Anda di halaman 1dari 1

POST MORTEM BAHASA MELAYU

OTI 1 TAHUN 3 B

KEKUATAN

1. Sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan


2. Pelajar telah diberi pendedahan menjawab soalan latih-tubi.
3. Latih-tubi dijalankan secara berterusan melalui buku kerja dan lembaran kerja

KELEMAHAN
Faktor Pelajar Gagal

1. Pelajar tidak membuat latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
2. Pelajar tiada motivasi diri.
3. Kehadiran ke kelas harian dan kelas bimbingan merosot terutama kelas hujung.
4. Pelajar tidak menumpukan perhatian pada pengajaran guru semasa dikelas.
5. Bilangan pelajar yang gagal menguasai 3M tinggi.
6. Soalan yang diberikan tidak selaras dengan sukatan pelajaran yang sedang
diajar .

Faktor Pelajar Tidak Cemerlang

1. Soalan yang dikemukan semasa peperiksaan tidak mengikut sukatan pelajaran


yang disediakan.
2. Aras kesukaran soalan pada tahap tinggi (tidak sesuai dengan tahap kognitif
pelajar)
3. Terdapat soalan yang dikemukakan tidak terdapat munasabah .

PERANCANGAN, STRATEGI DAN CADANGAN

1. Guru mesti menghabiskan sukatan pelajaran sepenuhnya


2. Peruntukkan 5 minit seminggu untuk memberi motivasi kepada pelajar.
3. Memperbanyakkan latih tubi soalan-soalan topikal.
4. Membuat analisis soalan lalu bersama pelajar bagi mengenalpasti bentuk soalan.
5. Buku Ulangkaji mesti dibeli dan digunakan semaksimumnya.
6. Klasifikasi murid-murid mengikut kemahiran dan pencapaian.
7. Guru-guru hendaklah sentiasa memantau nota dan latihan pelajar.
8. Soalan yang dikeluarkan oleh AKRAM seharusnya berkualiti (sesuai dengan
tahap pengetahuan pelajar dan sukatan yang dikeluarkan)