Anda di halaman 1dari 3

KEPIMPINAN: TEORI KONTIGENSI

Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com
Perkembangan sesebuah organisasi biasanya berlaku kerana pemimpin dan gaya
kepimpinannya dalam mengurus dan mengendalikan organisasi yang diterajui. Setiap pemimpin
mempunyai gaya kepimpinan tersendiri yang menjadi tunggak kepada kejayaan sesebuah
organisasi. Selain itu, pengetahuan dalam kepimpinan selalunya lahir secara semulajadi di
samping melalui pembelajaran formal dan tidak formal. Oleh itu, bagaaimana seseorang
pemimpin itu dapat menerajui sesebuah organisasi bergantung kepada pengetahuan, kemahiran
dan yang tidak kurang penting adalah bagaimana individu tersebut mengurus gaya
kepimpinannya. Ini jelas seperti yang diterangkan oleh Kouzes dan Posner (2007) yang
menyatakan effective leadership is a key factor in the life and success of an organization.
Justeru itu asas pengetahuan mengenai teori kepimpinan merupakan satu bonus bagi
pemimpin jika dia mengetahui serba sedikit berkaitan teori kepimpinan. Dalam bidang
kepimpinan terdapat banyak teori yang mendasari corak atau gaya kepimpinan seseorang namun
tidak semua teori itu sesuai dipraktikan secara menyeluruh. Menurut Manning dan Curtis (2009)
menyatakan kedua-dua teori kepimpinan trait dan tingkah laku telah mengenalpasti satu ketua
yang terbaik dan satu gaya dalam pelbagai situasi. Menurut mereka sejak lewat tahun 1960an
teori kontigensi ini telah diangkat sebagai teori yang tepat dan amat sesuai dalam menentukan
kualiti dan tindakan seseorang pemimpin dalam pelbagai situasi. Walau bagaimanapun mereka
percaya bahawa keberkesanan kepimpinan seseorang itu adalah bergantung kepada pemimpin,
pengikut dan faktor persekitaran dan situasi semasa.
Setiap pemimpin mempunyai cita rasa yang berbeza. Oleh itu, bagaimana pemimpin itu
mempengaruhi mengerak dan memotivasi pengikutnya merupakan teras kepada kejayaan
sesebuah organisasi. Setiap pengikut juga mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dan ini
yang akan menentukan keperluan dalam menentukan bagaimana ianya dapat menyesuaikan diri
dan menetukan arah atau hala tuju serta keperluannya sebagai pengikut atau staf bawahan dalam
situasi kepimpinan di mana dia berada. Faktor sitausi atau persekitaran seperti tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan, budaya di tempat kerja, dan keperluan sesuatu tugas juga
mempengaruhi situasi samada pengikut dan juga pemimpin.
Menurut Kouzes dan Posner (2007) menyatakan bahawa teori kontigensi adalah sangat
luas yang merangkumi faktor kontigen atau sesuatu faktor yang mungkin belaku yang
menyentuh keupayaan seseorang pemimpin dan pelbagai keadaan dalam situasi berkaitan. Di

samping itu perlu diingatkan bahawa seseorang pemimpin yang berkesan dalam satu keadaan
dan situasi masa tertentu mungkin akan gagal dalam situasi dan masa yang lain.
Sementara itu, A Contingency Theory of Leadership by Jay Lorsch menerangkan bahawa
pendekatan kontigensi menganggap hubungan pemimpin dan pengikut merupakan ikatan utama
dalam menjayakan pendekatan ini, di mana nilai dan ekspektasi adalah seimbang dengan
matlamat hala tuju yang telah ditetapkan oleh pemimpin. Selain itu, komunikasi di antara keduadua belah pihak hendaklah kukuh dan pemimpin hendaklah menunjukkan kuasa ke atas fungsi di
mana dia berada di samping dapat mempengaruhi dengan yakin dan berkrisma.
Selain itu dalam pendekatan teori ini juga ditekankan tentang faktor kontigen di mana
seseorang pemimpin memilih matlamat atau hala tuju dan sumber kuasa dan pengaruh. Di
samping itu, ekspektasi pengikut dan kompleksiti organisasi serta kepastian dan ketidak pastian
sesuatu tugas sesuai seperti mana pendekatan teori yang dikemukakan oleh Fiedlers
Contingency Theory di mana teori ini memberi faedah dalam memilih pemimpin dan tidak
memilih berdasarkan tingkahlaku.
Menurut Fieldlers Contingency Theory menunjukkan hubungan antara orientasi
pemimpin atau gaya dan pencapaian kumpulan dalam keadaan situasi yang berbeza. Di mana
teori lebih kepada mengenal pasti orientasi pemimpin iaitu hubungan dan tugas elemen situasi
iaitu hubungan ketua dan pengikut, struktur tugas dan posisi kuasa. Adalah didapati bahawa
orientasi pemimpin dikenal pasti sebagai yang lebih efektif dalam situasi yang berubah dari
tahap rendah kepada pertengahan dan seterusnya ke arah pengawalan yang lebih tinggi. Fiedlers
mendapati pemimpin yang berorientasi tugas adalah lebih efektif dalam keadaan situasi
pengawalan yang rendah dan sederhana dan orientasi hubungan pengurus adalah lebih efektif
dalam situasi poengawalan yang sederhana.
Northouse (2007) mencadangkan penggunaan Least Preferred Coworker (LPC) Scale
digunakan untuk menilai kepimpinan seseorang. Melalui penilaian ini seseorang pemimpin akan
mengetahui corak dan gaya kepimpinannya sama ada LPC rendah ( skor 57 atau kurang)
adalah task motivated, LPC pertengahan (skor 58-63) adalah socio-independent leaders, self
directed dan tidak mengambil berat tentang tugas atau bagaimana orang lain melihat) manakala
skor 64 dan ke atas menunjukkan LPC yang tinggi di mana ianya dimotivasikan oleh hubungan
ketua dan pengikutnya.
Kesimpulannya, teori kontigensi ini dapat menilai gaya kepimpinan berdasarkan skor
LPC dan tiga keadaan situasi di mana seseorang boleh menjangkakan sama ada seseorang
pemimpin itu akan beroleh kejayaan dalam sesuatu organisasi tersebut atau tidak. Yang paling
penting teori ini menegaskan bahawa pemimpin tidak akan berjaya dalam semua keadaan situasi.
Rujukan

Kouzes,J. M. & Posner, B.Z. (2007). The leadership challenge, (4th Ed). http:
//changingminds.org/discipline/leadership/theories/leadership_theories.htm
Manning, G. & Curtis, k. (2009). The art of Leadership ( 3th Ed). New York: McGraw Hill.
Northouse, P.G (2007). Leadership Theory and practice. Thousand Oaks, CA: Sage Publication, Inc

Posted in: Kepimpinan Dinamik


E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook