Anda di halaman 1dari 1

Pengertian Jurnal dan Artikel

Jurnal ilmiah adalah sebuah buku yang mengandungi informasi dan ditulis sesuai
dengan kaedah kaedah penulisan ilmiah serta diterbitkan secara berkala (Hakim, 2012).
Artikel pula adalah karya penulisan yang dirancang untuk dimuat dalam jurnal atau buku
kumpulan artikel yang ditulis dengan tatacara ilmiah. Setiap jurnal akan mempunyai nama
penulis, tahun ianya diterbitkan, nama penerbit, dan juga nombor siri bagi jurnal tersebut
(nombor ISSN).
Artikel ilmiah dapat diterbitkan dari hasil penelitian lapangan, hasil pemikiran dan kajian
pustaka, atau hasil pengembangan projek. Dari segi sistematiknya penulisan isinya, artikel
dikelompokkan kepada dua iaitu artikel hasil penelitian dan artikel bukan penelitian. Berbeza
dengan Makalah, kerana ianya adalah karya tulis yang memuatkan pemikiran tentang suatu
masalah atau topik tertentu yang ditulis secara sistematik disertai dengan analisis yang logik
dan mempunyai objektif tertentu.
Apabila ahli-ahli sains mempunyai maklumat yang diperoleh daripada eksperimen
mereka biasanya menulis penemuan mereka untuk dimasukkan ke dalam jurnal saintifik.
Membaca artikel jurnal boleh membawa diri anda untuk mengenal dan membaca beberapa
jurnal artikel yang lain mengenai topik-topik yang berkait rapat. Ini kerana, setiap jurnal artikel
mempunyai idea-idea baharu yang mampu menyebabkan anda berfikir dan ingin mengetahui
perkara tersebut. Oleh yang demikian, satu-satunya cara untuk menemui kebenaran idea
tersebut adalah dengan membaca jurnal yang lain.
Dengan kelebihan ini, jurnal dan artikel sangat sesuai untuk digunakan di dalam sebuah
proses pengajaran dan pembelajaran. Ayat-ayat dan juga perkataan-perkataan yang digunakan
di dalam artikel mahupun jurnal merupakan susunan ayat ilmiah dan baku, secara tidak
langsungnya memberi kelebihan kepada pembaca jurnal untuk mempelajari tatabahasa sesuatu
bahasa itu. Berbalik kepada konteks sekolah rendah, sememangnya membaca jurnal ataupun
artikel kajian yang tebal amat membosankan bagi kanak-kanak, namun guru boleh mencari
alternatif lain di dalam menggunakan artikel dan jurnal sebagai bahan PdP. Contohnya, guru
mengambil satu ataupun dua perenggan daripada jurnal mahupun artikel yang boleh
memberikan idea dan membuka minda murid-murid apabila membacanya. Dengan bimbingan
guru, murid boleh dilatih untuk berfikir secara kritis dan mendalam mengenai sesuatu perkara
apabila membaca jurnal.

Anda mungkin juga menyukai