Anda di halaman 1dari 40

ISI KANDUNGAN

BIL.

1.0

PERKARA

MUKASURAT

KANDUNGAN

1-2

PENDAHULUAN
1.1 Sejarah hoki
1.2 Permainan antarbangsa
1.3 Hoki di Malaysia

3-4
4-5
5-6

2.0

TUJUAN MANUAL LATIHAN

3.0

OBJEKTIF MANUAL LATIHAN

4.0

PERSEDIAAN DAN RANCANGAN LATIHAN


4.1 Pertimbangan latihan

5.0

MEMANASKAN BADAN
5.1 Jenis memanaskan badan
5.2 Prinsip-prinsip memanaskan badan
5.3 Regangan otot spesifik
5.4 Latihan gerak kendur / warm down
5.5 Aktiviti gerak kendur

6.0

MANUAL 1
MENGELECEK RAPAT
6.1 Memanaskan badan
6.2 Butiran mekanik
6.3 Ansur maju mengelecek rapat
6.4 Aktiviti pemulihan
6.5 Aktiviti pengayaan
6.6 Permainan kecil
6.7 Gerak kendur

12
13
14
15 17
18
18
19
19

MANUAL 2
HANTARAN ( PUKULAN )
7.1 Memanaskan badan

20
20 21

7.0

8
8-9
9
10
10
11
11
11

Page | 0

7.2
7.3
7.4
7.5
7.6
7.7
8.0

Butiran mekanik
Ansur maju mengelecek rapat
Aktiviti pemulihan
Aktiviti pengayaan
Permainan kecil
Gerak kendur

21 22
23 25
25
26
26 27
27

PENGUKURAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN


ASAS HOKI
8.1 Analisis data dan interprestasi
8.2 Ujian 1 ( Mengelecek bola antara skitel )
8.2.1 Cara-cara melakukan ujian
8.2.2 Cara membuat skor
8.2.3 Skor dan markah
8.2.4 Jadual permakahan
8.2.5 Graf permakahan
8.2.6 gambar ujian 1 dilaksanakan
8.3 Ujian 2 ( Pukulan leret )
8.3.1 Cara-cara melakukan ujian
8.3.2 Cara membuat skor
8.3.3 Skor dan markah
8.2.4 Jadual permakahan
8.2.5 Graf permakahan
8.2.6 gambar ujian 2 dilaksanakan

27
28
28
29
29
30
31
32
33
33
34
34
34 35
35
36

RUMUSAN
9.1 Refleksi selepas ujian

37 38

10.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

38 39

11.0

BIBLIOGRAFI

9.0

40

Page | 1

1.0

PENGENALAN

1.1

Sejarah Hoki

Terdapat

catatan

yang

telah

kenal

pasti

mengesahkan

bahawa

permainan

ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi
permainan hoki

sekarang bermula berabad yang lalu.

Menurut catatan yang

telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000
s.m lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365
apabila ia diperkenalkan semula di England.
Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat
masyarakat di negara tersebut. Oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai
sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi
di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini
menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada
pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan
teratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain. Setelah
meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun mengharamkan
permainan ini.
Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undangundang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama,
namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk permainan ini menapak bersaing
dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka
permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individuindividu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya.
Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan.
Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain pula apabila di
Perancis nama permainan ini di panggil sebagai hoquet. Akhirnya difahamkan perkataan
Page | 2

hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskan
menjadi hockey.
Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula
diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki
sahaja tetapi kaum wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang pertama
telah pun ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan
London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan
pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkenalkan undang-undang
permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang
terhad dan menggenakan hukumankepada pemain yang melakukan kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan
dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon
Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk
permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling
diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti
India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.
1.2

Permainan Antarabangsa

Perkembangan permainan hoki terus tersebar ke negara-negara lain.Akan tetapi detik


bermulanya sebagai permainan antarabangsa bremula apabila ia diterima sebagai salah
satu acara dalam sukan Olimpik pada tahun 1924,ia diterima kembali dalam sukan
Olimpik berikutan.Kini hoki merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar ini Seperti
permainan permainan lain,hoki juga memerlukan sebuah badan khusus di peringkat
dunai bagi menyelaraskan serta menganjurkan pertandingan pada peringkat ini.M aka
pada tahun 1924,tertubuhlah persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas usaha negaranegara Eropah, iaitu Austria, Belgium ,Czecchoslovakia, Hungary,perancis,Sepanyol dan
Switzerland.Dengan itu, permainan hoki ini mempunyai badan yang menjadi pengelola
rasmi bagi permainan ini pada peringkat dunai

Page | 3

Antara usaha terpenting badan dunia ini ialah memperkemaskan undang-undang


serta peraturan permainan agar semua negara dunai dapat bermain dengan lebih teratur
dan menarik.Badan ini juga bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti
Piala Dunia,Sukan Olimpik,Sukan Asia,Kejohanan Antara Benua,Kejohanan Antara
,Juara-juara,Kejohanan Eropah dan sebagainya.
Di peringkat dunia,antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat
termasuklah India ,Pakistan dan negara kita dari asia belanda,jerman barat,Sepanyol dan
England dari Eropah serta Australia dan New Zealand.Dalam pertandingan pertandingan
utama dunia,sering perebutan kejuaraan adalah di antara pasukan pasukan ini.Amerika
Syarikat, walaupun merupakan salah sebuah negara terawal diperkenalkan dengan
permainan ini, namun kini persembahannya di peringkat dunia masih belum
membanggakan
1.3

Hoki di Malaysia

. Mulai tahun1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk


tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajar dan pemainnya mulai
meningkit. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara
kita.Semua peringkat umur bermainnya, lelaki dan juga perempuan.Pada tahun1926
perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan,iaitu di antara Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinyn
sendiri .ini terjadi pada tahun 1932 iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan
persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara
kita.Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.Dalam
perlawanan itu pasukan kita tewas 1-7.Namun perlawanan pertama peringkat
antarabangsa itu telah berjaya memberikan pengajaran paling berharga kepada pasukan
kita.
Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan
perlawanan seterusnya.Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan
lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao.Pasukan kita memenangi semua
perlawanan persahabatan yang diadakan di sana.Pasukan hoki Macao pula telah membuat
Page | 4

lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan.Dalam kedua-dua
perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.
Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping, kemudian di
Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki
Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara
kita.Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya.Dengan
demikian, ia telah memberi peluang pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan
dan pertandingan antarabangsa.Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah
Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.
Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951.Hingga kini
kejohanan ini menjadi acara tahunan MHF.Apabila Allahyarham Tun Abdul Razak
dilantik sebagai Presiden MHF (1957), beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai
rebutan

untuk

pertandingan

antara

negeri

ini.Piala

ini

dinamakan

Piala

Razak.Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.


Perlantikan TUn Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan
galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan
permainan ini di negara kita.Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan
peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF.Kini presiden MHF ialah Sultan Azlan
Shah,Sultan Perak.
MHF

juga

menguruskan

perlawanan

dan

pertandingan

peringkat

antarabangsa.Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India dahulu telah mendorong pasukan
tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954.Setahun kemudian
pasukan hoki Pakistan pula mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita.Ini kerana pada
tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di
Melbourne.Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil
bahagian.Pasukan hoki jga turut mengambil bahagian dalam Piala Dunia.Pada tahun 1975
negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, di mana kita menduduki tempat
keempat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga di belakang
India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat
pasukan kita.
Page | 5

2.0

TUJUAN MANUAL LATIHAN

Program ini bertujuan:a) Memberi satu panduan kepada guru yang tidak pernah mengajar pelajaran
pendidikan jasmani untuk mengajar pelajaran tersebut.
b) Mempelajari sesuatu kemahiran dengan teknik ansur maju aktiviti mudah kepada
kemahiran yang lebih tinggi.
c) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip
mekanik secara berterusan.
d) Mendedahkan kepada pelajar kepada satu sistem latihan yang rapi dan
berobjektif.
e) Mengenal pasti bakat pemain lebih awal untuk dilanjutkan pada peringkat tinggi.
f) Melahirkan pemain-pemain bersikap positif seperti:1) bertanggungjawab
2) berdedikasi
3) berwibawa
4) kestabilan emosi
5) ketahanan mental
6) kepimpinan
7) keyakinan diri
8) bersemangat
9) keazaman
10) bersatu padu demi kepentingan kemajuan hoki negara

Page | 6

3.0

OBJEKTIF MANUAL LATIHAN

Sehubungan dengan itu, program ini diharapkan dapat menghasilkan pelajar - pelajar
yang merupakan atlit yang seimbang dalam:a) Menguasai dan memaplikasikan kemahiran-kemahiran asas yang diajar dalam
permainan hoki.
b) Mempunyai nilai murni yang tinggi sebagai ahli sukan dan rakyat yang
bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
c) Mampu untuk berinteraksi serta memupuk semangat kewarganegaraan dengan
berkesan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melalui permainan
hoki.
4.0

PERSEDIAAN DAN RANCANGAN LATIHAN

Dalam memulakan rancangan latihan, beberapa persediaan perlu dilakukan bagi


memastikan persediaan dan perancangan latihan berjalan dengan sempurna dan lancar.
Prosedurnya adalah dengan menkaji keperluan-keperluan penting dari segi tempat,
peralatan dan jumlahnya, jadual latihan, bilangan peserta dan corak latihan. Persedian ini
penting supaya penyusunan organisasi dan jadual latihan dapat dirangka dan menjamin
berjalan lancar.
4.1

Pertimbangan latihan
-

Beberapa pertimbangan hendak diambil kira oleh jurulatih untuk persediaan


latihan.

1.

Berikut disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian


Pelatih
Apakah umur pelatih yang perlu diajar?
Apakah tahap kemahiran yang ada?
Berapakah bilangan pelatih yang hendak diajar?
Page | 7

2.

Tempat latihan
Dimanakah latihan hendak dijalankan?
Berapakah keluasannya?
Keselamatan tempat latihan terjamin?
Apakah kemudahan yang terdapat itu berkongsi?
Adakah padang permainan itu sesuai?

