Anda di halaman 1dari 11

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 1

BAHASA MELAYU KEFAHAMAN


SJK(C) CHONG BOON, MUKAH
1 JAM 15 MINIT

NAMA : ________________________________

KELAS : _____________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan,
padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam
kertas soalan ini.

BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1. _____________ hendaklah menumpukan perhatian ketika guru sedang
mengajar, kata Azura kepada rakan-rakannya.
A. Mereka

B. Dia

C. Kita

D. Kamu

2. Sultan

: Datuk Bendahara, apakah nama kampung ini?

Datuk Bendahara : Nama kampung ini ialah Kampung Melati, ____________.


A. beta

B. patik

C. tuanku

D. hamba

3. Setiap calon dikehendaki membawa _____________ masing-masing ketika ujian


dijalankan.
A. alat tulis

B. jalan raya

C. kanta tangan

D. papan notis

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Penduduk Taman Melati berkumpul di ______________ sebelum melakukan


aktiviti.
A. balai polis

B. taman bunga

C. balai raya

D. taman rekreasi

5. Ibu ______________pokok bunga di halaman rumah kami.


A. membuang

B. menyimpan

C. menanam

D. meraut

6. Aznan dan kawan-kawannya akan melawat ____________ Rumah Kanak-kanak


Seri Intan pada minggu hadapan.
A. di

B. dari

C. pada

D. ke

7. Abang Mohan belajar di _______________ selama tiga tahun.


A. Hospital Permai

B. Klinik Damai

C. Restoran Pak Ali

D.Universiti Malaya

8. Kai Chun dan kawan-kawannya mengadakan aktiviti membersihkan kawasan


sekolah untuk _______________ sekolah mereka.
A. menceriakan
B. menghiaskan C. meletakkan
D. membaiki
9. Kai Chun, _______________ alihkan pasu-pasu bunga ini ke luar pagar, kata
Encik Lee kepada anaknya.
A. Jangan

B. Tolong

C. Harap

D. Jemput

10. _____________ Inspektor Azman baru sahaja bertugas di Balai Polis Mukah.
A. Encik

B. Datuk

11.
Siew
Min
seorang
_______________________.

C. Tuan
murid

yang

pandai

D. Puan
di

kelasnya.

A. rajin seperti semut

B. lambat seperti kura-kura

C. berani macam harimau

D. pintar macam Sang Kancil

Dia

12. ________________ harga sebungkus nasi lemak dan secawan teh itu?
A. Berapakah

B. Bilakah

C. Apakah

D. Di manakah

13. Pilih ayat tunggal yang betul.


A. Nisah dan Siew Min sedang mengecat bilik darjah.
B. Herina tidak hadir ke sekolah kerana demam.
C. Cikgu Tan melatih murid-muridnya cara melontar dan menangkap bola di padang.
D. Kai Chun berjoging di taman rekreasi pada setiap petang.

14. Pilih ayat majmuk yang betul.


A. Encik Daud memandu kereta ke pejabat.
B. Shirley masuk ke biliknya lalu menutup pintu dengan perlahan-lahan.
C. Puan Nisa membeli sekilo daging di pasar.
D. Manjit mengemas bilik tidurnya pada hujung minggu.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


15. Zhi Wei telah memenangi pertandingan menulis karangan tentang kebersihan di
sekolah anjuran Persatuan Bahasa Melayu.
A. Persatuan Bahasa Melayu sering menganjurkan pertandingan menulis karangan
tentang kebersihan di sekolah.
B. Pertandingan menulis karangan tentang Persatuan Bahasa Melayu telah dimenangi
oleh Zhi Wei.
C. Zhi Wei dan Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan pertandingan menulis
karangan tentang kebersihan di sekolah.
D. Pertandingan menulis karangan tentang kebersihan di sekolah yang dianjurkan
oleh Persatuan Bahasa Melayu telah dimenangi oleh Zhi Wei.

Pilih ayat yang betul.


16. A. Ashley mengisi wang pada dalam tabung.
B. Hakim menasihati adiknya supaya rajin belajar.
C. Mereka bertemu maka bersalam.
D. Ratna telah menyiapkan buku skrap yang bertugaskan oleh gurunya.

