Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PUBLISITI KARNIVAL KO-KURIKULUM

SEBELUM
Kelas Bimbingan dan Kaunseling (A) telah dilantik untuk memegang AJK
Publisiti bagi Karnival Kokurikulum. Oleh itu, kelas BnK (A) telah merancang
beberapa cara untuk menghebahkan tentang program Karnival Kokurikulum
ini kepada orang ramai. Cara pertama adalah melalui flyers kepada sekolahsekolah praktikum. Memandangkan gerak kerja publisiti Karnival Kokurikulum
ini semasa pelajar semester 6 sedang menjalani praktikum, jadi kami
bertindak untuk menghebahkan tentang program ini kepada warga sekolah
praktikum masing-masing dengan mengedarkan flyers pada minggu terakhir
praktikum. Kami juga menampal poster Karnival Kokurikulum di sekeliling
kawasan IPG.
Cara kedua adalah melalui media massa. Kami memilih untuk
menghebahkan program ini di radio Perlis fm. Kami telah memfakskan
maklumat berkaitan Karnival Kokurikulum dalam bentuk surat rasmi kepada
pejabat radio tersebut sebagaimana yang telah diminta oleh mereka
seminggu sebelum program kerana kami ingin menghebahkan dalam radio
beberapa hari lebih awal sebelum Karnival Kokurikulum berlangsung.
Cara seterusnya adalah melalui media sosial. Oleh kerana zaman
sekarang,

ramai

orang

menggunakan

media

sosial,

jadi

kami

turut

menggunakan media sosial ini sebagai hebahan kepada warga IPG dan orang
luar

IPG.

Kami

mewujudkan

page

facebook

dan

instagram

Karnival

Kokurikulum IPG Kampus Perlis 2015. Page ini kami jadikan sebagai sumber
saluran maklumat yang utama kerana segala informasi berkaitan Karnival
Kokurikulum kami akan terus mengemas kini di page facebook. Semua orang
yang like page facebook tersebut akan mendapat terus informasi berkaitan
program ini yang telah dikemas kini dalam page tersebut.
Dan cara terakhir adalah melalui banner. Kami menggantung banner
Karnival Kokurikulum dua minggu lebih awal sebelum program berlangsung
di depan pintu masuk IPG dan di astaka. Banner yang digantung di depan

pintu masuk IPG mudah dilihat ibubapa yang menghantar anak-anak mereka
di SK IPGM dan orang luar yang memasuki IPG.
SEMASA
Ketika program ini berlangsung, kami akan mengemas kini segala aktiviti
yang telah berlangsung dalam page facebook Karnival Kokurikulum dan
group facebook warga IPG Kampus Perlis iaitu SOKEBA. Selain program
Karnival Kokurikulum, kami turut mengemas kini keputusan-keputusan sukan
yang disertai IPG Kampus Perlis berkaitan Kejohanan Jemputan Piala
Pengarah IPG Kampus Perlis dalam facebook bagi memeriahkan lagi page
tersebut.
Kami turut mengedarkan poster-poster Karnival Kokurikulum kepada
pasukan-pasukan atlet IPG lain yang datang menyertai Kejohanan Jemputan
Piala Pengarah IPG Kampus Perlis. Kami telah mengedarkan ketika mereka
mula-mula

datang

mendaftar

sebagai

peserta

kejohanan.

Ini

kerana

kehadiran atlet IPG seramai lebih 200 orang begitu dituntut untuk
memeriahkan program yang sedang berlangsung ini.

PAGE FACEBOOK KARNIVAL KO-KURIKULUM IPG PERLIS 2015

POSTER KARNIVAL KO-KURIKULUM

BANNER KARNIVAL KO-KURIKULUM BERSAMA KEJOHANAN JEMPUTAN PIALA


PENGARAH IPG PERLIS 2015

Anda mungkin juga menyukai