Anda di halaman 1dari 21

Ê  


Statistik tentang kejadian buli meningkat dari setahun ke setahun. Laporan akhbar
mengenai kes buli yang berlaku di sekolah merupakan perkara biasa pada hari ini. Di sekolah,
masalah buli ini merupakan satu masalah disiplin yang utama ketika ini. Tingkah laku buli dalam
kalangan pelajar bukan sahaja merupakan masalah di negtara kita, tetapi turut berlaku di luar
negara juga. Menurut kamus dewan edisi ke-4, buli boleh didefinisikan sebagai perbuatan
mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.
Secara umumnya pula, tingkah laku buli boleh didefinisikan sebagai satu perbuatan negatif oleh
seseorang yang lebih kuat atau berkuasa terhadap seseorang yang lain, yang lebih lemah ataupun
kurang berkuasa.

Dipetik daripada wikipedia ensiklopedia bebas, buli bermaksud perbuatan mengasari


orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini
secara tidak langsung menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang
kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada
dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan
bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara
keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh
membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan
kepada orang lain.

Buli juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis tingkah laku. Ada sesetengah teori
yang menyokong pendapat tersebut. Menurut Olweus,1993 iaitu terdapat terdapat tiga jenis
tingkah laku buli iaitu fizikal, verbal dan tingkah laku antisosial.Tingkah laku buli verbal adalah
seperti mengejek, menghina atau mengusik. Tingkah laku yang berkaitan dengan tingkah laku
antisosial ialah memulau, mengata, fitnah dan merosakkan harta benda.Tingkah laku buli fizikal
dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli antisosial pula
merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung.

c
Mengikut teori psikoseksual Sigmund Freud iaitu yang terdiri daripada lima tahap
perkembangan, tahap kelima iaitu pada peringkat genital ialah ibu bapa atau guru perlu
mendekati remaja yang bermasalah pada tahap ini secara diplomasi, dan mengambil berat
terhadap mereka serta sentiasa memotivasikan mereka. Pada peringkat umur ini, mereka lebih
terpengaruh dengan rakan sebaya. Apabila mereka memasuki peringkat umur ini, mereka
selalunya akan mempunyai rasa ingin tahu dan cuba membuat sesuatu perkara yang tidak pernah
dilakukannya. Ketika ini juga, mereka melalui proses perkembangan dan mereka ini lebih
terdedah kepada perkara yang berlaku di persekitaran atau sekeliling mereka.

Persoalan siapakah yanag menjadi pembuli dan dibuli selalu berputar di minda kita.
Terdapat ciri-ciri yang diklafikasikan sebagai pembuli atau mangsa buli. Jika kejadian buli
berlaku di sekolah menengah, ianya terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat,
lima dan enam. Mereka ini mempunyai tubuh fizikal yang besar, tegap dan tinggi. Sekiranya
pembuli ini melibatkan sekumpulan pelajar, biasanya usia mereka adalah sebaya. Bagi mangsa
buli pula, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu
tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah. Pelajar yang menjadi sasaran ialah
pelajar yang bertubuh kecil dan pelajar baru di sekolah. Pelajr yang kerap dipuji oleh guru juga
turut menjadi sasaran. Mereka inilah yang selalunya menjadi mangsa buli. Banyak kejadian buli
terjadi di negara kita ini adalah melibatkan para pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti
tersebut.

Ada yang beranggapan kes buli hanya berlaku dalam kalangan pelajar lelaki. Perempuan
pula tidak terlibat langsung dalam kes buli. Namun, ianya silap. Ada sesetengah kes buli juga
melibatkan pelajar perempuan. Biatpun peratusannya agak sedikit, perkara tersebut mampu
mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung dari awal lagi. Buli dalam
kalangan pelajar biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar
perempuan tersebut berbadan gemuk dan berkulit gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk
dijadikan bahan ejekan. Setakat ini, perbuatan buli dalam kalangan pelajar perempuan tidak
terlalu ganas seperti pelajar lelaki kerana perempuan tidak mempunyai tenga yang kuat seperti
lelaki.

˜
Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dan
keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak di mana
penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untuk membalas
semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak
negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga
kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini. Persepsi yang tepat tentang
akibat dan kesan perlakuan buli ini dapat membantu sama ada pembuli dan mangsa buli
mendapatkan bantuan pemulihan.

Pelbagai punca yang dapat dikaitkan dengan isu buli. Antaranya ialah remaja juga mudah
dipengaruhi oleh kawan-kawan remaja lain yang suka bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan
pengaruh rakan yang rosak akhlak juga akan memburukkan keadaan. Sikap ibu bapa yang tidak
mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan
akhlak. Ianya meliputi dari segi didikan, kawalan, asuhan, bimbingan dan sebagainya. Media
massa juga mempunyai pengaruh yang kurang sihat kepada remaja menyebabkan mereka terikut-
ikut dengan pengaruh ini. Selain itu, tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah turut
menjadi punca pelajar terlibat dalam kes moral tersebut.

Oleh itu, masyarakat harus membendung masalah ini agar ianya tidak menular umpama
µcendawan tumbuh selepas hujan¶ demi agama, bangsa dan negara. Sekiranya ianya menular
akan memberikan impak yang kurang sihat kepada remaja kita.

j
Ê  
 

Menurut kamus dewan edisi ke-4, buli boleh diintrepetasikan sebagai perbuatan mendera,
mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Menurut
Hazler dan Hoover pula yang dipetik di dalam bukunya yang bertajuk ³Developmental
Psychology Childhood and Adolescence´ yang diterbitkan pada tahun 2006, buli bolehlah
dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar
mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang
dan dilakukan berkali-kali terhadap mangsa.

Jika kita berfikir sejenak mengenai isu kes buli ini, memang tidak wajar berlaku
terutamanya di kawasan sekolah. Mengenai kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah
Kebangsaan Dalat, Sarawak, ianya berlaku disebabkan kes kehilangan telefon bimbit dan
mangsa tersebut telah dibuli sebagai jalan penyelesaian. Di manakah silapnya sehinggakan
perkara sebegini boleh terjadi.Terdapat banyak penyelesaian sekiranya pergaduhan itu tidak
dapat diselesaikan oleh kedua- dua pihak. Bukannya dengan melalui cara buli. Impaknya juga
bukan sahaja kecil tetapi turut membabitkan banyak pihak. Persoalan yang utama adalah
mengenai telefon bimbit tersebut.

Selepas Datu Seri Hishammudin menarik balik kenyataannya mengenai telefon bimbit,
umum mengetahui bahawa penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali digunakan
oleh pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah dan terdapat peraturan yang
menyatakannya seterusnya termaktub dalam undang-undang di setiap sekolah dan pelajar akan
dikenakan hukuman sekiranya membawa telefon bimbit ke sekolah. Jadi, bagaimanakah telefon
bimbit itu boleh dibawa masuk ke kawasan asrama dan tidak adakah pemeriksaan yang
dilakukan oleh pihak sekolah tambah-tambah lagi pelajar yang tinggal di asrama itu berani
mencubauntuk menyeludup telefon bimbit ke sekolah?

²
Jika kita fikir sejenak, peraturan telah digariskan bagi setiap sekolah. Sememangnya, kes
buli semakin berleluasa kerana kelonggaran kawalan disiplin di sekolah. Kelonggaran kawalan
disiplin inilah yang menyebabkan para pelajar berani bertindak seolah-olah tiada garis panduan
yang mesti mereka patuhi. Tujuan peraturan di sekolah adala bagi mengawal tingkah laku dan
melicinkan organisasi sekolah supaya pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan.
Apabila berlakunya gangguan yang tidak diingini, ianya secara tidak langsung akan
membantutkan usaha pembentukan nilai-nilai murni. Kebanyakan peraturan disiplin yang tidak
dipatuhi oleh para pelajar disebabkan kurang keberkesanan peranan yang dimainkan oleh pihak
pentadbir sekolah.

Pada usia ini juga, remaja merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun
atau 13 hingga 25 tahun. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang
tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkaqra baru yang terjadi di sekeliling mereka akan
mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung, ianya
membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut.
Perasaan ingin tahu itu baik tetapi haruslah disumbangkan kepada perkara yang berfaedah.
Bukanlah hanya melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Siapa salah dan siapa betul bukan persoalannya. Seandainya kedua-dua pihak mampu
menangani masalah ini, kes buli ini tidak akan berlaku. Mereka bukannya tidak tahu berfikir,
tetapi hanya tahu mengambil jalan pintas sahaja. Peraturan sekolah juga mesti dipantau kembali
disebabkan telefon bimbit sahaja, tercetusnya kejadian ini. Sekiranya pengawasan sekolah ketat,
murid tidak akan berani untuk melakukan hal sedemikian. Justeru itu, masalah ini juga tidak
akan timbul.

