Anda di halaman 1dari 6

PENDAHLULUAN

Setelah sekian lama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah KBSM dilaksanakan, prestasi dan minat pelajar terhadap
Matematik masih kurang memuaskan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996). Malah,
beberapa kajian terdahulu telah menemui beberapa bentuk kesilapan konsep yang dialami
pelajar dalam topik-topik penting, seperti pecahan, perpuluhan dan peratusan (Aida Suraya,
Syarifah & Habsah 1992; Asiah 1994; Abd. Aziz 2002; Mohd Johan 2002). Dapatan kajian
lepas juga menunjukkkan amalan pengajaran masih berpusatkan kepada guru dan terikat
dengan kaedah tradisional (Abd. Razak; Abd. Rashid; Abdullah & Puteh 1996; Jemaah Nazir
Sekolah Persekutuan 1996; Voo 1996; Wan Mohd Rani 1999). Dari sudut pedagogi, amalan
guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah
Nazir Sekolah Persekutuan 1996).
DEFINISI MISKONSEPSI
Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh
mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh
kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam
matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana
sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang
diberikan.
KONSEP UKURAN DAN SUKATAN
Terdapat dua jenis ukuran iaitu :
i. Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah diskrit (objek yang dihitung,
contohnya bilangan murid di dalam kelas)
ii. Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah selanjar, seperti panjang, tinggi,
berat, masa dan isipadu.

Ukuran dan sukatan adalah proses memberi nilai kepada satu cirri istimewa sesuatu
objek, misalnya kuantiti fizikal seperti panjang, berat, luas, isipasu cecair dan masa.

Membanding, membilang dan membuat anggaran merupakan asas bagi nombor bulat dan
nombor nisbah yang boleh dikembangkan melalui pengalaman dalam ukuran dan sukatan.
MISKONSEPSI UKURAN
Ada beberapa jenis miskonsepsi yang dapat dikesan berlaku semasa murid menjawab
soalan yang bersangkutan dengan pembelajaran ukuran.
(a) Ukuran panjang

Jika murid-murid diberikan petak berukuran 1sm2 murid dikehendaki melukis satu
garisan, murid-murid tidak mengikut petak yang disediakan dan tidak menggunakan

alat pembaris.
Mengukur garisan yang diberikan dengan menggunakan pembaris yang disertakan.
Murid-murid akan melakukan kesilapan apabila mereka hanya melihat penghujung
garisan sahaja tanpa melihat permulaan garisan.

(b) Ukuran luas dan isipadu

Kurang kefahaman tentang konsep luas dan isipadu.


Keliru dengan perkataan lebih besar dan lebih kecil
Tidak memahami rajah yang diberikan.
Murid-murid hanya membandingkan 2 bentuk apabila ia bercantum.
Murid-murid kurang memahami kehendak soalan.

(c) Ukuran Berat

Kesalahan guru dari segi soalan (pilih jawapan) dan rajah (terlalu kecil, jarum tidak

kelihatan dengan jelas dan kesalahan dalam perkataan) dan sebagainya.


Murid-murid kurang memahami kehendak soalan.
Keliru dengan maksud perkataan lebih berat dan lebih ringan.
Menggunakan simbol dalam jawapan
Murid-murid akan menyemakan mengukur timbangan sama dengan mengukur jam.
Murid-murid juga tidak menghiraukan nombor sifar yang sama juga digunakan

seperti nombor-nombor lain.


Kurang kefahaman atau mengetahui serta tidak dapat membezakan di antara
kilogram (kg) dan gram (g).

KESUKARAN DAN PENYELESAIAN

Pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk bagi bidang asas ukuran merupakan


aplikasi kepada konsep-konsep yang dipelajari terdahulu seperti nombor bulat, pecahan,
perpuluhan, dan peratus. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah
pengajaran guru. Secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang
dihadapi. Oleh itu penguasaan isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi
memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan
miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh guru agar pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna dan berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran asas ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa
dan waktu, ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair. Konsep-konsep yang perlu
dikuasai dalam tajuk-tajuk asas ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang
terdapat dalam asas nombor. Penguasaan yang lemah dalam tajuk nombor bulat, pecahan,
perpuluhan dan peratus boleh menghalang murid daripada menguasai kemahiran asas
ukuran di samping faktor penguasaan rumus matematik, sifir dan sebagainya.

