Anda di halaman 1dari 2

Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi ?

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Allah s.w.t. menempatkan Nabi Adam dan isterinya di dalam syurga sebelum mereka berdua
dihantar ke dunia ini. Di tempat yang indah itu, Allah s.w.t. menghalalkan kepada mereka
berdua makanan-makanan kecuali buah dari satu pohon. Tipu daya Iblis menyebabkan
mereka berdua memakannya lalu bermulalah kehidupan manusia di dunia ini.

Umum tersebar bahawa Hawa telah memujuk Adam memakan buah tersebut. Hal ini
disebutkan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani ketika menghuraikan hadis berikut:

‫ ولول حواء لم تخن‬: ‫ عن النبي صلى الله عليه وسلم‬،‫عن أبي هريرة رضي الله عنه‬
‫أنثى زوجها‬.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w.: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa,
perempuan tidak akan mengkhianati suaminya.”

Kata Hafiz Ibn Hajar: “Di dalam hadis ini terdapat isyarat bahawa peristiwa yang berlaku
kerana Hawa memberi gambaran yang indah tentang pokok itu kepada Adam lalu
berlakulah apa yang telah berlaku. Makna khianat Hawa ialah dia telah menerima bujukan
Iblis lalu memujuk Adam pula. Oleh kerana Hawa ibu kepada sekalian wanita dan paling
serupa dengan Hawa dari segi melahirkan anak, maka hampir tidak seorang wanitapun yang
terselamat dari menderhaka kepada suaminya sama ada dengan ucapan atau perbuatan.
(Fath al-Bari, jil. 6 hal. 515)

Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Hafiz ibn Hajar tidak merujuk kepada mana-mana
riwayat hadis atau pendapat sahabat. Penjelasan beliau bukanlah sesuatu yang dapat
difikirkan dengan aqal semata-semata. Dengan kata lain, penjelasan ini bukan berdasarkan
kepada ijtihad tetapi pasti bersumberkan mana-mana riwayat. Tentu sekali beliau
mempunyai sumbernya yang tersendiri. Apabila beliau tidak menunjukkan mana-mana
riwayat hadis, tentu sekali sumbernya ialah riwayat Israiliyyat. Kalau diandaikan adanya
riwayat maka riwayat itu tidak sahih kerana bercanggah dengan fakta-fakta al-Quran.
Dengan merujuk kepada al-Quran segala kepalsuan dan kepalsuan riwayat tersebut akan
terdedah. Allah s.w.t. berfirman:

َ
َ ُ ‫ما ن ََهاك‬
‫ما‬ َ ‫ل‬َ ‫ما وََقا‬ َ ِ‫سوْآت ِه‬
َ ‫ن‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ما‬ َ ُ‫ما ُوورِيَ عَن ْه‬ َ ‫ما‬ َ ُ‫ن ل ِي ُب ْدِيَ ل َه‬ َ ْ ‫شي‬
ُ ‫طا‬ َ ُ‫س ل َه‬
ّ ‫ما ال‬ ْ َ‫فَو‬
َ َ‫سو‬
‫ن‬
َ ‫دي‬ َ ْ ‫ن ال‬
ِ ِ ‫خال‬ َ ‫م‬ ُ َ ‫ن أ َوْ ت‬
ِ ‫كوَنا‬ َ َ ‫كوَنا‬
ِ ْ ‫ملك َي‬ ُ َ‫ن ت‬ َ
ْ ‫جَرةِ إ ِّل أ‬َ ‫ش‬ ّ ‫ن هَذِهِ ال‬ َ ُ ‫َرب ّك‬
ْ َ‫ما ع‬

Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan
untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata:
Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak
menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-
A`raf: 20)

Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukan syaitan
menghasut Hawa kemudian Hawa menghasut Adam pula. Dalam surah Taha, ayat 120,
penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:

‫ك َل ي َب َْلى‬
ٍ ْ ‫مل‬
ُ َ‫خل ْدِ و‬
ُ ْ ‫جَرةِ ال‬
َ ‫ش‬ َ ّ ‫ل أ َد ُل‬
َ ‫ك عََلى‬ ُ َ ‫ل َيا آ َد‬
ْ َ‫م ه‬ َ ‫ن َقا‬ َ ْ ‫شي‬
ُ ‫طا‬ ّ ‫س إ ِل َي ْهِ ال‬ ْ َ‫فَو‬
َ َ‫سو‬

Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: Wahai Adam!
Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan
musnah? (Taha: 120)

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=174