Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: MOHAMAD ARIF BIN ISHAK

PROGRAM

: PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH

: SK BATU BERENDAM 2

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Sekolah


(Lukisan mural Sudut Bahasa Inggeris)
TEMPOH PELAKSANAAN
OBJEKTIF

: 12 OKTOBER 2015 - 16 OKTOBER 2015

1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang menarik dan informatif.


2. Menjadikan ruang dinding sudut Bahasa Inggeris lebih ceria dan lebih
menarik.
3. Meningkatkan kesedaran berbahasa Inggeris di kalangan murid.
4. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
5. Mempelajari cara melakukan kertas kerja yang betul.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru pembimbing.
Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan
cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan
kawasan ruang dinding sudut Bahasa.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan Guru Besar SKBB2. Selepas kertas kerja
disahkan, kami membeli bahan-bahan yang diperlukan.
3. Mencari bahan.

Proses mencari bahan-bahan seperti Cat Pelaka dan berus cat.


4. Menceriakan dinding Sudut Bahasa Inggeris.
Hasil kerja dipamerkan di dinding Sudut Bahasa Inggeris SKBB2

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Ketua panitia iaitu Puan Salinah banyak membantu dalam proses
melaksanakan aktiviti ini. Idea lukisan mural ini adalah daripada beliau
sendiri.
2. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan
lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah .
3. Memberi peluang untuk kami mempelajari bagaimana ingin melakukan dan
menyediakan satu kertas kerja untuk melaksanakan suatu projek atau aktiviti.
4. Memupuk semangat bekerjasama diantara guru-guru dan kakitangan
sekolah. Membina hubungan kerja yang erat dimana mampu memberi
manfaat kepada sekolah.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Keadaan

jerebu

yang

teruk telah

memaksa

sekolah

ditutup. Ini

mengakibatkan proses mencantikkan sudut bahasa inggeris terjejas. Ia


melambatkan proses dan kami terpaksa mencari alternatif lain dengan
hadir ke sekolah pada hari cuti.
2. Kawasan projek tersebut merupakan laluan utama para murid di sekolah
SKBB2 , ianya menyukarkan kami kerana murid-murid sering melalui laluan
tersebut dan telah menjejaskan proses projek tersebut. Namun, masalah ini
dapat diatasi dengan menutup jalan tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih
sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada
masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu
selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. Pada hari Sabtu
dan Ahad juga kami datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan mural blok tulisan
tersebut.

KESIMPULAN
Projek menceriakan Sudut Bahasa Inggeris sedikit sebanyak mengajar saya
erti bersyukur terhadap prasana yang telah disediakan oleh kerajaan kepada kita.
Mencantikkan sudut tersebut membuktikkan bahawa kita bersyukur tentang apa
yang diberi kepada kita. Ianya juga mampu menjadi contoh kepada murid-murid agar
menghargai tentang apa yang diberi dan haruslah dengan sedaya-upaya menjaga
dengan baik.
Selain itu, projek ini juga memberi banyak ilmu dan pengalaman dalam
melakukan kertas kerja dan berurusan dengan guru-guru serta kakitangan sekolah.
Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolongmenolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu
projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan sekolah menjadi ceria, selesa dan
lebih menarik minat murid-murid untuk belajar.

Di samping itu, mural Bahasa Inggeris juga dapat memberi satu kesedaran
kepada murid-murid tentang kepentingan mempelajari Bahasa Inggeris serta
semangat untuk datang ke sekolah.

Disediakan oleh,

MOHAMMAD ARIF BIN ISHAK


(GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM)

Disemak Oleh,

PN HJH SAFIAH BT HJ SHARIF


(GURU BESAR SK BATU BERENDAM 2)

LAMPIRAN

1. Sebelum:

2. Selepas: