Anda di halaman 1dari 18

Asma' Al-Banjari

Home
T H U R S D A Y, 1 7 M A Y 2 0 1 2

Kesan Perang Dunia Kedua terhadap kebangkitan


semangat kebangsaan dikalangan negara-negara Asia
Tenggara
1.0

Pengenalan

Perang Dunia Kedua telah memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan
mengorbankan nyawa sejumlah 61 juta orang termasuklah tentera dan orang awam. Rusia
mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan
anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai
7 juta.
Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling
banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan
kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara
serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan
membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika
Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman,
Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua
medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik di Pasifik dan Asia
Timur.
Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila serangan dari udara memainkan
peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang
Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi
pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan
ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan
dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan
Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga
secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang
ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agarpertelingkahan yang sebegitu besar dan
menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

1.1

KEPENDUDUKAN JEPUN DI ASIA TENGGARA

Dalam esei ini, kita akan membincangkan kesan semangat nasionalisme dikalangan
masyarakat di beberapa negara Asia Tenggara sahaja iaitu Tanah Melayu dan Indonesia.
Jepun mengembangkan sayap kependudukannya di Asia Tenggara kerana beberapa faktor
iaitu seperti kronologi dibawah:
a). Kebangkitan Meiji (1868) telah membawa pemodenan negara Jepun terutama dan
segi ekonomi.
b). Tujuan Jepun menawan Asia Tenggara ialah:
(i) Mengatasi masalah kekurangan kawasan pertanian untuk menampung keperluan penduduk
yang semakin bertambah.
(ii) Mendapatkan bekalan bahan mentah untuk perkembangan perusahaan.
(iii) Amerika Syarikat telah melancarkan sekatan ekonomi ke atas Jepun.
c). Jepun menggunakan slogan Asia untuk Asia dan Kemakmuran Bersama Asia Timur
Raya.
d). Antara tindakan agresif yang dilancarkan Jepun ialah:
(i) 1931 Jepun menawan Manchuria.
(ii) 1937 Jepun menyerang China.
(iii) 1940 Jepun menyerang Indochina.
e). Pada 7 Disember 1941, tentera Jepun telah mengebom Pearl Harbour.

2.0

Dasar pemerintahan Jepun di Asia Tenggara

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia adalah bercorak ketenteraan. Kuasa
tertinggi bagi Tanah Melayu ialah Jeneral yang berpusat di Singapura. Manakala kuasa
tertinggi di Indonesia berpusat di Jawa. Jepun telah menyatukan Sabah, Sarawak, dan
Brunei di bawah satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Borneo Utara. Manakala
Jepun mentadbir Indonesia dengan membahagikanpentadbiran kepada 3 unit iaitu
Sumatera, Jawa dan Madura, Kalimantan dan Indonesia Timur.
Dasar penjepunan dilaksanakan untuk menghapuskan pengaruh Barat di Asia Tenggara
seperti penggunaan bahasa Jepun di sekolah-sekolah dan menaikkan bendera Jepun. Dari
aspek ekonomi pula Jepun turut memperkenalkan sistem ekonomi kawalan untuk
menggantikan sistem ekonomi usahaniaga bebas[1].

3.0

Reaksi masyarakat Asia Tenggara terhadap pemerintahan Jepun

a) Rakyat di Tanah Melayu dan Indonesia mengalami penderitaan kerana dasar penjajahan
British, Belanda dan Jepun yang menindas rakyat tempatan.
b) Zaman pendudukan Jepun menyebabkan imej kuasa Barat mula merosot.
c) Jepun telah mengawal pergerakan rakyat dengan mengadakan kawalan terhadap
media massa.
d) Jepun turut membubarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pemimpinnya iaitu Ibrahim Haji
Yaacob hanya dibenarkan bergerak di dalam Pertubuhan Giyu Gan atau Pembela Tanah Air
(PETA).
e) Ibrahim Haji Yaacob telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
untuk membina perpaduan dan menunjukkan rasa kecewa terhadap pemerintahan Jepun.

4.0

Kesan pemerintahan Jepun di Asia Tenggara

Kependudukan Jepun di Asia Tenggara amat dirasai oleh rakyat Tanah Melayu dan Indonesia
berbanding Filipina, Brunei dan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Impak
kependudukan Jepun walaupun dalam masa 3 tahun 8 bulan telah memberi kesan kepada
kebangkitan semangat kebangsaan dikalangan penduduk Tanah Melayu dan Indonesia
khasnya.

