Anda di halaman 1dari 46

KULIAH 3

Tenaga Matahari/Tenaga
Bahangan

Pengenalan
kebolehan untuk melakukan kerja.
Unit tenaga disebut Joule (ahli fizik Inggeris
pada kurun ke 19 iaitu James Joule)
Hukum Pertama Termodinamik mengatakan
bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau
dimusnahkan tetapi hanya boleh ditukarkan
daripada satu bentuk kepada satu bentuk lain.

Punca Tenaga Endogenik dan Ensogenik


Dua punca tenaga yang terdapat dalam
sistem bumi yang terdiri daripada tenaga
endogenik dan tenaga eksogenik.
Tenaga endogenik berasal dari dalam
bumi/kerak bumi
Manakala tenaga eksogenik berasal dari
luar bumi/tenaga matahari.
3

Contoh tenaga endogenik seperti tenaga


seismik (gempa bumi), tenaga volkanik
(gunung berapi) dan tenaga atomik iaitu
daripada galian plutonium, uranium dan
lain-lain.
Tenaga eksogenik pula adalah tenaga
matahari yang boleh bertukar menjadi
tenaga potensi, kinetik, kimia dan lain-lain.

Tenaga endogenik amat penting untuk


menghidupkan sistem dalaman bumi
seperti aktiviti ignias jalar dalam dan jalar
luar.
Tenaga eksogenik iaitu daripada matahari
amat penting untuk keseluruhan sistem
bumi sama ada sistem biosfera,
atmosfera, hidrosfera dan litosfera.
5

punca endogenik iaitu:


tenaga graviti yang didapati dari mampatan
jisim dan pertambahan momentum sudut
semasa pembentukan planet;
tenaga radiogenik atau atom yang didapati dari
pencerakinan nukleus atom yang wujud dalam
sesetengah bahan radiogenik seperti kalium,
uranium dan torium.

Kedua-dua punca tenaga endogenik ini tidak


mewujudkan aliran tenaga ke permukaan bumi dan
aliran yang keluar dalam kapasiti yang sangat kecil.
Sebagai gambarannya, aliran haba dari dalam bumi
bagi sesuatu tempat di benua terdapat kira-kira 1/10
dari satu peratus jumlah bahangan matahari yang
diterima pada waktu tengahhari di khatulistiwa.
Pengumpulan tenaga endogenik ini adalah
mustahak dalam memulakan aktiviti gunung berapi
di bawah permukaan bumi.
7

Punca tenaga eksogenik:


Bahangan matahari merupakan hampir keseluruhan
tenaga yang menjalankan kerja-kerja penggondolan
dan pemendapan yang berlaku di permukaan bumi.
Setiap aliran sungai dan setiap ombak ribut menerima
bekalan tenaga dari bahangan matahari.
Penggunaan tenaga ini adalah tidak tetap dan
kemampuannya untuk menjalankan sesuatu tugas
mengubah permukaan bumi adalah berbeza-beza
dari suatu tempat ke suatu tempat dan juga berbeza
dari masa ke masa.
8

Matahari Sebagai Sumber Tenaga Utama


Matahari merupakan pusat sistem suria dan merupakan
satu jisim sfera besar yang terdiri daripada gas bersinar.
Garis pusatnya berukuran lebih daripada 100 kali garis
pusat bumi, jisimnya kira-kira 330,000 kali lebih berat
daripada bumi.
isipadunya pula kira-kira 1.3 juta kali lebih besar daripada
bumi.
gravitinya ialah kira-kira 34 kali lebih kuat daripada bumi.

Teras matahari dianggarkan bersuhu kira-kira 15


juta darjah celcius.
Dalam teras matahari, kira-kira 600 juta tan
hidrogen ditukar kepada helium pada kadar
setiap saat.
Permukaan matahari yang berwarna putih dan
cerah dikenali sebagai fotosfera.
Suhu di lapisan fotosfera iaitu kira-kira 5700
darjah celcius tetapi berkurangan di permukaan
luar fotosfera iaitu kira-kira 4000 darjah celcius.
11

Matahari terdiri daripada gas-gas yang amat


panas dan hidrogen merupakan komponen gas
yang terbesar
gas hidrogen mewakili 72 % daripada jumlah
kandungan jisim matahari.
Gas helium sebanyak 27 % dan bahan-bahan
lain sebanyak 1 %.

