Anda di halaman 1dari 16

ANALISIS NOVEL TINGKATAN SATU (ZON UTARA) - PELARI

MUDA
Ghazali Ngah Azia
SINOPSIS BAB DEMI BAB (Bahagian I)
oleh Chai Loon Guan, MD (Bahasa), DBP.
Mulai tahun 2015, teks KOMSAS mengikut zon sudah berubah.
Dalam makalah ini, saya berkesempatan untuk menelaah dan
menelusuri setiap bab yang terkandung dalam novel Tingkatan Satu
Zon Utara, yakni Pelari Muda oleh Ghazali Ngah Azia, antara
cerpenis remaja yang hebat di buana kesusasteraan tanah air.
Yang turut dimuatkan ialah kosa-kosa kata bersertakan
maknanya sekali pada setiap bab untuk bacaan, renungan dan
dijadikan bahan latihan pengukuhan dan pengayaan KOMSAS dalam
pembelajaran dan pengajaran (pemudahcaraan) Bahasa Melayu di
dalam bilik darjah.
Bab 1 - Mengapa Muram
Kamarul berasa muram. Ibunya, Mak Jah dapat menghidu
kemuraman Kamarul walaupun cuba disembunyikannya. Selalunya,
Kamarul ceria selepas balik berjoging. Rupa-rupanya Kamarul telah
berselisih faham dengan Saridah. Biasanya, Mak Jah menyebelahi
Saridah. Mak Jah amat menyenangi dan menyayangi Saridah dan
berharap agar hubungan mereka berdua dapat dipulihkan.
Encik Kadir, jurulatih Kamarul, menelefon Kamarul agar turun
berlatih di Pusat Sukan Kampung Pandan. Kamarul enggan berlatih
di bawah kelolaan Encik Kadir. Pelawaan Encik Kadir ditolak oleh
Kamarul. Sebaliknya, Kamarul ingin berlatih sendiri. Kamarul ke
kelas Tingkatan 5B. Dia tercari-cari akan Saridah.
Bil.
01.
02.

Kosa Kata
Menjuruskan
Mendongak

03.
04.

Melirik
Menancapka
n
Menggerutu

05.

Makna
Mengarahkan, memajukan, mendorongkan
Terangkat sedikit ke atas (bkn. kepala, muka
dll.)
Menjeling dengan tajam, mengerlin
Memasukan
hingga
masuk
(pisau),
mencucukkan
Bersangat-sangat, mencomel

Bab 2 - Jangan Mungkir

Sudah 20 minit, Sures berada di Pusat Sukan Kampung Pandan


menunggu Kamarul yang tidak muncul-muncul sejak 3 petang.
Sures agak terkilan kerana Kamarul tidak menepati janji dan sering
ponteng latihan sukan. Kamarul ditegur oleh Cikgu Dariah, penolong
kepada Cikgu Zainal. Sikap protes dan kurang senang mula hadir
dalam diri Kamarul. Lupa daratankah, Kamarul?
Encik Kadir sedang berbual-bual dengan Encik Subramaniam,
penolongnya. Sures mula memanaskan badan. Jasum, Adnan,
Mahat, Suradi dan Rajip sedang menjalani latihan. Encik Kadir
bertanya kepada Sures tentang Kamarul. Sebenarnya, Sures
menjadi harapan pasukan sebagai pelari terpantas biarpun sukar.
Cakap Encik Kadir agak kasar biarpun peribadinya baik dan
bertimbang rasa. Menurut Encik Kadir, disiplin penting untuk
membentuk seseorang yang bertanggungjawab. Petang itu, Encik
Kadir hanya mempertingkatkan kepantasan larian pecut 400 meter
kepada pelarinya. Ketiadaan Kamarul, ujian pecutan pantas 100
meter ditangguhkan. Encik Kadir mahu berjumpa dengan Kamarul
pada keesokan harinya.
Saridah ke rumah Sures bertanyakan Kamarul. Menurut Saridah,
Kamarul muncul sekejap kemudian menghilangkan diri. Sures tahu
bahawa Saridah pernah bertengkar dengan Kamarul. Saridah tidak
mahu pertengkaran itu berlarutan sehingga menjejaskan prestasi
Kamarul dalam bidang sukan.
Bil.
01.
02.

Kosa Kata
Kelolaan
Memprotes

03.
04.

Memadai
Menggamit

05.

Becok

Makna
Arahan dan kawalan, selenggaraan
Pernyataan tidak setuju dengan susuatu dasar,
sanggahan
Mencukupi, dapat mengisi atau memenhi
Memberikan isyarat dengan jari, menyentuh jari,
mencuit
Bercakap dengan bising dan tidak henti-henti

Bab 3 - Surat Tak Bersampul


Saridah berada di perpustakaan sebelum waktu rehat. Saridah
berharap agar Kamarul muncul tetapi hampa. Cukup marah Saridah
biarpun resah hatinya masih belum reda. Saridah keluar dari
perpustakaan. Dia berselisih dengan Mok Oi dan Rajeswary di
tangga dalam perjalanan ke kelas Tingkatan 5B.

Meja Saridah dikunjungi oleh Juriah sambil bertanyakan


perkembangan diri Saridah. Saridah tidak faham akan tingkah laku
Kamarul yang begitu membenci dirinya. Saridah mengesat matanya
dengan tangan. Dipujuk Juriah agar Saridah melupakan Kamarul
seketika. Waktu balik, Saridah ke perpustakaan semula. Saridah
menulis sepucuk warkah buat Kamarul untuk diluahkan
kekesalannya. Surat itu dimasukkannya ke dalam buku teks bahasa
sebelum bergegas ke kelas Tingkatan 5B semula. Kebetulan Juriah
masih belum pulang. Saridah mahu Juriah bertindak sebagai
posmen, menghantar surat Saridah tanpa sampul dan setem.
Gurauan mengiringi kepulangan mereka berdua.
Bil.
01.
02.
03.
04.
05.

Kosa Kata
Lazim
Menjengah
Berkeriut
Tergores
Longlai

Makna
Telah umum, biasa, ghalib, selalu
Melihat, menjenguk
Berbunyi seperti bunyi pintu dibuka
Tergaris, tercorek, terlintas, terfikir akan
Lemah lembut, terliuk-liuk, tidak bermaya, lemah

Bab 4 - Sebak di Dada


Bersiap-siap pagi itu, Kamarul ingin berjoging tetapi ditegur oleh
ibunya, Mak Jah. Sempat Mak Jah menghulurkan surat tanpa sampul
kepada Kamarul. Surat dimasukkan ke dalam kocek seluarnya
sebelum melangkah ke luar pagar. Dia mula berlari-lari anak.
Kamarul dengan tenang membaca surat tersebut tanpa
menghiraukan lalu-lalang orang. Surat Saridah benar-benar
menyentak hati kecilnya. Perasaan marahnya tersingkir dari
hatinya.
Kamarul teringat akan tindakannya selama ini. Saridah. Cikgu
Zainab dan wajah Encik Kadir. Surat itu dikeroyoknya menjadi bulat
sebelum dilontarkan ke dalam longkang. Hatinya kembali marah dan
geram. Dia bergegas ke Stadium Merdeka. Pantas langkahnya.
Berkecamuk perasaannya. Serba salah.
Beberapa orang pekerja sedang memesin rumput di padang. Dia
terus ke tempat duduk penonton. Ribuan tangan melambai-lambai
dengan suara gamat melaung-laung namanya. Jeritan manusia itu
bagaikan memberikan semangat kepadanya. Harapan pingat dalam
acara 100 meter dan 400 meter. Kamarul menarik nafas sebelum ke
garisan permulaan. Dia pecut dan semakin pantas. Catatan masa

10.68 saat dalam 100 meter mengatasi rekod Suradi di Sukan Asia
di Delhi, 1982. Perasaan bangga terus membuai dalam dirinya.
Tiba-tiba Kamarul tersedar daripada lamunannya. Masih
kelihatan dua orang pemotong rumput di padang. Dengan geram,
Kamarul terus keluar dari stadium itu dan menuju ke jalan raya.
Kamarul berasa sebak. Perasaan sayu halus yang tajam menyelinap
ke dadanya. Saridah!
Bil.
01.

Kosa Kata
Melingas

02.

Mengunjukkan

03.

Menyelinap

04.
05.

Keroyok
Berbaur

Makna
Memandang ke sana sini dengan pantas
seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu
Mengangkatkan tangan ke atas, memberitahu
dengan
menunjuk,
memperlihatkan,
menunjukkan
Bergerak
dengan
pantas,
menyorok,
menyusup
Serbu beramai-ramai, rempuhan
Beraduk, bercampur, bergaul

Bab 5 - Jemu Menunggu


Saridah menunggu Juriah yang masih belum kelihatan. Perasaan
bosan dan jemu membelenggu dirinya. Selain Juriah, Kamarul juga
menyakiti hatinya. Saridah teringat akan tindakan Kamarul di
perpustakaan. Surat yang ditulis olehnya. Bingkas dia bangun. Dia
tertumpu pada sebuah album. Dia memerhatikan gambar-gambar di
dalamnya. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sekeping gambar yang
amat menarik dan banyak menyimpan kenangan. Di sebelah
gambar, beberapa keping keratan akhbar yang menceritakan
kejayaan Kamarul, seorang pelari muda tanah air selain wajah
Saridah di sisi Kamarul. Kenangan bersama-sama semasa Sukan
MSSM. Ucap tahniah Kamarul memulakan persahabatan mereka
biarpun Saridah gugup dan terpempan seketika. Sejak itu,
kemesraan mereka cukup terserlah dan terus terjalin. Mereka saling
mengunjungi sekali gus mengeratkan tali silaturahim.
Kamarul sering memberikan galakan agar Saridah sehebat
Zaiton Othman pada suatu hari nanti. Dalam diam, Saridah
merasakan bahawa dia sudah jatuh cinta pada Kamarul. Tiba-tiba
Kamarul berubah menjadi keras kepala dan sombong. Dia mula
menjauhi Saridah, selain bertelagah dengan Cikgu Zainal. Album itu
dihempaskannya ke atas meja. Bangun Saridah menuju ke cermin

muka sambil menilik mukanya, bergaya dan cuba memicit jerawat


di pipi kanannya. Teringat Saridah akan kisah jerawat manis dengan
Juriah. Kisah persahabatannya dengan Kamarul. Panggilan Juriah
mengejutkan lamunannya. Jenaka Juriah menghilangkan kemarahan
Saridah. Mereka bersiap-siap untuk keluar bersenam.
Bil.
01.

Kosa Kata
Bertelagah

02.

Semena-mena

03.
04.
05.

Menelentang
Gerobok
Riba

Makna
Berlainan
pendapat,
berselisih
faham,
bertelingkah
(dgn.) sebab yang berpatutan, sewenangwenang
Terbaring (tidur, terletak)
Almari untuk menyimpan makanan
Pangkuan,
bunga
berganda
yang
membebankan

Bab 6 - Mengapa, Kamarul?


Kamarul sengaja tiba di Pusat Sukan Kampung Pandan lewat 15
minit dari masa yang dijadualkan. Di padang, Encik Kadir sibuk
mengarahkan para pelari berkumpul. Sures, Suradi, Mahat dan Rajip
berada di situ. Kamarul dipanggil oleh Encik Kadir. Encik Kadir ingin
berjumpa dengan Kamarul selepas latihan. Selepas senaman, Encik
Kadir mengingatkan semua pelatih agar mempertingkatkan
kecergasan dan melipatgandakan latihan sebelum berangkat ke
Bangkok. Encik Kadir juga membandingkan rekod 100 meter para
pelatihnya sekali gus mahu atletnya mengatasi pelari dari negara
lain. Encik Kadir turut berbangga dengan pencapaian Sures
semalam.
Wisel dibunyikan. Para pelatih, termasuk Kamarul berlari pecut.
Pencapaian Kamarul masih lembab ketika berlepas. Sures berjaya
menunjukkan prestasinya. Kamarul pula semacam tidak serius bagai
melepaskan batuk di tangga. Sebenarnya, Kamarul seorang pelari
yang cepat meningkat dan mempunyai larian pantas. Tahap
kecergasannya mencurigakan. Belakangan ini, dia jarang-jarang
datang berlatih. Encik Kadir mahu Kamarul mewakili Malaysia ke
Sukan Olimpik di Seoul dan Sukan Komanwel di Vancouver. Kamarul
dipanggil dan didenda membuat lapan pusingan mengelilingi
padang. Kecewa dan marah, Kamarul.
Selepas giliran Suradi dan Rajip, tiba pula giliran Sures dan
Kamarul diuji di garisan permulaan. Sures berjaya menewaskan

Kamarul dengan catatan masa terbaiknya 10.78 saat. Sures


tersenyum lebar. Latihan pada hari itu bersambung pada keesokan
harinya. Kamarul dipanggil berjumpa dengan Encik Kadir. Satu
persatu dia ditegur oleh Encik Kadir. Kamarul masih membisu.
Menurut Encik Kadir, dia perlu membuat laporan tentang
perkembangan para atlet di bawah jagaannya. Kamarul
memberitahu Encik Kadir bahawa dia ingin berlatih sendiri dan
mampu mencapai kecergasan. Encik Kadir tersentak sambil
memberikan amaran. Kamarul memberitahu Encik Kadir bahawa dia
boleh menjalani latihan tanpa tunjuk ajar sesiapa sebelum
meninggalkan Encik Kadir terpempan keseorangan. Dia bingung dan
merasakan bahawa tindakan Kamarul sudah melampaui batas.
Sambil berfikr, Encik Kadir bergerak menuju ke kereta yang terletak
di luar pagar.
Bil.
01.
02.
03.
04.
05.

Kosa Kata
Melengahlengahkan
Mendekati
Terpempan
Mengenjut-enjut
Mencecahkan

Makna
Melakukan
sesuatu
supaya
lalai,
mengabaikan, melambat-lambatkan
Pergi dekat kepada, menghampiri
Terpegun, tercengang
Turun naik
Mengenakan
(menyentuhkan,
mencelupkan) sedikit sesuatu pada

Bab 7 - Melepaskan Marah


Kamarul berasa penat. Mak Jah menghampiri Kamarul dengan
sepiring betik yang sudah dipotong kecil-kecil. Kamarul tidak
mempedulikan hal emaknya lalu menuju ke meja ruang tamu sambil
menghidupkan kipas. Sambil bersandar pada kusyen, dia membaca
surat khabar. Kamarul membaca kenyataan yang dibuat oleh Encik
Kadir. Peserta olahraga Malaysia ke Sukan SEA mempunyai harapan
untuk meraih pingat emas. Malaysia dijangka dapat memungut
pingat emas awal dalam acara 100 meter dan 400 meter melalui
Kamarul, Sures dan Rajip. Turut disentuh oleh Encik Kadir ialah
disiplin para peserta negara. Katanya, dengan disiplin yang tinggi
sahaja, para peserta negara akan menyerlah. Pada akhir kenyataan,
Encik Kadir memuji sikap Sures dan Kamarul yang telah menjalani
latihan bersungguh-sungguh demi meningkatkan prestasi larian
masing-masing. Gambar Encik Kadir ditusuk dengan jari-jari Kamarul
sehingga surat khabar itu terkoyak. Perbuatan Kamarul disedari oleh
ibunya, Mak Jah yang kehairanan.

Kamarul hanya tersengih. Dia menghempaskan surat khabar itu


di atas meja sebelum ke dalam biliknya. Kemudian, Saridah
menelefon Kamarul. Perbualan mereka dalam telefon kian rancak.
Saridah bertanyakan surat kirimannya. Sebenarnya, Saridah ingin
memohon maaf daripada Kamarul dan mendoakan kejayaannya di
Bangkok. Janji temu telah termeterai. Mereka akan bertemu di
padang latihan sekolah nanti. Mak Jah bertanyakan hubungan
Kamarul dengan Saridah. Segala-galanya kembali baik semula.
Saridah sampai di sekolah pada pukul 3.00 petang. Kamarul
masih belum tiba. Saridah terkenang akan Juriah. Juriah sudah
dianggap sebagai kakaknya sendiri. Ibu Saridah sibuk akan aktiviti
persatuan wanitanya. Ayahnya pula sentiasa sibuk di pejabat. Kakak
Sarifah pula terlalu mementingkan tunangnya. Lamunan Saridah
ditegur oleh Juriah. Berfalsafah pula Juriah. Mereka menyambung
bual bicara di kantin tanpa dikesan oleh Cikgu Maimunah. Sambil
memesan makanan, mereka berbual rancak semula. Saridah
mengaku bahawa dia amat menyayangi Kamarul. Juriah
mengingatkan Saridah bahawa mereka masih belajar lebih-lebih lagi
peperiksaan SPM kian menjelang. Juriah menasihati Saridah agar
melupakan Kamarul. Yang penting, Saridah perlu menumpukan
perhatian pada pelajaran. Air mata Saridah tumpah. Perasaannya
kian berkecamuk. Kata Juriah, pelajaran akan menentukan segalagalanya. Juriah berharap agar Saridah menganggap Kamarul
sebagai seorang kawan sekolah dan sekadar peminat. Sempat
mereka berdua minum sebelum bergerak ke padang semula.
Bil.
01.

Kosa Kata
Menoleh

02.

Terserlah

03.

Menempelak

04.

Tersengih

05.

Berkeroncon
g

Makna
Berpaling atau berpusing muka ke kiri, ke kanan
atau ke belakang untuk melihat
Menyerlah
(kelihata
nyata,
terkemuka,
menonjol)
Mencerca
atau
mencela
dengan
keras,
menggusari dan menyesali
Tersenyum dengan mulut terbuka sedikit dan
menampakkan gigi
Berbunyi seperti bunyi loceng kecil, berbunyi
dalam perut kerana lapar

Bab 8 - Semoga Berjaya


Sebaik Cikgu Jasmah berurusan dengan pengetua di pejabat,
Kamarul mengambil kesempatan untuk keluar kelas, iaitu waktu

sebelum rehat. Kamarul ditegur oleh Adibah, ketua kelas. Menurut


Kamarul, Cikgu Zainal ingin berjumpa dengannya. Wujud
pertengkaran dan cabar-mencabar antara Kamarul dengan Adibah.
Sikap sombong Kamarul menjadi rungutan Adibah.
Kamarul keluar dengan perasaan marah. Dia ke bilik guru.
Dapatlah Kamarul berjumpa dengan Cikgu Zainal. Sebenarnya Cikgu
Zainal ingin berjumpa dengan Kamarul. Cikgu Zainal menerima
sepucuk surat daripada Presiden KOM meminta pelepasan Kamarul
untuk mewakili negara dalam Sukan SEA biarpun tarikhnya
bertembung dengan sukan tahunan sekolah. Sempat Cikgu Zainal
mengingatkan Kamarul tentang pelajaran dan SPMnya. Cikgu Zainal
turut berasa bangga akan pencapaian Kamarul. Sempat juga Cikgu
Zainal memberitahu Kamarul bahawa Encik Kadir, jurulatihnya telah
datang berjumpa dengan dirinya. Berdebar-debar hati Kamarul.
Mujur, Encik Kadir memohon kebenaran agar Kamarul dibenarkan
berlatih sebelah pagi dan petang lantaran waktu kian singkat.
Dalam perbualan mereka, prestasi Kamarul yang agak menurun
turut berbangkit. Serba salah perasaan Kamarul seketika. Cikgu
Zainal sempat mengucapkan syabas dan berharap agar Kamarul
mencipta kejayaan nanti. Selepas berjabat tangan, Kamarul keluar
dari bilik guru dan terus berlari ke kantin. Dia berasa lapang.
Debarnya sudah hilang serta-merta.
Bil.
01.

Kosa Kata
Tunak

02.

Mengherdik

03.

Kendur

04.

Bertembun
g
Abai

05.

Makna
Tidak berhenti-henti, berterusan, sentiasa tekun,
tetap setia, patuh, taat
Mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar,
menengking, menghamun
Tidak tegang, tidak kedap, tidak tarik, tidak
teguh atau erat
Berjumpa,
bersua,
bertemu,
terjerempak,
bertemu menjadi satu, bercantum, bersentuhan
Cuai, lalai, tidak atau sangat sedikit memberikan
perhatian,
tidak
mengendahkan
atau
mempedulikan

Bab 9 - Dia Tidak Sudi


Petang. Kamarul ke tempat latihan. Tinggal beberapa minggu
lagi, Sukan SEA akan berlangsung di Bangkok. Kamarul terserempak
dengan Sures dan Encik Kadir. Senaman ringan sudah bermula.
Encik Kadir mahu menguji Kamarul dan Sures. Kamarul bersikap

acuh tak acuh dalam ujian tersebut. Kamarul memulakan larian


agak lambat membolehkan Suresh mengambil kesempatan untuk
memecut laju dengan kepantasan 10.75 saat, mengatasi rekod lama
catatan peserta Filipina. Yang jelas, prestasi Kamarul kian merosot.
Latihan pada petang itu berjalan dengan lancar. Encik Kadir agak
membimbangi prestasi turun naik Suradi.
Selepas latihan, Encik Kadir memanggil Kamarul. Sebenarnya,
Kamarul kurang senang berhadapan dengan Encik Kadir. Teknik
latihan beliau agak membosankan. Sikap ponteng latihan Kamarul
telah ditegur oleh Encik Kadir. Kamarul sekadar mendiamkan diri
apabila ditegur dan dimarahi oleh Encik Kadir. Menurut Kamarul, dia
berlatih sendiri di rumah. Kemarahannya kian membara apabila
dikatakan oleh Encik Kadir bahawa Kamarul tidak berdisiplin.
Menurut Kamarul, dia mampu melakukannya sehingga Encik Kadir
menggelarkan dirinya sombong. Kamarul turut meluahkan
hasratnya untuk menarik diri. Encik Kadir teramat kecewa akan
sikap Kamarul. Kamarul diberi masa untuk bermuhasabah diri.
Sempat Encik Kadir menghadiahinya sebutir pingat emas yang telah
dimenanginya ketika mewakili negara di Sukan Asia di New Delhi
sebagai pembakar semangat Kamarul. Pingat itu dilemparkan oleh
Kamarul sebelum melangkah keluar dari pagar.
Kamarul cuba mengukur kebaikan Encik Kadir dengan kekasaran
yang dilakukannya terhadap Encik Kadir. Sepatutnya, dia tidak patut
bersikap kasar sedemikian. Berbagai-bagai gambaran dan perasaan
bersalah mendera hati Kamarul. Segala kebaikan dan jasa baik
Encik Kadir kembali dalam ingatan Kamarul. Dia sedang diasak
seribu satu persoalan sambil langkahnya terus maju ke depan. Dia
terlupa untuk menoleh ke kiri. Malang tidak berbau. Kamarul
kemalangan!
Bil.
01.

04.

Kosa Kata
Menghenjutka
n
Menyebelahi
Mengembalika
n
Melenting

05.

Meredakan

02.
03.

Makna
mengenjutkan, teronggek-onggek, bergerak turun
naik
Menyebelah kepada
Mengirimkan sesuatu kembali, memulangkan
Membingkas balik, menganjal, bergerak
dengan cepat dan pantas, melentur, naik
marah dengan segera
Merelakan, menjadikan atau menyebabkan
reda,
menenangkan,
mengamankan,

mengurangkan kemarahan
Bab 10 - Sepatutnya Berehat
Walaupun ditegur agar tidak banyak bergerak, namun Kamarul
masih berdegil untuk bangun dan bersandar. Dia berasa kurang
selesa benar berada dalam keadaan terbaring begitu. Mak Jah
menggelengkan kepalanya. Dia sedar, Kamarul memang degil.
Pergerakan akan membuatkan kesan luka membengkak dan sukar
pulih seperti sedia kala. Kamarul berasa kecewa. Namun begitu,
Kamarul bernasib baik, yakni hanya cedera sedikit sahaja di
bahagian lutut dan mukanya.
Saridah dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul. Lima belas
minit kemudian, Kamarul tersedar daripada tidur. Kamarul
ternampak akan Saridah di sisi ibunya. Saridah dan Kamarul
berbual-bual. Kamarul dimaklumkan tentang kedatangan Encik
Kadir. Dia berasa kesal kerana tiada orang mengejutkan dirinya.
Sempat Saridah membangkitkan perbalahan mereka dan gosip
kawan-kawan di sekolah. Ketawa menyambut kemunculan Mak Jah
yang terpinga-pinga kehairanan. Mereka memberitahu Mak Jah
tentang peristiwa sewaktu berjoging dahulu. Mak Jah turut
tersenyum.
Dua hari berselang. Kamarul dibenarkan pulang selepas
menerima suntikan pada pahanya selain nasihat doktor tentang
latihan pergerakan kedua-dua kaki pada setiap pagi. Selama empat
hari dia terlantar di hospital itu, Kamarul sudah mesra dengan
layanan Doktor Munirah apatah lagi doktor itu mengenalinya
sebagai pelari negara. Dr. Munirah sering memberikan nasihat untuk
memulihkan dan membangkitkan semangat Kamarul. Sempat
diberitahu oleh Dr. Munirah bahawa Encik Kadir ada menelefonnya
bertanyakan kesihatan Kamarul. Wajah Encik Kadir, Sures dan
Saridah datang bersilih ganti dengan wajah kawan-kawannya, Cikgu
Zainal dan ibunya. Lawatan kawan-kawannya dan kemesraan Cikgu
Zainal memberikan semangat baharu. Suara lembut Encik Kadir,
dorongan Sures dan wajah manis Saridah mencairkan perasaan
bongkaknya. Mereka dekat di hati dan mengharapkan kejayaannya.
Monolog maaf dan keazaman untuk kembali berlatih di padang
terhenti seketika dengan kemunculan Encik Kadir di hadapannya.
Akhirnya, Kamarul pulang bersama dengan Encik Kadir. Kamarul
masih dibuai perasaan riang dan sebak yang berbaur.

