Anda di halaman 1dari 9

Pada pendapat anda, adakah budaya dialog antara kaum /etnik amat perlu disuburkan

dalam konteks negara kita, untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional
yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta
kelangsungan identiti negara? Bincangkan
Budaya secara amnya memberi maksud cara hidup manusia. Budaya dilihat sebagai
satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu
kelompok. Budaya bermaksud cara hidup sesebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan
kemajuan. Menurut Edward B. Taylor pula menerangkan budaya sebaya satu himpunan ilmu
pengetahuan, kesenian, adat resam, kemahiran yang dimiliki dan diamalkan oleh manusia
dalam sesuatu masyarakat. Dialog ialah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang
mempunyai pegangan, pandangan berbeza mengenai subjek atau perkara tertentu dengan
tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah daripada pihak satu lagi Ini mengingatkan
kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu keadilan sosial dan
ekonomi. Dalam konteks ini, penting isu kepemimpinan kelompok atau budaya teras diberi
perhatian. Budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban perlu disuburkan dalam
konteks negara untuk memperkukuhkan perpaduan serta integrasi nasional yang menjadi kunci
kelestarian kepemimpinan kelompok, budaya teras, dan kelangsungan identiti negara.
Menurut

Mohd

Sohaimi

Isa

(2011)

perpaduan

sebagai

satu

proses

yang

menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan negara.
Pada pendapat saya, budaya dialog antara kaum /etnik amat perlu disuburkan dalam
konteks negara kita, untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang
merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan
identiti negara dengan melalui pelbagai aktiviti untuk memperkukuhkan perpaduan. Hal ini
kerana terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam
masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam
mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka

sahaja yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada
etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan
mewujudkan polarisasi antara etnik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai
bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan
kumpulan etnik masing-masing. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan
masalah yang lebih besar jika fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam
masyarakat. Bagi memperkukuhkan perpaduan antara satu sama lain

kerajaan telah

menubuhkan Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara bagi menangani isu-isu berhubung


pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita. Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei
1969 telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius
diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam
sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969 Jabatan Perpaduan Negara dibawah
perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula
perpaduan masyarakat di negara kita. Melalui pertubuhan ini dapat eratkan hubungan antara
satu sama lain dan menerima budaya orang lain samada dari segi pakaian, makanan atau
tempat tinggal di taman-taman perumahan yang sama. Keadaan ini akan menggalakkan lagi
hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti setempat.
Kekuatan budaya dialog dapat membangunkan sesebuah masyarakat atau negara
dengan seimbang.

Hubungan antara kaum dapat disatukan melalui kebudayaan kebangsaan

bagi sesebuah negara. Contohnya, kakitangan kerajaan terdiri daripada pelbagai kaum dan
bekerjasama untuk melaksanakan tugasan. Kakitangan haruslah terdiri dari pelbagai kaum
kerana mereka dapat memberi pandangan yang berlainan dari pelbagai sudut. Melalui pelbagai
etnik dalam sesebuah negara kita dapat menikmati barang-barang dari pelbagai pelusuk dunia.
Dalam bubungan etnik yang harmonis itu terdapat persaingan,misalnya kegiatan ekonomi dan
pekerjaan dari segi agihan pendapatan,keupayaan membeli rumah, keupayaan menghantar
anak ke institusi pengajian tinggi. Namun begitu, perbezaan yang wujud itu menjadi satu tanda
bahawa setiap kaum mesti mempelajari di antara satu sama lain tentang cara pilihan yang
terbaik untuk menikmati kehidupan yang makmur dan sejahtera.
Kedua ialah sesebuah masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun yang
mempunyai penghayatan moral dan akhlak yang terpuji yang didalamnya terkandung kepada
ilmu ketekunan ,kerajinan, semangat berdisiplin dan kreatif yang tinggi untuk memperkukuhkan
perpaduan dan intergrasi nasional dalam kepimpinan negara. Pemerintah kita tidak

mengamalkan diskriminasi atau dominasi terhadap cara hidup dan budaya komuniti-komuniti
etnik yang minoriti atau yang datang peringkat awalnya sebagai imigran. Masyarakat yang
terbentuk daripada pluraliti budaya ini memahami realiti dalam bentuk kepelbagaian dan
kesedaran supaya dapat mewujudkan persefahaman bagi menjamin perpaduan. Rakyat
Malaysia amat menghormati anatara satu ama lain dan telah belajar untuk hidup bersama
dengan harmoni dan penuh toleransi. Contohnya dalam perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya,
Hari Deevapali akan mengadakan rumah terbuka dan menjemput rakan-rakan mereka tanpa
mengira kaum dan agama untuk menikmati perayaan mereka.
Ketiga, kekuatan budaya dialog di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban
mewujudkan nilai-nilai murni pada pemimpin di negara kita yang pastinya akan menggalakkan
kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya
berganding bahu membangunkan negara dan tamadun ke arah perpaduan dan integrasi
nasional yang tinggi. Penghayatan nilai-nilai murni ini telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama
dalam pelbagai tamadun seperti Lao Tse, Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan
Sambara dalam tamadun India, serta Al- Farabi, Al -Ghazali dan Ibnu Khaldun dalam tamadun
lslam. Contohnya, perbincangan yang dijalankan seharusnya dibincangkan supaya kita dapat
mencari jalan penyelesaian yang memberi kebaikan bersama dan bukan mengikut cara diskusi
atau perbahasan yang memberi manfaat kepada pihak yang berjaya mengukuhkan pendapat
dan fakta mereka. Sesorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda
yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat
sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam
sesebuah negara. Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India,
kaum Melayu melibatkan diri dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya
mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan yang diperlukan kaum
mereka sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan
sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama.
Antara kelemahan utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog
peradaban di Malaysia adalah sikap fanatik dan juga perkauman. Semasa perbincangan dialog
diadakan kita tidak boleh membincangkan isu-isu yang bersifat fanatik dan perkauman. Inilah
yang menjadikan budaya dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya
menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh
harapan terhadap dialog peradaban kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang
mendominakan perbincangannya sahaja yang dapat menikmati faedah manakala pihak yang

lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Di sini kita boleh mengatakan bahawa dialog yang
dijalankan pula tidak mengikut protokol yang sewajarnya serta prosesnya tidak berjaya. Ini
menyebabkan matlamat tidak akan tercapai untuk menyatukan kaum di Malaysia dan memupuk
perpaduan dan integrasi nasional serta mencari jalan penyelesaian yang disetujui oleh semua
kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan kaum dan perasaan
fanatik dalam diri masyarakat.
Seterusnya kelemahan yang lain, jika kita tidak menyetujui sesuatu pendapat yang
hanya melihatkan kebaikan perkauman tertentu dan bersikap fanatik ia boleh mengundang
masalah perkauman di negara kita. Jikalau kita tidak bersetuju untuk mengambil sesuatu
keputusan tersebut walupun ia lebih kepada kepentingan perkauman ia juga masih boleh
mengundang masalah seperti kaum yang tidak diendahkan akan melakukan pemberontakan
dan menimbulkan rasa tidak berpuas hati. Oleh itu, hubungan harmoni antara pelbagai kaum di
negara kita tidak boleh dilaksanakan dan ini boleh menimbulkan rusuhan antara kaum seperti
peristiwa 13 Mei 1969 yang pernah berlaku. Sehingga hari ini, masalah sedemikian kian terus
menular dan menjadi satu cabaran yang tidak dapat ditandingi dalam proses dialog dialog
peradaban. Misalnya, Utusan Online mengatakan MCA dan MIC semakin memupuk
perkauman dengan fahaman pembelaan ras supaya mereka mengangkat kembali kedudukan
masing-masing semasa pilihan raya ke 12 ini. krisis yang melanda kedua-dua parti tersebut
seperti menuntut supaya mereka nkembali ke landasan asal yang bersifat perkauman itu.
Selain itu juga, kelemahan yang menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban di
Malaysia ialah persepsi yang salah pihak tertentu terhadap pihak yang lain. Perasaan dan
tanggapan yang salah terhadap sesebuah peradaban adalah kerana menganggapnya sebagai
satu ancaman kepada kepentingan pihak yang tertentu. Dialog peradaban yang dijalankan di
antara dua pihak yang berbeza budaya, kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang
perspektif yang salah dan pihak yang tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir
bahawa ini merupakan satu helah yang memberi peluang kepada pihak lain untuk
mempengaruhi mereka melalui budayanya serta meleburkan nilai jati diri sesebuah budaya
tersebut.
Seterusnya ialah salah tanggapan sejak peringkat awal lagi terhadap sesuatu tamadun
yang berpunca dari pelbagai aspek boleh memberi kesan bahawa segala tindakan dan gerakgeri sesebuah peradaban adalah memberi ancaman serta keburukan kepada pihak yang lain.
Salah tanggapan ini mengundang pelbagai masalah yang besar serta tidak diingini dan bukan
hanya menyusahkan penganut sesebuah budaya tersebut tetapi memberi kesan kepada