Soalan 17 hingga 20
Teliti kad jemputan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

17. Bilakah majlis anugerah cemerlang tersebut akan diadakan?


A. Pada hujung minggu

B. Pada hari Isnin

C. Pada awal tahun

D. Pada hari Jumaat

18. Berapakah kategori cemerlang yang akan diberikan hadiah ketika majlis
tersebut?
A. Satu

B. Dua

C. Tiga

D. Tiada

19. Apakah anugerah yang akan dimenangi sekiranya Mohan memegang jawatan
ketua pengawas sekolah?
A. Anugerah Cemerlang Kepimpinan
B. Anugerah Cemerlang Pelajaran
C. Anugerah Cemerlang Sukan
20. Maksud perkataan jemputan dalam kad jemputan di atas ialah
A. mengusir

B. melawat

C. tolakan

D. undangan

BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.
untuk

supaya

lalu

tetapi

dan

jika

sambil

kerana

Cikgu

Rohaya

______________

murid-murid

Tahun

Empat

Murni

mengadakan majlis untuk meraikan hari lahir Kai Chun, Aznan dan Herina yang ke-10.
Semua murid bekerjasama menghias kelas
Mereka

juga

membawa

kek,

nasi

_______________ kelihatan ceria.

goreng,

biskut

dan

kuih-muih.

Mereka

menghidangkan juadah tersebut di atas meja. Mereka turut mengundang beberapa


orang guru ________________ memeriahkan majlis tersebut. Majlis dimulakan
dengan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir. Mereka menyanyi ________________
bertepuk tangan. Suasana pada hari itu sangat meriah.
(4 markah)

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Jawapan : Program motivasi itu akan diadakan di Dewan Setia , SJK(C) Taman
Melati.
(2 markah)
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan bandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


______________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Encik Tan mengadakan majlis jamuan meraikan _________________________.


(1 markah)
b. Siapakah yang hadir ke majlis tersebut?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.
Jiran-jiran Encik Tan datang
bergotong-royong membantu

Betul

Suasana pada majlis itu sangat


meriah.

keluarganya sebelum majlis


berlangsung.
Encik Tan mengadakan majlis jamuan
meraikan kejayaan anaknya pada hari
Ahad yang lalu.

Salah

Majlis itu diadakan secara


besar-besaran di rumahnya di
Taman Sentosa.
(2 markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru serta rakan yang dikasihi. Terima kasih saya ucapkan
kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini.
Hadirin yang dihormati,
Majlis ini diadakan sempena persaraan Cikgu Azman. Beliau guru Bahasa Melayu kelas kita.
Beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 35 tahun. Sekolah ini merupakan sekolah kedua
tempat beliau menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru.
Kami memang berasa sedih dengan persaraan ini. Beliau merupakan seorang guru yang
dedikasi, prihatin dan peramah. Justeru, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan jutaan terima
kasih atas jasa cikgu berbakti kepada kami. Kami juga memohon maaf terhadap sebarang kesilapan
yang telah kami lakukan.
Akhir sekali, kami doakan agar cikgu sentiasa bahagia dan sihat setelah bersara kelak.
Sekian. Terima kasih.

a. Perkataan kesilapan dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan


___________________ .

(1 markah)

b. Apakah tujuan majlis itu diadakan?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2
markah)
c. Siapakah yang berucap dalam majlis itu?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2
markah)
d. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membalas jasa seorang guru?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

(3 markah)
Soalan 25
Baca pantun di bawah. Kemudian, jawab soalan berikutnya.

a. Mengapakah tetamu dijemput untuk hadir ke majlis itu?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)
b. Apakah yang dihulurkan kepada tetamu?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(1 markah)
c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.
Pelbagai juadah disediakan untuk para tetamu.

Para tetamu tidak boleh membawa ahli keluarga yang lain ke majlis
tersebut.

(1 markah)
d.

Pelbagai juadah kami sediakan,


Untuk hidangan tetamu semua.

Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(3 markah)

Anda mungkin juga menyukai