4.1
CIRI-CIRI SEMANGAT KEBANGSAAN (NASIONALISME) DI ASIA
TENGGARA
Terdapat beberapa sifat nasionalisme yang berlaku di Asia Tenggara. Pada peringkat awal
nasionalisme adalah bersifat penentangan terhadap penjajah yang datang sama ada oleh
sami Buddha di Burma, Pembesar di Tanah Melayu, vietnam, Jawa dan sumatera dan ketua
Daerah di Filipina[2]. penjajahan ini adalah kesan daripada keadaan politik yang kurang
stabil di Asia Tenggara .
Kemudian gerakan nasionalisme di Asia Tenggara adalah lebih teratur disebabkan dengan
lahirnya golongan yang berpendidikan yang menggunakan saluran yang lebih baik dengan
menyebarkan pemikiran mereka dengan menggunakan akhbar ataupun dengan
menggunakan majalah-majalah seperti Majalah al-Imam, Utusan Melayu, La Solidaridad
dan sebagainya. Golongan ini adalah mereka yang mendapat pendidikan Barat ataupun
memiliki pendidikan Arab. Mereka telah memahami budaya, ilmu pengetahuan dan nilai
hidup Barat dan telah melihat perkembangan dunia luar. Mereka telah menghayati idea
baru seperti Liberalisme, Sosialisme, komunisme dan Demokrasi.

Semangat peningkatan kehidupan sama ada sosial mahupun ekonomi menjadi agenda
utama pada dua dekad abad ke 20. Politik juga diberi perhatian yang lebih selain telah
mula membuat tuntutan politik dengan menerangkan persamaan hak untuk mendapatkan
pendidikan[3]. Ia bukan saja melibatkan kaum lelaki tetapi jua kaum wanita sepertiman
halnya di Indonesia yang diperjuangkan oleh Raden Adjeng kartini .
Penentangan adalah dinamik, keras dan berani menentang penjajah. kebanyakan golongan
ini lebih ramai daripada golongan guru, wartawan, penulis [4] atau pegawai kerajaan yang
kurang mendapat perhatian kerajaan tetapi telah mendapat pendedahan daripada Jepun
yang pernah menakluki Asia Tenggara.
Juga terdapat kegiatan nasionalisme daripada golongan pendatang seperti Cina dan India
yang memperjuangkan mayarakat mereka. Kegiatan mereka adalah amat berbeza daripada
kegiatan nasionalisme tempatan. Kedatangan mereka adalah untuk mencari pendapatan
dan bukanlah untuk terus menetap di Asia Tenggara. Kelahiran warga tempatan daripada
masyarakat China ini mengubah pendirian ini menjadikan kegiatan mereka tertumpu pada
kemahuan mendapatkan kewarganegaraan di negara-negara Asia Tenggara[5].
Ada juga nasionalisme yang bersifat mementingkan agama seperti di Burma oleh golongan
Sami Buddha[6].

4.2

KESAN PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan dalam tempoh kira-kira
70 hari Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu apabila Ketua Turus Tentera Berikat
iaitu Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah kepada Panglima Tentera Jepun iaitu
Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura pada 15 Februari 1942. Sejak itu, Tanah
Melayu ditadbir oleh pihak tentera Jepun sehingga 15 Ogos 1945. Walaupun pendudukan
Jepun hanya selama 3 tahun 8 bulan tetapi ia telah meninggalkan beberapa kesan sama
ada politik, ekonomi mahupun sosial terutama sekali ke atas semangat kebangsaan ke atas
masyarakat di Asia Tenggara khasnya di Tanah Melayu dan Indonesia.

Kesan-kesan
a)

Politik
Selepas menguasai Tanah Melayu, Jepun menyusun semula pentadbiran dengan meletakkan
Tanah Melayu di bawah pentadbiran tentera yang dikenali sebagai Malaya Military
Administration (MMA) sesuai dengan keadaan peperangan ketika itu. Matlamat utama MMA
ialah untuk memulihkan ketertiban awam, mengeksploitasikan sumber-sumber penting
untuk menampung ekonomi perang dan menjamin bekalan yang cukup bagi keperluan

tenteranya di Tanah Melayu. Dalam menjalankan pentadbiran, MMA dibantu oleh Polis
Rahsia Jepun dan Badan Perisikan Jepun yang dikenali sebagai Kempeitai Tekkikan dan
Toko. Negeri-negeri Selat (NNS) ditadbir secara langsung oleh Jepun manakala sistem
kerajaan di negeri-negeri lain diteruskan dan diletakkan di bawah kawalan langsung
seorang Gabenor Jepun. Majlis Mesyuarat Negeri ditukarkan menjadi Majlis Penasihat.
Majoriti ahlinya adalah orang Jepun dan orang Melayu. Walau bagaimanapun, kuasa
sebenar berada di tangan Jepun. Untuk mendapat sokongan orang Melayu, Jepun
mengekalkan institusi Sultan sebagai pentadbir bersama-sama dengan pihak Jepun.
Pada peringkat awal pendudukan Jepun, Sumatera digabungkan dengan Tanah Melayu di
bawah satu pentadbiran yang berpusat di Singapura yang dikenali sebagai Shonan. Walau
bagaimanapun, penyatuan ini gagal dan Sumatera dipisahkan dari NNM daripada segi
pentadbiran pada tahun 1944.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang mendalam di kalangan
penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Melayu. Hal ini dijelaskan oleh Yoji Akashi
dalam bukunya The Japanese Military Administration in Malaya. Anthony Hill dalam
bukunya Division in Malaya menegaskan The Japanese regime and its aftermath
awakened for the first time the political consciousness among the Malay People. They
certainly developed it, leading its solidarity and direction. Manakala John Fustons dalam
bukunya Malay Politic in Malaysia menegaskan yang pendudukan Jepun telah politicize
the Malay Peasantry to the extent that they were available for mass mobilization
immediately after the war.
Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun Asia untuk Asia telah membangkitkan
kesedaran penduduk tempatan untuk berjuang menuntut kebebasan politik dan
kemerdekaan. Dalam menjalankan pentadbiran, Jepun lebih mengutamakan orang Melayu
kerana ia menganggap Tanah Melayu sebagai hak orang Melayu. Dalam buku yang sama Yoji
Akashi menjelaskan In the early stage of accupation, the MMA was obliged to regard the
Malays as the rightful owner of Malaya while the Chinese and Indian as subordinate races.
Orang Melayu diberi peluang memegang jawatan-jawatan pentadbiran seperti Pegawai
Daerah dan sebagainya. Dalam Majlis Penasihat bilangan ahli Melayu melebihi bilangan
bangsa-bangsa lain. Sebagai contoh, di Perak 14/20, di Negeri Sembilan 7/12 dan di Pahang
5/9. Pengalaman dalam pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah memberi
keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri
mereka sendiri.
Dasar Jepun terhadap orang India agak memuaskan kerana ia mengharapkan sokongan
mereka dalam usaha untuk menjayakan rancangan Jepun untuk menguasai India. Orang
India digalakkan bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan India daripada British.
Mereka diminta menganggotai Tentera Kebangsaan India (MIA) yang ditubuhkan oleh Jepun
di Tanah Melayu. Dengan tujuan mendapatkan sokongan orang India juga, Jepun
menubuhkan Kerajaan India Buangan yang dikenali sebagai Azad Hind di Singapura di
bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Dasar Jepun terhadap orang India telah

menimbulkan masalah dalam usaha untuk mewujudkan semangat kenegaraan di kalangan


orang India di Tanah Melayu.
Dasar orang Jepun terhadap orang Cina amat berbeza daripada dasar mereka terhadap
orang Melayu dan India. Selepas menguasai Tanah Melayu mereka melakukan pembunuhan
beramai-ramai dan lain-lain kezaliman ke atas orang Cina. Keadaan ini berlaku kerana
permusuhan di antara Negeri Jepun dan Negeri China. Selain itu, Jepun marah kepada
orang Cina di Tanah Melayu yang telah membantu Negeri China semasa Jepun menyerang
China 1937. Akibat daripada tindakan Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam
hutan bagi mengelakkan penindasan Jepun dan seterusnya menganggotai Parti Komunis
Malaya (PKM). Dasar Jepun terhadap orang Cina dan India telah menebalkan lagi semangat
kecinaan dan keindiaan di kalangan orang Cina dan India di Tanah Melayu.

Kekalahan British dengan begitu mudah telah menjatuhkan maruah British dan telah
melenyapkan mitos superioriti yang menganggap kuasa Barat tidak boleh dikalahkan oleh
kuasa Timur. Cara mereka diusir oleh Jepun serta cara tawanan dilayan telah menjatuhkan
lagi maruah British. Kekalahan British menyedarkan penduduk tempatan bahawa mereka
tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu. Keadaan ini
menyedarkan penduduk tempatan supaya berusaha sendiri bagi mempertahankan hak-hak
dan kepentingan serta tanah air mereka.

Tindakan Jepun menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam pada Ogos 1943
menyedarkan penduduk tempatan bahawa Jepun tidak berminat untuk memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Jepun yang dianggap sebagai pembebas yang akan
membebaskan Tanah Melayu juga merupakan kuasa penjajah. Apa yang berlaku sebenarnya
ialah penjajahan British digantikan dengan penjajahan Jepun malah penjajahan Jepun
lebih kejam daripada penjajahan British.

Permusuhan yang timbul dengan orang Cina akibat pendudukan Jepun telah menyedarkan
orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka sebagai
bumiputera Tanah Melayu. Jepun dengan nasionalis-nasionalis Melayu telah menimbulkan
lagi semangat nasionalisme. Jepun memberi sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM)
pimpinan Ibrahim Yaacob. Ia juga telah menubuhkan Pasukan Tentera Sukarela (PETA) atau
Pembela Tanah Air yang lebih dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob.
Selepas menduduki Tanah Melayu, Jepun membebaskan nasionalis-nasionalis yang
dipenjarakan oleh British seperti Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad
Boestamam. Pembebasan telah membolehkan perjuangan nasionalisme diteruskan.

Pendudukan Jepun telah memberi peluang kepada PKM untuk berkembang. Ia mula
mendapat sokongan ramai terutamanya daripada orang Cina dan dianggap sebagai

pelindung mereka daripada penindasan Jepun. Apabila Tanah Melayu dikuasai Jepun,
anggota-anggota PKM lari ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka telah
menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU) yang ditubuhkan oleh British. PKM
seterusnya menubuhkan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya atau Malayan People antiJapanese Army (MPAJA). MPAJA mendapat bantuan seperti senjata, makanan, ubat-ubatan
dan latihan daripada pihak Berikat terutamanya Pasukan 136. Pengalaman dalam
peperangan di hutan dan senjata yang diperolehi semasa pendudukan Jepun amat
menguntungkan PKM terutamanya dalam usaha untuk menjayakan matlamat mereka.
Semasa pendudukan Jepun, mereka menyerang hendap tentera Jepun dan menjalankan
pengintipan bagi pihak British. Selepas pendudukan Jepun, PKM muncul sebagai parti yang
kuat dan teratur. Mengenangkan jasa PKM membantu British menentang Jepun, ia diterima
sebagai parti yang sah sejak tahun 1945. Kegagalan untuk mencapai matlamat melalui
perlembagaan telah mendorong PKM melakukan pemberontakan bersenjata sejak 16 Jun
1948 bagi menjayakan matlamat mereka menguasai Tanah Melayu dan seterusnya
menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Pendudukan Jepun telah mengakibatkan munculnya kesedaran politik secara berparti dan
berpersatuan di kalangan penduduk Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Di antara
parti-parti yang wujud ialah UMNO, MCA, MIC, API, AWAS, PKMM, Hizbul Muslimin dan
sebagainya[7].

Idea kemerdekaan juga didapati akibat daripada pendudukan Jepun. Kerana Jepun telah
berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu di bawah lingkungan
Indonesia Raya. Untuk tujuan tersebut, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
telah ditubuhkan pada Julai 1945. Rundingan telah diadakan di antara pemimpin Tanah
Melayu iaitu Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin dengan pemimpin Indonesia iaitu Sukarno
dan Hatta untuk menjayakan matlamat kemerdekaan bersama. Rundingan diadakan di
Singapura pada 8 Ogos 1945 dan Taiping pada 12 Ogos 1945. Walau bagaimanapun, KRIS
gagal memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu akibat daripada kekalahan Jepun pada
15 Ogos 1945.

b)
Ekonomi
Ekonomi dan taraf hidup rakyat Tanah Melayu mengalami kemerosotan semasa pendudukan
Jepun. Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah
mengalami kemerosotan kerana pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan juga
kerana dasar Bumi Hangus yang diamalkan oleh British dimana mereka telah merosakkan
pokok-pokok getah, kilang-kilang, lombong-lombong dan jentera perlombongan sebelum
beundur dari Tanah Melayu bagi mengekalkannya daripada jatuh ke tangan Jepun. Tanah
Melayu juga telah putus daripada pasaran antarabangsa bijih timah dan getah kerana
Jepun mengharamkan eksport keduanya kecuali Jepun.

Selain itu, Jepun juga mengeksploitasikan sumber-sumber yang diperlukan di negeri Jepun
terutamanya besi dan bauksit. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengalami
kekurangan barang pengguna khususnya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943, Tanah
Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya. Walaupun Burma yang
banyak menghasilkan beras juga dikuasai oleh Jepun tetapi import beras dari Burma
tergendala kerana masalah peperangan. Beberapa langkah telah dijalankan atas arahan
Jepun bagi menambahkan pengeluaran beras Tanah Melayu.

Di antara langkah-langkah tersebut ialah menggalakkan penanaman padi 2 kali setahun,


memperkenalkan benih padi daripada Taiwan, membuka tanah pertanian baru dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, pengeluaran beras Tanah Melayu tetap tidak mencukupi
untuk keperluan penduduknya. Akibatnya penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung
kepada tanaman lain seperti jagung, pisang, ubi kayu dan sebagainya. Semasa Jepun,
Tanah Melayu mengalami inflasi kerana pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan
kekurangan barang pengguna terutamanya makanan.

Pada tahun 1945, pengedaran wang kertas di Tanah Melayu berjumlah $4000 juta
sedangkan sebelum pendudukan Jepun pengedaran wang kertas hanya $200 juta.
Kemusnahan sistem perhubungan dan lain-lain infrastruktur yang tidak dibaiki oleh Jepun
telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi Tanah Melayu. Walapun Jepun melaksanakan
beberapa industri seperti kilang kasut, tayar dan sebagainya, tetapi ia tidak mencapai
kejayaan.

c)
Sosial
Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan pada rakyat Tanah Melayu.
Kekejaman polis rahsia Jepun khususnya Kempeitai[8] telah menambahkan lagi penderitaan
rakyat Tanah Melayu terutamanya mereka yang anti-Jepun seperti orang Cina. Ramai orang
Cina telah dibunuh dan dizalimi oleh Jepun menyebabkan mereka lari ke dalam hutan.
Mereka tinggal di dalam hutan dan menanam tanaman makanan untuk keperluan sendiri.
Tidakan orang Cina telah membawa kepada permulaan wujudnya masalah setinggan
selepas Perang Dunia Kedua. Semasa Jepun, terutamanya orang India telah dijadikan buruh
paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina jalan keretapi. Kekurangan
makanan dan penyakit menyebabkan ramai meninggal dunia sehingga jalan keretapi itu
dikenali sebagai Jalan Keretapi Maut. Kekurangan makanan terutamanya beras telah
menimbulkan pelbagai penyakit. Di antara penyakit yang banyak membawa maut ialah
malaria dan beri-beri. Masalah penyakit semakin serius kerana kekurangan ubat lebih-lebih
lagi bila ubat-ubat telah dirampas oleh tentera Jepun bagi keperluan mereka di Tanah
Melayu.

Pendudukan Jepun telah mengakibatkan wujudnya permusuhan kaum di antara orang


Melayu dengan orang Cina akibat daripada dasar Jepun yang berbeza kepada kaum-kaum
tersebut. Layanan baik Jepun kepada orang Melayu telah menimbulkan kemarahan orang
Cina. Malah Jepun telah mengambil orang Melayu untuk dijadikan polis dan tentera dimana
mereka digunakan oleh Jepun untuk menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina.
Tindakan orang Melayu menjadi pengintip Jepun telah menambah lagi kemarahan orang
Cina. Akibatnya selepas pendudukan Jepun, berlaku pergaduhan kaum di antara orang
Melayu dengan orang Cina terutamanya di Perak dan Johor. Pendudukan Jepun telah
menimbulkan semangat rajin dan berdikari di kalangan orang Melayu seperti menghasilkan
barang daripada daun nanas dan gula dari nira kelapa. Pendudukan Jepun turut
menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya pengajaran, dimana selepas
perang sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di seluruh negara.

4.3

KESAN PEMERINTAHAN JEPUN DI INDONESIA

Jepun mula menyerang Indonesia pada 14 Februari 1942 dan berjaya menguasainya
pada 9 Mac 1942 apabila ketua turus tentera Berikat Leftenan Jeneral Ter Poorten
menyerah kalah kepada panglima tentera Jepun, Immamura Hitoshi. Selepas menguasai
Indonesia, Jepun membahagikan pentadbiran kepada 3 unit iaitu Sumatera, Jawa dan
Madura, Kalimantan dan Indonesia Timur. Jepun mengekalkan pentadbiran asas Belanda
dan memerintah melalui elit-elit yang berpengaruh seperti golongan priyayi di Jawa.
Dalam menjalankan pentadbiran, Jepun mempunyai matlamatnya iaitu menghapuskan
pengaruh Barat di kalangan rakyat Indonesia dan mengeksploitasikan penduduk dan sumber
Indonesia untuk kepentingan negera Jepun. Jepun memerintah Indonesia sehingga 15 Ogos
1945. Walaupun pendudukan Jepun berlangsung hanya 3 tahun, tetapi ianya telah
meninggalkan pelbagai kesan terutamanya terhadap perkembangan nasionalisme
Indonesia. J.M. Kahin dalam bukunya Nationalism dan Revolution In Indonesia mendakwa
pendudukan Jepun telah mengukuhkan semangat nasionalisme dan mempercepatkan proses
pencapaian kemerdekaan.

Kesan-kesan
a. Kekalahan Belanda
Kekalahan Beland begitu mudah telah menjatuhkan maruah Belanda, lebih-lebih lagi
Belanda tidak memperlihatkan semangat untuk menentang Jepun. Cara mereka diusir oleh
Jepun dan cara orang tawanan dilayan oleh Jepun telah menjatuhkan lagi maruah Belanda.
Dalam tempoh 6 bulan selepas menduduki Indonesia, semua orang Belanda yang masih

berada di Indonesia telah dipenjarakan. Kekalahan ini telah melenyapkan mitos


superioriti yang dianggap kuasa Barat sukar dikalahkan. Kekalahan Belanda juga
menghilangkan keyakinan rakyat tempatan terhadap kebolehan Belanda kerana Belanda
gagal melindungi Indonesia. Perkembangan ini menyedarkan rakyat Indonesia bahawa
mereka juga mampu mengalahkan Belanda. Akibatnya, perasaan anti penjajah khususnya
anti-Belanda bertambah di kalangan rakyat Indonesia.

b. Pembebasan nasionalis
Selepas menguasai Indonesia, Jepun telah membebaskan nasionalis-nasionalis yang
telah dipenjarakan oleh Belanda. Antara mereka ialah Sukarno, Hatta, Shahrir, Amir
Syarifuddin, Sartono dan lain-lain lagi. Pembebasan nasionalis membolehkan perjuangan ke
arah kemerdekaan diteruskan sama ada melalui kerjasama dengan Jepun seperti Sukarno
atau Hatta atau melalui gerakan bawah tanah seperti Shahrir dan Amir Syarifuddin.
Walaupun tindakan Jepun membebaskan nasionalis bertujuan mendapat sokongan
nasionalis dalam usaha untuk mengekal dan mengukuhkan kedudukan Jepun tetapi langkah
tersebut telah menguntungkan perjuangan nasionalisme Indonesia.

