Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI: SEMINAR PENGURUSAN PENDIDIKAN PISMP SEM 5

Sebagai guru pelatih semester 5, saya telah menyertai porgram Bina Insan
Guru yang mengadakan seminar Pengurusan Pendidikan pada 1 March 2013.
Seminar ini telah menjemput 3 orang penceramah insitusi menyampaikan tajuk yang
berkenaan.
Melalui program ini, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
ketrampilan profesional graduan dalam pelbagai bidang pergurusan pendidikan pada
masa depan. Selain itu, saya juga dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan,
kemahiran

dan

teknik-teknik

yang

sesuai

dalam

menjana

kecemerlangan

pergurusan pendidikan awal kanak-kanak secara menyeluruh. Program ini juga


memupuk kesedaran guru pelatih mengenali pentingnya pendidikan awal kanakkanak.
Kesanggupan penceramah mengeluarkan masa lapang sendiri untuk
menghadiri ceramah ini bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan guru
pelatih amat dihargai oleh saya. Seminar ini bermula pada pukul 2.30 petang dan
tamat pada pukul 5.30 petang. Keterangan penceramah tentang tajuk-tajuk seminar
itu memang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya mengenali jabatan-jabatan,
surat pekeliling, amalan profesion guru dan sebagainya.
Penceramah menerangkan tajuk Guru dan Perundangan iaitu peraturan
kelakuan tatatertib dan tajuk Akta 550 yang berkenaan dengan jaminan kualiti
sistem pendidikan dalam ceramah. Sebagai seorang guru, beliau harus mematuhi
peraturan yang ditetapkan dan menjalankan tugas menjadi seorang guru yang
bertanggungjawab terhadap profesional guru. Tajuk yang seterusnya ialah Surat
Pekeliling Ikhtisas dan Surat Pekeliling Perkhidmatan. Surat Pekeliling ini adalah
sejenis surat rasmi yang sebagai pemberitahuan atau pengumuman pelaksanaan
atau panduan menjalankan sesuatu dasar baru. Ceramah ketiga ialah bertajuk
Peranan dan Fungsi JPN dan sektor-sektor, PPD serta PKG. Dalam tajuk ini, saya
dapat mengenali peranan dan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri dan sektor-sektor
lain, Pejabat Pelajaran Daerah dan Pusat Kegiatan Guru. Keempat-empat
penubuhan

ini

memang

penting

untuk

mengaturkan

penempatan

guru,

merancangkan aktiviti sekolah, menguruskan pentadbiran pendidikan dan sebgaai


panduan bagi sekolah dan guru menuju ke arah yang lebih maju dalam pendidikan.

Selain itu, kerjasama ahli jawatankuasa dalam program seminar ini amat
dihargai saya kerana telah memudahkan dan melancarkan seminar ini dijalankan
dengan sempurna. Semua guru pelatih juga memberikan kerjasama yang banyak
kepada pihak penganjur dengan mneghadirikan diri ke seminar ini tanpa lewat.
Sebelum bersurai, ketiga-tiga penceramah tersebut berharap guru pelatih dapat
memahami dan dapat menguasai pengetahuan yang disampaikan supaya dapat
mengaplikasinya pada masa depan.
Akhir kata, saya berharap boleh menjadi seorang guru yang berkaliber dan
bertanngungjawab dalam semua bidang serta urusan serta mengeluarkan tengaga
diri membantu sekolah untuk menyelesaikan masalah.