Yusof Boon (2008) dalam buku Psikologi Pendidikan dengan
menyatakan bahawa skema ialah struktur-struktur kognitif yang digunakan oleh individu untuk
mendapatkan pengetahuan dalam persekitaran dan sentiasa berubah-ubah pada peringkatperingkat tertentu. Perkembangan skema kognitif disebabkan oleh hasil interaksi seseorang
individu.
b) Menurut Ustad MJ STIT Al-Amin Indramayu (2012), asimilasi merupakan proses kognitif yang
mengintegrasikan maklumat yang baru di dalam skema yang sedia ada. Menurut Fazidah Nazir,
Norhiza dan Zairinah (2014) asimilasi ini akan berlaku sepanjang masa kerana manusia
sentiasa melalui pelbagai maklumat dan juga pengalaman yang baharu dan perubahan ini
berbentukan secara kualitatif ataupun kuantitatif. Pada pendapat Azizi Yahaya, Shahrin Ahmad
dan Yusof Boon (2008), proses asimilasi berlaku apabila kanak-kanak menggabungkan elemen
baharu ke dalam struktur tingkah laku sedia ada dan membantu untuk mengembangkan skema
supaya dapat memahami rangsangan daripada yang mudah kepada yang susah.
c) Menurut Azizi Yahaya, Shahrin Ahmad dan Yusof Boon (2008), akomodasi merupakan satu
cara menukarkan konsep lama untuk disesuaikan dengan maklumat baru. Inilah yang
dinyatakan dalam jurnal tersebut iaitu, akomodasi ialah penyesuaian struktur kognitif terhadap
situasi yang baharu. Ini bermakna konsep akomodasi akan mengubah suai skema yang sedia
3

ada untuk menerima maklumat baharu ataupun akan membentuk skema yang baharu bagi
menerima maklumat ataupun pengalaman yang baharu.
d) Seperti yang dikatakan dalam jurnal, ekuilibrasi ialah keseimbangan antara asimilasi dan
akomodasi. Pendapat ini telah pun disokong oleh Wong Kiet Wah et al. (2013) dengan
menyatakan bahawa keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi menentukan interaksi
individu dengan persekitaran untuk memahaminya. Maka,keseimbangan akan berlaku apabila
seseorang individu menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian.
Dalam jurnal tersebut, penulis telah pun menerangkan bahawa proses pembelajaran haruslah
disesuaikan mengikut peringkat perkembangan kognitif yang dilalui oleh murid-murid. Terdapat
4 peringkat perkembangan kognitif yang telah dibahagikan oleh Jean Piaget iaitu, sensori motor
(0-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (selepas 11
tahun). Berikut merupakan ulasan tentang empat peringkat perkembangan kognitif:
i) Menurut Fazidah Nazir, Norhiza dan Zairinah (2014), pada peringkat sensori motor ini bayi
akan menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mengenali dan mempelajari tentang
persekitarannya. Dalam jurnal yang saya ulas ini,penulis telahpun menyatakan pada peringkat
ini akan berlakulah pengekalan objek (object permanence). Pada permulaanya, bayi tidak
mempunyai pengekalan objek. Maka, bayi tidak faham objek yang hilang daripada penglihatan
masih lagi wujud. Menurut Bobby Ojose (2008) dalam Applying Piagets Theory of Cognitive
Development to Mathematics Instruction juga menyatakan bahawa kanak-kanak itu dapat
mencari objek walaupun objek tersebut telah dipindahkan ataupun dibawa keluar dari
penglihatannya. Maka, kanak-kanak tersebut boleh memikir sesuatu dan merancang tindak
balasnya dengan memikirkan tentang objek dan dikaitkan dengan peristiwa ataupun
pengalaman.
ii) Pada peringkat praoperasi ini, kanak-kanak mula menggunakan minda mereka untuk
membentuk skema-skema yang baharu. Menurut Bobby Ojose (2008), pada peringkat ini
wujudlah perkembangan dalam keupayaan bercakap, pemikiran simbolik, bersifat egosentrik
dan berfikir secara logik juga terhad. Dalam jurnal tersebut telah dinyatakan bahawa kanakkanak akan berfikiran animism dan egosentrik dan juga intuitif. Menurut Wong Kiet Wah et al.
(2013), intuitif bermakna kanak-kanak sangat yakin dengan perkara yang mereka tahu, padahal
mereka kurang sedar tentang penggunaan pemikiran rasional kerana mereka masih lagi belum
4

dapat menyusun dan menkategorikan objek-objek dengan mantap. Animisme pula bermaksud
kanak-kanak percaya bahawa benda-benda juga bernyawa dan mempunyai ciri-ciri manusia
seperti perasaan dan pemikiran manakala egosentrik pula menyatakan tentang keadaan kanakkanak masih lagi belum dapat membezakan antara pandangan sendiri dengan pandangan
orang lain.
iii) Menurut jurnal pada peringkat Operasi Konkrit ini, pemikiran intuitif telah digantikan dengan
penaakulan logik. Pada tahap ini, kanak-kanak boleh menguasai tentang kemahiran
mengklasifikasi, seriasi dan keterbalikan. Walaubagaimanapun, penguasaan penaakulan logik
ini terikat kepada pegalaman deria dan motor yang konkrit sahaja. Maka, pembekalan objek
maujud sangat penting bagi kanak-kanak sekolah rendah. Menurut Woolfolk (1987) dalam Azizi
Yahaya et al. (2005) juga berpendapat bahawa pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai
logik yang lengkap bagi membuat operasi yang konkrit. Maka, kanak-kanak bukan sahaja
berupaya berfikir berbalik dan memahami konsep pemuliharaan malah boleh melakukan
pengelasan dan penyusunan bersiri. Menurut Piaget (1977) dalam Bobby Ojose (2008)
menyatakan bahwa penyusunan bersiri dan pengelasan adalah dua operasi logik yang
berkembang semasa peringkat ini. Menurut Bobby Ojose (2008) penyusunan bersiri merupakan
keupayaan untuk memerintahkan objek mengikut pengurangan atau penambahan bilangan.
Sebaliknya, pengelasan merupakan mengkategorikan objek mengikut kumpulan masing-masing
berdasarkan ciri-ciri yang sama.
iv) Dalam jurnal tersebut telah dinyatakan bahawa seseorang individu mempunyai keupayaan
untuk berfikir tentang realiti yang konkrit dan kemungkinan-kemungkinan yang abstrak. Remaja
pada tahap ini berkebolehan penaakulan secara hipotetik-deduktif iaitu, keupayaan untuk
membentuk hipotesis dan mencabar kesahihannya. Kebanyakkan remaja dan orang dewasa
dapat menyelesaikan masalah melibatkan proses kognitif yang kompleks seperti pemikiran
abstrak, membentuk hipotesis, pemikiran sistematik dan pemikiran deduktif. Menurut Sund
(1976) dalam Wong Kiet Wah et al. (2013) berpendapat bahawa bukan semua remaja
mencapai peringkat operasi formal (Piaget 1974). Woolfolk (1987) dalam A Mereka juga
menunjukan bahawa Azizi Yahaya et al. (2005) remaja akan menunjukan keprihatinan pada
identiti diri dan isu-isu sosial semasa berada dalam peringkat ini.