c. Kerjasama Jepun dengan nasionalis


Dalam menjalankan pentadbiran, Jepun bekerjasama dengan nasionalis dengan tujuan
untuk mendapat sokongan nasionalis dalam usaha untuk mengeksploitasikan penduduk
serta sumber Indonesia bagi kepentingan negera Jepun. Nasionalis seperti Sukarno dan
Hatta telah diberi kebebasan bergerak dan berpidato ke seluruh Indonesia. Kesempatan ini
digunakan oleh nasionalis untuk menanamkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat
Indonesia, khususnya perasaan anti penjajah iaitu anti-Jepun dan anti-Belanda.

d. Peluang pentadbiran
Kekalahan Belanda telah meninggalkan kekosongan jawatan dalam pentadbiran. Oleh
sebab Jepun kekurangan pegawai pentadbir, maka rakyat Indonesia yang terpelajar telah
dilantik memegang jawatan-jawatan dalam pentadbiran. Pengalaman dalam pentadbiran
telah memberi keyakinan diri serta kesedaran terhadap kemampuan mereka untuk
mentadbir negeri sendiri. Selain itu, terdapat pegawai-pegawai Indonesia yang
berselindung di sebalik jawatan mereka dalam memperjuangkan nasionalisme Indonesia.

e. Bahasa, bendera dan lagu

Dalam usaha untuk menghapuskan pengaruh Barat, Jepun telah mengharamkan


penggunaan bahasa Barat khususnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Belanda. Penggunaan
Bahasa Jepun digalakkan. Oleh sebab Bahasa Jepun tidak difahami oleh kebanyakan rakyat
Indonesia, maka penggunaan Bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan dipertingkatkan.
Langkah tersebut telah mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat seluruh Indonesia.
Tindakan Jepun membenarkan kibaran bendera merah-putih sebagai bendera kebangsaan
dan nyanyian lagu Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan telah mengukuhkan lagu
semangat nasionalisme rakyat Indoensia.

f.

Penderitaan
Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan kepada rakyat Indonesia
terutamanya golongan petani[9]. Semasa pendudukan Jepun, rakyat Indonesia menghadapi
kebuluran barangan pengguna, penyakit, inflasi, kerana kezaliman pemerintahan ala
tentera semasa kependudukan Jepun. Petani Indonesia telah dipaksa menjual padi mereka
kepada pihak Jepun dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasaran. Semasa
pendudukan Jepun, ramai rakyat Indonesia dijadikan buruh paksa. Sekurang-kurangnya 200
ribu orang buruh paksa dihantar ke sempadan Siam-Myanmar dan New Guinea. Kekurangan
makanan dan penyakit telah menyebabkan ramai buruh paksa meninggal dunia. Ekonomi
Indonesia mengalami kemelesetan. Peredaran wang kertas yang tidak terkawal dan
kekurangan barangan pengguna telah mengakibatkan berlakunya inflasi. Pada tahun 1945,
nilai mata wang Jepun hanya 2.5% nilai mukanya. Eksport Indonesia mengalami
kemerosotan kerana terputus dengan pasaran antarabangsa. Jepun mengharamkan eksport
kecuali ke negeri Jepun. Pengeluaran hasil juga semakin merosot semasa pendudukan
Jepun. Sebagai contoh, pengeluaran getah tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran tahun 1941.
Pengeluaran teh pada tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran tahun 1941. Pada mulanya
kedatangan Jepun dianggap sebagai kedatangan pembebas yang akan membebaskan
Indonesia daripada penjajahan Belanda. Apa yang berlaku sebenarnya ialah penjajahan
Belanda di gantikan dengan penjajahan Jepun. Malah penjajahan Jepun lebih kejam
daripada penjajahan Belanda terutamanya kezaliman polis rahsia Jepun Kempetai,
Tekkikan dan Toko. Perkembangan ini menjejaskan rakyat Indonesia untuk bangun
menghapuskan semula bentuk penjajahan mereka sama ada penjajahan Barat ataupu
Timur. Kezaliman Jepun dan kemerosotan taraf hidup telah menguatkan keazaman rakyat
Indonesia untuk bangun memperjuangkan kemerdekaan.

g. Semangat Anti-Belanda
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan bertambahnya perasaan anti-Belanda di
kalangan rakyat Indonesia. Buktinya rakyat Indonesia telah menentang pemerintahan

semula Belanda selepas kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945. Selama 5 tahun berlaku
revolusi iaitu kebangkitan Indonesia menentang Belanda.

h. Janji Jepun
Pada 7 September 1944, Perdana Menteri Jepun Koiso telah berjanji akan memberi
kemerdekaan kepada Indonesia pada tempoh yang singkat. Janji Jepun telah
menambahkan lagi semangat nasionalisme kerana sebelumnya Belanda tidak pernah
berjanji akan memberi kemerdekaan kepada rakyat Indonesia [10]. Pada 1 Mac 1945, Badan
Penyelidikan Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) ditubuhkan untuk
merancang kemerdekaan Indonesia. Pada 1 Jun 1945, Sukarno telah menyampaikan
pidatonya kepada badan-badan ini dan pidato tersebut mengandungi 5 pancasila iaitu
nasionalisme, internasionalisme, demokrasi, keadilan sosial dan ketuhanan. Pada 7 Ogos
1945, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia ditubuhkan bagi menggantikan
BPUPKI. Pada 8 Ogos 1945, Sukarno dan Hatta telah berangkat ke Saigon untuk
merundingkan kemerdekaan Indonesia dengan panglima tentera Jepun bagi Asia Tenggara
Marshall Terauchi. Pada 11 Ogos 1945, Jepun bersetuju memberi kemerdekaan kepada
Indonesia pada 24 Ogos 1945. Perkembangan ini sudah tenti memberi sumbangan terhadap
perkembangan nasionalisme Indonesia.

i.

Pertubuhan
Pertubuhan-pertubuhan yang wujud semasa pendudukan Jepun telah beri sumbangan
terhadap perkembangan nasionalisme Indonesia.

i)

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)


PUTERA ditubuhkan pada 9 Mac 1943. PUTERA dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden dan
Hatta sebagai Timbalan Presiden. PUTERA merupakan gabungan nasionalis Indonesia. Jepun
menubuhkan PUTERA dengan tujuan untuk mengawal nasionalis supaya tidak menjalankan
kegiatan anti-Jepun. Walau bagaiamanapun, penubuhannya telah mewujudkan perpaduan
di kalangan nasionalis dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. G.M. Kakin dalam
bukunya Nationalism and Revolution In Indonesia mendakwa penubuhan PUTERA telah
menambahkan kesedaran politik dan mengukuhkan keazaman rakyat Indonesia untuk capai
kemerdekaan.

ii) PETA

Tentera Sukarela Pembela Tanahair (PETA) ditubuhkan pada September 1943. PETA dipimpin
oleh pegawai-pegawai Indonesia tetapi menerima latihan tentera daripada pihak Jepun.
Jepun menubuhkan PETA dengan tujuan menggunakan anggota PETA bagi menentang
kemaraan tentera Berikat kerana Jepun menyedari kekuatan tenteranya tidak mencukupi
untuk mempertahankan Indonesua. Menjelang Jun 1945, terdapat 120 ribu anggota PETA.
Mereka telah menjadi tulang belakang Tentera Revolusi Indonesia yang menentang
pemerintahan semula selepas kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945. Anggota-anggota PETA
telah ditanam semangat anti penjajahan khususnya anti-Belanda dan Jepun akibat
propaganda nasionalis-nasionalis.

iii) Pertubuhan Belia dan Pelajar


Dalam usaha untuk mengawal belia-belia serta pelajar-pelajar daripada menjalankan
kegiatan anti-Jepun, beberapa pertubuhan belia dan pelajar telah ditubuhkan oleh pihak
Jepun. Antaranya ialah Seinendan, Gakutotai, Barisan Pelopor dan Angkatan Muda. Beliabelia dan pelajar-pelajar dalam pertubuhan-pertubuhan telah diberi Indoktrinasi politik
dan latihan tentera. Pada September 1944, Jepun menubuhkan Asrama Indonesia mereka di
Jakarta dan Surabayau. Nasionalis-nasionalis seperti Sukarno dan Hatta telah dijemput
untuk memberi ceramah kepada pelajar-pelajar Asrama Indonesia merdeka serta ahli-ahli
Pertubuhan Belia dan Pelajar. Kesempatan ini digunakan oleh nasionalis-nasionalis untuk
menanamkan semangat nasionalisme di kalangan belia dan pelajar.

iv) Masjumi
Majlis Seluruh Muslimin Indonesia (Masjumi) telah ditubuhkan pada Oktober 1943. Masjumi
merupakan gabungan badan-badan Islam seperti Muhammadiah, Nahdatul Ulama dan Parti
Sarekat Islam. Jepun menubuhkan Masjumi dengan tujuan untuk dapat sokongan orangorang Islam serta menyebarkan semangat anti-Belanda di kalangan rakyat Indonesia
melalui agama. Di bawah Masjumi, Jepun berjanji akan membantu orang-orang Islam
menunaikan fardu Haji, mencetak al-Quran, mendirikan universiti Islam dan sebagainya.
Penubuhan Masjumi mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Indonesia lebih-lebih lagi
majoriti rakyat Indonesia terdiri daripada penganut agama Islam.

