Anda di halaman 1dari 2

SOALAN TEMU BUAL

Guru memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Tanggungjawab dan
professional seseorang guru dapat membantu merealisasikan aspirasi Negara.
1. Sebagai seorang guru cemerlang, beliau perlu membuat persediaan yang
sepenuhnya sebelum pengajaran dijalankan. Apakah persediaan akan dibuat
oleh beliau dan menyatakan kepentingannya.
2. Kaedah pengajaran amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Apakah jenis kaedah pengajaran yang digunakan semasa
mengajar bagi mencapai matlamat dan objektif pengajaran ?
3. Sebahagian guru menggunakan pedagogi pengajaran yang sama tanpa berubah
sepanjang pengajaran. Sebagai seorang guru cemerlang, bolehkah beliau
mengeluarkan pendapat beliau tentang situasi begitu akan membantu muridmurid mencapai pembelajaran dengan lebih lanjut dan jelas?

Setiap murid mempunyai latar belakang masing-masing. Mereka mempunyai


kebakatan dan kecerdikan yang beza. Oleh itu, sebagai seorang guru cemerlang
perlu bijaksana meningkatkan keminatan murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Beliau perlu menggunakan kepakaran diri berhubung kait pengetahuan
sedia ada murid supaya murid dapat melibatkan diri sepenuhnya dengan aktif dalam
pembelajaran.
1. Mengikut pengalaman pengajaran beliau, adakah Encik/Puan akan mengambil
berat tentang kepakaran dan pengetahuan sedia ada seseorang pelajar ?
2. Apakah aspek yang akan dititik berat dan dipertimbangkan oleh beliau
sebelum membuat rancangan harian pengajaran?
3. Bagaimanakan beliau mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, minat dan
kecenderungan diri murid ?
4. Bagaimanakan beliau akan membantu meningkatkan keminatan seseorang
murid dalam pengajaran dan pembelajaran ?

Pendidikan sekolah rendah merupakan satu tahap yang penting bagi menyediakan
asas yang kukuh untuk pembelajaran dan menyuburkan potensi seseorang murid.
1. Pada pendapat beliau, apakah kepentingan peranan seseorang guru dalam
menjadikan contoh teladan yang baik kepada murid?
2. Untuk mengenalpasti kebakatan murid, apakah jenis aktiviti atau program
boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan potensi mereka?

Anda mungkin juga menyukai