5.0

MEMANASKAN BADAN

Memanaskan badan adalah aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain
yang menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan akan
membolehkan suhu darah dan otot meningkatkan fungsinya melalui :
-

otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas

rintangan dalam otot akan menurun dan seterusnya meningkatkan kemampuan


melakukan sesuatu aktiviti

kenaikan suhu badan akan menyebabkan hemoglobin membebaskan oksigen


dengan lebih cepat untuk kegunaan tisu-tisu otot

kenaikan suhu juga akan menyebabkan myoglobin berfungsi dengan lebih


berkesan dan mempertingkatkan aktiviti enzim

rintangan dalam salur darah berkurangan dengan kenaikan suhu

mengurangkan risiko kecederaan pada tisu-tisu lembut.

Bagi menaikkan suhu badan, seseorang pemain perlu melakukan aktiviti selama lebih
kurang 30 minit dengan intensiti senaman yang sesuai.
Kesan ke atas seseorang pemain yang telah melakukan latihan memanaskan badan ialah
ia akan berkemampuan melakukan kerja lebih kurang 45 hingga 80 minit. (Mengikut
pendapat Herbert A de Vires )
Page | 8

5.1 Jenis Memanaskan badan


a.

1. Memanaskan badan secara aktif ( aktiviti yang dilakukan


sendiri )
2. Memanaskan badan secara pasif ( aktiviti yang dijalankan
dengan bantuan alat atau pihak lain )

b.

1. Memanaskan badan secara am (untuk meningkatkan suhu


badan)
Contoh : Lari anak, lari setempat
2. Memanaskan badan secara spesifik ( aktiviti yang dilakukan
khusus untuk sesuatu latihan )
Contoh : Regangan Statik
Regangan Dinamik

5.2 Prinsip-prinsip memanaskan badan


1. Memanaskan badan secara am atau untuk meningkatkan suhu badan atau otot
serta darah dapat meningkatkan pencapaian seseorang pemain.
2. Aktiviti yang disusun sebaik-baiknya dikaitkan dengan sukan yang
dimainkan supaya penguasaan kemahiran asas dapat dipertingkatkan.
3. Latihan memanaskan badan boleh dijalankan secara pasif jika aktiviti aktif
tidak dapat diadakan.
4. Aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan otot
semasa bermain.
5. Prosedur memanaskan badan hendaklah tersusun dan bersesuaian dengan
individu melaksanakan.
6. Latihan memanaskan badan yang dilaksanakan secara lebihan beban akan
menyebabkan kesan positif kepada koordinasi neuro-muscular.
Page | 9

5.3 Regangan otot-otot spesifik


1. Otot-otot utama yang akan digunakan dalam permainan hoki harus
diregangkan.
2. Pemain harus menahan setiap regangan selama 10 hingga 12 saat dan
ulang aktivti ini.
5.4 Latihan gerakendur / Warm Down
Latihan gerakendur ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalani
sesuatu latihan atau permainan.
Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul di
bahagian-bahagain anggota yang tertentu.
5.5 Aktiviti gerakendur :
Antara aktiviti gerakendur yang dilakukan selepas menjalani latihan ialah :
1.

Perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah.


Contoh :-

* Lari anak
* Berjalan

2.

Regangan otot pada intensiti sederhana.


* Regangan statik ( dari bawah ke atas )

Page | 10

6.0 MENGELECEK RAPAT


Mengelecek cara ini membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak di hadapan
kayu. Kelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian yang baik
tetapi menambahkan risiko bola dirampas oleh pihak lawan. Oleh sebab itu, pemain yang
baik tidak akan membiarkan bola bergerak jauh dari kayunya dan menghadapi risiko bola
dirampas oleh pihak lawan. Kelecek bebas juga digunakan untuk melepasi lawan yang
berada dalam keadaan pegun dengan menolak bola melalui celah dan keliling kaki lawan
ke tempat lapang dan menggunakan kelajuannya untuk mengekalkan pemilikan bola.
Kelecek bebas ini digunakan oleh pemain di tempat lapang untuk bergerak pantas dengan
bola seperti seorang penyerang bergerak ke sasaran yang lapang.

Page | 11

6.1 Memanaskan badan


AKTIVITI

FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


a) Lari atas bebola kaki.

1. Lari ulang-alik (25 meter)

b) Angkat lutut tinggi.


c) Hayun tangan pantas ke hadapan
a) Pasangan berada di belakang

2. Lari membawa pasangan.

b) Lari perlahan-lahan 15 meter


c) Tukar pasangan
a) Belakang bertemu belakang
b) Cangkok siku

3. Timbang garam

c) Bengkok lutut (penimbang) dan bongkokkan


badan ke hadapan
d) Lentuk ke belakang dan luruskan kaki ke
bawah.
a) Kedua-dua tangan lurus ke hadapan atas
bahu pasangan.

4. Tolak bahu

b) Satu kaki ke hadapan dan satu kaki ke


belakang.
c) Tolak bahu dengan kuat.
a) Dari atas ke bawah:

5. Kelonggaran

i)

Kepala

ii)

Tangan

iii)

Pinggang

iv)

Hamstring

v)

Pergelangan kaki

6.2 Butiran mekanik


Page | 12

1. Pegangan Kayu:
Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kiri
memegang kayu dengan kuat sementara tangan kanan membantu mengawal bola saja.
2. Bola:
Bola hendaklah sentiasa berada lebih kurang 30-40 cm di luar kaki kanan. Bola
hendaklah di hadapan badan. Sekirannya kedudukan bola terlalu dekat ia akan
mengganggu pergerakan dan jika ia terlalu jauh akan menjadi susah untuk mengawalnya.
3. Kaki dan Badan:
Badan dibongkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa semasa membawa bola.
Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau berdiri. Kaedah ini menggalakkan
seseorang pemain bergerak dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat
mengatasi kawasan permainan yang lebih luas. Kayu pemain mesti menyentuh tanah
supaya ia dapat melihat kehadapan semasa ia berlari dan menggelecek bola.

6.3 Ansur maju menggelecek Rapat


Page | 13

Ansur Maju 1

A
A

1. Pemain A berjalan/berjogging sambil membawa kayu hoki (tanpa bola).


2. Bongkokkan badan seolah-olah sedang membawa bola.
3. Lari secara lurus 20 meter dan kembali ke tempat permulaan.
4. Pastikan pemain memegang kayu dengan betul.
Ansur Maju 2

A
A

1. Pemain berjalan sambil mengelecek bola di garisan lurus 20 meter.


2. Pastikan bola sentiasa berada pada garisan dan dekat dengan kayu hoki.
3. Tambahkan kelajuan apabila pemain sudah menguasai kemahiran.
4. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 3
Page | 14

A
A

1. Pemain A akan menggelecek bola di atas garisan S.


2. Pastikan bola sentiasa berada di atas garisan.
3. Mulakan dengan berjalan kemudian tambahkan kelajuan apabila pemain sudah
menguasai kemahiran.
4. Ulang aktiviti ini.
Ansur Maju 4

A
A

B
B

C
C

D
D

EE

FF

1. Pemain mengelecek rapat 20 meter dalam kumpulan.


2. Pemain A mengelecek bola kepada D dan akan menyambung diri di belakang F.
3. Pemain D pula mengelecek bola kepada pemain B dan akan menyambung diri
dibelakang C.
4. Teruskan aktiviti ini sehingga pemain dapat menguasai kemahiran dengan baik.

Ansur Maju 5
Page | 15

A
A

B
B

C
C

D
D

1. Pemain A mengelecek bola di antara skitel dan memberikan bola kepada pemain
C. Kemudian pemain A akan menyambung diri di belakang D.
2. Teruskan sehingga semua pemain melakukan aktiviti ini.
3. Pastikan pemain mengelecek dengan cara yang betul.
4. Mulakan dengan berjalan kemudian tambahkan kelajuan apabila pemain sudah
menguasai kemahiran.
5. Ulang aktiviti ini.
Ansur Maju 6

A
A

B
B

C
C

1. Pemain akan mengelecek mengelilingi bulatan skitel.


2. Pemain A akan menggelecek kesemua skitel dan akan memberikan bola kepada B.
Pemain A akan menyambung diri di belakang C.
3. Teruskan sehingga pemain menguasai kemahiran ini.
4. Apabila pemain sudah menguasai kemahiran, tambahkan kelajuan.
6.4 Aktiviti Pemulihan
Page | 16

A
A

B
B

1. Pemain akan mengelecek bola secara lurus dan kemudian mengelilingi skitel.
2. Pemain A akan memberikan bola kepada pemain B dan menyambung diri di belakang
pemain B.
3. Apabila pemain sudah menguasai kemahiran, tambahkan kelajuan.
6.5 Aktiviti Pengayaan

A
A

B
B

1. Pemain A akan mengelecek rapat ke hadapan sejauh 5 meter dan kemudian menolak
kepada pemain B.
2.Pemain B yang menerima bola akan mengelecek rapat ke hadapan sejauh 5 meter dan
kemudian menolak semula kepada pemain A.
3.Teruskan aktiviti mengelecek dan menolak sejauh 30 meter.

6.6 Permainan Kecil

Page | 17

Aktiviti

Bola akhir dalam kotak.

Bilangan Pemain

12 orang.

Tujuan

Memperbaiki kawalan bola cara dekat.

Pengelolaan

1. 12 orang pemain bergerak bebas dalam kawasan empat segi sama yang berukuran
10 meter.
2. Sambil pemain-pemain bergerak dengan bebas mengawal bola sendiri, mereka cuba
mengeluarkan bola pemain lain dari kawasan permainan.
3. Pemain yang bolanya telah dikeluarkan hendaklah menunggu di luar garisan
permainan.
4. Pemain terakhir yang berada dalam kotak dengan bola berada dalam kawalannya
adalah pemenang.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad.
6.7 Gerak Kendur
1. Semua pemain berlari-lari anak sambil mengangkat tangan ke atas dan sisi.
2. Pemain membentuk separuh bulatan.
3. kaki dan tangan digoyang perlahan-lahan.
4. Buatkan regangan secara perlahan-lahan.
5. Tarik nafas 3 kali.

Page | 18

7.0 HANTARAN (PUKULAN)


Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola itu
bergerak dengan pantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah yang boleh dicapai
dengan latihan-latihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan.Kelebihan kemahiran
memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Jurulatih perlu
memastikan setiap hantaran atau pukulan menuju sasaran yang tepat.

7.1 Memanaskan badan


AKTIVITI

FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


a) Lari atas bebola kaki.

1. Lari ulang-alik (15 meter)

b) Angkat lutut tinggi.


c) Hayun tangan pantas ke hadapan
a) Pasangan berada di belakang

2. Lari membawa pasangan.

b) Lari perlahan-lahan 10 meter


c) Tukar pasangan

a) Belakang bertemu belakang


3. Timbang garam

b) Cangkok siku
Page | 19

c) Bengkok lutut (penimbang) dan bongkokkan


badan ke hadapan
d) Lentuk ke belakang dan luruskan kaki ke
bawah.
a) Kedua-dua tangan lurus ke hadapan atas bahu
pasangan.
4. Tolak bahu

b) Satu kaki ke hadapan dan satu kaki ke


belakang.
c) Tolak bahu dengan kuat.
a) Dari atas ke bawah:

5. Kelonggaran

i) Kepala
ii)

Tangan

iii)

Pinggang

vi)

Hamstring

vii)

Pergelangan kaki

7.2 Butiran mekanik


1. Cara memegang kayu:
Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu sementara tangan kanan di
bawahnya. Kedua-dua V yang dibuat dengan ibu jari dan jari telunjuk dari kedua-dua
tangan adalah selari. Tangan kiri ditegakkan supaya perlaksanaan lancar hayunan kayu ke
belakang dan mengikut rentek ke hadapan diadakan.

2. Cara berdiri:
Berdiri dengan kaki kangkang supaya anda berada di dalam keadaan yang selesa.
Letakkan bola lebih kurang 20cm dari kaki kiri. Bahu kiri ke arah gerakan atau pukulan.
Page | 20

Pada masa hantaran atau pukulan dibuat, mata hendaklah memandang bola dan lutut
dibengkokkan sedikit.
3. Bola:
Kedudukan bola janganlah jauh ataupun dekat sangat dengan kaki kiri. Sekirannya bola
dalam kedudukan dekat sangat dengan kaki kiri,kemungkinan pemain berkenaan
memukul kakinya sendiri. Kedudukan bola juga bergantung kepada ketinggian pemain
berkenaan.
4. Hayunan:
Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak terus dalam satu garisan lurus dengan
kaki kiri. Pada masa kayu kena pada bola, muka kayu hendaklah dalam keadaan
Verticalsupaya pukulan tepat boleh berlaku. Gerakan tangan adalah bebas dan tidak
menyentuh mana-mana bahagian badan atau sebarang jenis halangan sama ada pada masa
menghayunkan ke belakang atau mengikut lajakan ke hadapan.
5. Badan:
Semasa kayu dihayunkan ke belakang,berat badan adalah sama rata tetapi apabila kayu
diturunkan ke bawah berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan. Jarijari kaki kanan menjadi paksi. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian seperti berikut:
a) Gerakan badan dan pemindahan keberatan badan.
b) Kekuatan badan khasnya di bahagian bahu.
c) Kepantasan menurunkan kayu.
d) Kuncikan/Tegakkan/Genggaman pergelangan tangan.
e) Memegang kayu dengan kuatnya pada masa kayu bersentuhan dengan bola.

7.3 Ansur maju hantaran (pukulan)


Ansur Maju 1

Page | 21

A
A

1. Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter.


2. Pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul.
3. Pemain boleh mensasrkan pukulan ke arah yang dikehendakinya.
4. Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergerak satu
langkah, 2,3 langkah seterusnya.

Ansur Maju 2

B
B

A
A

1. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter.


2. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain.
3. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dan seterusnya.
4. Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya bila melakukan pukulan.

Ansur Maju 3
A
A

B
B

C
C

D
D

Page | 22

A
A

B
B

C
C

D
D

1. Pemain-pemain berdiri dalam dua barisan dan menghadap kawannya.


2. Seorang pemain memukul dan kawannya menahan bola kemudian memukul balik
kepada pasangan berulang-ulang.
3. Mulakan memukul bola secara statik dan kemudian bergerak 1, 2 dan 3 langkah
kehadapan sebelum memukul bola kearah pasangan.
Ansur Maju 4

A
A
A
A
A
A

B
B

B
B

B
B

C
C
C
C
C
C

1. Pemain A memukul bola kepada B dan lari ke belakang barisan B.


2. Pemain B pula akan memukul kepada pemain C dan berlari ke belakang barisan C.
3. Teruskan aktiviti ini sehingga semua pemain dapat melakukan pukulan dengan baik.

Ansur Maju 5

A
A

Page | 23

B
B

1. Setiap pemain akan menggunakan 2 biji bola hoki.


2. Pemain akan memukul bola pertama dengan kuat.
3. Pemain memukul pula bola kedua , supaya bola itu bergerak separuh jarak bola
pertama.
4. Ulang aktiviti ini sehingga pemain menguasai kemahiran.
7.4 Aktiviti Pemulihan
B
B

C
C

A
A

D
D

1. Pemain A akan membuat pukulan ke arah pemain B, C dan D. Kemudian pemain A


akan mengambil tempat pemain B.
2. Pemain B pula mengambil tempat pemain A tadi dan membuat pukulan kepada tiga
rakannya.
3. Pemain boleh menegur rakan yang melakukan kesilapan memukul bola.
4. Ulang aktiviti ini.

7.5 Aktiviti Pengayaan


A
A

Page | 24

A
A

A
A

1. Pemain-pemain (bertiga) akan membawa bola perlahan-lahan dan memukul bola ke


hadapan rakannya.
2. Pemain A akan membawa bola perlahan-lahan dan memukul bola kepada pemain B.
Pemain B akan menahan dan memukul kembali bola kepada A. Kemudian pemain A
akan memukul pula kepada pemain C dan seterusnya. (secara bergerak)
3. Apabila sampai di garisan yang ditetapkan pemain akan bertukar tempat dan lakukan
aktiviti yang sama seperti tadi.
4. Pastikan pemain-pemain sentiasa bergerak semasa melakukan aktiviti ini.

7.6 Permainan Kecil


Aktiviti

Pukulan Berganti-ganti dalam Kumpulan

Tujuan

Menghantar dan Memukul dengan betul

Bil. Pemain

6 orang satu kumpulan.

A
A

A
A

A
A

A
A

A
A

A
A

B
B
B
B

B
B

B
B

B
B

B
B

B
B

C
C

C
C

C
C

C
C

C
C

C
C

Syarat-Syarat Permainan
1. Setiap kumpulan mempunyai 6 orang pemain.
2. Pemain-pemain akan melakukan pukulan ke arah kumpulan masing-masing.
Page | 25

3. Setelah melakukan pukulan pemain tadi akan duduk di belakang barisan masing
masing.
4. Kumpulan yang menamatkan pukulan paling cepat dikira pemenang.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad.
7.7 GERAK KENDUR
1. Pemain-pemain diarahkan berlari-lari anak kehadapan secara perlahan-lahan.
2. Hayunkan pergelangan tangan ke atas, sisi dan bawah.
3. Goyangkan kaki dan tangan.
4. Bongkokkan badan dan tarik nafas.

8.0 PENGUKURAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN ASAS HOKI


8.1

Analisis data dan Interprestasi


Ujian yang dijalankan Guru membincangkan tentang pentafsiran data yang

dikumpulkan daripada instrumen ujian yang dilakukan ke atas murid. Analisis kajian
dibuat berdasarkan kepada pengiraan skor data mentah yang diperolehi dalam ujian
dengan menggunakan graf bar. Bagi membandingkan antara murid yang sangat lemah,
lemah, sederhana, baik dan sangat baik
Borang senarai semak digunakan semasa pemerhatian dilakukan terhadap murid.
Bagi mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan, Guru membuat pemerhatian
dan merekod kebolehan murid dalam melakukan kemahiran

mengelecek bola hoki

mengunakan fasa-fasa yang telah diaplikasikan dalam pengajaran.

8.2 UJIAN 1

Page | 26

Kemahiran

Menggelecek bola antara skitel

Objektif

Untuk menguji kemahiran peserta menggelecek bola


antara halangan dengan pantas.

Alatan

1 biji bola hoki


1 batang kayu hoki
5 skitel
1 jam randik
1 pita pengukur
1 wisel

8.2.1 Cara melakukan ujian :


1.

5 buah skitel diatur dalam satu barisan lurus. Skitel pertama diletakkan 2 meter
dari garis permulaan. Skitel lain diatur dengan jarak 5 meter antara skitel.

2.

Peserta berdiri di belakang garis permulaan dengan bola.

3. Apabila isyarat mula diberikan (tiupan wisel) peserta mula menggelecek bola
antara skitel. Peserta hendaklah menggelecek antara semua skitel dan balik ke
garis permulaan.
4.

Dua percubaan diberi dan pencapaian masa yang lebih baik diambil kira.

Gambarajah :

Page | 27

Garis
permulaan

8.2.2 Cara membuat skor :


1. Jam randik dimulakan apabila isyarat mula diberikan dan diberhentikan apabila
peserta melintas garis permulaan.
2. Masa untuk percubaan yang terbaik diambil.
8.2.3 Skor dan markah :
Masa
25 saat

Markah
1

Keputusan
Sangat lemah

24 saat
23 saat

2
3

Lemah

22 saat
21 saat

4
5

Sederhana

20 saat
19 saat

6
7

cemerlang

18 saat
17 saat

8
9

Sangat cemerlang

16 saat

10

8.2.4 Jadual permakahan


ujian 1

25

24

23

22

21

20

19

18

17

16

Nama Murid

Jant
ina

BiL

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

Page | 28

R3

MOHAMAD AIRIL DANISH B. AZUAN

R4

MUHAMMAD AFIF B. MOHD HANAPI

R5

MUHAMAD HAZZIQAMIR B. NOR


AZAN

R6

ALIF FARIEHIN B. MOHD FAISAL

R7

AZRUL AIMAN B. AZZIM NOR

R8

MOHAMAD AIMAN FIRDAUS B.


MOHD ZULKIBRI

R9

MUHAMMAD HAFIZ ZAMI B. AHMAD


NASIR

R10

MUHAMMAD SHAHIR IMRAN B.