2.1 APLIKASI TEORI KOGNITIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sangat penting kepada murid-murid sekolah
rendah. BBM mestilah terdiri daripada bahan-bahan besar supaya senang dilihat dan juga
dimanipulasikan oleh guru dan juga murid-murid. BBM yang mempunyai ciri-ciri seperti ini akan
menarik perhatian pelajar untuk mengikuti sesuatu subjek. Para guru perlulah mengunakan
pelbagai jenis BBM untuk mengajar bagi meningkatkan tahap perkembangan kognitif anak
murid mereka. Objek-objek maujud dan dapat dilihat sangat berkesan bagi meningkatkan
penaakulan murid-murid sekolah rendah.
Sebagai guru yang mengajar pelbagai subjek, kita harus menumpukan perhatian
terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami
kebolehan mereka Sebagai contohnya, murid-murid sekolah rendah hanya memahami konsep
matematik melalui pengalaman konkrit. Maka penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
memainkan peranan yang sangat penting untuk menyampaikan konsep matematik tersebut
secara berkesan kepada murid-murid tersebut. Murid-murid sekolah rendah menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan menggunakan BBM. Oleh itu, guru perlulah menggunakan kaedah kerja
praktik bagi menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik.
Seterusnya ialah cikgu perlulah menyatakan contoh-contoh yang konkrit sewaktu
mengajar. Murid-murid yang berada di peringkat sekolah rendah masih lagi belum bersedia
menyelesaikan masalah-masalah yang berbentuk abstrak. Oleh itu, guru-guru perlulah
memberikan beberapa contoh tentang sesuatu subjek yang diajar supaya dapat difahami oleh
murid-murid. Sebagai contohnya, gambar rajah atau model mesti digunakan semasa
memperkenalkan pengajaran geometri. Guru sentiasa perlu mengingati bahawa kaedah
membuktikan teori tidak boleh digunakan kerana murid-murid sekolah yang berada dalam
peringkat operasi konkrit tidak berupaya memahami teori geometri yang abstrak.
Aplikasi yang seterusnya ialah susunan kurikulum.Menurut Faridah Nazir, Norhiza dan
Zairinahisi pelajaran perlulah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Isi
pelajaran perlulah disusun secara berperingkat dari mudah ke sukar dan dari konkrit ke abstrak
oleh guru. Dalam negara kita juga sukatan pelajaran sekolah rendah iaitu dari peringkat pra
sekolah hingga tahun enam telah disusun berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif Jean
Piaget. Sebagai contohnya, topik subjek disusun dari tajuk konkrit ke abstrak seperti waktu dan
6

jam (konkrit), jarak dan jisim (abstrak) diajar sewaktu tahun 2. Akhirnya, konsep penyelesaian
masalah akan diajar apabila murid-murid telah mempelajari konsep-konsep asas subjek
tersebut.
Pengajaran pelbagai subjek merupakan salah satu aplikasi teori kognitif dalam proses
PdP. Guru-guru perlulah memberi pendedahan tentang rangsangan-rangsangan yang kreatif
seperti seni visual dan tayangan video supaya dapat mensimulasikan perkembangan kognitif
murid-murid. Selain itu, guru perlulah merancang sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan
perkembangan kognitif murid-murid. Sebagai contohnya, guru boleh menjalankan sesuatu
aktiviti yang berkaitan denga muzik ataupun tarian.
Guru juga perlulah mewujudkan suasana sosial yang tenang dan riang. Guru-guru perlu
memastikan bahawa suasana bilik darjah sangat kondusif dan sesuai agar proses PdP
berlangsung dengan lancar. Sebagai contohya, para guru digalakan untuk menukar tema
suasana persekitaran bilik darjah setiap minggu
2.2 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI KOGNITIF
Terdapat juga beberapa kelemahan yang ada dalam teori ini. Azizi Yahaya et al. (2005)
dalam

buku Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan menyatakan pengkritik Teori Piaget tidak

mampu menerangkan tentang struktur, proses dan fungsinya dengan jelas dan tepat. Menurut
Gelman dan Baillargeon (1983) dalam Azizi Yahaya et al. (2005) terdapat juga pengkritik yang
mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan
oleh Piaget. Mereka menyatakan wujudnya peringkat perkembangan kognitif dan kanak-kanak
pada setiap tahap berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak itu dapat
memahirkan set operasi tertentu. Oleh itu, mereka sepatutnya dapat menyelesaikan semua
masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai contohnya, apabila individu
menunjukan kemampuan pemuliharaan, berdasarkan Teori Piaget dia sepatutnya dapat
menunjukan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama.
Bagaimapun, kajian Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukan keadaan yang berbeza di mana
kanak-kanak sentiasa menunjukan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada
pemuliharaan angka.
Piaget telah memberi kita satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak
yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang kaitan antara
7

teorinya dengan istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, keseimbangan. Tambahan


pula, beliau tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kita boleh mengetahui bahawa kanakkanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980) telah
menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti bahasa,
penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman mereka.
Satu lagi kelemahannya ialah kajian Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif
awal bergantung pada aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa mungkin
keupayaaan otak bayi berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Piaget
percaya bahawa bayi tidak faham tentang konsekuen tindakan mereka terhadap persekitaran
sehingga berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas pergerakan
tangan mereka. Walau bagaimanpun, ada kajian terkini yang telah membuktikan bahawa bayi
yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami bahawa tindakan mereka akan memberi
kesan terhadap persekitaran.
Kelebihan ialah teori ini mempunyai pengaruh yang jelas terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Ini disebabkan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat
penting dalam proses PdP murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Teori pembelajaran kognitif ini
menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid akan banyak membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah. Teori ini juga membantu guru-guru untuk mengetahui dan menyedari
perubahan yang berlaku di peringkat-peringkat tertentu. Maka, mereka bolehlah membantu
murid itu dengan baik dengan adanya pengetahuan ini.

3.0 PENULISAN ESEI

... learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individuals
knowledge or behavior (Woolfolk, 2004)
Kenyataan tersebut didefinisikan sebagai pembelajaran hanya akan berlaku apabila
pengalaman yang dialami mengakibatkan perubahan yang kekal terhadap ilmu pengetahuan
dan tingkah laku seseorang. Menurut Shuell dalam Choong Lean Kiat (2011) mentakrifkan
bahawa belum dapat satu takrifan yang sejagat bagi definisi pembelajaran dalam kalangan ahli
teori, penyelidik dan pengamal dalam bidang pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku
seseorang akibat perolehan ilmu, kemahiran atau amalan hasil proses pendidikan. Dengan kata
lain, pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya untuk mengaplkasikan ilmu yang baru
diperoleh dalam situasi kehidupan seharian. Saya bersetuju dengan pendapat Woolfolk kerana
setiap individu akan mempelajari sesuatu pelajaran yang mampu mengubah tingkah lakunya.
Rohaila Yusof et al. (2007) juga bersetuju dengan pendapat tersebut dengan mengatakan
bahawa pengalaman merupakan satu bentuk pembelajaran yang membolehkan individu
membuat pelbagai penemuan yang menyumbang kepada pembangunan dirinya.
Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang sangat memainkan peranan untuk
memberi pengajaran kepada kita. Pengajaran yang didapati daripada zaman tersebut tidak
boleh dilupakan sehingga akhir hayat kita. Maka, pengalaman tersebut akan memberi kesan
yang kekal kepada tingkah laku seseorang individu. Sebagai contohnya, terdapat seorang
kanak-kanak yang suka bermain dengan objek-objek yang boleh membahayakan keselamatan
diri seperti pisau. Tiba-tiba pisau tersebut terkena pada tangannya dan darah telah keluar.
Kanak-kanak tersebut akan menangis kerana tidak dapat menahan kesakitan. Pengalaman
tersebut tidak boleh dilupakan oleh kanak-kanak itu. Daripada pengalaman tersebut, kanakkanak itu mempelajari bahawa bermain objek-objek yang tajam boleh mencederakan diri
sendiri. Selepas itu, kanak-kanak tersebut tidak akan bermain dengan objek-objek yang tajam
dan sentiasa berhati-hati jika menggunakannya.

