Anda di halaman 1dari 6

Antara Konsep utama dalam Teori Psikologi Individu ialah;

1. Persepsi Subjektif Realiti


Adlerians cuba melihat dunia melalui rangka rujukan subjektif klien sebagai satu
orientasi yang dikenali sebagai phenomenologikal. Ia memberi perhatian kepada
bagaimana manusia melihat dunia mereka secara individual. Subjektif realiti meliputi
persepsi individu, fikiran, perasaan, nilai, kepercayaan, keyakinan dan konkulasi.
Perlakuan dilihat dan difahami melalui pandangan jelas perspektif subjektif ini. Melalui
perspektif Adlerians, objektif realiti kurang penting berbanding bagaimana manusia
menterjemah realiti dan makna bagi setiap pengalaman yang dilalui.

2. Keharmonian Dan Bentuk Personaliti Manusia


Asas dalam pandangan teori Psikologi Individu ini adalah personaliti dapat difahami
secara holistik dan sistematik di mana individu itu tidak dapat dibahagikan secara
keseluruhan, dilahirkan, dan hidup dalam konteks kekeluargaan, masyarakat dan budaya.
Manusia adalah bersifat bermasyarakat, kreatif, pembuat keputusan yang bertindak
dengan bertujuan atau bermatlamat (Sherman & Dinkmeyer, 1987 dalam Corey, 2005).

Personaliti manusia akan menjadi kuat melalui perkembangan matlamat hidup (lifes
goal). Fikiran, perasaan, kepercayaan, keyakinan, sikap, karekter dan keunikannya adalah
reflek daripada rancangan hidup yang menjadi pemangkin kepada matlamat kehidupan
seseorang itu. Implikasi daripada pandangan holistik ke atas personaliti ialah klien dilihat
sebagai pelengkap kepada sistem sosial. Hubugan interpersonal lebih difokuskan
berbanding dengan psikodinamik dalaman individu.

2.1. Perlakuan Bertujuan Dan Berorientasikan Matlamat


Teori Psikologi Individu Adler memandang semua manusia mempunyai tujuan dalam
hidup masing-masing. Manusia meletakkan matlamat yang perlu mereka capai dan
perlakuan mereka dibentuk dalam konteks matlamat yang ingin direalisasikan itu.

Asas pandangan ini adalah manusia hanya berfikir, berperasaan, dan bertindak dalam
hubungan persepsi matlamat masing-masing. Oleh itu, manusia hanya dapat difahami
melalui matlamat serta tujuan hidup serta cara manusia berusaha dalam
merealisasikannya. Teori Adler menyentuh soal masa hadapan dan meminimakan
pengaruh masa lepas.

Teori Adler dipengaruhi oleh ahli falsafah Hans Vaihingers (1965). Kebanyakan
Adlerians mengunakan tema fictional finalism untuk merujuk kepada pusat matlamat
hidup sebagai pembimbing kepada perlakuan manusia. Walau bagaimanapun, Adler
sebenarnya tidak begitu selesa menggunakan tema tersebut dan menggantikannya dengan
guiding self-ideal dan goal of perfection dalam menilai usaha-usaha manusia ke aras
superioriti atau kesempurnaan (Watts & Holden, 1994 dalam Corey, 2005). Pada awal
kehidupan lagi, manusia telah mengetahui bahawa mereka akan disukai dan dihormati
sekiranya mereka berjaya, lengkap, atau sempurna serba serbi. Pandangan guiding selfideal ini sekiranya diaplikasikan dalam motivasi insaniah akan dilihat dengan cara :
Hanya apabila aku berjaya maka hidup aku akan sejahtera atau hanya apabila aku
mempunyai kejayaan barulah aku diterima.

Guiding self-ideal mewakili kesempurnaan matlamat imej individu itu yang mana
individu ini sanggup berusaha walau dalam apa jua keadaan. Atas faktor matlamat akhir
manusia bersifat subjektif, manusia akan lebih kreatif dalam membuat pilihan kepada
apakah yang akan diterima sebagai kebenaran, bagaimanakah kita berperilaku dan
bagaimanakah kita menterjemahkan tindakan.

2.2. Usaha Ke Arah Superioriti


Adler menekankan usaha ke arah kesempurnaan dan mengatasi perasaan inferioriti
melalui pencarian penguasaan adalah sesuatu yang semulajadi (Ansbacher & Ansbacher,
1979 dalam Corey, 2005). Untuk memahami perlakuan manusia dalah penting kita
meninjau asas perasaan inferioriti. Sejak di awal kehidupan, kita mengakui bahawa kita
tidak berupaya dalam pelbagai keadaan di mana ia dilihat sebagai inferioriti. Perasaan
inferioriti ini bukanlah faktor yang negatif dalam hidup. Menurut Adler, kesan daripada
perasaan inferioriti ini akan menjadi pemangkin kepada motivasi untuk kita berusaha ke
arah superioriti. Adler melihat matlamat kejayaan dalam hidup sebagai penanda aras telah
memandu manusia untuk berusaha dan menentang segala halangan dalam mencapai
matlamat.