AHMAD AZHAR

L
L

saat ( sangat lemah )

saat ( sangat lemah )

saat ( lemah )

saat ( lemah )

saat ( sederhana )

saat ( sederhana )

saat ( baik )

saat ( baik )

saat ( sangat baik )

saat ( sangat baik )


R2

MUHAMMAD FAKHRUDDIN B. ABD


RAOF
MOHAMAD FAKHRULKHAIRI B.
RAMLI

R1

6
9
8
7
5
3

6
9

Page | 29

8.2.5 Graf permakahan

Graf di atas menunjukkan taburan skor ujian mengelecek yang telah


dijalankan terhadap 10 orang murid. Perlakuan murid yang sangat cemerlang
terdapat 2 orang murid manakala cemerlang

ialah

3 orang

murid. Murid

sederhana adalah seramai 4 orang murid dan yang lemah adalah seorang murid.
Setelah dianalisis, jumlah markah yang

diperolehi. Guru telah menentukan

bahawa murid ini perlu lebih didedahkankan dengan pelbagai latihan dalam
penguasaan aktiviti mengelecek.

Page | 30

8.2.6 Gambar ujian 1 dilaksanakan

Page | 31

8.3 UJIAN 2
Kemahiran

Pukulan leret

Objektif

Untuk menguji keupayaan peserta memukul bola dengan kuat.

Alatan

3 biji bola hoki


1 batang kayu hoki
2 skitel
1pita pengukur
1 wisel

8.3.1 Cara melakukan ujian :


1. Peserta berdiri di belakang skitel yang diletakkan sebagai tanda untuk meletakkan
bola.
2. Apabila isyarat mula diberi, peserta akan memukul bola sekuat yang boleh untuk
mendapatkan jarak yang baik. Hanya pukulan melalui 2 skitel itu dianggap sah.
Jarak antara 2 skital ialah 1 meter.
3. Pukulan yang terbaik dari 2 percubaan akan diambil kira.
Jarak antaranya 1m
5m
Bangku panjang
untuk menahan
bola

Bola hoki

10m

20m 30m 40m

50m

Page | 32

8.3.2 Cara membuat skor :


1. Jarak setiap pukulan melalui skitel diambil kira.
2. Jarak pukulan yang terbaik dan yang paling jauh diambil kira.
8.3.3 Skor dan markah :
MASA
10 meter kebawah

MARKAH
1

11 meter hingga 15 meter


16 meter hingga 20 meter

2
3

21 meter hingga 25 meter


26 meter hingga 30 meter

4
5

31 meter hingga 35 meter


36 meter hingga 40 meter

6
7

41 meter hingga 45 meter


46 meter hingga 50 meter

8
9

51 meter keatas

10

KEPUTUSAN
Sangat lemah
Lemah
Sederhana
cermerlang
Sangat cemerlang

8.3.4 Jadual permakahan


ujian 1

R2

MUHAMMAD FAKHRUDDIN B. ABD


RAOF
MOHAMAD FAKHRULKHAIRI B.
RAMLI

R3

MOHAMAD AIRIL DANISH B. AZUAN

R4

MUHAMMAD AFIF B. MOHD HANAPI

R5

MUHAMAD HAZZIQAMIR B. NOR


AZAN

R6

ALIF FARIEHIN B. MOHD FAISAL

R7

AZRUL AIMAN B. AZZIM NOR

R8

MOHAMAD AIMAN FIRDAUS B.


MOHD ZULKIBRI

R9

MUHAMMAD HAFIZ ZAMI B. AHMAD


NASIR

R10

MUHAMMAD SHAHIR IMRAN B.


AHMAD AZHAR

R1

10m kebawah ( sangat lemah )

11m 15m ( sangat lemah )

16m 20m ( lemah )

21m 25m ( lemah )

26m 30m ( sederhana )

31m 35m ( sederhana )

36m 40m ( cemerlang )

41m 45m ( cemerlang)

46m 50m ( sangat cemerlang )

51m keatas ( sangat cemerlang )

Nama Murid

Jantina

BiL

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

8
5
5
7
4

Page | 33
4
5
7

8.3.5 Graf permakahan

Graf di atas menunjukkan skor ujian yang telah dijalankan terhadap 10 orang
murid yang sama. Secara keseluruhannya kesemua murid telah berjaya melakukan ujian
yang telah diberikan dengan lancer. seramai seorang murid mendapat markah yang
sangat cemerlang,3 orang murid mendapat cemerlang, manakala sederhana seramai 3
orang dan murid yang lemah seramai 3 orang murid.

