Anda di halaman 1dari 73

KOMBINASI PENGGUNAAN BONEKA DAN POWER TEACHING

MEMBANTU MURID MENGINGATI FAKTA DALAM TAJUK


KETURUNAN MULIA

MOHD ZULFIKRI BIN ZAINOL

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada


syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Pendidikan Islam Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,


BANGI, SELANGOR.

NOVEMBER 2014

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini


dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Pendidikan Islam Rendah)

Tandatangan

: ...............................................................

Nama Penyelia

: USTAZ AMAR SIDQUE BIN MOHD AMIN

Tarikh

: November 2014

ii

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: .............................................................

Nama Penulis

: MOHD ZULFIKRI BIN ZAINOL

Tarikh

: November 2014

iii

DEDIKASI

Khas untuk mak dan bapa; Zainol bin Ahmad dan Che Mahani Md Zain
Terima kasih diatas kasih sayang dan pengorbanan yang tidak terhingga buat anakmu
ini.

Juga kepada adik-adikku; Zulhaqqi, Zafirah, dan Zahirah


Semoga kalian juga mengecap kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan yang masih
panjang.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada guru-guru yang mendidikku
secara langsung dan tidak langsung,
Pasti Taman Rakyat,
SK Taman Rakyat,
Maktab Mahmud Alor Star,
Kolej Matrikulasi Perlis,
IPG Kampus Pendidikan Islam.

Serta buat sahabat-sahabat PISMP 1.04-8.04 2009/2014


Terima kasih diatas segala bantuan, kerjasama serta memori bersama.

Semoga Tuhan merahmati daku, dan kalian semua.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji
bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah dan para sahabat. Alhamdulillah,
dengan izin dan inayahNya, saya dapat menyiapkan laporan kajian tindakan ini.
Sekalung ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing,
Ustaz Amar Sidque Bin Mohd Amin yang banyak memberikan tunjuk ajar dan
nasihat dalam usaha menyempurnakan laporan. Kerjasama daripada semua
pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral, Jabatan Al-Quran dan Sunnah, serta
Jabatan Bahasa Arab, amatlah dihargai.

Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa tersayang dan keluarga yang
tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan dari jauh. Seterusnya kepada
sahabat-sahabat yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini,
terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu saya menyiapkan laporan ini. Jasa kalian amat bermakna.
Jazakillahu khairan jazak. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Semoga
dengan penghasilan penulisan ini ada manfaatnya untuk Islam.

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid mengingati isi pelajaran
dalam tajuk Keturunan Mulia dengan lebih mudah dan berkesan dengan
menggunakan kombinasi bahan boneka dan kaedah Power Teaching. Melalui kajian
ini, boneka tangan digunakan untuk membantu menarik perhatian murid mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan interaksi dua hala yang lancar
diantara guru dengan murid manakala kaedah Power Teaching pula dapat membantu
mengukuhkan ingatan murid serta memudahkan guru memantau prestasi murid.
Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun 1 di salah sebuah sekolah yang terletak di
daerah Banting, Selangor. Data kajian dikumpulkan melalui 3 instrumen iaitu
pemerhatian dalam kelas, temubual dan analisis dokumen. Dapatan menunjukkan
berlaku peningkatan prestasi selepas murid-murid diperkenalkan dengan penggunaan
kedua kombinasi boneka dan Power Teaching ini, di samping dapat memupuk rasa
minat murid terhadap pelajaran Sirah.

vi

ABSTRACT

This action research is conducted to help students remember the lesson content in the
title 'Keturunan Mulia' more easily and efficiently by using a combination of puppets
and Power Teaching methods. Through this study, hand puppets used to help draw
students attention during the learning and teaching sessions and to create a two-way
interaction between teachers and students, while Power Teaching methods should
help to strengthen their memories and allow teachers to monitor students
performance. The study involved four students in year 1 from a school located in
Banting, Selangor. Datas were collected through three instruments ; observation in
the classroom, interviews and document analysis. The findings show an increase in
students performance after they were introduced to the use of a combination of both
puppets and Power Teaching, in addition to fostering students interest in learning
Sirah.

vii

KANDUNGAN

HALAMAN JUDUL
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN

Muka Surat
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
x
xi
xii

1.0

PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

2.0

FOKUS KAJIAN
2.1 Tinjauan Masalah
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
2.3 Isu Keprihatinan

10

3.0

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

25

4.0

KUMPULAN SASARAN

26

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


5.1 Prosedur Tindakan
5.2 Cara Mengumpul Data

28

viii

6.0

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


1.1 Pemerhatian
1.2 Temu Bual
1.3 Analisis Dokumen

38

7.0

DAPATAN KAJIAN

47

8.0

RUMUSAN

54

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

57

SENARAI RUJUKAN

59

LAMPIRAN-LAMPIRAN

60

ix

SENARAI JADUAL

Jadual

Perkara

Muka Surat

Jadual 1 :
Jadual 2 :
Jadual 3 :
Jadual 4 :
Jadual 5 :
Jadual 6 :
Jadual 7 :
Jadual 8 :
Jadual 9 :
Jadual 10 :
Jadual 11 :
Jadual 12 :

Proses tinjauan awal


Maklumat responden
Strategi pelaksanaan
Cara mengumpul data
Aspek aspek pemerhatian
Temubual
Analisis tingkahlaku responden
Analisis ingatan responden
Senarai soalan temubual
Tahap kefahaman responden
Tahap ingatan responden
Tahap minat responden terhadap penggunaan boneka
Tahap minat responden terhadap penggunaan Power
Teaching
Tahap keberkesanan penggunaan kaedah Power
Teaching dalam mengingati isi pelajaran.
Analisis tingkahlaku responden
Jadual tahap minat responden terhadap kaedah bercerita
menggunakan boneka.
Soalan Temubual 1
Analisis ingatan responden
Tahap keberkesanan penggunaan kaedah Power
Teaching dalam mengingati isi pelajaran.
Soalan Temubual 2
Pencapaian murid sebelum dan selepas menjalani sesi
pengajaran

14
27
31
35
36
36
39
39
41
41
41
42
42

Jadual 13 :
Jadual 14 :
Jadual 15 :
Jadual 16 :
Jadual 17 :
Jadual 18 :
Jadual 19 :
Jadual 20 :
Jadual 21 :

44
48
49
49
51
52
52
53

SENARAI RAJAH

Rajah
Rajah 1 :
Rajah 2 :
Rajah 3 :
Rajah 4 :
Rajah 5 :

Perkara

Muka Surat

Model kajian tindakan Kurt Lewin


Peningkatan markah yang diperoleh responden dalam
kuiz

29
45

Jurnal Refleksi Sebelum sebelum menggunakan boneka


dan Power Teaching dalam kaedah bercerita
Jurnal Refleksi selepas menggunakan boneka dan Power
Teaching dalam kaedah bercerita
Petikan Jurnal Refleksi Guru

45
46
49

xi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran
1

Perkara
Gambar gambar sepanjang proses PdP

Muka Surat
60

xii

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bidang Sirah merupakan salah satu bidang yang terkandung didalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam. Bidang ini memberi penekanan kepada pemahaman dan
Sirah Rasulullah S.A.W, mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasi tuntutan
sirah dalam kehidupan seharian.
Pada peringkat sekolah rendah, terdapat sejumlah tajuk sirah yang diajar
kepada murid bermula dari tahun satu hinggalah tahun enam. Bermula dari kelahiran
Baginda Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah kewafatan baginda S.A.W. Kesemua
tajuk-tajuk ini dibahagi-bahagi mengikut tahun-tahun tertentu. Pelajaran Sirah
mempunyai teladan sepanjang zaman, dapat menusuk terus ke hati penuntutnya dan
terus menjiwai lantas mencintai pembawanya Nabi Muhammad S.A.W bukan hanya
sekadar menghafal peristiwa atau nama peperangan yang berlaku.
Justeru, sebagai guru Pendidikan Islam, saya perlu memilih kaedah mengajar
yang paling sesuai agar pengajaran itu dapat memberi kesan didalam kehidupan
pelajar bukan sekadar dari segi prestasi akademik, bahkan juga diamalkan didalam
hidup mereka dan meresap ke jiwa mereka.
Saya berpendapat bahawa Sirah Rasulullah S.A.W sesuai diajar dengan
menggunakan kaedah bercerita. Pelajar biasanya suka mendengar cerita yang
menarik dan sesuatu cerita yang disampaikan dengan baik dapat membolehkan
pelajar menumpukan perhatian seterusnya jalan cerita tersebut.

Kaedah bercerita dapat membuatkan manusia mudah mengingati cerita-cerita


yang mereka dengar. Oleh yang demikian, dengan menggunakan kaedah bercerita, isi
kandungan dakwah dapat kekal diingati.
Selain itu, mengajar menggunakan kaedah bercerita bukanah sesuatu yang
asing dalam dunia Islam. Al-Quran selaku sumber teratas seorang muslim sendiri
menggunakan kaedah bercerita untuk mendidik akhlak manusia. Contohnya seperti
kisah Nabi-Nabi terdahulu; misalnya kisah Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya.

Maksudnya : Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "
Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri Dengan
sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada
Allah Yang menjadikan kamu; Iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih
baik bagi kamu di sisi Allah Yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat
kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi
Maha Mengasihani". (Surah Al Baqarah, ayat 54)
Sesungguhnya kaedah bercerita juga mempunyai kemahiran-kemahiran
tertentu yang perlu dikuasai agar ianya benar-benar memberi kesan kepada murid
dengan efektif dan membantu murid mengingati sesuatu peristiwa sirah dengan
mudah. Dalam bercerita perlu ada kemahiran seperti mimik muka, intonasi suara dan
juga penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Selain itu, guru perlu pandai
melakukan gerak geri dan pernyataan muka yang sesuai dengan pertuturan yang

lancar diikuti bahasa sesuai dengan keadaan tertentu. Guru boleh menggunakan
pelbagai alatan untuk membantu menghidupkan cerita yang hendak disampaikan.
Oleh itu, saya ingin melaksanakan kajian tindakan yang menunjukkan
sejauhmana penggunaan bahan bantu mengajar dalam kaedah bercerita dapat
membantu murid mengingati kronologi peristiwa dalam bidang sirah.
1.2 Refleksi Pengalaman Lalu
Sebagai seorang guru pelatih, sudah termaktub bahawa kami perlu menjalani
dan melalui pengalaman berada di sekolah. Pengalaman-pengalaman tersebut
ditimba melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Program PBS ini
dijalankan selama seminggu sebanyak empat kali dari semester satu sehingga
semester empat. Manakala program Praktikum pula perlu dilalui sebanyak tiga kali.
Sebanyak empat buah sekolah telah saya jejaki ketika program PBS. Ini termasuklah
sekolah di negeri Kedah, Melaka dan juga Sabah.
Banyak pengalaman yang telah saya perolehi di tujuh buah sekolah yang
pernah saya jejaki. Pengalaman-pengalaman tersebut pula agak berbeza, kerana
setiap sekolah mempunyai latar budaya dan masyarakat yang berbeza antara satu
sama lain. Tidak dapat saya nafikan lagi bahawa melalui pengalaman-pengalaman
tersebut, saya dapat memperbaiki dan menambahbaik kualiti dari sudut pengajaran
dan pembelajaran dan juga peribadi saya sebagai seorang bakal guru. Dan melalui
pengalaman-pengalaman yang tersebut juga saya mendepani beberapa cabaran yang
saya kira sebagai suatu penghalang untuk saya menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lancar seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan.
Pada bulan Mac tahun 2013, ketika pertama kali menjejakkan kaki ke
Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 untuk sesi Praktikum pertama, timbul perasaan risau

membayangkan suasana ketika didalam kelas. Apa yang membuatkan saya terfikir
begitu adalah kerana bilangan muridnya yang mencecah 1,000 orang. Saya mula
bimbang kalau-kalau saya tidak dapat mengawal kelas yang sudah pasti mempunyai
bilangan murid yang ramai. Telahan saya benar, bagi setiap tahun, sekolah tersebut
mempunyai sekurangnya sepuluh buah kelas, manakala bagi setiap kelas mempunyai
hampir 40 orang murid. Saya ditugaskan untuk mengajar tahun 4 Asmai. Pertama
kali saya masuk ke kelas tersebut untuk sesi memperkenalkan diri, murid-murid
kelihatan mudah mendengar arahan. Saya berasa lega dan selesa dengan tingkahlaku
yang ditunjukkan oleh mereka. Bahkan, ketika saya masuk untuk melihat sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) yang dijalankan oleh guru pembimbing saya
pun, mereka menunjukkan tingkahlaku yang amat positif.
Namun begitu, perkara yang diharap-harapkan tidak berlaku. Masuk sahaja
minggu kedua saya mengajar di kelas tersebut, murid-murid mula menunjukkan
tingkahlaku yang tidak di ingini. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang
benar-benar menumpukan perhatian mereka. Ketika kelas sedang huru-hara ini, saya
memerhatikan tindakan ketua kelas 4 Asmai. Aisyah namanya. Bertubuh kecil,
namun mempunyai suara yang lantang. Aisyah lah yang membantu saya meredakan
suasana kelas. Dia memarahi rakan-rakannya yang agak nakal.
Menurut guru-guru di SK Seksyen 7, kelas 4 AsmaI itu memang merupakan
kelas yang paling bising. Saya juga ada bertanyakan kepada guru kelas 4 AsmaI
cara beliau menangani kelas yang bising itu. Kata beliau, jangan beri muka kepada
murid-murid itu, Tunjuk garang sikit kat budak budak tu! kata guru kelas
tersebut.. Namun, saya tidak dapat berbuat demikian, kerana itu bukanlah diri saya.
Saya sememangnya tidak gemar dan tidak pandai memarahi murid-murid. Namun
saya ambil juga nasihat beliau. Dan pada kelas seterusnya, saya kuatkan suara saya.

Ketika saya dicerap oleh pensyarah pembimbing saya ketika itu iaitu Dr.
Abdul Aziz, kebetulan pula jadual kelas yang saya mengajar islah kelas 4 Asmai.
Saat mendapat pesanan dari beliau bahawa beliau hendak datang ke sekolah untuk
mencerap saya itu, mula timbul perasaan risau. Risau jika murid-murid kelas tersebut
tidak berkelakuan baik yang sudah pastinya akan menjejaskan markah saya kelak.
Terlintas difikiran saya untuk menukar jadual dengan kelas lain, namun saya kuatkan
semangat dan teruskan juga dengan kelas 4 Asmai. Seperti yang dijangka,
sesetengah murid-murid kelas tersebut tidak memberikan perhatian kepada saya
terutamanya murid-murid yang berada dibelakang. Sesekali saya lihat Dr Aziz
berbual-bual dengan mereka. Diakhir kelas, Dr. Aziz menasihati saya supaya
menggunakan bahan bantu yang lebih jelas agar murid dapat memberi perhatian
kepada pengajaran guru. Barulah saya sedar bahawa bahan yang saya sediakan tidak
jelas. Patutlah mereka tidak mengendahkan saya.
Setelah selesai melalui Praktikum pertama selama sebulan, saya menyedari
bahawa proses pengawalan kelas dan usaha memikat hati murid sememangnya
merupakan asas yang penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan lancar seperti yang dirancang.
Perkara yang sama juga berlaku ketika sesi Praktikum yang kedua. Pesanan
daripada Dr. Aziz telah saya pahatkan dalam memori agar kesilapan yang sama tidak
berulang lagi. Alhamdulillah, SK Cheras Jaya mempunyai kemudahan LCD. Jadi,
tidak lagi timbul masalah murid tidak nampak bahan dan isi pelajaran yang
ditayangkan. Namun begitu, masalah murid tidak menumpukan perhatian dan bisiing
ketika saya mengajar masih berlaku. Cuma pada kali ini murid-muridnya lebih
matang. Oleh sebab masalah yang sama berulang pada dua semester berturut turut,
maka saya rasa, saya perlu mengubah cara saya mengawal kelas. Memang saya akui

bahawa suara saya memang tidak kuat. Dan perkara ini sudah banyak kali ditegur
oleh pensyarah dan guru pembimbing saya. Saya sudah cuba sedaya upaya
menguatkan suara saya namun masih tidak berkesan. Murid masih gagal mendengar
arahan dengan baik. Ada yang bersembang, bermain, menganggu rakan, berjalanjalan disekitar kelas, kerap ke tandas dan banyak lagi tingkah laku yang
memeningkan saya. Ada beberapa murid yang saya telah kenalpasti berkelakuan
nakal.
Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah,murid-murid yang nakal dan
suka membuat bising ini, mereka dikenali oleh semua pelajar dan mereka dapat
mendominasi kelas tersebut. Jika ada apa-apa yang dilakukan oleh murid-murid ini,
tumpuan seisi kelas pasti beralih kepada mereka. Mereka mempunyai pengaruh yang
tersendiri. Maka saya terfikir, alangkah baiknya jika saya dapat menumpang
pengaruh mereka ini agar dapat membantu saya mengawal kelas dengan lebih baik.
Maka saya cuba pratikkan kaedah memilih murid nakal untuk memimpin
kumpulan. Beberapa murid telah dikenal pasti dan dilantik untuk memimpin
kumpulan-kumpulan didalam kelas. Pertama kali saya cuba mengaplikasikan kaedah
ini, saya lihat ianya sedikit sebanyak agak membantu saya dalam memastikan
kelancaran perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Ketua yang dilantik tersebut
dapat menjalankan tugasnya dengan baik. namun setelah dua hingga tiga kali
percubaan, situasi kelas kembali menjadi seperti biasa. Murid semakin bising kerana
masing-masing

tidak

berpuas

hati

dengan

ketua

yang

dilantik.

Mereka

mempertikaikan kenapa murid yang bising yang dijadikan ketua. Daripada pertikaian
itu menyebabkan pertengkaran diantara mereka. Maka, tugas mengawal kelas
kembali kepada saya semula.

Tujuan saya memperbaiki mutu pengajaran saya ini bermula dari bahan bantu
belajar sehinggalah kaedah ketua kumpulan tadi hanyalah satu; mengembalikan
tumpuan pelajar kepada saya. Masalah-masalah ini sering menjadi penghalang
kepada saya dan juga kepada murid. Saya gagal menyampaikan isi pelajaran kepada
keseluruhan kelas manakala murid pula tidak dapat mengingati fakta atau isi
pelajaran.
Jika saya melaksanakan kaedah penerangan atau bercerita, saya perlukan
sepenuh perhatian daripada murid. Sungguhpun kaedah penerangan dan bercerita ini
kelihatannya seperti kurang digemari kerana ianya bersifat sehala, namun adakalanya
ianya masih relevan dan sangat penting terutamanya dalam bidang-bidang yang
memerlukan penghuraian daripada guru seperti aqidah dan sirah. Dalam pengamatan
saya, bidang sirah yang paling digemari murid, namun mereka tidak dapat
mengingati fakta-fakta kerana faktanya mungkin agak panjang dan melibatkan namanama individu.
Jika dikira-kira pengalaman mengajar saya sehingga lembaran ini ditulis,
saya telah mengajar subjek Pendidikan Islam selama tiga bulan. Selama itu jugalah
saya menghadapi dua masalah utama iaitu pelajar begitu mengambil masa untuk
mengingati fakta dalam bidang sirah, dan yang kedua ialah pelajar mudah hilang
tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya, mengajar sirah ini
sama sahaja seperti mengajar bidang-bidang lain,cuma cara penyampaian sahaja
yang berbeza. Jadi kaedah yang saya lihat paling sesuai dan mudah ialah kaedah
bercerita. Ketidakmampuan murid mengingati fakta-fakta akan memberi implikasi
negatif kepada mereka, iaitu minat mereka dalam bidang sirah akan terhakis.
Situasi ini berlaku di semua kelas yang saya ajar termasuk di kelas 1 Bijak
ketika Praktikum ketiga. Perkara ini amat membimbangkan saya. Saya tidak boleh
7

membiarkan situasi ini terus berlarutan. Saya harus mulakan usaha saya untuk
memperbaiki situasi ini. Saya perlu mendekati murid untuk mendalami masalah
mereka dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah pengajaran dan
pembelajaran yang dihadapi. Lima orang murid di kelas 1 Bijak menjadi sasaran
pertama saya kerana saya dapati mereka menghadapi masalah yang kritikal dalam
mengingati fakta. Walaupun kadang-kadang mereka kelihatannya berminat, tetapi
mereka menghadapi masalah yang sama setiap kali aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Sebagai contoh, ketika saya mengajar tajuk Salasilah Keluarga Nabi
Muhammad S.A.W, pada mulanya mereka dapat menyebut isi pelajaran dengan
betul. Namun, ketika akhir pengajaran, ada diantara mereka yang sudah tidak dapat
mengingatinya kerana leka bermain ketika saya mengajar dan mungkin juga kerana
fakta-fakta tersebut terlampau banyak. Apabila terlalu kerap terjadi yang sama, saya
terfikir mesti ada sesuatu yang saya boleh lakukan bagi memperbaiki amalan
pengajaran saya supaya menjadi lebih berkesan. Saya terfikir tentu ada kelemahan
dalam amalan pengajaran yang telah dijalankan menyebabkan murid-murid tidak
dapat menguasai kemahiran yang diperlukan.
Selain cara pengajaran saya yang mungkin tidak berkesan, murid juga
agaknya tidak diberi pendedahan awal sebelumnya atau tidak mendapat bantuan ibu
bapa dalam mengulangkaji mata pelajaran di rumah. Saya dapat memahami masalah
tersebut kerana mungkin keadaan dirumah mereka yang tidak mengizinkan.
Berdasarkan masalah yang dilalui sepanjang Praktikum pertama hingga yang
ketiga, saya dapat simpulkan bahawa saya perlu menghasilkan ; Bahan bantu yang
lebih menarik bagi membantu menarik perhatian murid seraya membantu saya

mengawal kelas dengan lebih baik. Selain itu, saya juga perlu mengkaji satu kaedah
yang dapat membantu murid mengingati isi pelajaran dengan lebih efektif.
Saya perlu memperbaiki amalan pengajaran saya dengan kaedah dan teknik
yang dapat menarik minat murid. Saya akan membuat kajian untuk kaedah
pengajaran terkini serta mencari pendekatan terbaik untuk mencipta satu teknik bagi
memudahkan murid mengingati fakta-fakta. kerana saya rasa sekiranya masalah ini
dapat diatasi, maka murid-murid saya akan dapat menguasai isi pelajaran dengan
sepenuhnya.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Tinjauan Masalah
Didalam kajian saya, saya telah memilih salah satu tajuk sirah nabawiyah
tahun satu iaitu Salasilah Keturunan Nabi S.A.W. Matlamat saya yang utama ialah
untuk mengekalkan tumpuan murid semasa sesi pengajaran sirah Rasulullah S.A.W
disamping membantu murid memahami dan mengingati isi penting didalam cerita
tersebut dengan mudah dan efektif.
Saya mahu mereka mengingati peristiwa ini supaya mereka lebih mengenali
asal-usul insan teragung dimuka bumi ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Dengan
mengenali asal usul baginda Nabi S.A.W, diharapkan dapat meningkatkan kecintaan
mereka terhadap baginda Nabi S.A.W dan sekaligus dapat mengikut akhlak yang
ditunjukkan oleh nabi kita. Sepertimana telah tercatat didalam Al Quran yang
mengatakan;


Maksudnya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan Yang baik. (Surah Al Ahzab, ayat 21)

Maksudnya : Katakanlah Wahai Muhammad: "Jika benar kamu mengasihi Allah
maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
kamu. dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali
Imran, ayat 31)

10

Sebelum murid dapat mengingati apakah keistimewaan salasilah keluarga


nabi yakni datuk Nabi S.A.W sebagai seorang pembesar Quraisy,murid perlu
memahami kisah atau situasinya terlebih dahulu sepertimana yang terdapat didalam
Dokumen Standard Pendidikan Islam Tahun 2. Hal ini kerana pemahaman tentang
sesuatu perkara adalah berkait rapat dengan ingatan. Sebelum mengingat, murid
perlu memahami seterusnya menyerapkan dahulu didalam pemikiran. Seseorang itu
akan lebih mudah mengingati jika dia memahami apa yang telah dipelajarinya.
Faktor asas untuk membuatkan murid mengingati sesuatu isi pelajaran ialah dengan
menarik minat murid dan membuatkan murid memahaminya.
Bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada murid, saya telah
menggunakan kaedah bercerita. Daripada pemerhatian yang telah saya jalankan,
semasa saya menjalankan sesi bercerita, pada mulanya kesemua murid memberikan
perhatian kepada saya. Tetapi lama kelamaan, terdapat segelintir murid yang mula
melakukan aktiviti lain seperti bersembang dan membuat kerja sendiri. Bahkan ada
juga yang menguap dan mengesat-ngesat mata tanda mengantuk.
Sambil bercerita, saya juga ada mengajukan beberapa soalan kepada murid.
Kaedah soal jawab ini digunakan bagi menguji sejauh mana kefahaman murid
terhadap cerita yang sedang saya sampaikan. Selain itu, melalui kaedah ini juga saya
dapat memastikan samada mereka memberi perhatian atau tidak terhadap cerita yang
disampaikan. Saya juga menggunakan kaedah pengulangan bagi mengembalikan
perhatian mereka terhadap saya.
Setelah tamat sesi

bercerita pula, saya telah menyuruh murid bercerita

semula didepan kelas. Pada awalnya sebahagian mereka secara sukarela menawarkan
diri untuk bercerita dihadapan kelas. Namun apabila berada dihadapan kelas, mereka

11

tidak dapat mengingati cerita tersebut. Sambil melayan keletah murid yang sedang
cuba bercerita itu, saya memerhatikan murid yang tidak memberi perhatian tadi.
Mereka seolah tidak mengambil tahu apa yang sedang berlaku didalam kelas ketika
itu.
Saya telah memberi peluang kepada sebahagian murid untuk bercerita di
hadapan kelas termasuklah murid yang tidak memberi perhatian tadi. Saya lihat dua
orang murid dapat menyampaikan cerita dengan baik, seorang lagi dapat
menyampaikan cerita, namun tersekat-sekat, dan tiga orang lagi tidak dapat
menyampaikan lansung cerita tersebut.
Oleh kerana kesuntukan masa, saya tidak dapat memantau sejauh mana
kefahaman seluruh kelas terhadap tajuk tersebut. Namun begitu, berdasarkan respon
daripada mereka, saya dapat mengagak bahawa terdapat diantara mereka yang dapat
mengingati isi pelajaran tersebut secara kasar. Ini dapat diperhatikan ketika mereka
bercerita, saya terpaksa memberi kata kunci agar mereka dapat menyambung
semula cerita mereka. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengingati sebahagian dari
cerita ini. Selain itu, tindakan mereka menawarkan diri untuk kehadapan kelas untuk
bercerita juga boleh menjadi penanda aras bahawa mereka ada sesuatu yang inigin
diceritakan; iaitulah kisah salasilah keluarga Nabi Muhammad S.A.W.
Pada sesi penutup, apabila mereka disoal semula tentang kisah tersebut, ratarata mereka memberi respon yang positif. Walau ada yang kelihatan teragak-agak
untuk menjawab, namun setelah dibantu oleh saya, mereka dapat juga menjawab
dengan baik. Hal ini menunjukkan sama ada mereka ini tidak menumpukan
perhatian, ataupun teknik bercerita itu kurang efektif sehinggakan mereka tidak dapat
mengingatinya dengan kukuh. Menerusi soal jawab itu, maka dapatlah saya melihat

12

sejauh manakah kefahaman murid-murid kelas tersebut terhadap sesi pengajaran


pada hari itu.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya masih tidak berpuas hati kerana
terdapat segelintir murid yang tidak dapat menjawab soalan serta tidak dapat
menceritakan semula cerita tersebut. Murid-murid inilah yang tidak memberikan
perhatian ketika saya mengajar tadi. Mereka perlu dipanggil untuk kehadapan atau
menjawab soalan. Tidak seperti sebahagian murid yang lainnya yang secara sukarela
menawarkan diri.
Secara peribadi, saya sudah berasa lega walaupun murid itu bercerita dalam
keadaan tersekat-sekat. Ini menunjukkan mereka sudah menyerap cerita tersebut
kedalam ingatan mereka namun mungkin sukar untuk menceritakan kembali atas
faktor malu, ataupun gementar. Itu sudah cukup untuk membuatkan mereka
menghayati sorotan kisah salasilah keluarga nabi yang saya sampaikan sebelumnya
dan mengambil iktibar daripadanya. Tidak guna jika mereka hanya menghafal cerita
atau isi penting sahaja semata-mata kerana ianya hanya memberi kesan terhadap
prestasi mereka diatas kertas sahaja. Sedangkan apa yang menjadi matlamat
utamanya ialah penghayatan dan kefahaman yang jitu tentang asal usul atau salasilah
keluarga nabi kerana disinilah titik tolak bermulanya sirah Nabi Muhammad S.A.W.
Jadual berikutnya memaparkan hasil pengumpulan maklumat peringkat awal
bagi meninjau reaksi murid sebelum dan selepas sesi bercerita.

13

Jadual 1 : Proses tinjauan awal


Langkah

Tindakan

Tujuan

Langkah 1

a) Pertama kali masuk ke kelas 1 Bestari untuk


mengajar Ulum Syariah; bidang Sirah.

Langkah 2

Pemerhatian
awal

Pemerhatian yang dijalankan berkisar perkara berikut :


a) Tingkah laku bermain dgn alatulis semasa
guru mengajar, bersembang dengan rakan
sebelah
b) Tindakbalas/respon terhadap guru tidak
dapat mengulangi perkataan yang disebut guru.

Langkah 3

Soal jawab

a) Bertujuan untuk menguji kefahaman dan


ingatan murid terhadap isi pelajaran yang telah
disampaikan.
b) Dilakukan semasa dan selepas sesi bercerita
dilaksanakan.

Langkah 4

Temu bual

a) Bersoal jawab secara spontan dengan beberapa


murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
serta selepasnya.
b) Contoh soalan :
Apa yang awak buat semasa saya mengajar
tadi?
Awak faham tak apa yang saya terangkan ini?
Adakah awak bosan dengan cerita ini?

Langkah 5

Analisis
Dokumen

a) Lembaran kerja telah diberi kepada murid pada


akhir proses pengajaran dan pembelajaran..
Soalannya berkisar tentang apa yang dipelajari
sebelumnya.
b) Berdasarkan jawapan murid dari lembaran
kerja tersebut, saya dapat mengukur tahap
kefahaman murid tentang isi pelajaran yang
telah disampaikan tadi.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Merujuk kepada Jadual 1, ia merupakan proses analisis tinjauan masalah yang


telah dijalankan oleh saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran bidang Sirah
dalam tajuk Salasilah Keluarga Nabi terhadap murid tahun satu. Permulaan bagi
setiap sesi pembelajaran yang baru pertama kali diadakan seperti biasa. Saya telah
mengadakan sesi perkenalan bersama murid terlebih dahulu bagi memudahkan

14

proses interaksi dilakukan. Malah, ia telah memberi sedikit sebanyak gambaran


tentang perwatakan murid-murid didalam kelas.
Seterusnya, hasil daripada pemerhatian awal menunjukkan terdapat beberapa
orang murid yang kurang memberi tumpuan dalam pembelajaran terutamanya
semasa proses bercerita dijalankan. Apabila ditegur, barulah mereka memberi
tumpuan semula. Namun selepas beberapa minit kemudian murid tersebut mula
mengusik rakan disebelahnya. Selain itu, ada juga murid yang bersembang semasa
saya menyampaikan cerita.
Tingkah laku murid ini telah menarik minat saya untuk melihat bagaimana
tingkah laku mereka seterusnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang
bakal dijalankan pada masa seterusnya. Bagi murid lain, mudah bagi saya untuk
mengawal mereka semasa menyampaikan isi pelajaran tersebut. Murid-murid yang
bermasalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, telah menjadi faktor
pendorong untuk saya mendekati mereka serta cuba menyelesaikan masalah.
Kelakuan seperti ini juga perlu dicegah bagi memastikan objektif pembelajaran saya
tercapai.
Ini diperkukuhkan lagi, apabila saya menyoal murid-murid tentang ini cerita
yang telah saya sampaikan kepada mereka, murid-murid bermasalah ini tidak dapat
menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri sahaja sambil tersengih-sengih. Bagi
murid lain pula, ada yang dapat menceritakan sebahagian sahaja cerita tersebut.
Sebagaimana yang pernah saya sebutkan sebelum ini, saya perlu menyebut beberapa
kata kunci cerita tersebut, barulah mereka dapat menyambung cerita. Hanya dua atau
tiga orang sahaja yang dapat bercerita dengan baik. ini telah menimbulkan persoalan

15

didalam benak jiwa saya; Apakah ada yang tidak kena dengan cara saya mengajar?
Mengapa mereka masih tidak dapat mengingati cerita ini?
Bagi mengenalpasti masalah ini, saya telah mengambil inisiatif lain, iaitu
dengan berbual secara tidak formal bersama murid selepas sesi pembelajaran.
Sebenarnya, setelah disoal, rupanya murid cepat berasa bosan kerana saya hanya
bercerita berdasarkan teks sahaja tanpa bahan sokongan lain. Malah dengan
kurangnya penumpuan, pemahaman tentang isi cerita juga akan turut terjejas.
Lantaran itu, tidak hairanlah apabila saya menyoal mengenai isi pelajaran muridmurid ini tidak dapat menjawabnya dengan betul. Timbul satu kesedaran dalam diri
saya bahawa saya perlu merangka satu aktiviti dan bahan yang menarik bagi menarik
tumpuan mereka semasa belajar.
Secara keseluruhan daripada analisis tinjauan masalah ini, sebagai seorang
guru, saya perlu menganilisis permasalahan ini secara efektif bagi memastikan
tumpuan murid saya berjaya dikekalkan semasa belajar. Melalui tumpuan yang baik
akan dapat merangsang pemahaman dan ingatan murid dengan lebih mudah dan
berkesan.
Sehubungan

dengan

itu,

berdasarkan

jangkaan

saya,

kemungkinan

permasalahan ini terjadi kerana teknik bercerita yang digunakan oleh saya lebih
berpusatkan kepada guru sahaja. Ketiadaan bahan sokongan lain semasa bercerita
menyebabkan kurangnya rangsangan untuk mengekalkan tumpuan murid-murid.
Murid hanya menjadi pendengar yang setia.tambahan pula, bahan yang digunakan
untuk bercerita lebih merujuk kepada petikan-petikan kisah Nabi S.A.W yang
diselitkan didalam buku teks sahaja.

Perkara-perkara sebeginilah yang

mempengaruhi emoi mereka untuk mendengar cerita tersebut dengan baik. Perhatian

16

hanya ditumpukan oleh pelajar dalam beberapa minit sahaja, dan sukar untuk guru
mengekalkan perhatian melainkan dengan mempelbagaikan rangsangan.
Oleh yang demikian, jika tumpuan murid terganggu, kefahaman mengenai
kisah yang diceritakan turut terjejas dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat
mengingati cerita tersebut dengan baik. Nilai yang ingin saya pupuk dan terapkan
kedalam diri mereka berdasarkan kisah hidup Nabi S.A.W sukar mencapat
matlamatnya untuk dijadikan sebagai teladan dalam kehidupan. Oleh itu, jika
masalah ini terus sahaja dibiarkan tanpa ada apa-apa sebarang penambahbaikkan,
maka ianya akan memberi kesan yang negatif kepada murid-murid. Malahan,
objektif pembelajaran yang ingin saya kecapi tidak akan dapat dicapai. Hasilnya,
murid-murid ini akan tertinggal jauh dibelakang dalam memahami Sirah Nabi S.A.W
dengan baik. Mereka akan menganggap bahawa bidang Sirah ini sesuatu yang
membosankan dan ini akan menghilangkan minat mereka seraya manghalang mereka
menghayati pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam kisah-kisah nabi yang
dipaparkan.
Oleh itu, saya perlu membuat inovasi dalam pengajaran sirah khususnya
dalam teknik bercerita tersebut. Ini adalah untuk mengekalkan tumpuan semasa
mendengar cerita disamping membantu memudahkan mereka untuk memahami dan
mengingati Sirah Nabi S.A.W.
Maka,

sebagai

inisiatifnya

saya

telah

mengaplikasikan

kombinasi

penggunaan boneka dan Power Teaching bagi menarik perhatian murid kepada gaya
penceritaan saya sekaligus dapat mengingati isi pelajaran dengan baik. Boneka
bermaksud patung (manusia atau haiwan) yang boleh digerakkan dengan
menggunakan tali atau tangan. (Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2007)

17

Disamping itu, menurut Lim Boon Wah (1984) mengatakan bahawa, boneka
merupakan satu punca yang baik untuk menerbitkan kuasa imaginasi kanak-kanak
dan memberi peluang untuk mencipta satu alam khayalan. Bersesuaian dengan
pendapat diatas, jika saya menggunakan boneka sebagai medium perantaraan
diantara saya dan murid dalam kaedah bercerita tenteng tajuk Salasilah Keluarga
Nabi S.A.W, ia dapat membantu murid untuk mengekalkan fokus mereka kepada
penceritaan tersebut.
Menurut Lim Boon Wah lagi, (1984), terdapat pelbagai jenis boneka yang
digunakan sebagai alat bantu mengajar. Antaranya ialah boneka lidi, boneka wayang
kulit, boneka tangan dan lain-lain lagi.
Namun begitu, saya memilih boneka tangan dalam kajian saya. Saya memilih
boneka ini kerana ianya mudah digunakan serta mudah juga untuk dibuat sendiri
dengan menggunakan kain felt yang boleh didapati di kedai-kedai alatulis dan kos
untuk membuat boneka ini juga sangat berpatutan.
Bagi kaedah Power Teaching pula, ianya merupakan suatu fenomena baharu
didalam dunia pendidikan. Ianya boleh diakses melalui laman sesawang
www.wholebrainteaching.com. Laman web ini ditulis oleh Jeff Battle. Power
teaching secara amnya merupakan satu kaedah yang bermatlamatkan pembelajaran
yang menyeronokkan disamping mengawal disiplin kelas secara berkesan. Menurut
pelopor kaedah ini, Chris Biffle, daripada tadika sehinggalah ke peringkat kolej, guru
mengahadapi murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran. Namun begitu,
kaedah ini terbukti dapat menarik respon murid terhadap pembelajaran serta
menambahbaik perkembangan dalam pembelajaran mereka.

18

Oleh kerana terdapat banyak topik dan teknik dibawah kaedah Power
Teaching ini, saya hanya memilih untuk fokus kepada satu teknik sahaja. Teknik
yang saya pilih ini merupakan suatu ujian formatif yang membolehkan saya melihat
perkembangan murid dengan berkesan tanpa membosankan murid dan ianya hanya
memerlukan beberapa minit sahaja.
Kajian telah membuktikan bahawa apabila apabila bahagian otak dirangsang
secara berterusan, ianya akan memudahkan maklumat disimpan kedalam ingatan
jangka panjang. Kaedah ini melibatkan murid secara visual, lisan, mental dan juga
fizikal. Ianya juga menyeronokkan bukan sahaja kepada murid bahkan guru juga.
Kaedah Power Teaching yang saya pilih berjalan seperti keterangan dibawah :
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan A dan B. Guru
menyampaikan beberepa isi pelajaran sambil melakukan gerak tangan yang mudah
dilihat oleh murid. Kemudian, guru akan beralih kearah pelajar seraya bertepuk
tangan sebanyak dua kali dan berkata Mula!. Murid akan memberi respon dengan
bertepuk tangan dua kali dan berkata OK!. Murid A akan mula bercerita kepada
murid B sambil meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru tadi. Guru akan
bergerak memantau murid dan mendengar percakapan diantara mereka. ini
merupakan peluang yang baik untuk menilai kefahaman mereka. kemuian, guru akan
mengulangi langkah yang sama dengan murid B bercerita kepada murid A.
Tidak dinafikan, kaedah ini diasaskan oleh ilmuan barat. Namun begitu,
terdapat didalam hadis Nabi S.A.W bahawa baginda telah menggunakan kaedah
kombinasi percakapan dengan isyarat lebih awal lagi. Nabi menghimpunkan dua
kaedah serentak iaitu memberikan penerangan dalam bentuk perkataan dan sekaligus

19

menunjukkannya dengan menggunakan kedua-dua tangan baginda, sebagaimana


yang disebut didalam hadis berikut :

:
"
Maksudnya : Aku dan orang yang membela nasib anak yatim dalam syurga kelak
adalah seumpama ini; Sambil Baginda menunjukkan kepada dua jari baginda iaitu
jari telunjuk dan jari tengah, dan merenggangkan sedikit antara keduanya.
(Hadis riwayat Bukhari, disyarahkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalany, didalam kitab
Fath al-Bari, Juz VII, halaman 439)
Menurut Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (2002), Berdasarkan kepada
contoh hadis ini, jelaslah kepada kita bahawa kaedah menghimpunkan diantara
percakapan dan isyarat merupakan suatu kaedah yang berkesan. Sebenarnya kaedah
ini biasa digunakan cuma terkadang kita tidak menyedari bahawa method itu dicedok
daripada sumber terbaik iaitu Nabi terulung. Bagi zaman moden ini, bolehlah kita
katakan bahawa teknik body language juga merupakan kaedah bersesuaian dengan
kaedah ini. Menurut kaedah ini, guru tidak hanya mengajar dalam bentuk perkataan
bahkan ia menggunakan tangan, mata dan seluruh pancaindera yang lain bagi
menarik perhatian murid dan memudahkan proses kefahaman mereka.
Secara rumusannya permasalahan yang telah saya catatkan perlu ditangani
dengan segera supaya dapat melahirkan generasi yang celik tentang Sirah Nabi
S.A.W serta mencontohi keperibadian baginda dalam menjalani kehidupan seharian.
Oleh yang demikian, saya perlu sentiasa mengamalkan releksi kendiri untuk
memperbaiki amalan pengajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan

20

menjadi lebih interaktif sesuai dengan globalisasi pendidikan ini seterusnya konsisten
dengan nilai-nilai pendidikan.
2.3 Isu Keprihatinan
Berdasarkan refleksi yang telah saya catatkan, terdapat dua cabaran utama yang telah
dikenalpasti dan cabaran ini perlu diatasi dengan segera bagi memperbaiki amalan
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan tahap kebolehan murid dalam
mengingati sesuatu fakta khususnya dalam bidang sirah.
Tujuan kita mempelajari Sirah Nabi adalah bukan sekadar untuk mengetahui
kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Muhammad
sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain.
Di sana terdapat tujuan-tujuan yang lebih penting untuk kita mempelajari
sirah Rasululullah. Apabila menghayati sirah Nabi S.A.W, seseorang muslim itu
akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu sendiri
keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah dan seluruh perjalanan
hidupnya.
Oleh yang demikian, bagi memastikan murid dapat memahami sekaligus
menghayati dan mengingati fakta-fakta berkaitan sirah nabawi ini, saya tertarik untuk
menggunakan kombinasi bahan boneka dan kaedah power teaching. Saya memilih
untuk menggabungkan kedua bahan dan kaedah ini diatas sebab-sebab yang berikut:a) Kebolehtadbiran
Kombinasi kedua-dua unsur; boneka dan kaedah Power Teaching ini sangat
mudah untuk dilaksanakan disetiap sesi pembelajaran bidang sirah. Guru hanya perlu

21

mencipta ataupun membeli satu boneka yang mudah digerakkan. Ketika bercerita,
boneka ini digunakan sebagai pencerita. Ini akan membuatkan murid tidak bosan,
kerana jika hanya guru sahaja yang bercerita, perkara itu sudah amat biasa bagi
mereka. Dengan adanya boneka ini mereka akan lebih tertarik terutamanya jika
boneka tersebut mempunyai unsur tarikannya yang tersendiri seperti comel, warna
yang menarik ataupun boneka tersebut adalah watak-watak kartun yang digemari
oleh mereka. Setelah bercerita, bagi memastikan murid mengingati fakta atau cerita
tadi, guru bolehlah memberi arahan kepada murid untuk menceritakan kembali
kepada rakan yang berada dihadapan atau disebelah mereka. Guru juga boleh
meminta murid menceritakan kembali kepada guru secara beramai-ramai.
b) Kepentingan
Penggunaan

bahan

maujud

seperti

boneka

ini

digunakan

untiuk

menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya


menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan
cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.
Ingatan jangka pendek yang terhad merupakan penghalang bagi murid untuk
mengingati isi pelajaran dalam bidang sirah. Apa yang berlaku, apabila maklumat
baru diterima oleh murid, maklumat yang lama akan sedikit sebanyak akan pudar.
Maka, teknik Power Teaching ini membantu murid bagi mengingati maklumatmaklumat dengan lebih berkesan dengan cara menggabungkan deria penglihatan,
pendengaran dan percakapan.

22

c) Kebolehgunaan
Boneka dan kaedah ini boleh digunakan pada setiap kali bidang sirah dan
juga beberapa bidang lain yang dirasakan sesuai. Dengan adanya boneka dan
kefahaman tentang konsep Power Teaching ini, guru dapat mengaplikasikannya pada
bila-bila masa.
d) Kawalan
Guru perlu bijak mengawal tumpuan kelas agak tidak terlalu menumpukan
perhatian kepada boneka, tetapi kepada isi pelajaran yang disampaikan. Bagi kaedah
Power Teaching pula, guru perlu menjadi pembimbing. Misalnya, guru telah
menetapkan siapa yang akan bercerita dan siapa yang akan mendengar. Murid yang
bercerita dilabelkan sebagai murid A, manakala murid yang mendengar dilabel
sebagai murid B. Guru juga akan menetapkan apa yang akan diceritakan oleh murid
A kepada murid B. Selepas itu, giliran murid B pula bercerita kepada murid A.
e) Kolaborasi
Aktiviti bercerita akan hidup jika berlaku hubungan dua hala iaitu guru dan
murid dan murid dengan murid dan juga murid dengan bahan. Hubungan inilah yang
akan menghasilkan suatu sesi pembelajaran yang dinamik. Guru akan berinteraksi
dengan murid menggunakan boneka, murid menumpukan perhatian mereka terhadap
boneka, dan akhir sekali, mereka dapat menceritakan semula apa yang mereka
pelajari kepada rakan-rakan mereka.

23

f) Kerelevenan kepada sekolah


Penggunaan bahan boneka dan kaedah Power Teaching ini sangat relevan
kepada sekolah. Ianya bukan sekadar terhad didalam bidang sirah atau matapelajaran
Pendidikan Islam semata-mata. Bahkan skopnya boleh diluaskan lagi dengan
menerapkanyya didalam matapelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris.
Ianya juga sangat sesuai digunakan didalam kelas-kelas pemulihan.

24

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


3.1 Objektif Kajian
1) Meningkatkan kualiti pengajaran guru melalui penggunaan boneka dan Power
Teaching.
2) Membantu murid mengingati fakta pembelajaran dalam tajuk Keturunan Mulia.
3.2 Soalan Kajian
1) Bagaimanakah kombinasi Boneka dan Power Teaching dapat meningkatkan
amalan pengajaran guru?
2) Bagaimanakah kombinasi Boneka dan Power Teaching membantu murid
mengingati fakta pembelajaran dalam tajuk Keturunan Mulia?

4.0 KUMPULAN SASARAN


Bagi menjalankan kajian ini, saya telah mengenalpasti seramai empat orang
murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding, Banting Selangor yang terdiri
daripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Pemilihan responden adalah
berdasarkan pemerhatian awal yang telah saya lakukan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Hasil tinjauan ini didapati terdapat empat orang murid yang
bermasalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil tinjauan ini didapati
terdapat empat orang murid yang bermasalah semasa proses pengajaran Sirah
Rasulullah. Mereka ini merupakan individu yang bersesuaian dengan keperluan
kajian saya.
Justeru, kajian ini hanya keatas empat orang murid ini sahaja.mereka ini juga
mewakili setiap aras pengajaran didalam kelas tersebut. Bagi responden yang
mempunyai aras rendah, kajian ini adalah untuk meransang tumpuannyasemasa
belajar seterusnya memudahkan kefahamannya untuk mengingati isi pelajaran
tersebut. Bagi responden yang berada di aras sederhana dan cemerlang pula, ia
bertujuan membantu meningkatkan kefahaman mereka untuk mengingati sesuatu isi
pelajaran dengan mudah dan berkesan disamping mengekalkan tumpuan belajar
mereka.
Maka dengan itu, teknik yang dijalankan ini bertujuan untuk menarik
perhatian murid serta secara tidak langsung ianya juga merupakan salah satu cara
bagi memudahkan murid memahami dan mengingati cerita-cerita, fakta-fakta
khususnya mengenai Sirah Rasulullah dengan mudah dan berkesan. Sepertimana
26

pepatah Indonesia ada menyebut; Sekali mendayung, dua-tiga pulau terlewati.


Bermaksud, saya boleh mencapai dua objektif sekaligus dengan menggunakan
kaedah ini. Bahkan, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih kreatif
dan menarik. Saya dapat menimbulkan rasa seronok belajar dalam kalangan murid
serta pada masa yang sama, saya dapat menilai sejauh mana kah keberkesanan
kaedah ini dalam mempengaruhi prestasi mereka dalam bidang Sirah ini.
Jadual 2 : Maklumat Responden
Responden

Kelas
Jantina
Prestasi
akademik

1 Bestari
Lelaki
Sederhana

1 Bestari
Lelaki
Kurang Baik

1 Bestari
Perempuan
Kurang Baik

1 Bestari
Perempuan
Baik

Ciri-ciri Unik

Gemar bertanya
soalan yang tidak
berkaitan

Suka bermain
ketika guru
mengajar

Pendiam

Aktif

Mudah hilang
tumpuan

Mudah hilang
tumpuan

Menganggu
rakan

Tidak dapat
mengingati
fakta mudah

Lambat
menyiapkan
tugasan

Kurang
keyakinan bila
dipanggil
kehadapan

Selalu tidak
membawa buku
teks/latihan

27

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


5.1 Prosedur Tindakan
Dalam setiap Kajian Tindakan yang dijalankan, terdapat model tertentu yang
telah dipilih bagi menjadi panduan asas kepada saya untuk menjalankan kajian.
Tanpa model tertentu, kemungkinan besar kajian yang akan dijalankan tidak
menepati piawaian asas sesebuah kajian. Bagi kajian ini, saya telah menjalankan
kajian berdasarkan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin. Berdasarkan kafahaman
saya, model Kajian Tindakan ini amat sesuai kerana ia merangkumi segenap aspek
yang melibatkan pendidikan dan hasil yang diperolehi juga bertepatan dengan
tinjauan awat yang dijalankan terlebih dahulu. Model ini mempunyai empat
peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dijalankan
mengikut tertib. Langkah-langkah ini dapat dilihat seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1 berikut :

28

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin

Tinjauan
Awal

Merancang
Tindakan

Menilai

Melaksana
Tindakan

5.1.1

Fasa Tinjauan Awal

i. Saya melakukan tinjauan mengenai masalah yang dihadapi semasa melaksanakan


sesi pengajaran dan pembelajaran.
ii. Saya mengenal pasti masalah yang berlaku ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran iaitu terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat mengingati
peranan keturunan nabi yakni datuk Nabi S.A.W sebagai pembesar Quraisy.
iii. Saya mengumpulkan maklumat awal mengenai masalah yang dihadapi didalam
kelas dan juga mengenalpasti murid-murid yang tidak dapat mengingati cerita
tentang salasilah keturunan Nabi S.A.W melalui pemerhatian.
iv. Saya mengenalpasti punca-punca murid tidak dapat mengingati isi pelajaran pada
sesi itu.
v. Seterusnya, saya mencari objektif dan juga persoalan kajian kepada permasalahan
ini. Antara objektif utama saya ialah memperbaiki amalan saya ketika bercerita

29

supaya murid dapat menumpukan perhatian serta mengingati cerita yang saya
sampaikan.
vi. Saya melakukan kajian di perpustakaan mengenai kaedah yang dapat
membuatkan murid fokus kepada pengajaran guru sekaligus mengingati dan
memahami jalan cerita yang disampaikan. Bahan-bahan yang sesuai perlu digunakan
untuk membantu penyampaian guru dan membantu kanak-kanak bagi memahami
jalan cerita. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif dengan menggunakan boneka
tangan didalam kaedah bercerita bagi membantu murid memahami dan mengingati
tajuk Salasilah Keluarga Nabi S.A.W.
vii. Saya merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki amalan
saya dalam kaedah bercerita iaitu dengan menyediakan bahan bantu yang dapat
memberi kefahaman kepada murid tentang kisah Salasilah Keluarga Nabi S.A.W.
viii. Saya bercadang untuk membuat boneka tangan. Fokus saya ialah saya ingin
menjadikan boneka tersebut sebagai Pencerita didalam kelas. Jika saya hanya
bercerita secara lisan tanpa ada apa-apa bahan disamping saya, murid tidak akan
memberi perhatian. Justeru, dengan adanya boneka ini, murid akan lebih tertarik
kepada cerita tersebut.
5.1.1

Fasa Merancang

a) Saya menyediakan satu bentuk boneka tangan bagi menemani saya sepanjang
tempoh saya bercerita tentang Salasilah Keluarga Nabi S.A.W.
b) Langkah-langkah penyediaan boneka tangan :
i. Menyediakan kain Felt, benang dan jarum.
ii. Melakar reka bentuk boneka dan memotong mengikut lakaran.

30

iii. Memasukkan gumpalan kapas kedalam boneka


iv. Menjahit boneka dengan kemas
v. Menghias boneka dengan melekatkan aksesori yang sesuai menggunakan gam.
Strategi pelaksanaan :
Setelah menyediakan boneka tersebut, saya telah menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran tajuk Salasilah Keluarga Nabi S.A.W dengan
menggunakan kombinasi boneka yang telah disiapkan tadi dengan kaedah Power
Teaching. Berikut merupakan langkah yang telah saya jalankan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 3 : Strategi pelaksanaan
Aktiviti
1 (9 minit)

Perkara yang dilakukan


i.
ii.
iii.

2 (8 minit)

i.
ii.
iii.

3 (8 minit)

i.

Murid mendengar dengan teliti guru mengulang isi


penting cerita tadi
Murid juga melihat gaya pergerakan yang
ditunjukkan oleh guru.
Murid mengulang semula isi penting dan
menggayakannya sepertimana yang dilakukan oleh
guru.

iii.

Murid di minta menceritakan dan menggayakan


kembali isi penting yang didengari tadi kepada rakan
disebelah atau dihadapan mereka.
Setelah habis bercerita, murid yang mendengar tadi
pula melakukan perkara yang sama.
Murid dibimbing oleh guru.

i.
ii.

Soalan Kuiz diajukan


Markah murid direkodkan

ii.

4 (5 minit)

Guru memulakan aktiviti bercerita menggunakan


boneka
Murid berinteraksi dengan pelajaran melalui
perantaraan boneka
Soal jawab juga berlaku didalam aktiviti bercerita

31

5.1.3 Fasa Pelaksanaan


Semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kombinasi boneka dan kaedah Power Teaching, saya perhatikan
keempat-empat responden memberi perhatian sepenuhnya ketika saya sedang
bercerita. Mereka nampak berminat dengan cerita yang saya sampaikan.
Kemudian, saya juga turut menjalankan sesi soaljawab semasa saya bercerita
untuk mengetahui samada responden mengikuti dan memahami atau tidak cerita
yang saya sampaikan. Saya dapati kebanyakkan murid dapat menjawab soalan
termasuklah beberapa orang responden. Ini menunjukkan bahawa mereka memahami
cerita yang saya sampaikan. Setelah tamat sesi bercerita, saya telah menyuruh
keempat-empat responden tadi bercerita dihadapan dan saya dapati kesemua mereka
dapat bercerita dengan baik dan kelihatan mereka memahami cerita tersebut. Saya
juga turut bertanya sekali lagi kepada mereka tentang isi-isi penting yang terdapat
pelajaran ini seperti datuk nabi, serta jasa-jasa datuk nabi. Alhamdulillah, mereka
dapat menjawab dengan baik bahkan jawapan mereka diiringi dengan gerak badan
seperti yang saya lakukan ketika saya bercerita tadi.
Walaupun pada mulanya ada diantara responden ini yang malu untuk ke
hadapan tetapi setelah saya memberikan motivasi dan galakkan, mereka berani untuk
bercerita. Jika diberi dorongan dan ditambah pula dengan pengajaran yang menarik,
maka mereka akan mempunyai keyakinan dan kesungguhan untuk belajar.
Daripada pemerhatian yang saya jalankan, saya lihat semua responden
menunjukkan peningkatan yang sangat baik semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

32

5.1.4 Fasa Menilai


Alhamdulillah, sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
boneka tangan dan Power Teaching telah berjalan dengan lancar. Murid-murid
begitu berminat ketika saya menyampaikan cerita dengan menggunakan boneka ini.
Buktinya mereka berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang saya kemukakan
ketika saya bercerita. Contohnya saya bertanya kepada mereka dengan menggunakan
boneka itu, Siapa yang boleh beritahu pakcik apakah tugas datuk nabi ketika
musim haji? dan saya lihat murid-murid serta beberapa orang responden dapat
menjawabnya dengan betul.
Sambil bercerita, saya menjalankan kaedah power teaching, setelah
menyampaikan satu daripada isi pelajaran, saya arahkan murid untuk duduk
berhadapan dengan rakan mereka. apabila saya berkata Mula!, kelas mulai bising
dengan suara murid-murid. Mereka bercerita sambil menggayakan tangan mengikut
apa yang telah saya tunjukkan tadi. Sepanjang pemerhatian saya, saya dapati mereka
begitu fokus dan bersungguh-sungguh menerangkan kepada rakan mereka. walaupun
ada yang masih malu-malu untuk bercerita, tetapi mereka masih mampu
menyampaikan dengan baik.
Kemudian, setelah tamat sesi bercerita saya telah menyuruh beberapa orang
murid untuk bercerita dihadapan. Termasuklah empat orang responden saya. Saya
lihat keempat-empat responden dapat bercerita dengan baik.
Saya dapati kekuatan pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah dari
segi penggunaan boneka tersebut. Hal ini kerana, boneka ini dapat menarik perhatian
murid ketika saya bercerita. Buktinya, ketika saya mengeluarkan boneka tersebut,
mereka berebut-rebut untuk memegangnya. Mereka tertanya-tanya apakah yang saya