5.0

Kesimpulan

Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 berikutan dengan peristiwa pengeboman
Hiroshima dan Nagasaki. Nasionalis-nasionalis muda seperti Adam Malik, Pandu Wiguine dan
Chairil Salleh bimbang Belanda yang akan kembali memerintah Indonesia tidak akan

mengiktiraf kemerdekaan yang telah dipersetujui oleh Jepun. Akibatnya, mereka telah
menculik Sukarno dan mendakwa beliau mengisytiharkan kemerdekaan di Rengas
Dengkelok pada 17 Ogos 1945. Belanda yang kembali memerintah Indonesia tidak
mengiktiraf kemerdekaan tersebut. Akibatnya berlaku zaman revolusi iaitu kebangkitan
rakyat Indonesia menentang Belanda hampir 5 tahun. Campur tangan PBB telah memaksa
Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 27 Disember 1949.

Pendudukan Jepun telah menyedarkan penduduk tempatan bahawa kuasa penjajah


tidak akan memajukan Tanah Melayu. Keadaan ini telah menyemarak kan lagi semangat
kebangsaan dan keyakinan diri untuk mentadbir negara. Pada masa yang sama Ahli KMM di
Tanah Melayu telah berpura-pura baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun. Namun di
sebaliknya KMM mengadakan hubungan dengan gerakan anti-Jepun dan menubuhkan
gerakan bawah tanah. Pendudukan Jepun di negara kita dan negara jiran telah
menyemarakkan lagi semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan.

Rujukan
1. Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1991.
2. Amat Johari Moain, 1969, Sejarah Nasionalisme Maphilindo, Utusan Melayu Sdn Bhd
2. Cik Zaharah Binti Ahmad, En Abd Majid bin Abd Halim, 1972, Sejarah Asia Tenggara Moden,
DBDP
3. Gerhard L. Weinberg , A World at Arms: A Global History of World War II ( 1994 ) ISBN
0521443172
4. James P. Ongkili, Nation-Building In Malaysia 1946-1974, Oxford University Press, New
York, 1985.
5. John Bastin dan Harry J. Benda, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1972,
6. John Keegan , The Second World War ( 1989 )
7. K. Ratnam, 2006, Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia dan Selatan Asia
Timur, Pustaka Sarjana Sdn Bhd
8. Lea E. Williams, Southeast Asia:A History, Oxford University Press, New York, 1976.
9. Wan Abdul Rahman Latif et. al, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan Bahasa
dan Putaka, Kuala Lumpur, 1996.
10. Winston Churchill , The Second World War, 6 vols. ( 1948 - 1953 )

11.
Williamson Murray and Allan R. Millett , A War to Be Won: Fighting the Second
World War ( 2000 ) ISBN 06740

[1] Abd. Zakaria, Azharudin Mohamed Dali dan Suffian Mansur, 2000, Sejarah Asia Tenggara

dan Timur, 1800 1962, Fajar Bakti, hlmn 100


[2] Amat Johari Moain, 1969, Sejarah Nasionalisme Maphilindo, Utusan Melayu Sdn Bhd, hlm
26
[3] Sejarah Asia Tenggara Moden, DBDP, hlmn 195
[4] K. Ratnam, 2006, Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia

Timur, Pustaka Sarjana Sdn Bhd, hlmn 434


[5] Ibid hlmn 432
[6] Sejarah Asia Tenggara dan Timur, 1800 1962, hlmn 228
[7] K. Ratnam, 2006, Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia

Timur, Pustaka Sarjana Sdn Bhd, hlmn 228


[8] Abd. Zakaria, Azharudin Mohamed Dali dan Suffian Mansur, 2000, Sejarah Asia Tenggara
dan Timur, 1800 1962, Fajar Bakti, hlmn 100
[9] Abd. Zakaria, Azharudin Mohamed Dali dan Suffian Mansur, 2000, Sejarah Asia Tenggara
dan Timur, 1800 1962, Fajar Bakti, hlmn 100
[10] Cik Zaharah Binti Ahmad, En Abd Majid bin Abd Halim, 1972, Sejarah Asia Tenggara
Moden, DBDP hlmn 21
Posted by mak andak at 08:56
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

No comments:

Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
MYTIME

MYCALENDAR

MYSOLAT
ABOUT ME

BLOG ARCHIVE

o
o
mak andak
View my complete
profile

o
o

2012 (35)
Aug
ust (1)
July
(4)
June
(4)
May
(5)
E
xercise @ Putrajaya
S
umbangan Za'ba
Terhadap
Perkembangan
Bahasa Melay...
M
enyakat, bergurau
dan bergurau senda :
apa perbez...
K
esan Perang Dunia
Kedua terhadap
kebangkitan sema...
K
esan pengaruh
Hindu-Budha
terhadap masyarakat
Asi...
April
(7)

Marc

o
h (5)

Febr

o
uary (3)
o

Janu
ary (6)
2011 (10)

FOLLOWERS

Simple template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai