Anda di halaman 1dari 1

DOA Paling Kuat Selesaikan HUTANG

"Allahumma Ya Farijal Ham Kasyifal Gham Mujiba Da'watal Mudhthorriin Rahmanad
Dunya Wal Akhirah Warahimahuma Anta Tarhamuniy Farhamniy Rahmatan
Tughniniy Biha 'Ar Rahmati Man Siwak".
Satu hari Saidatuna 'Aisyah menceritakan bahawa Saiduna Abu Bakar ayahnya
datang kepadanya (Aisyah) lantas Abu Bakar bertanya: "Adakah engkau pernah
mendengar bahawa Rasulullah mengingatkan doa yang pernah baginda ajarkan
kepadamu dahulu?"..
'Aisyah menjawab: Ya ada dan baginda juga menyebut bahawa doa ini diajar oleh
Nabi 'Isa kepada sahabat-sahabatnya dan baginda menyebut: "Dengan doa tersebut
Sekalipun seseorang itu mempunyai HUTANG setinggi gunung emas maka Allah
akan selesaikan hutang itu darinya..kemudian baginda Nabi membaca doa tersebut".
Saiduna Abu Bakar berkata: “Dulu aku ada hutang dan sebenarnya aku tidak suka
berhutang..selepas aku membaca doa itu maka sebentar sahaja aku dikurniakan
Allah keuntungan lantas dapat membayar hutangku.”
Saidatuna 'Aisyah berkata: “Aku pernah berhutang dengan Saidatuna Asma'
sebanyak beberapa dinar dan dirham dan aku malu setiap kali Asma
melihatku..lantas aku mengamalkan doa itu kemudian Allah telah kurniakan daku
rezeki bukan dari harta warisan bukan jua dari sedekah maka aku dapat
membayarnya bahkan dengan doa itu aku dilimpahkan dengan rezeki yang
bertambah.”