Anda di halaman 1dari 2

7.

Bengkel Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata


Pelajaran Pendidikan Muzik

Langkah Pelaksanaan

a) Menyebut nama huruf mengikut melodi


ABM : Lagu Let It Go version ABC
-

Guru telah mengubahsuai lirik lagu Let It Go dengan huruf abjad


terlebih dahulu sebelum melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Lagu Let It Go dipilih memandangkan lagu ini popular dalam
kalangan kanak-kanak.
Guru boleh merakamkan video tentang lagu Let It Go version ABC
untuk memudahkan pengajaran.
Guru memperkenalkan lagu Let It Go yang baru untuk mengajar
murid tentang huruf abjad.
Pergerakan badan diselitkan dalam lagu tersebut.

Kebaikan :
-

Murid lebih senang untuk mengingati huruf abjad yang dipelajari


kerana lagu yang dipilih telah dikenali oleh murid.
Murid akan menikmati dalam proses pengajaran yang biasanya akan
disampaikan dengan cara yang membosankan.
Meningkatkan kreativiti murid untuk mengubah lagu lain untuk belajar
huruf abjad.

Gambar :

b) Mengeja perkataan satu dan dua kata-kata mengikut melodi

ABM : Lagu Suku Kata


-

Guru menggubah sebuah lagu untuk mengajar suku kata dengan


melodi yang mudah diingati.
Guru menyampaikan lagu bersama dengan pergerakan badan yang
kreatif.
Guru boleh merakamkan video tentang lagu suku kata untuk
ditayangkan dalam proses pengajaran.

Kebaikan
-

Murid dapat belajar dalam keadaan yang seronok selain menimba ilmu
pengetahuan.
Melodi yang senang dinyanyi dan diingati akan membantu
pembelajaran huruf abjad murid.
Murid dapat membaca ketika melihat perkataan nanti.

Gambar :