13

Lebih 99 % daripada keseluruhan tenaga yang terdapat di


atmosfera bumi berpunca daripada bahangan matahari.
Tenaga ini diserap dan digunakan untuk menggerakkan
pelbagai proses fizikal dalam sistem bumi-atmosfera
seperti memanaskan udara, mencipta angin dan arus
lautan.
Hanya satu bahagian kecil tenaga atmosfera dibekalkan
oleh haba dari bumi sendiri sama ada melalui letusan
gunung berapi atau melalui pereputan galian-galian
radioaktif dan melalui pembakaran bahan organik.
Semua proses dalam kehidupan setiap makhluk dan juga
pertukaran jisim serta tenaga di sempadan angkasa
dengan permukaan lautan dan daratan, bergantung
kepada tenaga sinaran matahari.
14

Bentuk dan Pemindahan Tenaga Dalam Sistem BumiAtmosfera


Tenaga bukan hanya mustahak kepada manusia tetapi juga
amat penting bagi bumi kerana tanpa tenaga, bumi kita akan
menjadi sebagai satu planet yang mati.
Tenaga terdapat dalam beberapa bentuk dan setiap tenaga
tersebut menghasilkan aktivitinya yang tersendiri.

Bentuk dan pemindahan tenaga di dalam sistem bumiatmosfera wujud dalam empat bentuk yang utama iaitu :
Tenaga Kinetik
Tenaga Atom
Tenaga haba
Tenaga bahang

15

Tenaga Kinetik
Tenaga yang dihasilkan oleh pergerakan
atmosfera sendiri.
Maksudnya setiap jasad yang bergerak
mempunyai tenaga kinetik. Peredaran
bumi mengelilingi matahari dan putaran
bumi di atas paksinya menunjukkan
bahawa bumi mempunyai tenaga kinetik.
Segala proses di bumi akan melibatkan
tenaga kinetik iaitu tenaga yang melibatkan
satu-satu jasad yang bergerak.
16

Tenaga Atom
Pembakaran nukleus ataupun lakoran akan
mengeluarkan tenaga haba.
Secara semulajadinya lakoran tidak berlaku di bumi
kita tetapi pemecahan semulajadi sesetengah jenis
atom boleh terjadi dan dalam proses tersebut
tenaga haba diwujudkan.
Pemecahan atom kepada atom baru yang lebih
ringan dipanggil sebagai keradioaktifan.

17

Tenaga Atom

Kebanyakan atom yang terdapat di bumi tidaklah


radioaktif dan hanya beberapa jenis sahaja seperti
atom dari unsur kalium (K), uranium (U) dan torium
(Th) yang radioaktif.
Atom dari unsur-unsur tersebut hanya sedikit
sahaja terdapat tetapi ianya meluas di dalam kerak
bumi dan teras bumi dan mengalami pemecahan
secara perlahan.
Walau bagaimanapun, ia dapat mengeluarkan haba
yang cukup untuk menjadikan bahagian dalam bumi
terlampau panas sehingga dapat mencairkan
batuan dan membentuk magma.
18

Tenaga haba
Haba dapat digambarkan sebagai satu bentuk
tenaga yang terdapat melalui pergerakan atom.
Kesemua atom bergerak secara tetap.
Lebih cepat atom bergerak, lebih banyak tenaga
haba yang terdapat dan lebih panas pula jasad yang
mengandunginya.
Tenaga haba ini dipindahkan melalui dua cara yang
utama iaitu melalui pengaliran dan perolakan.

19

Tenaga haba

Pengaliran berlaku apabila atom memindahkan


sebahagian daripada pergerakannya kepada atom
lain yang berhampiran.

Ini merupakan cara bagaimana kebanyakan


daripada tenaga haba di dalam permukaan bumi
dipindahkan ke permukaan.
Jelasnya pengaliran melibatkan pemindahan haba
melalui bahan pejal dan ia adalah satu proses yang
lambat kerana pemindahan tersebut adalah dari
atom ke atom.

20

Tenaga haba

Perolakan pula ialah suatu proses pemindahan tenaga


yang lebih cepat dan berlaku dalam cecair dan gas di
mana taburan habanya adalah tidak rata.
Apabila cecair dan gas dipanaskan ia akan
mengembang dan dengan itu ketumpatannya akan
berkurangan.

Bahan yang panas dan kurang tumpat akan naik ke


atas dan bahan yang lebih sejuk dan lebih tumpat jatuh
ke bawah menggantikan tempat bahan yang telah naik
ke atas tadi dan keadaan ini akan membentuk satu sel
atau arus perolakan.
21

Tenaga bahang
Tenaga bahang adalah tenaga yang dipancarkan melalui
gelombang tenaga yang dikenali sebagai gelombang
elektromagnet atau tenaga sinaran.
Jenis tenaga ini boleh dibezakan dengan jenis tenaga lain dari
segi penghantaran tenaga.
Tenaga elektromagnet tidak memerlukan sesuatu medium
seperti yang dikehendaki oleh proses pengaliran atau perolakan.
Tenaga elektromagnet terdapat dalam bentuk cahaya yang dapat
dilihat, pancaran sinar X dan gelombang radio.
Apabila ia memasuki lapisan atmosfera, ia akan mengalami
banyak perubahan dan hanya berubah daripada satu bentuk
kepada satu yang lain.

22

Tenaga bahang
Sebagai contoh, tenaga elektromagnet yang sampai pada
sesuatu permukaan seperti tasik, maka permukaan itu akan
beransur-ansur menjadi panas disebabkan oleh perubahan
tenaga elektromagnet kepada tenaga haba rasa.
matahari merupakan punca tenaga yang paling utama bagi
meneruskan proses-proses di atmosfera .
Tenaga bahang daripada matahari membekalkan kira-kira 99.97
% daripada jumlah tenaga yang terdapat di atmosfera.
Perbezaan penerimaan bahang matahari dari segi masa dan
kawasan menyebabkan wujudnya iklim dan cuaca.

24

Tenaga bahang
Bahang matahari yang diserap oleh atmosfera terdapat sama
ada dalam bentuk tenaga terma (haba) atau pun tenaga kinetik
seperti udara yang bergerak (angin).
Kedua-dua bentuk tenaga atmosfera ini adalah mudah bertukartukar dari satu kepada yang lain.
Keadaan ini boleh dibuktikan apabila proses sejatan berlaku
pada permukaan air yang terdapat di litosfera yang disebabkan
oleh pemanasan haba.
Wap air akan naik dan masuk ke dalam atmosfera akan
membawa tenaga haba sebagai tenaga haba pendam.
Lama-kelamaan kawasan permukaan air akan menjadi terlalu
panas dan menghasilkan satu kawasan tekanan rendah.

25

Tenaga bahang
Udara yang sejuk akan masuk ke dalam sel tekanan rendah itu
sebagai tenaga kinetik yang bergerak.
Akhirnya wap air yang naik ke atas akan membentuk awan yang
terapung-apung di langit sebagai tenaga potensi.
Apabila proses pemeluwapan berlaku akan berlaku pula proses
kerpasan, titisan air, salji atau air batu yang jatuh ke permukaan
bumi dan bertukar menjadi tenaga kinetik.
Apabila tenaga bahang ini kena pula pada permukaan daun
tumbuhan, proses fotosintesis yang belaku akan mengikat
tenaga tersebut dan seterusnya menukarnya kepada kabohidrat
iaitu sejenis tenaga kimia.

26

Tenaga bahang
Sejumlah besar tenaga bahang dikeluarkan terus menerus ke
ruang angkasa dalam semua arah dari matahari yang
mempunyai suhu permukaan yang dianggarkan melebihi 6000
0C.
Bumi yang terletak kira-kira 159 juta km dari matahari menerima
kurang dari 1/5 billion jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh
matahari.
Jumlah tenaga yang diterima oleh bumi dari matahari dalam
satu hari adalah mencukupi untuk menghasilkan 10 000 hurikan
atau 1 00 000 ribut petir atau 100 000 000 000 tornado.
Jika sekiranya mungkin kita mengumpulkan dan menyimpan
kesemua tenaga dalam satu hari kita akan mempunyai cukup
tenaga untuk keperluan industri dan awan seluruh dunia untuk
kira-kira 100 tahun.

27

Tenaga bahang

Tenaga sentiasa berubah bentuknya dalam sistem


bumi-atmosfera.
Perubahan tenaga daripada satu bentuk kepada
satu bentuk lain adalah penting dalam bidang kaji
iklim kerana inilah cara ketidakseimbangan antara
tenaga dan air dalam sistem bumi-atmosfera dapat
diseimbangkan.
Proses cuaca dan iklim di seluruh dunia merupakan
cara untuk mencapai dan mengekalkan satu
keadaan keseimbangan dari segi taburan tenaga
bahangan sedunia.
28

RADIASI MATAHARI DAN KESEIMBANGAN TENAGA


PERMUKAAN BUMI

Pemindahan Tenaga Haba Daripada Matahari Ke Permukaan Bumi


Tenaga haba dapat dipindahkan daripada matahari ke permukaan bumi
melalui dua cara iaitu :
Pemindahan tenaga haba melalui bahangan iaitu bahangan matahari
akan melalui pelbagai peringkat lapisan yang ada dalam atmosfera
yang bertindak sebagai mediumnya. Bahangan tersebut akan ditapis,
diserap, diserak, dipantul oleh lapisan ozon, lapisan atmosfera dan
partikel-partikel dalam udara.
Pemindahan tenaga haba melalui gelombang elektromagnet dan
cahaya iaitu gelombang daripada pancaran matahari tiba kepada
permukaan bumi dalam bentuk gelombang pendek. Segala bentuk
pemindahan tenaga melalui gelombang elektromagnet (haba, cahaya,
gelombang talivisyen dan radio) adalah dipanggil radiasi.

29

Pemindahan Tenaga Haba Daripada Matahari Ke Permukaan


Bumi

Umumnya, perjalanan radiasi melalui bahan dan vakum dalam


ruang angkasa berkurangan mengikut jarak.
Kewujudan tenaga bahangan membolehkan kita merasai tenaga
matahari melalui kepanasan/haba.

30

Sinaran Matahari Bergelombang Pendek

Tenaga yang sampai di atmosfera terdapat dalam


satu spektrum yang mengandungi sinar X, sinar
gamma dan sinar lampau ungu (UV).
Pada hari tenang sinar UV membentuk 9 %
daripada bahangan yang tiba di atmosfera, 41 %
sinar nampak dan 50 % infra merah dan haba.
Pada umumnya, panjang gelombang sinaran yang
dikeluarkan bergantung pada suhu jasad tersebut.

31

Sinaran Matahari Bergelombang Pendek


Jasad yang bersuhu lebih panas akan mengeluarkan gelombang
maksimum yang lebih pendek dan jasad yang bersuhu lebih
sejuk akan mengeluarkan gelombang maksimum yang lebih
panjang.
Keadaan ini dikenali sebagai hukum sesaran Wien. Hukum
Wien mengatakan bahawa gelombang maksimum yang
dikeluarkan oleh sesuatu badan berkadar songsang terhadap
suhu mutlak badan itu.

32

Sinaran Matahari Bergelombang Pendek


Menurut hukum ini juga, matahari yang mempunyai suhu
permukaan kira-kira 6000 K akan mengeluarkan kebanyakan
gelombang yang pendek iaitu antara 0.2 mikron dengan 0.4
mikron.
Sebagai contoh sinar gamma, UV dan sinar X mempunyai
panjang gelombang 0.2 hingga 0.4 mikron dan cahaya nampak
mempunyai panjang gelombang 0.4 hingga 0.7 mikron.

33

Sinaran Matahari Bergelombang Pendek


Jadi panjangnya gelombang sinaran daripada matahari ialah 20
kali lebih pendek berbanding dengan gelombang sinaran
daripada bumi.
Oleh sebab itu, ahli kaji iklim sentiasa merujuk pada sinaran
matahari sebagai sinaran gelombang pendek dan sinaran bumi
sebagai sinaran gelombang panjang.
Tenaga yang dihasilkan matahari perlu melalui jarak jauh untuk
sampai ke permukaan bumi.
Bahagian lapisan atmosfera iaitu di troposfera (kira-kira 25 km
dari permukaan bumi) merupakan bahagian paling banyak
menganggu bahangan dan lapisan ozon yang tebal dalam
atmosfera (di lapisan stratosfera) menjadi penapis agar
bahangan kurang sampai ke atmosfera bawah.

34

Sinaran Matahari Bergelombang Pendek


Jumlah tenaga yang sampai pada satu-satu titik di atmosfera
bergantung kepada garisan lintang atau pun jarak dari
khatulistiwa.
Ketersampaian cahaya ke bahagian atmosfera adalah
bergantung juga kepada faktor waktu, kepelbagaian musim dan
jumlah awan.
Ketebalan lapisan atmosfera juga akan mempengaruhi dari segi
penerimaan bahangan yang datang dari sudut pancaran tepat
dan serong.
Pancaran tepat/tegak (ruang yang menerima cahaya adalah
sempit) akan terima banyak bahangan terutamanya di bahagian
khatulistiwa manakala pancaran serong (ruang penerimaan
luas).
Bahagian yang sampai adalah sedikit dan diagihkan
terutamanya di kutub.

35

Belanjawan Haba
Sistem atmosfera boleh dilihat dalam bentuk belanjawan haba
dan pengangkutan haba secara mendatar dan menegak.
Belanjawan haba digunakan untuk;
1. melihat jumlah bahangan yang sampai ke bumi
2. bagaimanakah ditaburkan ke seluruh dunia demi mengimbangi
bahangan yang keluar dari bumi.

36

Belanjawan Haba

Bahangan yang masuk ke bumi daripada cahaya


matahari ialah dalam bentuk cahaya gelombang
pendek kerana sumber asalnya merupakan jasad
yang sangat panas.
Sebaliknya bahangan yang dikeluarkan oleh bumi
ialah dalam bentuk gelombang panjang.
Gelombang bahangan yang keluar dari bumi atau
yang masuk ke bumi melalui ruang angkasa akan
mengalami beberapa proses dalam atmosfera
seperti serakan, serapan dan balikan.

37

Serakan
Setiap partikel yang terapung-apung dalam ruang angkasa akan
bertindak menyerakkan gelombang bahangan.
Darjah serakan bergantung pada saiz partikel yang terlibat.
Partikel yang lebih kecil berbanding dengan jarak gelombang
bahangan akan menyebabkan serakan yang dikenali sebagai
serakan Rayleigh.
Sementara serakan Mie berlaku apabila saiz partikel sama besar
dengan jarak gelombang bahangan yang terlibat.
Serakan Rayleigh dikatakan bertanggungjawab menyebabkan
langit kelihatan biru pada waktu siang dan kemerah-merahan
pada waktu pagi dan senja.

38

Pembalikan/Albedo
Proses yang tidak kurang penting di dalam atmosfera ialah
pembalikan atau pantulan.
Bahangan yang datang dari angkasa akan bertembung dengan
partikel-partikel yang menghuni ruang angkasa.