Saya juga bersetuju bahawa pengalaman juga boleh memberi perubahan dalam ilmu
pengetahuan seseorang individu.(Woolfok,2004). Sebagai contohnya ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam pembelajaran anak-anak melalui pengalaman. Anak-anak perlulah
9

diberi peluang untuk menghayati dan mengalami sendiri pengalaman supaya dapat
mempelajari dan memahami setiap apa-apa yang dialami itu

secara berkesan. Sebagai

contohnya, jika anak-anak ingin belajar mengenai seekor kucing, ibu bapa perlulah membawa
seekor kucing. Ibu bapa perlu memastikan bahawa anak tersebut dapat melalui pengalaman
dengan melihat dan menyentuh kucing tersebut. Anak tersebut juga akan bertanya pelbagai
soalan dan perlu dijelaskan oleh ibubapa dengan lebih baik. Ibubapa bolehlah bertanyakan
soalan-soalan

yang

mudah

tentang

kucing

tersebut

supaya

anak-anak

menghayati

pembelajaran tersebut dengan mendalam lagi. Jika ibubapanya hanya menunjukkan gambar
kucing, penghayatan tidak akan berlaku di dalam anak tersebut. Maka, di situ adalah berbezaan
pengalaman jika ibubapanya membawa kucing yang sebenar dengan hanya menunjukan
gambar kucing sahaja. Oleh itu, pengalaman yang sebenar itu dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan tentang seseorang individu.
Menurut Choong Lean Keow (2008), setiap pengalaman akan memberi pembelajaran
yang bermanfaat kepada murid-murid. Sebagai contohnya, murid-murid akan mempelajari
sesuatu secara langsung. Jika murid-murid melawat Muzium Negara, mereka bolehlah
menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah dan artifek. Murid-murid juga tidak akan berasa
bosan malah akan berasa sangat seronok. Maka, murid tersebut akan mengetahui realiti subjek
sejarah. Jika, murid-murid dibawa ke Zoo Negara, mereka akan melihat dan mengetahui
tentang haiwan-haiwan secara langsung. Secara tidak langsungnya, subjek saina telah pun
dikaitkan dengan lawatan sambil belajar tersebut.
Selain itu, kanak-kanak juga akan mendapat pengalaman semasa bermain. Menurut
Mariani dan Siti Hawa (2009) dalam Zakiah Mohamad Ashari juga menyatakan bahawa aktiviti
bermain berperanan dalam membantu perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek
3M (membaca, menulis dan mengira) tetapi juga dari aspek sahsiah dan tingkah laku kanakkanak. Pandangan negatif sesetengah pihak terhadap aktiviti bermain kanak-kanak perlu
diubah dan diperbetulkan kerana terdapat bukti yang kukuh bahawa kanak-kanak boleh
menunjukkan tahap komunikasi lisan yang lebih tinggi, pemikiran yang kreatif, berimaginasi
dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti bermain. Maka tingkah laku
murid-muid juga berubah dengan adanya pengalaman bermain. Contohnya, pemainan kabadi
akan mengajar seseorang murid untuk cara untuk bekerjasama supaya dapat berjaya dalam
permainan tersebut. Sikap bekerjasama tersebut juga turut diaplikasikan oleh seseorang murid
pada situasi yang lain seperti apabila melakukan kerja kumpulan di dalam sekolah ataupun
dalam pertandingan-pertandingan yang lain.
10