Bil.
01.

02.
03.
04.
05.

Kosa Kata
Bersandar

Makna
Meletakkan belakang pada sesuatu supaya
teguh atau selesa, duduk sambil bertopang
pada
Memejamkan Menutup mata, mengejamkan
Memicit-micit Memecal, memijit, mengurut
Menjeling
Memandang dengan ekor mata, mengerling
TerpngaTercengang-cengang kehairanan
pinga

Bab 11 - Harapan Tinggi


Kamarul tiba di Pusat Sukan Kampung Pandan. Resah. Dia
teringat akan tajuk rencana dalam akhbar. Harapan yang
disandarkan terlalu tinggi. Dia ternampak akan Encik Kadir
memberhentikan keretanya di luar pagar. Kamarul memberikan
hormat. Latihan larian sudah bermula. Encik Kadir menguji Kamarul
dalam acara pecut 100 meter. Kamarul masih bimbang akan
kecederaannya. Menurut Encik Kadir, Kamarul mempunyai masa
untuk kembali cergas. Dia berharap agar Kamarul tidak mudah
berputus asa. Zola Budd pernah cedera tetapi dia masih berupaya
untuk membuktikan kecergasannya dengan menjalani latihan keras
secara berdisiplin. Kamarul meminta diri untuk pulang berehat.
Lazimnya, selepas makan malam, Kamarul ke bilik untuk
menyelesaikan kerja-kerja sekolah atau membaca novel. Ayah,
emak dan kakaknya tidak berada di rumah pada malam itu. Jika
tidak, banyak pertanyaan yang perlu dijawab oleh Kamarul. Dia
terlentang di atas katil. Matanya menatap gambar pelari-pelari luar
negara yang ditampal pada setiap sudut dinding biliknya. Carl
Lewis, Ben Johnson, Owen Torance, dan Standley Floyd. Kemudian
muncul gambar atlet Malaysia. Istiaq Mubarak, Junaidah Aman, M.
Jegathesan, Zaiton Othman dan Rabuan Pit. Dibukanya pula catatan
pada buku sambil membandingkan catatan masa Sukan MSSM,
SUKMA dan Sukan SEA. Nyatalah dia jauh ketinggalan dalam acara
100 meter dan 400 meter. Dia perlu berbuat sesuatu untuk
mencatatkan masa yang terbaik. Bola matanya menjamah gambar
Carl Lewis. Kamarul tersenyum sendiri.
Bil.
01.

Kosa Kata
Bersaing

Makna
Berjalan, beriring-iring, turut serta, bersamasama, berdampingan

02.

Ketinggalan

03.

Riak

04.

Kemerosota
n
Mendatang

05.

Yang
tinggal
baki,
kelebihan,
tertinggal,
terkebelakang, tercicir, ditinggalkan oleh (bas,
kereta api dll.)
Gerakan air yang mengombak, getaran udara,
gerak-geri
Perihal merosot, kejatuhan, kemunduran
Datang dengan tiba-tiba, yang
tempat lain, terbitan, akan datang

datang

dari

Bab 12 - Selamat Jalan


Kamarul dan kawan-kawan lain berada di ruang berlepas. Dia
tercari-cari akan kelibat wajah Saridah. Semalam, Saridah telah
menelefonnya dan berjanji akan turut menghantarnya di lapangan
terbang. Fazilah dan Adibah asyik memerhatikannya. Kamarul
diusik oleh mereka. Suasana agak sibuk. Ada penumpang berurusan
di kaunter tiket. Yang menghantar, asyik berbual-bual. Kanak-kanak
pula melonjak atau berlari-lari ke sana sini. Tiba-tiba Fazilah ingin
berpantun:
Burung pipit terbang berkawan,
Singgah sekejap di ranting kering;
Sungguh resah menunggumu puan,
Kenapa tak datang pada saat genting?
Meledaklah ketawa Adibah dan Fazilah. Encik Kadir dan Sures
sempat menoleh. Ketika pengumuman pesawat MAS akan berlepas
ke Bangkok pada pukul 11.00 pagi, muncul Saridah pantas. Ruparupanya Saridah terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Juriah
mengirim salam kepada Kamarul. Kamarul sempat bersalam dengan
kawan-kawannya dan Saridah. Masing-masing mengucapkan katakata penuh semangat untuk melepaskan Kamarul menaiki kapal
terbang.
"Semoga berjaya, Rul," ucap mereka serentak lalu melangkah
meninggalkan tempat menghantar menuju ke kantin.
Bil.
01.

Kosa Kata
Mencuit

02.

Berselindun
g

Makna
Mencuil, menggamit, menyentuh dengan hujung
jari
Bersembunyi, menyorok, tidak terang-terang

03.
04.

Melemparka
n
Melonjak

05.

Genting

Membalingkan, melantingkan, melontarkan


Melompat ke atas untuk mencapai sesuatu,
melambung, bertambah, melompat naik
Kecil, jalan di celah bukit, sudah halus hingga
hampir putus, tegang, berbahaya

Bab 13 - Dia Peminat De Wega


Pesawat MAS selamat mendarat di landasan Lapangan Terbang
Dong Muang. Setelah pintu dibuka, kontinjen Malaysia turun
menjalani pemeriksaan imigresen dan kastam. Kemudian, mereka
menaiki bas menuju ke Hotel
Narai.
Sepanjang perjalanan,
bendera-bendera dari negara peserta berkibar dengan megah di
tengah pemisah jalan.
Sebaik tiba di hotel, mereka telah disambut oleh penyambut hotel
dengan senyuman mesra. Kamarul dan Sures sebilik. Sempat
mereka berbual-bual. Mereka akan menjalani latihan intensif
keesokan harinya sebelum turun ke litar larian. Kemuraman Kamarul
dapat dikesan oleh Sures. Sebenarnya, Kamarul terlalu bimbang
akan prestasinya. Kecederaan lampau sedang menghantui Kamarul.
Sures cuba memberikan kata-kata perangsang.
Perbualan mereka terhenti seketika dengan kehadiran Encik
Kadir. Menurut Encik Kadir, para peserta perlu bertemu di bilik
persidangan hotel untuk mendengar taklimat dan makan malam.
Sempat juga Encik Kadir bertanyakan keadaan Kamarul dan
berharap agar dia dan Sures berjaya.
Keesokan paginya, Stadium Nasional Bangkok dilanda hujan
rintik-rintik. Kamarul dan Sures berasa riang. Encik Kadir dan
penolongnya membawa para pelatih olahraga ke Gimnasium A,
tempat beberapa orang peserta Indonesia, Filipina, Singapura dan
Brunei turut berlatih. Selepas nasihat Encik Kadir, para pelatih
memulakan latihan bersendirian. Encik Kadir gembira melihat
perkembangan positif Kamarul dan rakan-rakannya. Kamarul sudah
pulih seratus peratus. Sebelum berangkat pulang, Kamarul
berpeluang untuk menemui pelari terhandal Filipina, De Wega.
Sempat Kamarul berkenalan dan berbual-bual dengan De Wega.
Perkembangan dan kehebatan Kamarul turut dibangkitkan oleh De
Wega. Banyak gambar dan keratan akhbar tentang De Wega
menjadi koleksi Kamarul. Kehebatan jaguh-jaguh olahraga Malaysia
masih diingati dan disebut-sebut oleh De Wega, musuhnya dalam

pertandingan nanti. Selain latar belakangnya sebagai buruh kereta


api di Filipina, De Wega turut menekankan aspek kepentingan
disiplin, pandangan jurulatih dan keluarbiasaan dalam pertandingan
yang barangkali akan menyaksikan Kamarul menewaskan dirinya
nanti, lebih-lebih lagi dia sudah berusia 34 tahun sedangkan
Kamarul baru berusia 17 tahun. Sebelum bersurai, Kamarul dan De
Wega berjabat tangan. Semangat De Wega telah menguasai dirinya.
Bil.
01.
02.

Kosa Kata
Merenekrenek
Mengheret

03.

Menjengah

04.
05.

Mengenderai
Kesangsian

Makna
Gementar, menggeletar (suara)
Menarik dengan paksa, menghela, membawa
seseorang ke sesuatu tempat
Melihat
dengan
menghulurkan
kepala,
menjenguk, mengunjungi
Menaiki kereta, menunggang kuda
Perihal sangsi, keragu-raguan

Bab 14 - Dadanya Mencecah Pita


Berita mengenai Kamarul tersiar dalam televisyen dan akhbarakhbar tempatan dalam bahasa Thai. Perbualan mereka pada pagi
itu terhenti apabila pengurus kontinjen Malaysia, Syed Ali Mohidin
menyampaikan ucapan. Menurut Encik Kadir pula, upacara
pembukaan akan berlangsung pada petang itu. Beliau turut
memberikan nasihat dan berharap agar para peserta tidak
terpengaruh oleh ramalan akhbar atau televisyen tempatan.
Petang itu, suasana riang dan cuaca di kota Bangkok pula redup.
Berlangsunglah upacara pembukaan Sukan SEA yang ke-14 dengan
meriahnya. Kontinjen Malaysia dengan megah dan penuh semangat
berbaris dengan para peserta lain membuat lintas hormat. Ribuan
penonton sedang menyaksikan perbarisan tersebut. Pembukaan
rasmi pula diserikan pula dengan acara bola sepak antara pasukan
tuan rumah dengan pasukan Malaysia.
Selepas tiga hari, Malaysia sudah pun berjaya memperoleh
enam pingat emas, lapan perak dan sebelas gangsa. Filipina masih
mengungguli senarai pungutan pingat. Kamarul, Sures dan Rajip
akan bertarung dalam acara 100 meter dan 400 meter pada petang
ini. Yang pasti, mereka akan ditentang hebat oleh pelari dari Filipina,
Indonesia, Singapura dan Thailand. Semangat dan tunjuk ajar telah
diberikan oleh Encik Kadir. Sempat Encik Kadir memberikan pingat

kebanggaannya kepada Kamarul dan disuruh agar diikat pada


bahagian pinggang Kamarul. Kamarul, Sures dan Rajip menuju ke
garisan permulaan. Kamarul di lorong kedua, Rajip di lorong kelima
dan Sures pula di lorong keenam. Kamarul memerhatkan De Wega
sebelum membongkok mengambil nafas dan memperoleh semangat
baharu. Tembakan permulaan kedengaran. Kamarul memecut
sekuat tenaga. Imbasan angin badan De Wega terasa laju. Kamarul
membongkokkan kepala melampaui garisan akhir. Berjaya akhirnya,
Kamarul! Dia berjaya memperbaharu rekod lamanya dan mengatasi
rekod De Wega sendiri. Sures berjaya memperoleh pingat gangsa.
Pada petang itu juga, Kamarul telah berjaya memperoleh satu
pingat emas lagi dalam acara 400 meter, mencipta rekod baharu
Sukan SEA dan Sukan Asia. De Wega tewas buat kali yang kedua.
Encik Kadir mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.
Ucapan tahniah juga daripada kawan-kawan sekolah Kamarul. Yang
pasti, ucapan tahniah daripada Saridah dan Juriah! Pingat yang
diikat di pinggangnya dikembalikan kepada Encik Kadir. Hasratnya
tidak kesampaian. Encik Kadir mahu pingat itu disimpan oleh
Kamarul sebagai tanda orang yang pertama menjadi jurulatih
Kamarul lebih-lebih lagi Encik Kadir akan bersara selepas
berlangsungnya Sukan SEA itu. Beliau berasa bangga atas kejayaan
Kamarul. Sayu perasaan Kamarul. Di tangannya, masih terpegang
kertas catatan ucapan tahniah Saridah dan Juriah!
Bil.
01.
02.
03.

Kosa Kata
Terpampan
g
Menghela
Kontinjen

04.

Mencungap

05.

Merejam

Makna
Kelihatan jelas terbentang, terpapar
Menarik, mengheret, menyeret
Sekumpulan orang yang mewakili sesebuah
pertubuhan, negara, dsb., sepasukan tentera,
kenderaan tentera
Bernafas kencang kerana kepenatan, terngapngap, terengah-engah
Melempari dengan batu, melempari dengan
sesuatu

Bab 15 - Ucapan Tahniah


Waktu bergerak terlalu pantas. Dua belas jam waktu siangnya
terasa seperti tiga jam berada di dalam perut kapal terbang MAS.
Bermulalah, upacara penutupan Sukan SEA. Dalam acara olahraga,
Malaysia menduduki tempat kedua di belakang Filipina dengan 10

pingat emas, 8 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Obor Sukan SEA
dipadamkan perlahan-lahan. Kamarul sempat mengunjungi bilik De
Wega dan menyampaikan ucapan penghargaan atas galakan dan
semangat yang diberikan. Kamarul menghadiahi De Wega sekotak
cenderamata yang berwarna-warni. Sebagai balasan, De Wega
menghadiahi
Kamarul
pula
sebutir
pingat
yang
pernah
dimenanginya beberapa tahun lalu di Sukan SEA Brunei sebagai
perangsang persahabatan.
Penerbangan pesawat MAS dari kota Bangkok ke Kuala Lumpur
tidak mengalami sebarang gangguan. Di dalam pesawat itulah,
Kamarul terbayang-bayang akan wajah emak, ayah, kakak, Saridah
dan kawan-kawan sekolah. Dia rindu akan tanah air. Dia terbayang
akan gulai lemak asam pedas masakan emaknya. Mereka selamat
tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kamarul
bangun dan perlahan-lahan melangkah keluar untuk membereskan
segala urusan penerbangan. Kepulangan Kamarul disambut oleh
keluarga yang tersayang, Saridah dan kawan-kawan.
"Kamarul, selamat balik dan tahniah!" ucap mereka sambil
bersalaman dengan Kamarul. Kamarul tersenyum lebar.
Bil.
01.
02.

Kosa
Kata
Beres
Harmoni

03.
04.
05.

Tahniah
Jendela
Lamunan

Makna
Teratur, rapi, tidak kacau, selesai
Selaras dari segi muzik, menunjukkan persesuaian
atau persetujuan tindakan, pendapat, perasaan
Ucapan selamat
Tingkap
Fikiran yang bukan-bukan, angan-angan

Sebagai kesimpulannya, penulis amat berharap agar sinopsis


bab demi bab novel Pelari Muda dapat membantu murid-murid
Tingkatan Satu (khususnya, murid Zon Utara) untuk menghayati
kronologi dan plot cerita dari awal hingga akhir secara berkesan
sekali gus memperoleh nilai tambah dan pengukuhan selain bacaan
teks asal novel tersebut.