Partikel-partikel ini berupaya memantulkan cahaya dalam


pelbagai arah.
Sebahagian besar juga akan dipantulkan kembali ke angkasa.
Keadaan ini menyebabkan cahaya tidak langsung sampai ke
bumi.

39

Belanjawan Haba
Selain itu, partikel awan yang juga mempunyai manik-manik
hujan berupaya memantulkan bahangan ke angkasa.
Permukaan bumi akan memantulkan cahaya kembali ke
angkasa apabila cahaya itu sampai ke bumi.
Lazimnya permukaan bumi yang cerah seperti liputan salji akan
memantulkan lebih banyak cahaya berbanding dengan
permukaan yang legap.
Pembalikan atau pantulan permukaan bumi ini dikenali sebagai
albedo iaitu satu indeks yang digunakan untuk mengukur
pembalikan.
Sebagai contoh, permukaan bumi yang berpasir mempunyai 34
% albedo.

40

Serapan
Sesetengah jasad di bumi atau dalam angkasa akan menyerap
sebahagian cahaya gelombang yang mengenainya.
Antara penyerap haba yang efektif ialah wap air, karbon dioksida
dan ozon.
Gas-gas ini cenderung untuk memilih jenis gelombang yang
hendak diserap dan dengan itu sesuatu jasad cuma berupaya
menyerap tenaga electromagnet bagi jarak-jarak gelombang
tertentu sahaja.
Serapan jenis ini dikenali sebagai serapan terpilih.

41

Serapan
Sinar matahari yang kena pada sesuatu zarah wap air, ia
mungkin akan diserakkan, dipantulkan atau diserapkan.
Sekiranya jumlah albedo bagi sistem bumi-atmosfera ialah 36 %,
maka jumlah serapan oleh sistem itu ialah 64 %.
Apabila sinaran matahari menembusi atmosfera bawah iaitu
troposfera, kebanyakan daripadanya dapat diserap oleh wap air,
habuk, debu, karbon dioksida dan awan.
Proses ini menyerapkan kira-kira 15 % daripada jumlah sinaran.
Akibatnya permukaan bumi hanya menyerap baki sinaran yang
ditinggalkan kira-kira 47 % daripada jumlah sinaran.

42

Kepentingan Tenaga Eksogenik Terhadap


Sistem-Sistem Bumi

Tenaga eksogenik/tenaga matahari adalah amat


penting untuk menggerakkan seluruh operasi
sistem-sistem bumi. Tanpanya sistem-sistem bumi
akan mati.

43

Kepentingan Tenaga Eksogenik


Antara kepentingan yang boleh dibincangkan ialah :
Membolehkan proses luluhawa berlaku sama ada luluhawa kimia
atau luluhawa fizikal yang kesemuanya suhu yang tinggi atau
tenaga haba yang cukup.
Membolehkan proses hakisan dan gerakan jisim berlaku.
Misalnya dalam proses hakisan glasier, proses ini boleh berlaku
apabila mempunyai tenaga haba yang cukup untuk mencairkan
salji.

44

Kepentingan Tenaga Eksogenik

Membolehkan berlakunya proses sejat-peluhan


dalam sistem hidrologi.
Sejatan daripada permukaan air, sejatan daripada
lembapan tanih dan perpeluhan daripada
tumbuhan tidak akan terjadi jika tidak mempunyai
bekalan tenaga haba matahari yang cukup.
Membolehkan angin bertiup dalam sistem
atmosfera. Angin akan bertiup daripada tekanan
tinggi kepada tekanan rendah.
Untuk menghasilkan perbezaan tekanan ini
mestilah wujud perbezaan suhu/perbezaan haba
antara dua tempat.

45

Kepentingan Tenaga Eksogenik


Membolehkan tumbuh-tumbuhan membina makanan dalam
sistem ekologi.
Tenaga cahaya yang cukup membolehkan proses fotosintesis
boleh berlaku.

Begitu juga organisma-organisma yang lain memerlukan tenaga


matahari
untuk
pelbagai
proses
seperti
proses
perpeluhan/repirasi dan tumbesaran.

46