Anda di halaman 1dari 2

Esei: Usaha-usaha memupuk perpaduan

dalam kalangan masyarakat?


Filed under: PENULISAN PMR, PENULISAN SPM 5 Komen
04/02/2010

Isu perpaduan sering diperkatakan berulang-ulang kali dan akhir-akhir ini


semakin menjadi-jadi. Namun banyak pihak yang akur dan mengakui bahawa
perpaduan kaum di negara kita adalah lebih baik berbanding dengan sesetengah
negara lain di dunia.
Antara usaha yang telah dan boleh dilaksanakan ialah:Kerajaan perlu sentiasa mengingatkan rakyat agar mengutamakan aspek

perpaduan.
Rakyat pula tidak seharusnya berasa jemu dengan peringatan itu malah

sentiasa proaktif.
Pemimpin politik yang mewakili sesuatu kaum atau etnik tidak memainkan

isu-isu perkauman yang sempit demi meraih populariti.


Semua pihak wajib mengelakkan pergeseran walaupun hanya pergeseran

kecil.

Kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk menjadikan Malaysia


sebagai negara contoh yang mengamalkan persefahaman kaum, toleransi
beragama dan konsep perpaduan nasional.

Peranan anggota masyarakat serta ibu bapa mendidik generasi muda agar
menerima dan mengamalkan konsep perpaduan.

Mengurangkan atau mengecilkan jurang perbezaan yang masih terdapat


antara kaum seperti jurang ekonomi, polarisasi petempatan, kerjaya dan
seumpamanya.

Mengeratkan perhubungan dengan cara menyertai sambutan perayaan


bersama-sama seperti program rumah terbuka, kunjung-mengunjungi, usaha
sama dalam perniagaan dan lain-lain.

Menarik lebih ramai kaum Cina menyertai pasukan polis dan angkatan
tentera, menjadi kakitangan kerajaan.

Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang kerap seperti kejohanan


sukan, pameran dan kesenian.

Menggalakkan perkahwinan campur.

Peranan pihak swasta dan NGO perlu dimaksimumkan.

Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pasukan keselamatan bagi


menjaga ketenteraman negara daripada ancaman musuh dari luar dan dalam.

Kerajaan mestilah mengutamakan keadilan dalam setiap aspek.

Kenali segera punca dan sebab tercetusnya sesuatu pergeseran dan


tindakan segera juga perlu diambil bagi menanganinya.

Semua golongan mestilah sentiasa memohon doa kepada Tuhan agar


negara kita sentiasa kekal aman sentosa.

Anda mungkin juga menyukai