Anda di halaman 1dari 9

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR
Pendahuluan
Penerapan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu perubahan atau
inovasi dalam sistem pendidikan di negara ini. Inovasi merupakan idea, amalan atau objek
yang dianggap baru oleh individu atau sesuatu unit (Rogers, 2003). Tahap penggunaan inovasi
teknologi seperti komputer bergantung kepada beberapa factor.
Bab ini akan mengupas aspek aspek berkaitan dengan perlaksanaan dan keberkesanan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutamanya dalam
pendidikan islam. penyelidik akan menghuraikan dan memperihalkan tentang hasil dapatan
kajian dari kajian-kajian lampau yang telah dijalankan oleh para penyelidik berkenaan dengan
keberkesanan dalam pelaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P), khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran di kalangan guru serta contoh contoh
yang berkaitan.
Merujuk kepada tentang pentingnya penggunaan komputer, terdapat 2 isu utama di mana
pendidik atau guru-guru, wajar mengenengahkan kesan komputer kepada murid. Tiga isu
utama yang diutarakan oleh Damarin (1982) ialah:
i.

Pendidik harus menyatakan tentang perkembangan komputer berterusan dan


peningkatan teknologi komputer yang telah memberi kesan kepada kandunga

ii.

kurikulum dan arahan dalam pendidikan


Kemudahan dan penggunaan komputer di sekolah boleh dan dapat memberi

iii.

kesan serta kualiti kepada isi pengajaran yang bersesuaian.


Keberkesanan penggunaan komputer dalam pendidikan dan pengaruhnya
terhadap perkembangan mental para pelajar.

Perkembangan terhadap penggunaan sangat cepat berkembang. Selain dari penggunaan


komputer untuk melaksanakan tugas-tugas rutin perkeranian atau pejabat, komputer juga
memperngaruhi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan satu
keberkesanan, yang mantap dalam pendidikan.

Komputer Dalam Pendidikan


Nik Azis (1989) menyatakan pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga
peranan penting. Pertama ialah Pembelajaran tentang perisian, perkakasan, dan pengaturcaraa
komuter. Kedua, pnggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data seperti data
perkataan dan penyelidikan dan ketiganya ialah penggunaan komputer untuk membantuk
proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran Berbantukan Komputer
Di Malaysia pendidikan komputer telah mula diperkenalkan pada tahun 1993 dengan
melibatkan 60 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah tersebut dibekalkan dengan 20 bauh
komputer. Pembelajaran Berbantukan Komputer juga mula berkembang dengan wujudnya
sekolah bestari dan terkini Kementrian Pelajaran telah melaksanakan projek Pembetarian
Sekolah.
Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat menguji tahap kefahaman
pelajar degan memberi ujian pendek tentang bahan yang dipelajar. Selepas menjawab ujian
tersebut komputer dapat menilai jawapan yang diberi oleh pelajar itu betul atau salah.
Sekiranya terdapat kesalahan pelajar diberi peluang untuk mengulangi soalan tersebut.
Kaedah PBK juga dapat membantuk pelajar-pelajar lemah yang menghadapi masalah-masalah
dalam menguasai dan memahami sesuatu pelajaran yang dipelajarnya dalam pendidikan
pemulihan. Komputer berupaya memberi penerangan mengenai masalah pembelajaran kepada
pelajar-pelajar. Dengan adanya ciri-ciri penerangan ini, pendidikan pemulihan dapat
dilakukan dengan segera menurut Rusdina (1993).
Guru dan ICT
Guru masa kini semakin berpengetahun dan peka dengan persediaan menggunakan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fisher (2003), di Negara Barat
peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat memberangsangkan sejak tiga
puluh tahun lalu. Dalam era ICT yang berkembang hebat guru perlu memfokus dua bidang
utama. Bidang pertama melibatkan pemberlajaran menggunakan teknologi di mana guru
didedahkan dengan pelbagai kemahiran bagaiman menggunakan ICT dari aspek pengurusan
hal peribadi sehinggalah aspek professional. Guru melalui proses pembelajaran mengenai ICT
sama seperti mereka mempelajarinya di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali sebagai literasi
ICT meliputi pengetahuan tentang konsep asa dan operasi ICT. Aspek yang terkandung dalam
literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer, pemrosesan perkataan,
hamparan elektronik, pangkalan data, pengursan fail, penghasilan dokumen, persembahan,
serta informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg 2003).

Bidang yang kedua memfokus kepada pengunaan ICT dalam prose pengajaran dan
pembelajaran, iaitu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu bagaiman mengunakan
ICT secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara
berfikrah, terancang dan besesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Guru didedahkan dengan pelbagai kaedah bagaiman ICT digunakan sebagai medium
untuk mengakses maklumat daripada internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
atau melihat demontrasi sesuatu kejadian, membantu murid melaksakan tugasan pembelajaran
seperti menghasilkan karangan, melakar gambar dan sebagainya (Maier & Warren 2002;
Jonassen 2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT
meningkatkan minat dan perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan
pengalaman pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran
pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan
pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mod. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah
Ahmad 2006).
Kepentingan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berpotensi untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran dan keberkesanan pengajaran malah juga membantu
membangunkan profesionalisme guru (Krichner & Slinger, 2003). Penggunaan komputer juga
memberi lebih autonomi dan alternatif dalam perubahan pedagogi dari bentuk tradisional
kepada bentuk kontemporari.
Terdapat banyak kajian lepas di dalam negara yang memfokus kepada kepentingan
penggunaan komputer dalam meningkatkan minat, sikap dan motivasi pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P). sebagai contoh, Halimah Badioze Zaman (1996)
mendapati penggunaan komputer multimedia di sekolah dapat meningkatkan pembelajaran
akademik dengan du acara. Pertama, ia membolehkan pelajar memperolehi maklumat tertentu
dan melatih kemahiran semasa melakukan praktikal. Kedua, penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat memperkayakan kurikulum di mana komputer
dapat mengelakkan perasaan bosan terhadap pengajaran secara tradisional.
Selain meningkatkan prestasi pembelajaran, penggunaan komputer turut membantu
menarik minat dan motivasi pelajar. Kajian HAsimah Mohamad (1994) berhubung dengan
pengajaran berbantukan komputer (CAI) untuk pengajaran literasi komputer di sekolah
menengah mendapati reaksi pelajar yang amat menggalakkan. Dapatan kajian menunjukkan

lebih 90% daripada pelajar berpendapat bahawa pelaksanaan pengajaran berbantukan


komputer

meningkatkan

motivasi

pelajar

terhadap

komputer

serta

keberkesanan

pembelajaran. Ismail Jaafar (1997) menjalankan kajian berkaitan penggunaan komputer


dalam pembelajaran Matematik dalam kalangan 262 pelajar di empat buah sekolah menengah
di Johor, dapatan kajiannya menunjukkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbantukan
komputer telah membantuk meningkatkan pencapaian Matematik dan kreativiti pelajar.
Menutut Leong Mei Wei (1998) kelebihan penggunaan komputer dalam proses pengajaran &
pembelajaran (P&P) secara umumnya adalah
1. Membantu Pelajar Lemah
Pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya. Pelajar ini juga boleh
mengulangkali pelajaran sehingga Berjaya memahami konsep-konsep yang di ajar
tanpa mengganggu perjalanan pelajar lain yang lebih cergas. Dengan ini, perbezaan
tahap kognitif dan psikologi antara pelajar akan berkurangan jika teknologi komputer
dijadikan sebagai satu pendekatan dalam membantu proses P&P.
2. Maklumnbalas Yang Cepat
Komputer berupaya untuk memberi maklum balas yang cepat terhadap jawapan yang
diberikan oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar mengambil tindakan sewajarnya jika
jawapan pelajar adalah salah.
3. Membantu Dalam Pemahaman
Bahan pelajar dapat di fahami dengan baik dan cepat. Ini kerana penggunaan grafik,
animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog akan mempercepatkan lagi proses
pemahaman perkara-perkara atau konsep-konsep yang ingin disampaikan dengan
berkesan.
4. Jangka Masa Pendek
Seseorang pelajar berupaya memahami satu konsep lebih cepat dengan kaedah
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) berbanding konvensional. Ini kerana
penggunaan komputer berupaya memberika motivasi dalam pembelajaran pelajar.
5. Mutu dan Perhatian
Apabila komputer membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh guru. Perhatian yang
lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseorang pelajar. Guru juga mempunyai masa
yang lebih untuk memperbaiki mutu bahan pelajar serta merancang dan menghasilkan
perisian yang lebih baik untuk kesesuaian pengajian P&P mengikut tahap pelajarpelajarnya.