ñ

 Ê  


Isu buli ini bukanlah satu isu yang baru didengari, namun isu ini telah menular dan
merebak bukan sahaja di negara kita, bahkan di negara lain juga. Menurut Menteri Pelajaran,
Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dalam Utusan Malaysia, 9 Julai 2005 mendapati masalah
buli merupakan satu masalah yang sering berlaku di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada
hari ini.Beliau mengulas perkara ini setelah timbulnya isu buli yang berlaku di Sekolah
Menengah Agama (SMA) Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis,Pahang. Bukan
sahaja di sekolah tersebut sahaja, malah kes buli ini turut berlaku di sekolah lain. Kes ini sudah
menjadi lali kerana kerap berlaku kepada pelajar sekolah.

Masalah tingkah laku buli di sekolah juga akan menyebabkan timbulnya pelbagai
masalah lain seperti gangsterisme dan ponteng sekolah. Jika dapat disimpulkan disini,
seandainya isu buli ini tidak dapat dibendung, bagaimanakah pula dengan persepsi ibu bapa yang
mahu menghantar anaknya ke sekolah walhal sekolah adalah sebuah institusi yang amat penting
dalam negara dan merupakan tunjang utama dalam mendidik anak bangsa kita. Ibu bapa juga
merasa ragu akan keselamatan anak mereka sepanjang anak mereka berada di sekolah. Malah,
ibu bapa kan berasa risau sekiranya kes tersebut berlaku di sekolah anak mereka. Sebagai guru,
perkara ini tidak boleh dipandang sambil lewa kerana ianya membabitkan keselamatan para
pelajar.

Selain itu juga, dengan penyebaran kes buli dalam laman web Youtube turut
menimbulkan persepsi yang kurang baik dan secara tidak langsung telah mencemarkan imej
Pendidikan Negara dengan bunyi-bunyi mengatakan bahawa pendidikan di Negara kita lebih
menjurus kepda nilai akhlak pelajar yang semakin rosak dan tiada usaha kerajaan untuk mencari
langkah proaktif untuk menanganinya. Malangnya, penyebaran cerita yang dibuat oleh
sebilangan orang yang hanya tahu membusukkan nama Negara bukan dari mana-mana pihak
musuh tetapi rakyat kita sendiri. Kemajuan yang dikecapi itu bukannya untuk digunakan ke arah
kebaikan tetapi telah disalahgunakan.

Ã
Jika kita bandingkan pendidikan di Malaysia dengan pendidikan di luar negara, ternyata
terlalu jauh berbeza. Pendidikan di luar negara lebih maju. Mereka banyak mengkaji pendidikan
mereka dan menyesuaikan dengan perkembangan pelajar disebabkan di negara luar mereka
mempunyai banyak pengkaji untuk mengkaji struktur pengajian mereka. Sememangnya, cara
pengajian mereka juga cukup berkesan kepada para pelajar. Mereka turut membantu pelajar yang
tidak berkemampuan untuk mendalami ilmu pengetahuan dan ada satu tabung atau unit yang
akan membantu kanak-kanak ini supaya dapat menuntut ilmu dan meneruskan pelajaran. Justeru
itu, mereka ini tidak akan terabai atau terasing daripada orang lain dan masih dapat belajar
bersama pelajar yang lain seperti biasa.

Oleh itu, Pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah. Perkara ini hendaklah bermula dari
kecil mereka dengan lagi kerana sejak dari kecil lagilah kanak-kanak harus dibentuk. Semasa
mereka masih kecil ini, guru-guru dapat mendidik mereka ketika berada di prasekolah lagi.
Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran
Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada
golongan berpendapatan rendah. Pengajaran dan pembelajaran di prasekolah perlulah
menerapkan banyak nilai moral. Hal ini kerana, tahap perkembangan mereka sedang
berkembang. Ianya meliputi perkembangan moral, kognitif, sosioemosi dan intelek.

Bagi peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, moral dapat diterapkan melalui
mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan
sebagainya. Pembelajaran yang konsisten juga tidak memadai sekiranya ianya tidak menepati
citarasa pelajar tersebut. Selain itu, guru juga boleh menyediakan visual atau video supaya
kaedah pembelajaran dapat dipelbagaikan. Hal ini kerana murid cepat bosan dan tumpuan sering
terganggu. Sebagai seorang pelajar, kaedah pembelajaran yang pelbagai adalah salah satu cara
untuk menarik minat mereka mempelajari mata pelajaran tersebut. Secara tidak langsung,
pendidikan ini dapat diterapkan dalam diri mereka.

d
Sukatan pelajaran juga perlu diseseuaikan mengikut tahap umur pelajar di sekolah. Pihak
kerajaan perlulah mengkaji balik dan memantau satu persatu sukatan pelajaran secara
menyeluruh dari segi prospek pelajaran. Sukatan buku yang merangkumi nilai-nilai moral
hendaklah diubah atau dibuat mengikut peredaran masa. Di samping itu, ianya perlulah
menyentuh nilai akhlak pelajar yang semakin runtuh pada ketika ini.Paparan artikel ataupun
jurnal tentang kes moral akan lebih memberi impak yang mendalam kepada pelajar. Jadi, para
pelajar akan lebih mengetahui kesan atau akibat sekiranya mereka terlibat sama dalam masalah
moral. Mereka akan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang melulu.

Kurikulum di Malaysia juga perlu disemak kembali dan diberi nilai tambah supaya
kurikulum tersebut adalah relavan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran
tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Hal
ini kerana, setiap individu mempunyai minta yang berlainan dan tidak semua individu dapat
melakukan semua kemahiran. Menurut teori Howard Gardner, setiap manusia mempunyai
kecerdasan yang pelbagai. Mereka harus memilih kemahiran yang sesuai dengan diri mereka.
Pihak kementerian pelajaran telah menubuhkan sekolah teknik dan vokasional pada tahun 1905
bagi pelajar yang lebih meminati aliran ini. Jadi, para pelajar yang cenderung ke arah bidang ini
akan lebih memberikan tumpuan dan akan berusaha dalam aliran yang diambil.

Guru yang mengajar juga perlulah mengajar dengan baik. Bukannya mengajar semata-
mata menghabiskan sesuatu topik atau silibus pengajian. Hal ini perlu diambil berat. Guru perlu
membiarkan murid dapat menghayati nilai moral yang dipelajari dan bukannya hanya masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri. Guru juga perlu mengaplikasikan pendidikan moral dalam
aktiviti mengajar. Dalam aktiviti mengajar, para pelajar dapat membincangkan topik mengenai
nilai moral dengan lebih mendalam. Mereka akan berkongi pendapat dan pandangan dalam
membincangkan isu tersebut. Guru juga boleh menyelitkan pengajaran atau iktibar daripada kes
moral yang berlaku.

{
Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi pelbagai elemen
penting termasuklah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, pendidikan adalah peneraju utama dalam memastikan seseorang itu


memacu arah hidupnya. Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan akan terus memberi impak
secara langsung kepada kehidupan pelajar oleh sebab kesan daripada ledakan perkembangan
masa yang membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan,
komunikasi, budaya dan sebagainya.

S
 Ê  
 

Remaja merupakan intipati kepada kemajuan negara kerana mereka bakal mewarisi
pucuk pimpinan negara. Oleh itu, remaja yang berkualiti dapat melahirkan warisan kepimpinan
yang utuh dan mampu berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita.Gejala keruntuhan
akhlak remaja masa kini adalah satu isu yang hangat dan perlu di banteras segera oleh semua
pihak termasuklah isu buli. Kes-kes buli amat membimbangkan pada masa kini. Ianya satu
budaya yang perlu ditangani kerana ianya jelas satu penderaan dan boleh menyebabkan
kecederaan. Sebelum ianya menjadi semakin serius, pihak-pihak yang terbabit perlu memantau
gejala yang tidak sihat ini.

Banyak faktor yang dapat dikaitkan dengan keruntuhan akhlak pelajar. Salah satunya
ialah sikap ibu bapa. Sikap ibu bapa yang terlalu mengejar kemewahan dunia juga adalah salah
satu sebab anak mereka terlibat dalam masalah keruntuhan akhlak. Ibu bapa tidak ada masa
untuk meluangkan waktu untuk bersama anak mereka. Mereka jarang bertegur antara satu sama
lain malah ada yang jarang bersua muka walaupun tinggal dalam satu rumah. Ada juga remaja
bermasalah ini datangnya daripada keluarga yang bermasalah. Pergaduhan antara ibu bapa
menjadikan suasana dalam rumah tidak aman dan menyebabkan anak mereka meluat dengan
situasi yang berlaku. Pergaduhan yang berlaku berulang kali di rumah juga menyebabkan remaja
lebih terdedah kepada persekitaran yang kurang menyenangkan.

Pengaruh kawan-kawan juga menyebabkan remaja sering terlibat dalam keruntuhan


akhlak. Jika tersalah memilih rakan, maka musnahlah masa depan remaja tersebut. Remaja
mudah dipengaruhi oleh kawan-kawan remaja lain. Walaupun sebaik manapun diri mereka,
seandainya mereka tersilap memilih rakan, mereka akan mudah terpengaruh dengan rakan
mereka. Walaupun pada mulanya hanya untuk bersuka ria, tetapi ianya sukar untuk dikikis
kembali sekiranya sudah terlibat. Mereka akan berasa seronok untuk melakukannya walaupun
mengetahui perbuatan tersebut salah. Di sekolah, mereka akan melakukan dalam kumpulan
supaya mangsa akan lebih tunduk kepada mereka dan mereka merasakan merekalah yang
berkuasa di sekolah itu daripada pelajar lain.

c
Tekanan di sekolah juga adalah salah satu faktor remaja terlibat dengan masalah
keruntuhan akhlak. Semasa di sekolah, mereka kurang berpengetahuan dari segi pelajaran
ataupun lambat memahami apa yang dipelajari oleh guru sekolah. Tekanan akan muncul setelah
mereka gagal memahami berbanding dengan pelajar yang lain. Tambahan lagi, guru sekolah pula
hanya tahu memarahi anak murid yang lambat dalam pelajaran.Jadi, tekanan yang dihadapi
pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang
kurang berprofesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah ini akhirnya
menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat
dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral.

Faktor lain juga adalah disebabkan pengaruh media massa,media elektronik dan media
cetak seperti televisyen, radio, majalah dan internet. Sekarang ini, media massa banyak yang
memaparkan cerita yang kurang sihat di kaca televisyen. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya
ramai remaja mudah terikut-ikut dengan cerita yang dipertontonkan tersebut. Kanak-kanak pada
zaman kini juga sudah terdedah dengan internet berikutan perubahan zaman berbanding dengan
zaman dahulu. Bermacam-macam aksi dan ragam yang kurang sesuai yang terdapat dalam
internet sekiranya remaja tersebut membuka ruang atau laman web yang tidak sepatutnya.
Semuanya merosakan minda pelajar kita.

Punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan,
didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Peranan ibu bapa adalah amat
penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah
memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah
sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul
dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik.

cc
Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah menampilkan teladan yang baik kepada anak-
anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan
anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Ada sesetengah pelajar
yang mempunyai keluarga yang bermasalah. Misalnya bapa seorang kaki pukul, ibu bapa yang
tinggal berasingan atau bercerai serta mempunyai adik beradik yang ramai sehinggakan ibu bapa
tiada masa untuk meluangkan masa bersama mereka. Di sini, anak-anak akan berasa terabai.
Merasa juga akan membandingkan diri mereka dengan keluarga rakan yang lain. Mereka mula
rasa tersisih dan mula melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan untuk mengambil alih
perhatian ibu bapa mereka ini.

Penghayatan terhadap agama juga perlu diterapkan sejak mereka kecil lagi. Kekurangan
penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar inilah yang akan menjadi punca pelajar ini
melibatkan diri dalm kes buli. Dalam setiap agama tidak kiralah sama ada Islam, Hindu ataupun
Cina menitikberatkan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Jadi,
nilai-nilai murni perlu diterapkan ketika mereka kecil kerana pada usia ini kanak-kanak ibarat
kain putih dan kitalah yang akan mencorakkan kanak-kanak tersebut. Penerapan nilai-nilai murni
ini sedikit sebanyak membantu tingkah laku kanak-kanak tersebut apabila mereka mencapai
umur dewasa. Jadi, kanak-kanak dapat dibentuk dari awal lagi dan dapat mengurangkan tinglah
lakau negatif ketika mereka dewasa kelak.

Pengaruh tekanan di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Jadi,
pihak sekolah hendaklah mengadakan kaunseling di peringkat sekolah. Setiap sekolah tidak kira
sama ada sekolah rendah atau sekoalh menengah mempunyai pejabat kaunseling yang berfungsi
sebagai medan perbincangan segala masalah pelajar. Kaunseling di peringkat sekolah adalah
penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Kaunselor-kaunselor yang
berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan
kaunseling tersebut.Selaku pihak kaunseling, mereka memainkan peranan penting dalam
memantau dan memerhatikan pelajar yang bermasalah. Guru kaunseling ini hendaklah
memanggil pelajar yang bermasalah dan menyelami masalah yang dihadapi pelajar tersebut
sehinggakan mereka berani bertindak sedemikian.


Pihak sekolah juga boleh mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Jadi,ianya akan
menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Peraturan di
sekolah hendaklah dilaksanakan dan dijelaskan kepada setiap pelajar bagi mencegah pelajar
membuli dan dibuli. Pihak sekolah juga harus memantau para pelajar agar mereka tidak
melanggar peraturan sekolah tersebut. Tindakan hendaklah diambil bagi pelajar yang melanggar
peraturan supaya mereka tidak berani untuk mengulang kesilapan yang telah mereka
lakukan.Sekiranya tidak, pelajar akan bertindak berani untuk mengulang kesalahan yang sama.

Ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di
setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada
gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu
inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa
memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang
bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang
peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.
Di samping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi
pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan
sikap terbuka dan positif.

Selain itu, Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis turut
dilakukan. Bidang kuasa polis yang sedia ada boleh membantu dengan menahan pelajar-pelajar
yang terbabit dengan isu buli. Pihak penguasa perlulah melakukan pemantauan secara kerap
terutamanya di kawasan luar sekolah. Kuasa polis juga perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Masalah yang berlaku di
sekolah pula tidak perlulah disorok sebaliknya dibawa kepada pihak yang sepatutnya. Perkara ini
boleh dibawa berbincang bagi menyelesaikan masalah moral ini.

cj
Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai kelab yang
dianjurkan di sekolah seperti kelab pencegah jenayah dan kelab taekwando di sekolah dengan
aktif. Melalui penyertaan ini, para pelajar tersebut akan mendapat pelbagai faedah. Hal ini kerana
para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah
kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh
menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu
akannya. Mereka juga dapat mempelajari teknik-teknik mempertahankan diri sekiranya diserang
oleh pihak musuh ataupun pembuli. Jadi, pelajar boleh mempertahankan diri mereka daripada
serangan pembuli ini.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan
sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-
angan Mat Jenin semata-mata. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting
dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu µpemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara¶. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa
dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang
penuh dengan onak duri ini.


Ê Ê
 

Saban tahun media dedahkan tentang isu buli sekolah. Kejadian ini masih lagi berlaku
sehinggalah sekarang. Apakah tiada jalan penyelesaian untuk buli ini? Hakikatnya, ramai yang
tidak sedar bahawa buli ini adalah isu yang amat berat dan ada sesetengah pihak individu
memandang remeh hal ini. Gejala ini semakin menjadi-jadi sekarang ini. Jika pada waktu dahulu,
fenomena ragging adalah satu kebiasaan di sekolah terutamanya di sekolah-sekolah berasrama.
Namun ianya telah menular ke sekolah harian biasa malah kejadian yang berlaku adalah lebih
dasyat sehingga mendatangkan kecederaan dan kematian terhadap mangsa buli tersebut.

Seharusnya para pelajar mesti sedar impak yang akan berlaku sekiranya terlibat dalam
kes buli ini. Para pelajar kini haruslah pandai dalam memilih kawan kerana µkawan ketawa
senang dicari, kawan menangis sukar didapati¶. Kawan itulah yang akan mendorong kita ke arah
kebaikan ataupun keburukan. Dalam kejadian buli ini, ianya berlaku disebabkan banyak faktor.
Tetapi, para pelajar harus berfikir risiko yang terpaksa ditanggung sekiranya terlibat dalam isu
ini. Ianya melibatkan banyak aspek contohnya dari segi hukuman yang akan dikenakan.
Sesebuah sekolah akan mengenakan hukuman gantung sekolah ataupun buang sekolah. Jadi,
para pelajar itu akan ketinggalan dalam pelajaran dan akademik akan merosot. Begitu juga nama
pelajar yang terbabit akan dimasukkan dalam rekod disiplin dan fail polis sekiranya kes itu
adalah kes berat. Jadi, masa depan pelajar tersebut akan musnah begitu sahaja kerana µsetitik
nila, habis susu sebelanga¶.

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu, akhlak sangat
penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang berakhlak baik akan tiada
dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yang baik akan
dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat. Begitu juga remaja yang terlibat dengan buli ini.
Pelbagai persepsi dan tanggapan yang dibuat oleh masyarakat tentang diri mereka setelah mereka
terlibat dengan masalah ini. Tidak dapat dinafikan remaja ini hanya mengikut nafsu mereka
tanpa memikirkan kesan yang terpaksa diterima. Banyak kejadian yang dilakukan oleh remaja
pada hari ini sehinggakan masalah keruntuhan akhlak meningkat setiap tahun. Sedikit sebanyak
ia akan memberi kesan kepada individu tersebut.


Keluarga memainkan peranan yang penting keranan dari institusi kekeluargaanlah
kebahagiaan dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi
kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmonian dalam sesuatu
masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan
yang harmoni dan bahagia. Disebabkan remaja tersebut yang melakukan masalah ini, ianya
terbawa-bawa kepada masalah kekeluargaan. Akibat daripada masalah ini wujudnya
ketidakharmonian dalam sesebuah kekeluargaan. Keluarga akan menjadi porak peranda.
Semuanya berpunca daripada masalah itu. Begitu juga dengan ibu bapa pelajar tersebut. Mereka
terpaksa menanggung malu oleh sebab perbuatan anak mereka tersebut. Maruah keluarga akan
tercemar begitu sahaja. Mahukah kita mencemar nama baik keluarga? Keluarga kitalah yang
selama ini menjaga kita sejak dari kecil lagi.Maka, janganlah kita terlibat dalam masalah ini yang
akhirnya menjatuhkan diri kita juga. Selesaikanlah perkara itu dengan sebaik-baiknya dan
janganlah kita terlalu mengikut mengikut perasaan sendiri. Sekiranya perkara tersebut sudah
berlaku, tiada apa yang perlu dikesalkan. Seperti pepatah, µnasi sudah menjadi bubur¶.

Selain itu, ianya juga memberi impak kepada masyarakat. Keruntuhan akhlak akan
memberi kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama
dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Akhlak remaja pada hari
ini sangat membimbangkan. Sekiranya hal ini tidak dapat dibendung oleh pihak-pihak tertentu,
terutamanya pihak kerajaan dan pihak tertentu, maka tidak hairanlanlah pada masa akan datang
masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja Melayu terutamanya akan
rosak dan binasa. Oleh itu, pihak-pihak anasir luar akan cuba mengambil kesempatan atas
kelemahan bangsa kita sendiri. Musuh-musuh ini sentiasa mengintai sekiranya peluang sudah
ada di depan mata. Namun begitu kesan yang paling ketara sekiranya tidak dapat dikawal.
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak peranda, berpecah belah dan tidak bersatu padu. Di
samping itu, wujud pergaduhan dalam masyarakat. Perkara inilah yang menjadi kebimbangan
kerana takut ianya menular dalam kalangan masyarakat kita.Kita hendaklah elakkan perkara ini
daripada berlaku.


Keruntuhan akhlak juga turut memberi kesan kepada negara. Jatuh bangunnya sesebuah
negara bergantung kepada akhlak remaja pada waktu sekarang. Remaja sekarang perlu dipantau
kerana mereka inilah yang akan menjadi pemimpin untuk generasi pada masa hadapan. Mereka
ini yang menjadi tonggak untuk memacu negara kita. Jika perkara ini tidak dibendung dari awal,
negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. Tambahan pula,
kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar
berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi dalam kalangan
masyarakat. Perbelanjaan kerajaan juga turut sama meningkat akibat berlakunya peningkatan
masalah ini. Perbelanjaan yang sepatutnya dikeluarkan untuk pembangunan negara tersekat
disebabkan masalah yang berlaku. Banyak wang yang dikeluarkan supaya remaja ini dapat
dibentuk seperti mengadakan kempen pembentukan sahsiah pelajar. Ini adalah salah satu contoh
perbelanjaan yang digunakan. Tidak termasuk untuk perkara lain lagi.

Keruntuhan dan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan
impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa
akan datang dan memainkan peranan yang amat penting kepada pembangunan negara. Kesan
jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu
bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan
cermin diri bagi seseorang individu. Kebijaksanaan serta perancangan yang teliti pastinya akan
Justeru, remaja pada masa kini perlulah berfikir banyak kali sebelum terlibat dengan masalah ini.
Ianya bukan memberi masalah kepada remaja tersebut sahaja, bahkan kepada keluarga,
masyarakat dan negara.

cd



Jika kita bicarakan isu buli, adakah ini merupakan budaya kita yang sering diagung-
agungkan oleh kita selama ini? Kenapa buli boleh berlaku terutama di sekolah dan dalam
kalangan pelajar kita sendiri? Adakah mereka tidak serik-serik melakukan perbuatan tidak
bermoral tersebut? Timbulnya isu ini menampakkan kita masih tidak sedar dan mengambil berat
akan isu yang acapkali dipaparkan tidak kira sama ada di media massa, media elektronik atau
sebagainya. Jalan penyelesaian bagaikan tiada di depan mata. Kali ini saya ingin mengutarakan
pandangan saya mengenai buli kerana saya sendiri bingung memikirkan kekerapan budaya ini
sering timbul dalam masyarakat kita.

Pertama sekali, ingin saya jelaskan di sini bahawa pembuli ialah orang yang tidak
mempunyai keyakinan diri dan kebolehan untuk berfikir yang sejati. Pembuli menganggap
semua perbuatan mereka itu sebagai lambang kekuatan mereka. Malah, saya yakin ada antara
pembuli beranggapan tindakan mereka disukai oleh orang lain. Mereka berpandangan bahawa
pelajar-pelajar lain akan menghormati mereka. Semua anggapan mereka itu salah belaka.
Sebaliknya, pelajar lain akan memandang rendah kepada mereka ini. Pelajar lain juga akan akan
berasa takut untuk berhadapan dengan pembuli ini disebabkan kesan yang akan dialami oleh
pelajar.

Gejala ini juga amat menarik kerana kesannya begitu mendalam terhadap mangsa. Sudah
banyak kes yang mendedahkan mangsa menerima rawatan di hospital kerana terlalu teruk dibuli.
Namun, satu perkara yang kita lupa ialah buli juga membawa kesan psikologi. Mungkin satu
kajian terperinci mengenai kesan psikologi terhadap mangsa buli dilaksanakan oleh kerajaan.
Maklumat ini boleh digunakan untuk menangani masalah yang semakin serius.Gejala buli ini
mula mendapat perhatian kerana sudah ada beberapa kes buli yang dipaparkan oleh media massa.
Malah, Menteri Pendidikan sendiri sudah memberi komen diikuti oleh tokoh-tokoh pendidik
yang lain. Semuanya mempunyai satu kesimpulan iaitu budaya buli ini memang wujud dan perlu
dikikis terus daripada sekolah.

c{
Bagi pendidikan pula, dunia pendidikan di Malaysia sedang melalui era transformasi
yang sangat dirasai gelombangnya. Kajian perlu dilakukan dalam pendidikan kita agar ianya
stabil dari semua aspek termasuklah dari segi kurikulum, mata pelajaran, sukatan pelajaran dan
penerapan nilai moral mengikut tahap umur. Tidak perlu ada pemisahan antara kesungguhan
guru, komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran dan juga kesediaan untuk mendidik
generasi pelajar di mana kesemuanya perlu bergerak selari dan sentiasa beriringan. Dalam erti
kata lain, guru perlu sedia memikul tanggungjawab yang semakin berat untuk memotivasikan
pelajar kerana para pendidik perlu melihat ke hadapan dengan pandangan dan paradigma baru di
mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu ditafsirkan secara holistik.

Faktor-faktor lain juga mendorong ke arah keruntuhan akhlak. Sikap ibu bapa, pengaruh
kawan-kawan, pengaruh media massa, media elektronik dan media cetak adalah salah satu
contoh sebab remaja terlibat dengan masalah ini. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya
masing-masing pandai menyesuaikan diri dan tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana
punca keruntuhan akhlak. Walaupun dari aspek material mereka agak kehadapan, namun dari
aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang. Bukan hendak menyalahkan
diri mereka yang terlibat dalam keruntuhan akhlak ini sahaja, tetapi orang sekeliling juga patut
disalahkan disebabkan sikap tidak ambil endah mereka inilah yang munculnya masalah
keruntuhan akhlak di negara kita.

Berikutan masalah buli ini lebih kepada remaja, jadi penekanan yang harus diberikan
sesuai dengan remaja ini. Peranan ibu bapa, penghayatan terhadap agama, pengawasan pihak
sekolah, kempen dan penguatkuasaan undang-undang adalah langkah proaktif bagi memastikan
kanak-kanak tidak terlibat dalam masalah ini. Perhatian daripada ibu bapa adalah amat penting
kerana mereka yang paling hampir dengan anak mereka. Begitu juga dengan pengawasan dari
pihak sekolah terutamanya ketika berada dalam kawasan sekolah. Penghayatan agama juga patut
diterapkan tidak kira apapun agamanya. Penguatkuasaan undang-undang juga dapat menjamin
keselamatan kita daripada terlibat atau menjadi mangsa.

cS
Keruntuhan akhlak di kalangan remaja mestilah ditangani dengan segera untuk
kesejahteraan dan keselamatan negara. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi
apa yang lebih penting, ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam
mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun
langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala
ini sukar diatasi.Ringkasnya, gejala ini mampu ditangani jika semua pihak bersedia untuk
mendengar dan duduk untuk berbincang. Usah kita menuding jari kerana masa depan pelajar
terletak pada kewarasan kita menyelesaikan kemelut ini. Kalau kita bijak bertindak,masa depan
pelajar akan lebih cerah.

˜
 

1.‘ Robiah Sidin. (1994), Êendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala
Lumpur, Fajar bakti.
2.‘ http://eprints.utm.my/6511/1/HashimBedu2008_KeruntuhanAkhlakGejalaSosialKeluarga
.pdf
3.‘ http://www.scribd.com/doc/16813816/Buli-semakin-berleluasa-di-sekolah-kita-Keadaan-
ini-menyebabkan-masyarakat-semakin-gusar.
4.‘ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Rencana&pg=re_01.htm
5.‘ http://bmmaya.blogspot.com/2009/03/isu-semasa-rakam-siar-aksi-buli-dalam.html03
March 2009
6.‘ C:\Users\User\Documents\Gejala Buli Langkah Menangani Buli.mht
7.‘ http://www.youtube.com/results?search_query=berita+tv3+isu+pelajar+buli&search_typ
e=&aq=f

˜c