tamadun lain di dunia ini. Oleh itu, semasa mengadakan dialog kita tidak boleh mengutarakan
sesuatu isu yang memberi kebaikan serta memanfaatkan diri dan sesuatu kelompok tertentunya
sahaja. Inilah yang menyebabkan dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya
menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh
harapan terhadap diskusi mahupun dialog kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak
yang mendominakan perbincangan sahaja dapat menikmati faedah manakala pihak lain tidak
dapat

menuntut

kehendak

mereka.

Dialog

perlu

dilakukan

dalam

keadaan

yang

menguntungkan semua pihak supaya sesuatu peradaban dapat ditingkatkan lagi.


Politik di Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional melalui
sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah
Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan
demokrasi yang berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh
kaum-kaum tertentu. Dalam kerajaan demokrasi yang berparlimen Malaysia, rakyat akan
memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti
politik yang akan memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah
negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) satu cara untuk
mewujudkan perpaduan dalam politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini
bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan
rakyat melalui pilihan raya. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana
memenangi majority kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional
adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil melayu, MCA wakil cina
dan MIC wakil india yang melambangkan perpaduan antara ketiga-tiga parti etnik di Malaysia
Oleh itu, antara cadangan yang dapat dikemukan di sini ialah seseorang yang
melibatkan diri dalam dialog dan perbincangan haruslah mempunyai minda yang terbuka serta
perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam
semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara.
Contohnya, semasa semua kaum-kaum di Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India dan Melayu
melibatkan diri dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya
mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja
bahkan perlulah menjaga perasaan sesama kaum. Hal ini membolehkan dialog di akhiri dengan
aman dan tenteram tanpa ada perasaan sesuatu kaum yang tidak berpuas hati sesama
mereka.

Selain itu juga, media massa serta sekolah dan IPT perlu mengorak langkah untuk
merapatkan jurang antara kaum supaya proses dialog peradaban dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Contohnya, apabila kita berinteraksi antara pelbagai kaum, kita dapat mengembleng
tenaga bersama serta dapat menyelesaikan masalah atau kekangan isu seperti globalisasi dan
isu-isu global yang kompleks seperti dadah dan pencemaran secara bersama. Melalui interaksi
antara pelbagai kaum, kita dapat meningkatkan pendekatan dan persefahaman di antara
pelbagai kaum serta dapat kenal mengenali dan berkomunikasi untuk menyelesaikan isu-isu
yang mementingkan kepentingan bersama seperti kemiskinan dalam negara serta masalahmasalah sosial secara bersama.
Cadangan lain ialah kerajaan perlu mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara
kaum dalam masyarakat dan tamadun bertujuan untuk menyatu padukan seluruh negara dalam
satu kesatuan yang rapat dan harmoni . keadaan ini telah menunjukkan bahawa betapa
pentingnya wujud perpaduan dan integrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Contohnya,
adanya program rumah terbuka di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan ia akan
dihadiri oleh semua rakyat tidak mengira bangsa dan agama. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal
Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Masalah perpaduan bagi negara-negara yang
mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengan negara-negara
yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik seperti
Malaysia.
Peranan guru