Matlamat superioriti menyumbang kepada pembangunan komuniti. Walau


bagaimanapun, perlu kita ingat bahawa terma superioriti yang diguna pakai oleh Adler
tidak semestinya individu itu perlu menguasai atau bersifat superior ke atas individu lain.
Hakikatnya, ia lebih menjurus kepada bagaimana individu itu meletakkan kedudukannya
daripada peringkat bawahan kepada peringkat atasan; dan daripada perasaan negatif
kepada perasaan positif. Kejayaan dan pengalaman zaman kanak-kanak dan remaja Adler
telah menjadikan beliau sebagai contoh dalam aspek teori psikologi individu ini.

2.3. Gaya Hidup


Gaya hidup pada asalnya dinamakan sebagai perancangan hidup yang merujuk kepada
manusia yang unik dalam mencapai matlamat. Gaya hidup kita yang unik ini telah
dibentuk semasa lima tahun yang pertama. Pengalaman kemudiannya diterjemah
berpandukan pengalaman awal. Cara ini timbul sebagai reaksi kepada inferioriti manusia
sama ada ia nyata atau hanya khayalan. Apabila perasaan ini telah dibentuk, ia sukar
diubah.

3. Kepentingan Bermasyarakat Dan Berkomuniti


Kepentingan masyarakat (sosial) dan perasaan berkomuniti (Gemeinschaftsgefuhl)
merupakan konsep penting dalam teori Adler (Ansbacher, 1992). Terma ini merujuk
kepada kesedaran individu tentang keterlibatan individu sebagai sebahagian daripada
komuniti manusia dan sikap individu dalam mendepani dunia sosial.

Kepentingan masyarakat (sosial) adalah meliputi usaha dalam memberikan masa depan
yang lebih baik in term of humanity. Proses sosialisasi yang bermula seawall zaman
kanak-kanak, meliputi mendapatkan tempat dalam masyarakat, rasa kekitaan (sense of
belonging) dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat (Kefir, 1981 dalam Corey,
2005).

Kepentingan masyarakat (sosial) adalah satu perkara yang diajar, dipelajari dan
diapalikasikan. Adler menyatakan kepentingan sosial adalah nilai dimana rasa identifikasi
dan berempati kepada orang lain : to see with the eyes of another, to hear with the eras
of another, to feel with the heart of another (seperti yang disebut di dalam Ansbacher &
Ansbacher, 1972, dalam Corey, 2005). Kepentingan masyarakat (sosial) adalah
merupakan pusat indikator kesihatan mental. Individu yang mempunyai nilai kepentingan
sosial mengarahkan kehidupan yang lebih sihat dan hidup lebih bererti. Daripada
perspektif teori Adler, sekiranya nilai kepentingan masyarakat (sosial) tinggi, maka, tidak
akan wujud rasa rendah diri (inferiority) dan ketidaksamaan (alienation) di dalam diri
individu tersebut.

Teori Psikologi Individu percaya bahawa kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan


dikaitkan dengan perhubungan sosial ini. Individu yang kurang perasaan berkomuniti
akan menjadi tidak berdaya saing dan akan hidup dalam keadaan yang tidak berfungsi.
Adler menekankan bahawa manusia tidak dapat difahami secara isolasi daripada konteks
masyarakat. Kita mencari tempat dalam keluarga dan masyarakat untuk memenuhi
keperluan untuk keselamatan, penerimaan dan harga diri. Kebanyakkan masalah yang

dialami oleh kita adalah rasa ketakutan sekiranya tidak diterima oleh masyarakat.
Sekiranya rasa kekitaan (sense of belonging) tidak dipenuhi, maka kita akan menghadapi
anxiety. Hanya apabila kita bersatu bersama individu lain barulah kita mampu untuk
berdaya saing dalam mendepani masalah-masalah yang kita hadapi (Adler, 1964).

Adler menekankan bahawa, kita perlu memenuhi tiga tugas utama kehidupan :
a. Membina persahabatan (tugas sosial)
b. Memperkukuhkan hubungan (tugas kasih-perkahwinan)
c. Menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat (tugas pekerjaan)

Semua individu perlu memenuhi ketiga-tiga tugas utama ini tanpa mengira usia, gender,
masa, budaya dan warna kulit. Dreikurs dan Mosak (1967), dan Mosak dan Dreikurs
(1967) menambah 2 lagi tugas kehidupan ini iaitu :
a. Penerimaan kendiri (self-acceptance)
b. Membangunkan dimensi spiritual (nilai, matlamat hidup dan hubungan dengan alam
semesta)

Tugas-tugas kehidupan ini adalah merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ketidak
fungsian pada mana-mana tugas tersebut dilihat sebagai indikator kepada masalahmasalah psychological disorder (American Psychiatric Association, 2000).

4. Hubungan Dan Aturan Kelahiran Anak


Pendekataan Adlerian agak unik dalam memberi perhatian kepada hubungan antara adik
beradik dan aturan psikologikal kelahiran dalam satu keluarga. Adler mengenalpasti lima
aturan psikogikal ini : anak sulung, anak kedua, anak yang ditengah-tengah, anak bongsu
dan anak tunggal. Hal ini kerana, Adlerians melihat kebanyakkan masalah manusia
seperti masalah sosial adalah bermula daripada masalah dalam keluarga.

4.1. Anak Sulung


Anak sulung secara amnya mendapat perhatian yang sempurna ketika pada awal
kelahirannya. Anak ini akan bergantung dan berusaha untuk terus menjadi perhatian.
Apabila adiknya dilahirkan, anak ini akan merasakan dirinya tidak lagi diberikan
perhatian. Anak ini tidak lagi unik dan istimewa. Anak ini akan melihat adiknya sebagai
perampas kepada kasih sayang ibubapa yang seharusnya adalah milik anak ini.

4.2. Anak Kedua


Secara tipikal, anak kedua berlumba-lumba untuk mendapatkan perhatian ibubapa.
Persaingan ini akan memberi kesan kepada hubungan seterusnya dalam hidup anak ini.
Anak kedua kebiasaanya tidak mahu mengalah dan berusaha untuk mencari kelemahan
abang atau kakaknya agar anak ini kelihatan hebat dan mendapat pujian daripada ibubapa
serta guru-gurunya melalui mencapai kejayaan yang gagal diperoleh oleh kakak atau
abangnya. Anak kedua biasanya akan sentiasa tidak sefahaman dengan anak sulung.

4.3. Anak Tengah


Anak tengah merasakan diri mereka tidak dilayan secara adil. Anak tengah biasanya
menjadi switchborad dan pendamai. Contohnya, dalam empat adik beradik, anak kedua
dilihat sebagai anak yang tengah dan anak yang ketiga lebih easygoing, sosial dan rapat
dengan anak yang pertama.

4.4. Anak Bongsu


Anak bongsu adalah intan permata dalam keluarga. Kebiasaanya dimanjakan. Anak
bongsu kebanyakkannya lebih selesa bertindak mengikut cara mereka sendiri. Anak
bongsu kebiasaannya akan membuat sesuatu cara atau keputusan yang tidak pernah
difikirkan oleh keluarganya sebelum ini.

4.5. Anak Tunggal


Anak tunggal tidak akan dapat mempelajari berkongsi atau berkerjasama dengan anakanak yang lain. Anak tunggal biasanya mempunyai sikap kebergantungan kepada ibubapa
atau salah seorang daripadanya. Anak ini biasanya menjadi perhatian kasih sayang
ibubapa dan sekiranya perhatian ini digugat, maka anak ini akan merasakan dirinya
diperlakukan secara tidak adil.

Aturan kelahiran dan interpretasi ke atas kedudukan seseorang dalam keluarga


merupakan acuan utama dalam bagaimana kita berhadapan dengan dunia luar. Dalam
terapi Adlerian, berhadapan dengan masalah keluarga, hubungan adik beradik merupakan
kunci utama dalam penyelesaian masalah ini. Walaupun kita perla mengelak daripada
bersifat stereotaip, pendekatan ini membantu dalam melihat bagaimana personaliti
individu itu bermula seawal zaman kanak-kanak dan pengaruh persaingan adik beradik ke
atas kehidupan masa depan individu itu.

5. Punca Perasaan Rendah Diri


Inferioriti Kompleks (Inferiority complex) adalah dikaitkan dengan ketidaksempurnaan
organ seperti cacat fizikal dan sebagainya. Mereka yang cacat ini akan alami inferiority
kompleks. Untuk mengatasi perasaan ini, motivasi dialihkan kepada aspek diri yang lebih
berkebolehan. Terdapat empat punca yang menyebabkan seseorang mengalami perasaan
rendah diri;

1. Kecacatan fizikal. Ianya adalah berkaitan dengan bahagian tubuh badan yang cacat.
Untuk menggantirugi (compensate) yang cacat itu, seseorang individu akan tumpukan
padanya (untuk melakukan yang terbaik (iaitu akan berusaha bersungguh-sungguh) untuk
menggelakkan kegagalan yang boleh menyebabkan inferiority kompleks.

2. Anak yang terlalu dimanjakan. Anak yang terlalu dilindungi, didominasi dan
dimanjakan apabila dewasa nanti akan menjadi seorang yang terlalu bergantung, tidak
yakin dan kurang minat bersosial dan akan mendahulukan kepentingan diri sendiri.

3. Anak yang terbiar dan disisih serta tidak dipedulikan. Pengabaian dan penolakan
daripada ibu bapa akan menjadikan anak kurang percaya dan sisihkan diri daripada
interaksi sosial. Apabila dewasa nanti akan menjadi seorang yang tidak berganung pada
orang lain, menyisih diri, kurang minat sosial, dan berisiko untuk menjadi penjenayah.

Anda mungkin juga menyukai