33

inigin lakukan dengan boneka tersebut. Reka bentuk boneka dan gaya saya meniru
suara orang tua ketika saya menyampaikan cerita dengan boneka tersebut
membuatkan murid berasa seronok dan berminat untuk mengikuti kisah yang saya
sampaikan.
Begitu juga dengan kaedah Power Teaching yang bagi saya merupakan suatu
kaedah yang baru bagi mereka. Murid begitu bersungguh memerhatikan gerak tangan
saya supaya mereka dapat meniru dan menggayakannya semula ketika bercerita
kepada rakan mereka. dengan kaedah ini, murid yang tidak memahami atau masih
kabur dengan cerita yang saya sampaikan akan dikukuhkan pemahaman mereka
dengan cerita yang disampaikan semula oleh rakan mereka. mereka akan menupukan
perhatian kerana selepas itu giliran mereka pula untuk menyampaikan cerita kepada
rakan mereka.
Dari segi kelemahannya pula, tumpuan murid sedikit terganggu kerana
masing-masing ingin memegang boneka tersebut. Perkara ini menyukarkan saya
untuk meneruskan cerita. Namun begitu saya faham, ini ialah perkara yang normal
bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun yang gemar akan permainan atau watak
kartun. Sebagai penambahbaikkan, saya perlu bijak mengawal kelas supaya tumpuan
mereka tidak terganggu dek kerana boneka tersebut.
Selain itu, kaedah Power Teaching yang saya gunakan itu perlu dilatih dari
semasa ke semasa. Penerangan demi penerangan tentang kaedah itu perlu diberikan
kepada murid supaya mereka tidak lupa apabila mendengar arahan Mula! dari
saya.
Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan.

34

5.2 Cara Mengumpul Data


Dalam menjalankan kajian tindakan ini, beberapa teknik telah digunakan
sepanjang proses ini dilaksanakan. Saya menggunakan teknik pemerhatian, temubual
dan analisis dokumen bagi mengumpul data yang diperlukan oleh saya.
Jadual 4 : Cara pengumpulan data
Langkah

Tindakan

Tujuan

Langkah 1

Pemerhatian 1

Mengenalpasti responden dalam memberi


tumpuan semasa proses guru bercerita.

Langkah 2

Temubual

Temubual dijalankan untuk mendapat maklum


balas responden mengenai penggunaan boneka
dan Power Teaching.

(responden)

Dilakukan secara temubual berstruktur bersama


selepas pelaksanaan kajian dijalankan.
Untuk mengukuhkan soal selidik yang telah
dijalankan keatas mereka.
Langkah 3

Analisis Dokumen

Jurnal refleksi kendiri guru


a) Jurnal Refleksi ini memberi ruang kepada saya
untuk memhasabah kembali pengajaran saya dari
sudut kekuatan dan kelemahan diri.
Lembaran Kerja
a) Soalan kuiz secara lisan akan diajukan selepas
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Perkara ini dapat memberi peluang kepada saya
untuk mengenalpasti kesilapan dan kecuaian yang
dilakukan murid dalam memahami tajuk yang
dipelajari.

5.2.1 Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian semasa dan selepas saya bercerita.
Berikut merupakan aspek-aspek yang dinilai sewaktu saya melakukan pemerhatian :

35

Jadual 5 : Aspek-aspek pemerhatian


Perkara yang dinilai

Sebelum

Selepas

M1

M2

M3

M4

M1

M2

M3

M4

Bersembang dengan rakan

Membuat kerja sendiri

Mengantuk

Menumpukan perhatian ketika


guru bercerita

Menjawab soalan daripada


guru

Menceritakan semula
dihadapan kelas

5.2.2 Temubual
Saya juga telah menjalankan temubual bersama responden untuk mengetahui
samada mereka faham serta ingat atau tidak kisah Salasilah keluarga Nabi S.A.W.
Proses temubual berstruktur telah dilakukan selepas pelaksanaan teknik tersebut
dijalankan didalam kelas. Ini kerana, pada pendapat saya waktu seperti ini tidak
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya bersama mereka. malah
kemungkinan jawapan yang diberikan juga lebih terbuka dan ia akan memberi
kebebasan kepada murid untuk memberi pendapat masing-masing tanpa rasa segan.
Dari segi kelebihannya, ia memudahkan memfokus kepada persoalan kajian saya
sahaja.
Jadual 6 : Soalan-soalan temubual
Bil.

Soalan

1.

Adakah kamu suka dengan pembelajaran pada hari ini ?

2.

Adakah kamu suka dengan boneka yang ustaz bawa ?

3.

Adakah kamu faham tentang tajuk Keturunan Mulia ini ?

4.

Adakah kamu mengingati isi-isi penting dalam tajuk Keturunan Mulia ini?

36

5.

Adakah kamu berasa mengantuk dan bosan ketika ustaz bercerita menggunakan
boneka ?

6.

Apakah perasaan kamu ketika bercerita kepada rakan kamu tadi ?

7.

Adakah kaedah Power Teaching membantu kamu mengingati isi pelajaran ?

8.

Adakah kamu dapat bercerita dengan lancar dihadapan kelas ?

5.2.3 Analisis Dokumen


Dokumen yang digunakan ialah dokumen markah soalan kuiz yang telah
diajukan kepada murid. Berdasarkan kuiz ini saya dapat melihat dengan jelas tahap
penguasaan murid terhadap isi pelajaran. Rasional saya menggunakan kaedah kuiz
secara lisan ini ialah kerana responden masing-masing lemah dalam penguasaan jawi
dan juga rumi. Oleh itu, kuiz secara lisan telah dijalankan bagi memudahkan saya
mengukur tahap kemajuan mereka. Kuiz ini telah dijalankan secara dua peringkat.
Peringkat pertama, sebelum perlaksanaan kajian, dan peringkat kedua selepas
perlaksanaan kajian.
Bagi penulisan refleksi pula, ia memberi ruang kepada saya untuk
menganalisis kekuatan dan kelemahan diri. Melaluinya, saya dapat membuat
pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Seorang
guru harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap murid, maka setiap guru harus
melaksanakan amalan reflektif agar dapat membuat penambahbaikan terhadap
aktiviti pengajaran yang dilaksanakan.

37

6.0 ANALISIS DAN INTREPETASI DATA


Setiap data-data yang diperolehi sepanjang kajian ini dilaksanakan perlu
dianalisis bagi mendapatkan hasil kajian yang tulen. Ini bermaksud tiada sebarang
tokok tambah terhadap dapatan kajian yang terjadi daripada pungutan data terlebih
dahulu. Analisis data lebih merupakan satu kaedah untuk mengawal dan
mempersembahkan data serta prosedur statistik. Berdasarkan analisa terhadap data
yang diperoleh, saya dapat melaporkan hasil kajian, seterusnya membuat ulasan bagi
setiap dapatan kajian yang diperoleh.
6.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dijalankan, sebelum menggunakan kombinasi
boneka dan Power Teaching, keempat-empat responden tidak dapat menjawab
soalan saya ketika saya bercerita. Saya andaikan bahawa keempat-empat mereka
tidak memahami dengan baik cerita yang saya sampaikan. Oleh itu, mereka mula
bosan dan membuat aktiviti-aktiviti lain seperti bersembang, membuat kerja sendiri
dan mengantuk. Oleh kerana mereka melakukan aktiviti lain, maka mereka tidak
memberi tumpuan ketika saya bercerita sekalgus tidak mengingati point-point utama
cerita tersebut.

38

Selepas saya menggunakan kombinasi boneka dan kaedah Power Teaching


dalam sesi bercerita, saya dapati tiga daripada empat responden bersungguh-sungguh
menjawab soalan semasa dan selepas sesi bercerita. Seorang lagi responden hanya
mendiamkan diri sahaja. Ini menunjukkan bahawa responden ini sedang fokus
semasa saya bercerita. Semasa saya menyuruh mereka bercerita pula, hampir
kesemua responden dapat menceritakan peranan keturunan Nabi S.A.W dengan
betul. Mereka juga dapat mengingati isi-isi tambahan daripada pelajaran lepas seperti
nama datuk Nabi S.A.W, nama ayah dan ibu Nabi S.A.W.

Jadual 7 :Analisis tingkah laku responden pemerhatian pertama dan kedua


Perkara yang dinilai

Sebelum

Selepas

R1

R2

R3

R4

R1

R2

R3

R4

Bersembang dengan rakan

Membuat kerja sendiri

Mengantuk
X
Menumpukan perhatian ketika X
guru bercerita
Menjawab soalan daripada guru
X

X
X

/
X

X
/

X
/

X
/

X
/

X
/

Menceritakan semula dihadapan X


kelas

Jadual 8 : Analisis ingatan responden terhadap isi pelajaran yang disampaikan


Isi pelajaran yang disebut

Sebelum
R1

Selepas

R2

R3

R4

R1

R2

R3

R4

Nabi Muhamamad berasal dari X


keturunan bangsa Quraisy

ketua /

Datuk
Nabi
merupakan /
pemegang kunci Kaabah

Datuk Nabi menjamu jemaah X


haji pada musim haji

Datuk Nabi ialah


penduduk Makkah

39

Rumusan analisis pemerhatian :


Dalam pemerhatian ini, saya dapati seorang responden tidak dapat menjawab
soalan semasa sesi soal jawab. Saya agak risau jika responden ini tidak memberi
perhatian ketika sesi bercerita maka dia tidak akan mengingati isi pelajaran.
Walaubagaimanapun, reponden ini tidak melakukan aktiviti lain seperti menganggu
rakan atau membuat kerja sendiri. Saya berpendapat bahawa kemungkinan
responden ini mengambil masa untuk memahami cerita yang saya sampaikan.
Namun begitu, ketika saya menyuruh keempat-empat responden ini
menyampaikan cerita, saya dapati kesemua mereka dapat menyampaikan cerita
dengan betul dan dapat menyebut satu persatu isi penting yang telah dipelajari.
Walaupun ada responden yang dilihat tersekat-sekat ketika menyampaikan cerita,
namun setelah dberi klu mereka dapat menyambung semula bercerita.
Oleh itu, saya simpulkan bahawa keempat-empat responden ini dapat
mengingati isi pelajaran dalam tajuk Keturunan Mulia ini berdasarkan kemampuan
mereka menyampaikan cerita. Walau ada yang kelihatan tidak yakin ketika bercerita,
namun mereka masih berani kedepan dan melibatkan diri berbanding sebelum ini.
6.2 Temubual
Berikut adalah hasil analisis maklumat yang diperolehi daripada responden
sepanjang proses temubual diadakan bersama responden secara individu. Selain itu,
melalui data yang diperolehi inni, ia juga dapat mengukuhkan lagi data-data yang
diperoleh daripada pemerhatian awal. Diantara soalan yang diajukan kepada
responden ialah :

40

Jadual 9 : Soalan temubual


Bil.

Soalan

1.

Adakah kamu suka dengan pembelajaran pada hari ini ?

2.

Adakah kamu suka dengan boneka yang ustaz bawa ?

3.

Adakah kamu faham tentang tajuk Keturunan Mulia ini ?

4.

Adakah kamu mengingati isi-isi penting dalam tajuk Keturunan Mulia ini?

5.

Adakah kamu berasa mengantuk dan bosan ketika ustaz bercerita


menggunakan boneka ?

6.

Apakah perasaan kamu ketika bercerita kepada rakan kamu tadi ?

7.

Adakah kaedah Power Teaching membantu kamu mengingati isi pelajaran

8.

Adakah kamu dapat bercerita dengan lancar dihadapan kelas ?

Jadual 10 : Tahap kefahaman responden terhadap tajuk Keturunan Mulia


Aspek

Responden
R1

R2

R3

Peratusan
R4

Tidak faham
/

Faham sedikit
/

Faham

50%
/

50%

Jadual 11 : Tahap ingatan responden terhadap isi-isi penting dalam tajuk


Keturunan Mulia.
Responden

Aspek
R1

R2

R3

Peratusan
R4

Tidak Ingat
Ingat separuh
Ingat sepenuhnya

50%
/

50%

41

Jadual 12 : Tahap minat responden terhadap kaedah bercerita menggunakan boneka


Aspek

Responden

Peratusan

R1

R2

R3

R4

Tidak suka
Suka
Sangat suka

100%

Jadual 13 : Tahap minat responden terhadap kaedah Power Teaching.


Aspek

Responden
R1

R2

R3

Peratusan
R4

Tidak ingat
/

Sederhana
Mudah ingat

25%
/

75%

Daripada temubual temubual yang dijalankan di atas, saya dapati keempatempat responden suka dengan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan
boneka dan Power Teaching. Selain itu, mereka juga tidak berasa mengantuk dan
tidak berasa bosan ketika saya mengajar. Ini menunjukkan bahawa penggunaan
boneka dan Power Teaching benar-benar dapat menarik perhatian mereka.
Kemudian, kaedah ini juga membuatkan responden mendapat gambaran yang
jelas, memahami sekaligus mengingati isi pelajaran dalam tajuk Keturunan Mulia.
Buktinya, apabila saya bertanya kepada mereka samada mereka ingat atau tidak
perkara yang diceritakan, mereka mengatakan bahawa mereka ingat. Begitu juga
ketika saya bertanya mereka tentang isi-isi penting yang terdapat didalam tajuk ini
seperti peranan datuk Nabi S.A.W, tiga daripada empat responden dapat menjawab
dengan lancar. Ini menunjukkan mereka bukan sahaja faham, bahkan turut
mengingati isi-isi penting dalam tajuk ini.

42

Namun begitu, terdapat beberapa ketika terdapat sebahagian daripada


responden yang tidak dapat menjawab soalan dan bercerita dengan lancar. Sebagai
contoh, soalan Nabi Muhammad berbangsa apa?. Apabila ditanya mengapa dia
tidak dapat menjawab, rupanya dia lupa akan perkataan Quraisy itu kerana perkataan
itu tidak pernah didengari sebelum ini. Begitu juga ketika disoal Apakah peranan
datuk Nabi S.A.W?. Responden hanya dapat menjawab memberi makan.
Tahulah saya bahawa perkataan jemaah haji itu asing bagi responden. Dan ini
tidaklah menghairankan saya kerana responden masih berada di tahun satu, sudah
pasti mereka belum mendapat pendedahan tentang bab Haji.
Secara kesimpulannya, hasil daripada temubual yang dijalankan sebelum dan
selepas penggunaan boneka dan Power Teaching ini menunjukkan bahawa berlaku
peningkatan yang positif baik dari segi tingkah laku dan kefahaman serta ingatan
dalam tajuk yang telah diajar.
6.3 Analisis Dokumen
6.3.1 Markah soalan kuiz
Data dokumen yang dianalisis bagi kajian ini ialah dokumen markah soalan
kuiz yang telah diajukan kepada murid. Berdasarkan kuiz ini saya dapat melihat
dengan jelas tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran. Rasional saya
menggunakan kaedah kuiz secara lisan ini ialah kerana responden masing-masing
lemah dalam penguasaan jawi dan juga rumi. Oleh itu, kuiz secara lisan telah
dijalankan bagi memudahkan saya mengukur tahap kemajuan mereka. Kuiz ini telah
dijalankan secara dua peringkat. Peringkat pertama, sebelum perlaksanaan kajian,
dan peringkat kedua selepas perlaksanaan kajian. Ini secara tidak langsung
memudahkan saya menilai tahap peningkatan murid selepas kajian dilaksanakan.

43

Jadual 14 : Pencapaian murid sebelum dan selepas menjalani sesi pengajaran


Responden

Bilangan soalan yang dapat dijawab


Sebelum

Selepas

R1

5/6

6/6

R2

4/6

5/6

R3

3/6

5/6

R4

6/6

6/6

Jadual diatas menunjukkan peratusan pencapaian


selepas menjalani sesi pengajaran
Teaching.

murid sebelum dan

dengan menggunakan boneka dan Power

Selepas menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya

telah mengajukan soalan kuiz kepada responden sebagai langkah mengesan


murid yang bermasalah.

Berdasarkan jadual

tersebut,

hasil keputusan

daripada 6 soalan yang diberikan menunjukkan hasil yang agak kurang


memberansangkan, dimana R1 dan R2 memperolehi 5/6,dan 4/6 manakala
R3 dan R4 memperoleh 3/6 dan 6/6.
Sekali lagi kuiz yang mengandungi soalan yang sama

diberikan

selepas penggunaan boneka dan Power Teaching terhadap responden. Hasil


menunjukkan peningkatan yang mendadak kerana keempat-empat responden
tersebut

berjaya

diberikan.

menjawab

Ini

dengan

menunjukkan

betul

sebuah

hampir

kesemua

perkembangan

soalan

yang

yang

amat

memberansangkan.
Hasil

peningkatan

markah

yang

diperoleh

responden

dalam

kuiz

sebelum dan selepas diperkenalkan dengan kaedah kombinasi boneka dan


Power

Teaching

dirumuskan

dalam

bentuk

graf

sebagaimana

yang

ditunjukkan dibawah:

44

Rajah 2 : Graf markah yang diperolehi responden


6
5
4
3

Sebelum
Selepas

2
1
0
R1

R2

R3

R4

6.3.2 Jurnal Refleksi Guru


Rajah 3 : Jurnal Refleksi Sebelum sebelum menggunakan boneka dan Power
Teaching dalam kaedah bercerita
Ketika saya bercerita, saya tidak dapat membuatkan mereka
mendapatkan gambaran tentang situasi didalam cerita. Misalnya, ada murid yang
tidak tahu apa itu Kaabah. Perkara ini membuatkan murid tidak dapat memahami
kronologi cerita tersebut
Saya rasakan cerita yang saya sampaikan tidak berkesan kerana saya
lihat ada segelintir murid yang tidak memberi perhatian ketika saya bercerita. Oleh
kerana mereka tidak dapat memahami isi-isi penting dalam peristiwa ini, maka
mereka berasa bosan dan melakukan perkara-perkara lain seperti bersembang,
menganggu rakan dan juga bermain
mereka juga memberi respon yang mengecewakan ketika saya
menyuruh mereka menceritakan semula tentang peranan datuk Nabi selaku
pembesar Quraisy, hampir kesemua mereka tidak dapat menceritakan semula
Namun begitu, apa yang saya sesali, masih terdapat segelintir murid
seperti yang saya nyatakan sebelum ini yang tidak dapat langsung mengingati
kronologi didalam peristiwa tersebut.

45

Rajah 4 : Jurnal Refleksi selepas menggunakan boneka dan Power Teaching dalam
kaedah bercerita
saya dapati kekuatan PdP pada kali ini ialah dari segi penggunaan
boneka. Hal ini kerana boneka dapat menarik perhatian murid ketika saya
menyampaikan cerita. Buktinya, ketika saya mengeluarkan boneka tersebut, ada
dikalangan murid yang tertanya tanya apakah benda yang saya telah keluarkan.
Kesemua responden dapat menceritakan semula cerita tersebut kepada
pasangan mereka. saya begitu teruja melihat mereka berusaha bersungguh-sungguh
menerangkan kepada rakan mereka..
Setelah tamat bercerita, saya telah menyuruh beberapa orang murid untuk
bercerita dihadapan kelas dengan menggunakan boneka sambil membuat gaya
gerakan tangan seperti yang teah saya tunjukkan. Saya lihat murid-murid begitu teruja
untuk menyampaikan cerita termasuklah beberapa orang responden yang dipilih.
Kesemua mereka dapat menyampaikan cerita dengan baik.
Mereka juga turut mengingati isi-isi penting yang terdapat didalam peristiwa
tersebut ketika menyampaikan cerita.

46

7.0 DAPATAN
Bahagian ini akan menerangkan dapatan kajian hasil analisis data
yang diperolehi daripada kesemua instrumen kajian yang digunakan.
Setelah

kajian

dijalankan

menggunakan

kaedah

kombinasi

boneka

dan Power Teaching, saya telah melihat perkembangan positif yang besar
dari

setiap

responden.

Perkembangan

yang

memberansangkan

ini

secara

tidak langsung menunjukkan kejayaan hasil daripada kaedah yang telah


dilaksanakan. Sepanjang melaksanakan kajian ini, saya banyak memperolehi
pengalaman terutama sekali dalam menyelidiki punca-punca masalah murid
dalam mengekalkan fokus ketika PdP serta mengingati isi pelajaran. Dengan
hasil yang mmberansangkan ini, sedikit sebaanyak memberi semangat ke
atas diri saya untuk meneruskan serta mengaplikasikan

kaedah ini terhadap

murid-murid lain pada masa akan datang.


Bagi menghuraikan dapatan kajian ini, saya telah menetapkan dua
persoalan kajian utama yang bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah
yang dilaksanakan.

47

7.1

Soalan Kajian 1: Bagaimanakah kombinasi boneka dan Power Teaching

dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru?


Setelah menjalankan analisis terhadap senarai semak pemerhatian , kesemua
responden dilihat mengalami perubahan positif dari segi tingkah laku serta respon
mereka ketika guru mengajar. Ketika sesi PdP berjalan, saya perhatikan murid tidak
lagi mengulangi tingkahlaku disruptif. Mereka dapat memberi perhatian ketika guru
bercerita menggunakan boneka.
Jadual 15 : Analisis tingkah laku responden pemerhatian pertama dan kedua
Perkara yang dinilai

Sebelum

Selepas

R1

R2

R3

R4

R1

R2

R3

R4

Bersembang dengan rakan

Membuat kerja sendiri

Mengantuk

ketika X

Menumpukan
guru bercerita

perhatian

Selain itu juga, berdasarkan temubual berstruktur yang dijalankan kepada


murid saya mendapati penggunaan kaedah ini dapat memberi perasaan gembira dan
seronok kepada murid semasa pembelajaran sirah dijalankan. Murid juga lebih suka
pembelajaran menggunakan boneka berbanding bercerita secara biasa di dalam kelas.
Perkara ini merupakan suatu perkembangan yang sangat baik buat mereka kerana
dengan timbulnya minat untuk belajar, responden sudah pastinya akan lebih memberi
tumpuan didalam PdP, tidak seperti sebelum-sebelum ini. Berikut dilampirkan hasil
analisis temubual sebagai bahan sokongan kepada pernyataan ini. Jawapan temubual
bagi setiap responden turut dicatatkan.

48

Jadual 16: Jadual tahap minat responden terhadap kaedah bercerita menggunakan
boneka.
Aspek

Responden

Peratusan

R1

R2

R3

R4

Tidak suka
Suka
Sangat suka

100%

Jadual 17 : Soalan Temubual 1


Apakah perasaan kamu ketika kita belajar didalam kelas tadi?
Responden

Jawapan

Seronokpakcik tu lawak..

Best, nanti ustaz jangan lupa bawak pakcik tu lagi tau..

Emmm, suka..tapi bila saya nak cerita kat kawan saya, saya lupa
sikit-sikit

Seronok..tadi saya menang pertandingan cerita tu..

Menurut jurnal refleksi guru, selepas pelaksanaan kombinasi boneka dan


Power Teaching ini, dapat dilihat setiap murid mengambil bahagian dalam sesi
Power Teaching dengan menceritakan kepada rakan mereka disebelah. Bahkan
ketika mereka dipanggil kehadapan juga mereka dapat bercerita dengan baik.
Rajah 5 : Petikan Jurnal Refleksi Guru
saya dapati kekuatan PdP pada kali ini ialah dari segi penggunaan boneka. Hal
ini kerana boneka dapat menarik perhatian murid ketika saya menyampaikan
cerita
Kesemua responden dapat menceritakan semula cerita tersebut kepada pasangan
mereka. saya begitu teruja melihat mereka berusaha bersungguh-sungguh
menerangkan kepada rakan mereka..
Mereka juga turut mengingati isi-isi penting yang terdapat didalam peristiwa
tersebut ketika menyampaikan cerita.

49

Berdasarkan bukti-bukti yang telah dilampirkan, maka dapatlah disimpulkan


bahawa kajian ini dapat membantu meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru.
Perubahan murid dari segi tingkahlaku yang positif, penglibatan dalam PdP serta
minat untuk belajar mereka melalui kajian ini menunjukkan amalan pengajaran guru
telah menuju satu langkah kehadapan.

50

7.2

Soalan 2 : Bagaimanakah kombinasi Boneka dan Power Teaching membantu

murid mengingati fakta pembelajaran dalam bidang Sirah?


Bagi menjawab persoalan ini, terlebih dahulu kita lihat pada jadual yang
terhasil daripada analisis data pemerhatian terhadap

responden ketika mereka

bercerita:
Jadual 18: Analisis ingatan responden terhadap isi pelajaran yang disampaikan
Isi pelajaran yang disebut

Sebelum
M1

Selepas

M2

M3

M4

M1

M2

M3

M4

Nabi Muhamamad berasal dari X


keturunan bangsa Quraisy

Datuk Nabi ialah ketua penduduk /


Makkah

Datuk Nabi merupakan pemegang /


kunci Kaabah

Datuk Nabi menjamu jemaah haji X


pada musim haji

Berdasarkan jadual diatas,

responden didapati menunjukkan peningkatan

secara mendadak terhadap pemahaman mereka tentang tajuk Keturunan Mulia.


Responden-responden dapat memahami dan menyebut isi-isi penting dalam tajuk
Keturunan Mulia dengan baik serta betul. Ini secara tidak langsung menunjukkan
penguasaan secara holistik oleh para responden terhadap kesemua fakta yang telah
diceritakan . Murid lebih mudah memehami pelajaran dengan kaedah yang
diperkenalkan oleh guru.
Selain itu, berdasarkan data yang dikumpulkan menggunakan instrumen
pengumpulan data temu bual, pengkaji juga mendapati murid lebih mudah
mengingati isi pelajaran dengan kaedah yang dilaksanakan. Antara faktor yang
menjadikan murid lebih mudah mengingat adalah kerana kaedah ini menggabungkan

51

ketiga-tiga deria penglihatan, pendengaran serta lisan. Antara sesi temu bual dengan
responden direkodkan dengan jadual berikut.
Jadual 19 : Tahap keberkesanan penggunaan kaedah Power Teaching dalam
mengingati isi pelajaran
Aspek

Responden
R1

R2

R3

Peratusan
R4

Tidak ingat
/

Sederhana
/

Mudah ingat

25%
/

75%

.
Jadual 20 : Soalan Temubual 2
Adakah penggunaan boneka dan kaedah power teaching tadi dapat membantu kamu
mengingat peranan keluarga nabi dengan mudah?
Responden

Jawapan

Hmm, ya..tadi waktu ustaz tanya saya jawab semua betul..

Mula-mula waktu saya nak cerita tu saya terlupa, tapi bila ustaz
tunjuk (isyarat tangan) baru saya ingat
Ya.. Tapi tadi tu diorang bising sangat..

3
4

Haah..saya ingat balik yang macam ustaz tunjuk tu, baru saya boleh
jawab soalan kuiz tadi..

Berdasarkan hasil temu bual diatas, kita dapat lihat bahawa responden
mengakui keberkesanan kaedah Power Teaching ini dalam membantu mereka untuk
mengingati isi pelajaran. Bahkan kefahaman mereka telahpun diterjemahkan dalam
bentuk markah kuiz yang diperoleh mereka. Berlaku peningkatan dalam bentuk
markah dan ianya dapat dilihat melalui jadual dibawah :

52

Jadual 21 : Pencapaian murid sebelum dan selepas menjalani sesi pengajaran


Responden

Bilangan soalan yang dapat dijawab

R1

Sebelum
5/6

Selepas
6/6

R2

4/6

5/6

R3

3/6

5/6

R4

6/6

6/6

Persoalan kajian ini diperkukuhkan dengan peningkatan pencapaian


responden selepas menguji kaedah ini. Sebelum kaedah kombinasi boneka dan
Power Teaching ini dijalankan, ada diantara responden yang mendapat markah
rendah, yakni hanya dapat menjawab separuh sahaja soalan yang diajukan oleh guru.
Namun begitu, setelah kaedah ini diaplikasikan terhadap responden, mereka masingmasing menunjukkan kemajuan. Malahan mereka juga dapat bercerita kepada rakan
mereka semula. Berdasarkan ketiga-tiga analisa tersebut, pengkaji dapat membuat
rumusan bahawa dengan mengaplikasikan kaedah Power Teaching dengan betul,
murid dapat mengekalkan ingatan mereka terhadap perkara yang dipelajari.

53

8.0 RUMUSAN
Setiap hari guru dapat melihat masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
murid.

Oleh itu, seseorang guru harus menjadi produktif dalam mencari

penyelesaian bagi setiap masalah murid-muridnya. Namun demikian, tidak dinafikan


pada sesetengah peringkat, guru terpaksa menyerah dan hanya memperbanyakkan
latihan terhadap murid. Hal ini berlaku apabila seseorang guru itu telah melakukan
pelbagai perkara tetapi hasilnya tetap gagal. Selain daripada faktor guru, kebanyakan
masalah berpunca daripada murid yang kurang minat untuk belajar. Faktor terjadi hal
begini kerana murid berasa bosan. Cara terbaik bagi menghilangkan bosan tersebut
adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran agar menjadi menarik dan lebih
menyeronokkan.
Dengan menggunakan boneka sebagai daya penarik bagi mereka untuk
mengekalkan fokus dalam PDP, murid dapat belajar dalam peraasaan yang seronok.
Naluri kanak-kanak mereka yang suka dengan permainan menjadikan mereka tertarik
dengan penggunaan boneka ini. Bermula dengan menarik dan mengekalkan minat
murid dengan menggunakan boneka, kaedah Power Teaching pula memastikan
murid dapat memahami dan mengingati dengan baik akan ilmu yang disampaikan.
Saya dapati kekuatan pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah dari
segi penggunaan boneka tersebut. Hal ini kerana, boneka ini dapat menarik perhatian
murid ketika saya bercerita. Buktinya, ketika saya mengeluarkan boneka tersebut,
mereka berebut-rebut untuk memegangnya. Mereka tertanya-tanya apakah yang saya
inigin lakukan dengan boneka tersebut. Reka bentuk boneka dan gaya saya meniru

54

suara orang tua ketika saya menyampaikan cerita dengan boneka tersebut
membuatkan murid berasa seronok dan berminat untuk mengikuti kisah yang saya
sampaikan.
Begitu juga dengan kaedah Power Teaching yang bagi saya merupakan suatu
kaedah yang baru bagi mereka. Murid begitu bersungguh memerhatikan gerak tangan
saya supaya mereka dapat meniru dan menggayakannya semula ketika bercerita
kepada rakan mereka. dengan kaedah ini, murid yang tidak memahami atau masih
kabur dengan cerita yang saya sampaikan akan dikukuhkan pemahaman mereka
dengan cerita yang disampaikan semula oleh rakan mereka. mereka akan menupukan
perhatian kerana selepas itu giliran mereka pula untuk menyampaikan cerita kepada
rakan mereka.
Dari segi kelemahannya pula, tumpuan murid sedikit terganggu kerana
masing-masing ingin memegang boneka tersebut. Perkara ini menyukarkan saya
untuk meneruskan cerita. Namun begitu saya faham, ini ialah perkara yang normal
bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun yang gemar akan permainan atau watak
kartun. Sebagai penambahbaikkan, saya perlu bijak mengawal kelas supaya tumpuan
mereka tidak terganggu dek kerana boneka tersebut.
Selain itu, kaedah Power Teaching yang saya gunakan itu perlu dilatih dari
semasa ke semasa. Penerangan demi penerangan tentang kaedah itu perlu diberikan
kepada murid supaya mereka tidak lupa apabila mendengar arahan Mula! dari
saya. Kemudian, setelah tamat sesi bercerita saya telah menyuruh beberapa orang
murid untuk bercerita dihadapan. Termasuklah empat orang responden saya. Saya
lihat keempat-empat responden dapat bercerita dengan baik.

55

Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan. Kesimpulannya, dalam merangka sesebuah
kaedah pengajaran yang baru, guru perlu menekankan faktor yang dapat menarik
dan mengekalkan minat murid disamping dapat meningkatkan kemahiran kognitif
murid.

56

9.0 CADANGAN KAJIAN YANG SETERUSNYA


Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan cadangan kajian seterusnya.
Kajian seterusnya yang akan dijalankan juga adalah bermotifkan untuk membantu
murid dalam mengekalkan fokus serta mengukuhkan ingatan dalam mengingati
pelajaran.
Saya akan terus mengekalkan teknik ini untuk pengajaran Sirah pada masa
akan datang. Saya juga akan cuba menerapkannya dalam bidang lain juga. Ini kerana,
pada pendapat saya, teknik ini sangat berkesan dalam menarik tumpuan murid
seterusnya membantu memudahkan mereka memahami dan memahami sesuatu fakta
dengan berkesan. Teknik ini berjaya menghimpunkan antara teknik pendengaran dan
teknik penglihhatan semasa proses pembelajaran. Malah, ianya dibuktikan melalui
hasil kajian saya yang menunjukkan majoriti responden menyukai kaedah ini dalam
proses PdP dalam bidang Sirah.
Bagi masa akan datang, saya akan cuba melaksanakan kaedah bercerita
menggunakan animasi kartun dengan bantuan perisian-perisian yang terdapat pada
masa kini. Ini disebabkan, penggunaan bahan yang sama saban kali akan
menyebabkan murid berasa bosan. Oleh itu, dengan mempelbagaikan medium
pengajaran dan pembelajaran diharapkan akan dapat menarik minat murid untuk
belajar dan memudahkan mereka mengingati isi pelajaran dengan lebih berkesan.
Dengan ini, diharapkan perkembangan minat dalam bidang sirah dalam
kalangan murid sekolah rendah dapat dipertingkatkan lagi. Seterusnya, dengan

57

perkembangan ini, ia akan memeberi hasil yang amat memberansangkan terhadap


murid-murid. Semoga dengan kajian-kajian serta membaharuan yang dijalankan
dapat meningkatkan prestasi guru dari segi pencapaian, inovasi dan prestasi.

58

SENARAI RUJUKAN
Al-Quran Karim
Abdul Fattah Abu Ghuddah (2002). 40 Teknik Rasulullah Mengajar. Kuala Lumpur :
Al-Azhar Media Enterprise.
Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF Metadologi Dan
Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam
(Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar SDN.BHD.
Atan Long. (1993). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza
Publishing Sdn. Bhd.
Choong Lean Keaw. (2011). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep &Amalan
dalam Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. .
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2008), Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku, Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Jensen, E. (2000). Brain-Based Learning: The New Science of Teaching and
Training (Ed.Semakan semula). San Diego, USA: The Brain Store
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya :
Bahagian Pencangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia
Mok Soon Sang (2011). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, (2010), Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Selangor
Darul Ehsan.
Muhammad Hasan Abdul Rahman. (2001). Grafik Asas, Panduan Pengahsilan
Bahan Pengajaran. Serdang, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Norasiah Binti Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim, Rosnah Binti Ahmad
Zain (2013). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin, Phd (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

59

Lampiran 1