penting dalam menangani masalah perpaduan dengan melalui

pengajaran dan pembelajaran . Hal ini kerana kebanyakkan sekolah di negara ini mempunyai
pelajar berbilang kaum dalam satu kelas. Melalui pembelajaran ,kanak-kanak dapat mengenal
kanak-kanak dengan pelbagai kaum. Contohnya, dalam subjek Pendidikan Sivik telah
memperkenal mengenai adat resam,budaya, dan agama kaum lain. Namun melalui pengajaran
dan pembelajaran dapat menjalin mesra dalam pergaulan tanpa berasa pengasingan atau
peminggiran atas dasar kelainan. Guru juga boleh mengadakan aktiviti seperti Jamuan Kelas
untuk memperkenalkan makanan berbilang kaum dan dapat memahami dengan lebih
mendalam terhadap sesuatu kaum. Setiap kaum haruslah menghormat antara satu sama lain
dengan persediaan makan yang sesuai bagi semua orang. Contohnya menyediakan makanan
yang sesuai untuk semua kaum seperti ikan , ayam ,sayur, buah, kuih muih. Hal ini dapat
menggelakkan berlaku sebarang masalah yang tidak diingini dan mencetus masalah antara
sesuatu orang. Jika guru membiarkan pelajar menyediakan makanan yang haram semasa
jamuan maka ia ,akan berlaku pertelingkahan dan perselisiham antara sesuatu kaum. Oleh itu,

sebagai seorang guru haruslah bertanggungjawab untuk membimbing semua pelajar dengan
baik dengan adat resam semua kaum bagi merapatkan antara pelbagai kaum
Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam persekolahan ini
membina perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila
mereka mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang
lain. Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja
tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan
pelajar. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta
integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara
langkah-langkah yang boleh diambil ialah melalui aktiviti

kokurikulum untuk merapatkan

perpaduan antara kaum. Menurut Abd. Alim (1995), aktiviti kokurikulum merupakan
kesinambungan dan pengukuhan kepada program atau aktiviti pembelajaran di bilik darjah
atau kurikulum. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan
di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula
berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional. Aktiviti
kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor,
kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan,
kelab, persatuan, pameran, ceramah dan badan uniform haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi
dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Contohnya, satu pameran berkaiatan dengan Budaya
Malaysia: haruslah bekerjasama dengan ahlinya dan kaum yang berlainan supaya dapat
mejayakan satu pameran. Jika tidak bekerjasama maka pameran itu tidak dapat dilaksanakan
dengan baik. Oleh semua kaum perlu bekerjasama untuk membincang dan melaksanakan
pameran bersama-sama bagi menjayakan sesuatu aktiviti.
Seterusnya, para pelajar harus dilibatkan dalam aktviti pelbagai kaum seperti keluarga
angkat,persatuan dan badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat
berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia. Program anak angkat
merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar.
Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa
dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh
pihak sekolah contohnya pelajar digalakkan pergi

ke rumah yang berlainan kaum untuk

memahami dan mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan kaum lain. Dengan ini, wujudlah
persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus
kepada tercapainya integrasi nasional.

Di samping itu, sukan juga menjadi salah satu cara untuk memperkukuhkan perpaduan.
Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan
masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan
dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Contohnya, pada hari sukan, semua pelajar
akan melibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan
bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju
ke arah perpaduan di antara pelajar-pelajar.
Sementelahan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman
dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan
timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum
dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk
bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina
agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arah
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan
harmoni. RIMUP merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan
masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi
penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat
melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat
muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ketua Penolong
Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj. Mohd Anuar
Abdul Hamid berkata, menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan perpaduan dan amalan
nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta.
Seterusnya, Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan
beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama
aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk
integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud
apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi
segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan
membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta

perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan
kebudayaan berbeza. Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian
kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan
Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah
motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah.
Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para
pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan
alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.
Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia
yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang
harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial
yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha-usaha perlu diambil secara
berterusan bagi memastikan hubungan etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang
baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan
kerajaan. Segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Kepelbagaian budaya
dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum
ataupun etnik perlu tahu dan memainkan peranan mereka dalam memastikan konflik
perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi
menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Sehubungan
dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi
bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu,
segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan
kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di negara Malaysia.