Anda di halaman 1dari 1

Cerpen Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakah Dapat Saguya

Aku merupakan pelajar tingkatan satu. Aku merupakan anak sulung dan
tinggal bersama ibu dan 5 orang adik-beradik. Ayahku meninggal dunia apabila aku
berumur 5 tahun. Ayah meninggal dunia kerana menghidapi penyakit kanser tulang.
Sejak kematian ayah, kehidupan Aku sangat daif. Ibuku terpaksa menjual kuih
untuk menyara hidup kami sekeluarga. Ibu bekerja pada waktu malam juga. Dia
bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Pada hujung
mingu, ibuku bekerja sebagai pembantu rumah di beberapa rumah orang kaya yang
berdekatan. Walaupun ibu penat, ibu tidak pernah berkeluh. Ibu bertungkus lumus
menyara kehidupan kami.
Sejak darjah lima lagi, Aku mula menolong ibu. Aku bekerja di sebuah reban
ayam pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Aku sedar, Aku perlu membantu
ibu yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga kami. Aku
bekerja di reban tersebut walaupun berasa jijik kerana terpaksa mengutip najis
ayam. Ibuku pernah menyuruhku untuk berhenti daripada bekerja. Tetapi, aku tetap
setia dengan tugsku. Di sekolah, aku diperli kerana aku naif. Aku tidak mampu
membeli makanan di sekolah kerana kami kesempitan wang. Apabila rakan sekelas
ku yang lain sedang menjamu selera, aku pula kelaparan.
Pada waktu malam, Aku menolong ibu membuat kuih untuk dijual sebelah
pagi. Dalam masa yang sama juga, Aku berusaha mengulang kaji pelajaran. Aku
bertekad untuk mengubah nasib keluargaku. Rakan-rakanku yang mampu akan
pergi ke kelas bimbingan di pekan tetapi Aku hanya belajar di rumah tanpa
bimbingan daripada sesiapa. Aku percaya, "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya". Oleh sebab itu, Aku menanam wawasan diri yang utuh untuk
belajar bersungguh-sungguh.
Setelah beberapa tahun berlalu, Aku sedar aku berada di tingkatan 5. Ini
bermaksud Aku akan meduduki peperiksaan SPM. Semasa waktu perhimpunan,
guru besar memberitahu bahawa peperiksaan SPM akan bermula pada minggu
hadapan. Guru besar berharap agar semua calon SPM di sekolahku mengulang kaji
pelajaran dengan lebih tekun lagi. Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk
mengulang kaji pelajaran. Ibuku pula sentiasa berdoa dan memberi dorongan
kepadaku agar berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Akhirnya, aku
habis menduduki peperiksaan SPM.
Berkat doaku dan ibu serta usahaku yang gigih, aku telah berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan SPM itu. Aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran
ke menara gading. Aku amat bersyukur dan berasa sungguh gembira. Guru-guru
dan rakan-rakanku sangat bangga atas kejayaanku. Apatah lagi ibu yang amat
mengharapkan kejayaan Aku itu. Aku berjanji akan terus berusaha supaya dapat
membantu ibu kelak. Akhirnya, Aku berjaya mendapat segulung ijazah dan
pekerjaan yang terjamin. Kini ibu dan adik-adikku hidup lebih senang.

Anda mungkin juga menyukai