6. Meringankan Beban
Pelajar yang lemah dapat menggunakan dan mengulangkaji topic yang mereka lambat
kuasai dan ini meringankan beban guru untuk mengulangkaji pelajaran yang sama
berkali-kali.
7. Sikap Positif
Kebanyakan perisian kursus mempunyai ciri interasi dengan pelajar secara tidak
langsung ini memaksa pelajar menjasi aktif apabila menggunakan perisian PBK. Ini
dapat mengatasi sikap pelajar yang negative dan menggalakkan pelajar mengambil
bahagian dalam perhubungan pelajaran.
8. Mengamalkan Kemajuan Pencapaian Pelajar
Rekod-rekod yang disimpan dalam program komputer yang sesuai memudahkan
tugas-tugas guru dan memantau kemajuan pencapaian pelajar-pelajar. Dengan ini guru
dapat merancang pengajaran pemulihan untuk pelajar yang lemah dan pengayaan
untuk pelajar cerdas.
9. Paparan Menarik
Kombinasi warna da muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik.
Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan
yang menarik. Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.
Jazlan Mohd Zain (1999) pula telah mengkaji keberkesanan pengajaran berbantukan
komputer dalam matapelajaran Matematik menggunakan perisian latih tubi. Pelajar yang
terlibat dalam kajian diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif untuk penggunaan
komputer untuk latih tubi telah memberi kesan positif dari segi pencapaian dalam Matematik
dalam meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar.
Di Amerika Syarikat, Funkhouser (2002) telah menjalankan kajian untuk mengkaji
kesan penggunaan perisian komputer berkaitan geometri terhadap pencapaian pelajar sekolah
tinggi dalam tajuk terbabit. Hasil kajian menunjukkan pelajar menerima pengajaran
berbantukan komputer mendapat pencapaian yang lebih baik bagi topik tersebut berbanding
pelajar yang mempelajari tajuk yang sama secara tradisional. Pelajar juga menunjukkan sikap
yang positif terhadap mata pelajaran Matemarik setelah mengikuti pengajaran berbantukan
komputer.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Inggeris, Brusho Ali
(2001) telah menjalankan kajian terhadap 105 orang pelajar sekolah rendah. Dapatan kajian
menunjukkan pencapaian pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran Bahasa Inggeris

