Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN

Sumber marin merupakan sumber yang amat penting terhadap kehidupan manusia.
Namun demikian, hari demi hari kita dapat lihat sumber marin ini semakin diancam
kepupusan. Kepupusan ini berlaku disebabkan oleh penangkapan ikan yang keterlaluan dan
perubahan cuaca melampau yang berlaku secara berterusan. Di jangkakan kesemua bekalan
ikan komersial dan spesies makanan laut akan habis menjelang tahun 2048. Berdasarkan
analisis sejarah, eksperimen dan data perikanan berhubung dengan spesies ikan di laut dan
ekosistem yang dipetik daripada jurnal Science, para penyelidik mendapati, ketika bekalan
makanan utama semakin menekan, kepupusan kehidupan marin boleh mengganggu
biodiversiti secara global. Hal ini disebabkan oleh kehilangan spesies hidupan marin akan
menyebabkan kita kehilangan produktiviti dan kestabilan keseluruhan ekosistem kerana
kebergantungan kita terhadap sumber marin ini amat besar.

Sumber marin boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber marin biologi dan sumber
marin bukan biologi.
3.0 KEPENTINGAN SUMBER MARIN KEPADA EKONOMI NEGARA

3.1SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN

Kepentingan sumber marin dan ekosistemnya dalam pembangunan ekonomi di Malaysia


adalah sebagai salah satu produk yang dapat menarik kedatangan pelancong ke negara kita dan
seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara melalui kedatangan para pelancong ini.
Misalnya, selaras dengan peningkatan ketibaan pelancong, pendapatan tukaran asing meningkat
pada kadar pertumbuhan tahunan purata 12.4 peratus daripada RM17.3 bilion pada tahun 2000
kepada RM31.0 bilion pada tahun 2005.

Ekosistem marin dapat dijadikan kawasan tarikan bagi aktiviti pelancongan seperti taman
laut yang mempunyai tarikan yang tersendiri contohnya di taman laut Pulau Payar yang terletak
di bahagian utara Selat Melaka, kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi. Taman laut
ini terdiri daripada Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi
oleh batu-batu karang. Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan.
Sesuai untuk aktiviti 'snorkling', menyelam dan berenang. Ada beberapa pantai pasir yang sesuai
untuk berkelah, tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu. Terdapat juga Kawasan
Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai taman laut ini.

Selain itu di Underwater World Langkawi kita dapat menyaksikan berbagai jenis hidupan
laut yang di tempatkan didalam tangki kaca. Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat
tarikan yang menarik di Langkawi. Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam
lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis. Tarikan utama yang terdapat di Underwater
World Langkawi ini adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung, pari tropika, penyu serta yang
terbaru seperti anjing laut, penguin dan naga laut. Bagi menarik perhatian pelancong untuk
berkunjung juga telah dilakukan pembinaan terowong sepanjang 15. Pembinaan terowong ini
juga adalah untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang
mempersona. Oleh itu jelaslah, ekosistem marin menjadi salah satu produk pelancongan negara
yang mampu menarik kedatangan para pelancong terutamanya pelancong asing yang seterusnya
mampu meningkatkan pendapatan ekonomi negara melalui pertukaran mata wang asing.

3.2 MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN

Selain bertindak sebagai produk pelancongan, sumber perternakan sumber marin juga
berperanan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti nelayan,
pekerja kilang memproses dan kilang ais, penternak, penyelidik dan lain-lain lagi. Sebagai
contoh, penduduk yang tinggal di tepi pantai seperti persisir pantai Kelantan, Terengganu,
Pahang amat bergantung kepada aktiviti perikanan sebagai sumber rezeki mereka. Hasil
tangkapan khususnya bagi nelayan laut dalam memberikan pulangan yang lumayan. Oleh itu
pendapatan perkapita dan taraf hidup masyarakat setempat yang tinggal berhampiran dengan
marin dapat ditingkatkan. Contohnya, pada tahun 2000, sebanyak 98000 penduduk Malaysia
terlibat dalam sektor perikanan dan sebahagian besarnya bekerja sebagai nelayan.

Selain itu, di dalam sektor industri juga kita dapat lihat sumbangan yang diberikan oleh
sumber penternakan sumber marin. Ini kerana sumber marin turut membantu dalam
menggalakkan perkembangan industri yang berkaitan seperti industri pengetinan (ikan sardin),
industri pemprosesan ikan kering dan keropok, pembuatan bot, kilang ais, peralatan penangkapan
dan sebagainya. Sektor industri yang berkaitan ini pula akan menyediakan peluang pekerjaan
yang banyak kepada penduduk setempat malahan menjadi pekerjaan sampingan kepada nelayan
ketika mereka tidak turun ke laut khususnya ketika musim monson timur laut atau musim
tengkujuh. Jadi jelaslah bahawa sumber marin mempunyai kepentingan dalam dalam
meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat dan ekonomi negara.

3.3 INDUSTRI AKUARIUM