1.1

Salah Faham Konsep


Unit-unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciriciri fizikal, digunakan sebagai faktor
untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Kesukaran yang dialami oleh murid-murid
ialah tidak dapat menyelesaikan operasi penambahan, penolakan, pendaraban, dan
pembahagian unit-unit ukuran seperti isipadu, ukuran panjang, timbangan dan masa kerana
kesilapan konsep. Mengikut teori behaviourisme, murid belajar apa yang diajar atau
sekurang-kurangnya sebahagian daripada apa yang dipelajari. Teori Behaviourisme
berpandangan bahawa pengetahuan diperolehi dari pengalaman, dan pengetahuan sedia
ada (current knowledge) tidak diperlukan dalam pembelajaran. Oleh itu kesilapan
miskonsepsi berlaku dikalangan murid kerana mereka tidak dapat mengambil kira konsep
sedia ada murid. Selain itu juga ada proses asas pembelajaran iaitu asimilasi dan
akomodasi. Murid tidak dapat mencantumkan setiap pengalaman baru ke dalam skema
pengetahuan sedia ada mereka.
Contoh :

Kira hasil tambah 2 jam 35 minit dengan 5 jam 45 minit.

1
2
5

jam
jam

1
5
4

5
5

minit
minit

jam

minit

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid dapat dijelaskan bahawa, murid
beranggapan penambahan tajuk masa dan waktu mempunyai konsep yang sama dengan
penambahan nombor bulat. Walaupun jawapan yang diberikan oleh murid betul, namun
penyelesaian seperti ini hanya sesuai untuk tajuk nombor bulat, perpuluhan dan wang.
Murid perlu dibimbing memahami konsep dengan cara yang betul dan mudah difahami.
Penyelesaian : Pengalaman sebagai guru akan membantu guru-guru mengesan masalahmasalah seperti di atas terutamanya menyelesaikan operasi yang melibatkan masa dan
waktu, ukuran panjang, isi padu cecair dan timbangan berat. Guru perlu menjelaskan
kepada murid bagaimana dan kenapa murid-murid melakukan kesilapan ini dan membantu
mereka menyelesaikan dan memperbetulkan miskonsepsi tersebut. Sebagai cadangan,
guru boleh menggunakan papan unit bagi membantu murid-murid menyelesaikan masalah
dalam unit-unit ukuran.
Rumus yang perlu dihafal

1
JAM

+
+
1.2

2
5
7
1
8

60
MINIT
1
8 jam 40 minit
5
5murid agar tolak jika lebih dari rumus di atas
Jelaskan kepada
4
5
Jelaskan kepada
murid
agar tambah 1 jika membuat penolakan
1 10
0
-

6
4

0
0

Keliru Dengan Istilah Matematik


Merujuk kepada kesukaran di atas, kekeliruan sering berlaku apabila murid tidak
dapat menyatakan nilai apabila adanya istilah matematik dalam soalan-soalan yang
diberikan. Penggunaan istilah terutamanya kurang/lebih daripada selalu mengelirukan
murid-murid.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jaroslaw Mrozek (2000) di University
of Gdrasisk, Gdarisk Poland terdapat tiga perkara asas dalam memahami masalah
matematik. Tahap pertama ialah memahami tanda atau simbol dan istilah-istilah yang
digunakan dalam masalah matematik. Ahli matematik perlu mempunyai pengetahuan
berkaitan maksud setiap setiap simbol dan istilah-istilah yang diberikan

Contoh :

Jadual 3 menunjukkan berat 3 buah kotak R, S dan T.

Kotak

Berat

3.5 kg

325 g kurang daripada R

1.25 kg lebih daripada S


Jadual 3

Kira jumlah berat ketiga-tiga kotak, dalam kg.


Kesilapan Murid :
Tidak menolak 325 daripada 3.5 kg dari nilai R

k
3 . 5 0 0 g
k
+ 0 . 3 2 5 g
Kesilapan Murid :
k
Tidak menambah 1.25 kg daripada nilai S
3 . 8 2 5 g
k
+ 1 . 2 5 0 g
k
5 . 0 7 5 g
bagi

membantu

Penyelesaian : Dalam hal ini, kaedah yang boleh digunapakai


murid-murid

ialah

dengan

menekankan

perkataan kurang

daripada dan lebih daripada. Bagi kurang daripada pastikan murid menolak nilai yang diberi
daripada sesuatu nilai, manakala bagilebih daripada pastikan murid menambah nilai diberi
daripada sesuatu nilai. Sesuatu nilai ini boleh mewakili huruf, bilangan orang, bentuk-bentuk,
bunga dan sebagainya. Penegasan dan penjelasan mengenai istilah-istilah ini dapat
membantu murid menyelesaikan soalan-soalan matematik dengan lebih mudah. Sebagai
contoh :
nilai ditolak (kurang) daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll)
k
3 . 5 0 0 g
k

Daripada nilai R
Nilai yang kurang daripada R

- 0 . 3 2 5 g
nilai ditambah (lebih)
k daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll)
3 . 1 7 5 g

Nilai yang perlu lebih daripada S

3 . 1 7 5 g
k

Daripada nilai S

+ 1 . 2 5 0 g
k
4 . 4 2 5 g

+
1

3 .

0 kg
S
5 kg

3 .

6 .

4 .

5 kg
T
5 kg

1 .

0 kg