berbantukan komputer adalah lebih baik berbanding pelajar yang melalui kaedah pengajaran
tradisional. Kajian ini juga mendapati penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa
Inggeris telah meningkat minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
Dalam konteks mata pelajaran Fizik pula, Nor Liya Ismail (2003) telah menjalankan
kajian melihat kesan penggunaan perisian helaian hamparan elektronik terhadap pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Dapatan menunjukkan pelajar yang melalui kaedah
pengajaran berbentuk tradisional. Dapatan ini menyokong dapatan kajian Hamzah Mohd Jasin
(2002) yang telah menjalankan kajian yang serupa melibatkan pelajar tingkatan empat.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalm pencapaian pelajar
bagi ujian par (M= 28.5) dengan ujian pos (M= 32.3). ini membuktikan pengajaran
berbantukan komputer mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap mata
pelajaran terbabit.
Dapatan kajian yang dibentangkan membuktikan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran merupakan satu langkah penting untuk membantu
meningkatkan pencapaian akademik pelajar dengan lebih berkesan. Keberkesanan komputer
dalam membantu meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bukan sahaja
terhad kepada subjek subjek yang dinyatakan di atas sahaja, malah ianya merangkumi
kesemua mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam sekiranya Guru Pendidikan Islam (GPI)
berjaya mengaplikasikan komputer dengan cara yang berkesan dan terancang.
Kebaikan dan faedah yang boleh didapati daripada penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) sememangnya jelas dilihat daripada dapatan kajian lalu.
Sejajar dengan kepercayaan tersebut, peruntukan yang besar daripada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia telah disalurkan ke sekolah sekolah demi untuk meningkatkan
kemudahan dan peralatan komputer dan memangkin penggunaannya dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P). oleh itu, menjadi tanggungjawab guru guru untuk merealisasikan
hasrat pihak kementerian dengan menggunakan kemudahan tersebut pada tahap maksimum
secara terancang dan berkesan.
Namun demikian, dapatan kajian yang dihasilkan oleh penyelidik penyelidik dalam
kajian kes lepas menunjukkan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah di
negara ini masih berada di tahap yang sederhana atau rendah (Rabaishah Harun, 1999; Azizan
Muhammad, 2001; Nadarajan, 2002; Abdul Malek Kasssim, 2002; Rohaya Hassan, 2003;
Rosnah Alias, 2003). Dengan ertikata lain, kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan
guru masih belum mencapai tahap kekerapan yang diharapkan.
Bagaimanakah kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan guru dikur? Melalui
tinjauan literatur yang dibuat, didapati tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru

diukur dalam bentuk frekuensi atau kekerapan guru menggunakan komputer sama ada untuk
pengurusan atau untuk pengajaran. Hasil tinjaun juga memperlihatkan klasifikasi yang
berbeza yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam mengukur aspek penggunaan
komputer dalam kalangan guru. Ada yang membahagikan penggunaan komputer kepada
kegunaan pengurusan dan pengajaran, dan sebagainya. Kupasan tentang aspek penggunaan
komputer dalam kalangan guru di buat dalam perenggan perenggan seterusnya.

Pengukuran Tahap Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru


Sebagaimana dinyatakan, terdapat variasi dalam pembahagian atau klasifikasi
penggunaan komputer dalam kalangan guru oleh penyelidik penyelidik yang lepas untuk
mengukur aspek penggunaan komputer oleh guru guru.
Klasifikasi penggunaan komputer dalam kajian Nor Aziah Ahmad (1999) pula terdiri
daripada pengurusan komputer untuk tujuan (a) pemprosesan perkataan, (b) pengurusan, (c)
pengaturcaraan, (d) permainan dan (e) alat bantu mengajar. Beliau mengkaji penggunaan
komputer dalam kalangan guru Sains di daerah Hulu Langat. Dapatan kajian beliau
menunjukkan gugu guru paling kerap menggunakan komputer untuk tujuan pemprosesan
perkataan (88.9%), diikuti pengurusan (44.4%), alat bantu mengajar (35.6%), permainan
(13.3%) dan pengaturcaraan (8.9%).
Kajian Noriza Suhadi (1999) memberi fokus terhadap penggunaan komputer dalam
penghasilan bahan bahan pengajaran dalam kalangan 100 orang guru di daerah Hulu
Langat. Beliau mengklasifikasikan penggunaan komputer kepada penggunaan aplikasi (a)
pemprosesan perkataan, (b) helaian hamparan elektronik, (c) pangkalan data, (d) perisian
persembahan dan (e) pemprograman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 50%
daripada responden menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menghasilkan bahan
pengajaran mereka. 5% daripada respinded menggunakan Helaian Hamparan Elektronik, 3%
menggunakan Pangkalan Data, 2% menggunakan Perisian Persembahan dan hanya 1%
menggunakan pemprograman manakala 20% lagi tidak menggunakan apa apa aplikasi
komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran mereka.
Nadarajan (2002) menggunakan 10 item untuk mengukur tahap penggunaan komputer
dalam kalangan guru sekolah menengah di Selangor. Antara aspek yang dikaji adalah (a)

penggunaan komputer untuk membuat bahan pengajaran, (b) penyediaan gambarajah


menggunakan helaian hamparan elektronik, (c) penggunaan pemprosesan perkataan untuk
menyediakan tugasan serta (d) penggunaan mel elekronik. Dapatan kajian beliau
menunjukkan penggunaan tertinggi adalah bagi aplikasi Pemprosesan Perkataan (M = 3.47 )
sementara penggunaan yang terendah adalah aplikasi simulasi (M = 2.96). secara keseluruhan
beliau merumuskan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru masih di tahap
sederhana.
Rosnah Alias ( 2003) dalam mengukur tahap penggunaan komputer dalam kalangan
guru sejarah sekolah menengah telah membahagikan kepada lima jenis penggunaan iaitu
untuk (a) aktiviti pengajaran , (b) menyediakan bahan pengajaran, (c) pekeranian, (d) mel
elektronik dan (e) melayari laman web. Dapatan kajian beliau menunjukkan kekerapan
penggunaan komputer yang paling tinggi adalah untuk tujuan perkeranian iaitu sebanyak
70.2%. Manakala sebanyak 61.7% untuk melayari internet, 55.3 % untuk menyediakan bahan
pengajaran, 37.2% untuk mel elektronik dan hanya 11.7% untuk aktiviti dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P).
Secara kesimpulannya, terdapat persamaan dan perbezaan dalam aspek pengukuran
penggunaan komputer dalam kajian kajian lepas. Ini kerana aspek penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah luas dan banyak corak penggunaannya. Walau
bagaimanapun, terdapat kajian yang membuat kalsifikasi yang terlalu ringkas serta tidak
mencakupi setiap aspek penggunaan sebenar komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Kekurang item yang digunakan menyebakan dapatan kajian tidak dapat menghasilkan
gambaran yang lengkap dan menyeluruh tentang penggunaan sebenar komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan guru.
Dalam kajian ini penyelidik memfokuskan kepada penilaian tahap penggunaan
komputer dan ICT dikalangan guru pendidikan islam (GPI). Responden merupakan guru
pendidikan Islam yang telah di pilih dari 3 buah sekolah sekitar Selangor. Penyelidik akan
mengenalpasti tahap penggunaan komputer serta jenis perisian yang kerap di gunakan sebagai
alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Seterusnya
mengkaji keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pengajaran Pendidikan
Islam melalui ujian pra dan pos serta temuduga.
Rumusan
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bukanlah merupakan satu
fenomena yang baru. PBK berupaya menukarkan pengajaran secara konvensional kepada

suasana yang lebih baik dan banyak memberi manfaat. Daripada tinjauan literatur yang
dibuat, kebanyakn kajian menunjukkan penggunaan kompunter dalam pembelajaran
membuahkan hasil yang merangsangkan. Ini disebabkan teknologi maklumat berupaya
membina program pembelajran yang berpusatkan pelajar. Secara keseluruhannya, untuk
memastikan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ianya
hendaklah dilaksanakan secara maksimum dan perlukan komitmen dari guru pendidikan islam
(GPI) bagi merialisasikan perkara ini.

Rujukan

Floyd,S.(1991). The IBM Multimedia Handbook. New York;Brady Publishing.


Gladwin,R.P, Margerison,D&Walker, S.M. (1990). Computer in teaching

initiative. Education In Chemistry 27(3);67


Nik Azis Nik Pa. (1989). Komputer Dalam Pendidikan. Proceedings of the

National Symposium on Educational Computing. USM;MCCE.


Rusdina Abdul Rahim. (1993). Kearah pengkomputeran

bahasa:cereka atau fakta. Dewan Bahasa, Jan (37):16-30


Qi Chen.(1995). Effects of leaners character and instructional guidance on

computer Education. Champoin&Hall;193-201.


Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran dalam bilik

darjah:Kaedah dan Strategi,Kajang:Masa Enterprise.Hlmn.2-66.


Zackeriya.(1995). Teknologi Multimedia.Majalah PC, Oktober

November:22-23.
Leng Mei Wei.(1998). P&P Kimia Organik dalam Mata Pelajaran Kimia
Melalui Perisian Laman Web. Tesis Sarjana UKM, bangi. 1998

pengajaran