8.3.6 Gambar ujian 2 dilaksanakan

Page | 34

9.0

RUMUSAN
9.1

Refleksi Selepas Ujian

Hasil dapatan ujian ini membuktikan bahawa dengan menggunakan manual ujian
ini boleh dipertingkatkan lagi dan boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Page | 35

Pendidikan Jasmani khususnya bagi meningkatkan kemahiran mengelecek rapat dan


hantaran ( pukulan ) dalam permainan hoki.
Manual ujian ini telah berjaya memperbaiki kelemahan perlakuan menggelecek
dan hantaran ( pukulan ). Selepas menjalani ujian mengelecek dan hantaran ( pukulan ),
terdapat murid yang sangat cemerlang, cemerlang, sederhana, lemah dan sangat lemah.
Semasa intervensi dijalankan, guru telah membuat pemerhatian dengan menggunakan
senarai semak dan mendapati murid telah berjaya meningkatkan kemahiran mengelecek
dan hantaran ( pukulan ).
Menariknya, dengan adanya manual ujian ini, adanya proses pemahaman oleh
murid dengan lebih berkesan dan mengubah perlakuan murid daripada tidak tahu kepada
tahu.
Namun, dalam tempoh ujian dijalankan, murid dapat memberi perhatian dan
penumpuan yg penuh supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam perlakuan.
Selain itu kaedah demontrasi juga penting untuk murid. Ia berlaku hanya melalui
pengamatan. Proses belajar semacam ini disebut Observational Learning atau
pembelajaran melalui pengamatan. Dengan ini, maka terbuktilah bahawa pelaksanaan
ujian harus dilakukan dan dirancang dengan teliti dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani untuk mendapat kecemerlangan dalam permainan hoki.
ujian yang dilakukan oleh murid sedikit sebanyak telah mempengaruhi kefahaman
tentang cara menggelecek rapat dan hantaran ( pukulan ) yang betul dalam kalangan
mereka. Bagi meningkatkan penguasaan dalam kemahiran ini, murid perlu belajar secara
berperingkat dan tersusun sehingga kemahiran mengelecek dan hantaran ( pukulan ) ini
dapat dilakukan dengan teknik yang betul.

Page | 36

10.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Setelah melihat kejayaan yang dicapai pada ujian kali ini, guru bercadang untuk

membuat ujian menggunakan kaedah pembelajaran koperatif pada pelajar lain dan
kemahiran yang berbeza daripada ujian ini. Hasil daripada ujian yang dilakukan ini boleh
digunakan untuk mengkaji keberkesanan kaedah penggunaan strategi koperatif ini
terhadap medium pengajaran yang berbeza menggunakan murid dan kaedah ujian yang
berbeza.
Seterusnya guru mencadangkan jika kaedah ini diguna pakai pada masa akan
datang penambahbaikan dalam melaksanakan ujian harus dilakukan supaya dapatan data
itu lebih kukuh dan keesahannya tinggi. guru mencadangkan semasa pemerhatian dibuat
terhadap responden ketika melaksanakan ujian yang diuji berdasarkan lakuan, video
digunakan untuk merakam perlakuan murid supaya pengkaji dapat menilai dengan lebih
telus lakuan murid sebagai sokongan kepada pemerhatian yang dilakukan. guru boleh
melihat semula rakaman video untuk meneliti dengan lebih jelas perlakuan murid ketika
melakukan aktiviti.
Seterusnya pengkaji boleh mencadangkan sesuatu yang boleh menarik perhatian
murid meningkatkan prestasi mereka. Penggunaan kaedah koperatif secara tidak langsung
dapat memotivasikan murid untuk menggalakkan mereka terus belajar dan cuba sedaya
upaya mempertingkatkan prestasi mereka. Perkara yang memainkan peranan penting
dalam melakukan ujian ini ialah mengenai instrument yang digunakan dalam kajian ini.
Pada ujian akan datang penambahbaikan akan dilakukan dimana instrument ujian untuk
mendapatkan data ditambah agar dapatan data yang diperolehi lebih tepat dan

kukuh.

Page | 37

Antara kaedah lain yang dicadangkan ialah kaedah temubual, kaedah soal selidik, kaedah
multi media dan sebagainya. Kaedah-kaedah yang lain ini akan membantu guru
mengumpul maklumat yang lebih banyak mengenai minat, tahap kemahiran, tahap
kognitif dan tingkah laku murid yang mempengaruhi prestasi murid itu dalam akademik
mahu pun aktiviti fizikal seperti penguasaan sesuatu kemahiran.
Dalam ujian kali ini masa yang diberikan untuk melaksanakan ujian ini tidak
cukup kerana segala perancangan dan hasil dapatan maklumat serta data terpaksa
dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Maka, guru dapat membuat kelengkapan
dengan lebih kemas dan efisien serta teratur. Peruntukan masa yang cukup akan
memastikan hasil daripada kajian lebih tepat dan berkesan untuk kegunaan semua pihak
yang terlibat di dalam bidang pendidikan di negara ini.

11.0 BIBLIOGRAFI
http://notakuliahpismp.blogspot.my/2012/10/kemahiran-asas-hoki.html
http://www.slideshare.net/ainkunurulain/kemahiran-asas-hoki
Page | 38

http://myhokiband.blogspot.my/2009/04/kemahiran-kemahiran-membuathantaran.html
http://infopjkform4.blogspot.my/2012/04/kemahiran-asas.html
https://prezi.com/mg41msedgggy/permainan-hoki/
http://www.zairedin.com/2011/03/kemahiran-asas-hoki-menolak.html
http://duniahoki.weebly.com/sejarah-permainan-hoki.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki
https://shila22.wordpress.com/sejarah-hoki-2/
https://www.scribd.com/doc/11515227/Sejarah-Permainan-Hoki-Di-Malaysia
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=727755

Page | 39