Dalam sekolah, para guru sentiasa akan mengamalkan Teori Behavioris. Cikgu yang
mengamalkan teori ini juga boleh mengubah tingkah laku seseorang murid. Sebagai contohnya,
seseorang murid yang mempunyai tingkah laku yang tidak baik seperti vandelisme dan ponteng
sekolah perlulah diberi perhatian dan mengambil berat tentangnya. Jika murid itu berasal
daripada keluarga yang miskin, cikgu bolehlah membantunya dengan membelikan alat tulis.
Cikgu tersebut juga perlu memberi nasihat dan kesedaran tentang kepentingan berpendidikan
kepada murid itu. Lama-kelamaan, murid tersebut akan mengubah tingkah lakunya dan akan
menjadi murid yang baik. Perubahannya itu perlulah dinotis oleh guru dan memberi memberi
peneguhan positif padanya dengan memuji perubahannya. Maka, pengalaman yang dialami
olehnya ialah sikap ambil berat guru tentang dirinya.
Seterusnya ialah pembelajaran juga akan berlaku dari pengalaman pahit seseorang
murid. Sebagai contohnya, seorang murid mempunyai masalah displin. Murid tersebut juga
telah diberi nasihat dan amaran serta juga pernah dirotan oleh guru displin. Tetapi dia tidak
menghiraukan segala dendaan itu dan tetap membuatnya. Pada suatu hari, dia telah ditangkap
kerana ponteng sekolah dan merokok. Kesnya telah diberitahu kepada ibubapanya. Apabila
terdengar tentang anaknya yang tidak berdisplin dan sanggup membuat perkara-perkara
negatif, ibunya pula telah jatuh sakit. Selepas itu, dia telah insaf dan tidak membuat perkara itu
lagi. Maka menurut kenyataan Woolfolk (2004) pengalaman pahit ini memberi kesan terhadap
tingkah laku murid tersebut.
Seterusnya, murid X merupakan anak tunggal kepada emaknya dan anak yatim kerana
bapanya telah meninggal dunia. Dia tidak pernah berpisah daripada emaknya dan emak
tersebut sangat berkerja keras demi pendidikan anaknya itu. Dia juga mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan telah pun mendapat tawaran daripada universiti.
Selepas dia telah masuk ke kampus, dia telah mengalami kesusahan untuk mengurus dirinya.
Dia perlu berhidup di kampus universiti itu tanpa ibunya. Pengalaman itu memberi pengajaran
kepada murid tersebut supaya menjadi berdikari. Walaubagaimanapun, dia sanggup menerima
situasi itu demi kesejahteraan hidupnya nanti. Tingkah lakunya yang lama itu telah diubahkan
kepada tingkah laku yang baharu.

11

Oleh itu, disini jelaslah pernyataan Woolfolk(2004) itu memang benar bahawa
pengalaman yang dialami mengakibatkan perubahan yang kekal terhadap ilmu pengetahuan
dan tingkah laku seseorang.

12

4.0 RUMUSAN
Perkembangan kognitif merupakan perubahan dalam kemampuan berfikir dari segi aspek
mengetahui sifat, konsep, atau maklumat yang jelas tentang sesuatu dan mempunyai
gambaran yang jelas dan lengkap tentang hal itu. Terdapat empat konsep utama dalam Teori
Pembelajaran Piaget iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan Ekuilibrasi (keseimbangan).
Terdapat juga beberapa kekuatan dan kelemahan dalam teori ini. Maka, tugasan ini akan
menerangkan tentang Teori Jean Piaget secara dalam.

13

5.0 REFLEKSI
Saya Logananthini A/P Dhanabalan dari Unit Bimbingan dan Kaunseling (SJKT)
Semester 2. Pada 23/3/2015 hingga 27/3/2015, saya telah pergi ke sekolah untuk membuat
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di tempat saya. Nama sekolah tersebut ialah SJK(T)
Telok Panglima Garang. Refleksi ini akan menerangkan tentang persekitaran sekolah dan
keadaan di dalam dan di luar bilik darjah sekolah tersebut.
Setiap guru di sekolah itu telah mengamalkan teori behavioris dalam kalangan muridmurid. Guru-guru tersebut biasanya merancang untuk mengajar satu unit pengajaran yang
kompleks mengikut unit-unit kecil atau sub tajuk. Ini memudahkan sesetengah murid yang
kurang memahami seterusnya menguasai kemahiran dan maklumat asas sebelum meneruskan
kepada kemahiran dan konsep yang lebih susah. Seterusnya, guru-guru juga sentiasa
menyemak hasil kerja murid-murid, memberi maklum balas yang spesifik dan dorongan yang
menggalakkan. Pengukuhan yang diberi oleh guru-guru itu yang berbentuk positif ataupun
negatif amat penting supaya murid-murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan tentang apa
yang diajar dalam kelas. Dalam sekolah, pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya
akan berpusatkan guru. Ini bermakna guru lebih cenderung menggunakan kuliah, latihan dan
teknik-teknik yang lain dalam penyampaian subjek masing-masing.
Menurut Fraser (1998) dalam Che Nidzam Che Ahmad (n.d), persekitaran pembelajaran
merupakan tempat pembelajaran berlaku samaada dalam konteks sosial, psikologikal dan
pedagogikal yang boleh mempengaruhi pencapaian dan sikap pelajar. Maka, dalam sekolah
pembelajaran akan berlaku di dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah. Menurut Woolfolk
(2007) dalam Che Nidzam Che Ahmad, bilik darjah merupakan satu persekitaran khas yang
bersifat multidimensi iaitu penuh dengan pelbagai murid, pelbagai tugasan dan mempunyai
tekanan dari segi masa. Persekitaran bilik darjah boleh dilihat dari segi beberapa aspek seperti
saiz bilik, warna cat dinding, kebersihan, susunan bilik darjah dan pengunaan bahan bantu
mengajar (BBM) di dalam bilik darjah. Saya telah memerhati persekitaran fizikal ini dari segi
aspek-aspek tersebut. Saiz setiap bilik darjah di sekolah itu besar dan juga selesa. Bilik darjah
tersebut boleh memuatkan lebih kurang 45 orang murid. Ada juga beberapa bilik darjah yang
mengandungi bilangan murid yang kurang. Bilik darjah yang selesa seperti ini akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid dan juga pelajar. Selain
itu, ada juga bilik darjah telah dicat dengan baik dan ada juga bilik darjah yang pudar warnanya.
Hati saya sangat tenang apabila saya memasuki kelas yang dicat dengan baik dan cantik

14

manakala saya berasa kecil hati dan sedih semasa memasuki kelas yang pudar warnanya.
Seterusnya kebersihan kelas di sekolah tersebut baik walaupun ada juga beberapa sampah di
merata-rata tempat.
Setiap bulan diadakan pertandingan kebersihan antara kelas di sekolah itu. Saya juga
telah membuat pemerhatian di kelas yang memenangi tempat pertama bagi bulan Mac iaitu 5
Tholkapiyar. Kelas tersebut sangat cantik dan bersih sehinggalah tidak ada apa-apa sampah di
atas lantai. Warna kelas juga sangat cantik kerana telah dicatkan baru-baru ini oleh murid-murid
kelas itu dan guru kelas tersebut. Aspek yang seterusnya ialah susunan bilik darjah. Susunan
bilik darjah sangat penting dan mestilah berpadanan dengan gaya pengajaran guru, saiz dan
dimensi kelas dan keselesaan kelas. Kebanyakan bilik darjah di sekolah itu mengunakan
susunan tradisional dan juga susunan berkelompok. Menurut Choong Lean Keow (2011) dalam
buku Murid dan Alam Belajar Edisi Ke-2, menyatakan bahawa meja dan kerusi murid-murid
disusun menghadap ke papan tulis iaitu di depan kelas. Susunan ini sangat sesuai kerana
murid-murid dapat dilihat dengan jelas. Selain itu, perbualan mereka juga dapat dikurangkan
kerana semua murid menghadap ke depan. Ada di sesetengah kelas, murid-murid telah disusun
mengikut kumpulan yang terdiri daripada enam orang. Ini dikenali sebagai susunan
berkelompok. Bilangan murid dalam setiap kumpulan memang berpatutan kerana lebih
daripada 6 orang ahli kumpulan akan menganggu dinamika kumpulan kerana murid-murid akan
membentuk kumpulan kecil masing-masing. Saya berasa susunan ini juga sesuai untuk
melakukan aktiviti pembelajaran berkolaberatif.
Selain itu, setiap kelas di sekolah tersebut mempunyai tempat yang khas untuk
meletakan BBM dan hasil kerja murid-murid yang kreatif. Terdapat banyak jenis BBM yang
sesuai untuk murid-murid telah pun disediakan oleh guru-guru mereka yang berkaitan dengan
setiap subjek seperti Bahasa Melayu dan Metamatik. Ini bermakna, guru-guru di sekolah
tersebut berdedikasi untuk mengajar murid-murid mereka. Hasilan kerja yang dibuat oleh muridmurid tersebut sangat kreatif. Dengan membuat tugasan seperti itu, murid-murid tersebut dapat
meningkatkan tahap kreatif masing-masing dan guru-guru yang memasuk kelas tersebut juga
dapat melihat kebolehan dan kemampuan seseorang murid. Maka, murid bolehlah
meningkatkan keyakinan diri mereka apabila dapat dipuji oleh gurunya setelah melihat hasil
kerja itu.
Keadaan di luar bilik darjah pula adakalanya sangat bising dan adakalanya senyap.
Sebagai contohnya, terdapat beberapa kelas yang berhampiran dengan padang sekolah.

15

Sewaktu masa Pendidikan Jasmani, padang tersebut agak bising sehinggalah menganggu guru
dan juga murid yang mengajar di dalam kelas-kelas tertentu. Oleh itu, perhatian murid-murid
juga akan terganggu dan mereka hanya melihat orang-orang yang melalui kelas mereka. Selain
itu, murid-murid juga akan menghadapi kesukaran untuk mendengar apa yang diajar oleh guru
jika guru tersebut mempunyai suara yang lembut. Selain itu, di luar kelas juga terdapat banyak
pasu bunga yang cantik. Ia memberi tanggapan yang baik kepada orang luar seperti pegawai
penyelia dan ibubapa.
Seterusnya ialah persekitaran sekolah tersebut. Sekolah tersebut mempunyai
kemudahan-kemudahan yang asas. Padang sekolah tersebut tidak begitu kondusif kepada
murid-murid kerana padangnya kecil. Padang tersebut tidak boleh digunakan lebih daripada 2
kelas. Selain itu, sekolah itu juga tidak ada tempat parkir yang khas kepada para guru. Mereka
akan pakir kereta mereka di depan padang sekolah itu. Sekolah itu mempunyai bilik-bilik yang
khas kepada murid-murid. Sebagai contohnya, bilik kaunseling, bilik pemulihan dan juga bilik
komputer. Bilik-bilik seperti ini memberi kesan yang baik kepada murid-murid di sekolah itu.
Sekolah itu memiliki kantin yang besar yang mempu mengandungi 100 orang murid. Maka,
murid-murid akan berasa selesa sewaktu makan di kantin tersebut. Sekolah itu juga
mengutamakan keselematan murid-murid sekolah. Sebagai contohnya, bilik makmal yang baru
dibina telah mengalami kerosakan lantai. Oleh itu, pihak pentadbir mengutamakan keselamatan
murid-murid dan tidak membenarkan mereka menggunakkan bilik itu. Bilik itu hanya dibuka dan
digunakan oleh guru-guru untuk menanda buku-buku latihan sahaja. Akhirnya, dengan
pemerhatian ini saya telah mempelajari banyak pengalaman tentang keadaan sesuatu sekolah.
Saya juga dapat berfikir kebaikan dan keburukan persekitaran sekolah dan bilik darjah terhadap
murid-murid sekolah. Saya juga sedar tentang kepentingannya kepada murid-murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

16