Anda di halaman 1dari 14

fendi tazkirah HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI

JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA


SERING MELAYARI BLOG INI.
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku



dan permudahkanlah urusanku.. amin... ....

Sabtu, 14 Mei 2011 IKAN KELI Ternakan Ikan Keli Kanvas, Peluang

Baru Yang Perlu Diterokai. Maaf diatas kelewatan menghantar maklumat mengenai kertas kerja
seminar(Contoh KERTAS KERJA PROJEK IKAN KELI ada dimasukkan dalam ruangan download
kertas kerja) dan info mengenai ikan keli. Berikut adalah beberapa note ringkas berkaitan ikan
ternakan ikan keli kanvas. Jika ada sesiapa yang berminat ingin mengusahan projek ternakan ikan
keli ini saya cadangan agar mengikuti kursus singkat (2 hari,hujung minggu) di Pusat Ternakan Ikan
Air Tawar, Machang. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh dapati. Terutamnya cara
ingin menghasilkan anak ikan keli, buat makanan, binaan kanvas dll secara sendiri (sudah pasti ia
dapat menjimatkan kos projek kan) dan secara tak langsung ia dapat meningkatkan margin
keuntungan projek. Harap note diatas dapat membantu kepada semua yang berminat dalam sektor
perikanan. * Utk melihat dengan lebih jelas, kena 'double clik' di gambar tersebut. TQ Maklumat
berkaitan Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas Kandungan Omega 3 terdapat dalam ikan keli,
biasanya minyak ini hanya terdapat dalam ikan di laut dalam. Di Kelantan ada satu syarikat buat
sardin keli. Kepada sesiapa yang hendak mengetahui tentang ternakan ikan keli ni boleh berhubung
terus dengan satu syarikat ni . PENDAPAT PERIBADI SAYA TTG PROJEK INI: Salam, Shbt2
peminat dan penternak ikan keli: ada berberapa perkara yang saya ingin bangkitkan sebagai
renungan dan pandangan saya diatas pertanyaan dan pendapat shbt2; ada berberapa perkara yang
perlu diperhatikan sebelum anda semua ternak ikan keli dalam kanvas: 1. kesesuai habitat keli - yg
suka duk dalam lumpur. - andaikata dibela juga dalam kanvas, ia memang boleh. tapi akhirnya ia
akan menyebabkan ikan keli tersebut menjadi lebih kecil dan lambat membesar(lambat membesar
dikira kos... kerana kena bagi makan-dedak), yg besar menjadi dominan dan yang keli kecil menjadi
kelompok minoriti dalam kanvas yang kecil akhirnya mati! 2. kos makanan yang tinggi, - bila guna
kanvas, tiada jalan lain nak kena bagi makan kecuali makan dedak. kerana jika bagi perut ayam or
agro waste yang lain, menyebabkan kolam menjadi busuk, berpenyakit dan menyebabkan kos tinggi
untuk menyalin air kanvas(air mahal skrg ni - kec. gali telaga sendiri - tapi elektrin pula) setiap kali
bagi mknn mcm diatas. - kesudahannya, shbt2 semua tetap kena bagi dedak. harga dedak ikan skrg
cukup2 tinggi? mampukah kita semua nak tampung kos makanan tersebut, yg akhirnya akan
mengurangkan margin keuntungan yang patut kita terima setiap bulan? 3. kos kanvas yang mahal rm1200-1500 per unit--- ini jika di KB, jika ditempat lain. saya pasti harganya lebih mahal. 1 buah
kanvas mampu menampung paling maksimum 700 ekor ikan keli. agak2nya brapa kanvaskah yang
mampu tingkatkan produktiviti dan penggunaan sumber secara efisyen? 20 buah utk skala komersil
biasanya. 20 buah x 1500=rm30,000 untuk kanvas shja sdr sudah belanjakan. ia tidak termasuk dgn
kos paip, enjin air, jaring, promosi, kenderaan-minyak, upah pekerja dll. last2 skali siapa yang
untung agaknya?? penjual dedak penjual benih ikan keli penjual kanvas penjual batang paip penjual
enjin air shbt2 semua mcmn? makin hari makin cerut perut sebab modal kena keluar makin besar,
sebab kena tanggng kos makanan yang makin hari makin meningkat. kos makanan merupakan kos
operasi terbesar dalam projek ikan keli kanvas(selain dari kos tetap spt kanvas dll) bila nak jual,
tiada permintaan dan tiada pemborong nak beli? sebab apa? mereka nak beli semua barang dgn
harga murah. andaikata shbt2 jual dgn harga mahal(sebab kena tanggung kos operasi yg tinggi),
sudah pasti mereka tidak akan membelinya daripada shbt2. cadangan saya; 1. teknologi ini baik
hanya untuk pengusaha kawasan bandar yg tiada kawasan atau tanah untuk dibuat kolam sahaja.
andaikata ingin buat, kena buat secara komersil, baru dapat meningkatkan produktiviti. 2. guna

sistem kolam tanah scra sistematik- tgk balik apakah kelemahan sistem kolam? adakah ia lebih baik
atau sebaliknya?. bagi saya ia adalah lebih baik dari sistem keli kanvas yang diperkenalkan
sekarang. kerana ia lebih menjimatkan dan 'mesra rakyat'; - bina 1 kolam yg boleh memuatkan
30,000 ekor keli hanya perlu upah orang gali dalam rm1500 shaja/2day. tambah rm500 lagi untuk
jaring dan itu sahaja. berbanding dgn kos RM1,200 hanya untuk 1 kanvas sahaja yg memuatkan
maksimum 700 ekor shja? mana lebih jimat? - kos makanan? murah dan menjimatkan, cuma ambil
FREE perut2 ayam, ikan lebih, nasi2 lebih dsbnya dan bagi ikan2 keli anda makan... semuanya
adalah percuma dan boleh diperolehi dgn mudah. boleh dikatakan anda tidak perlu mengeluarkan
langsung untuk kos makanan, kalo keluar pun hanya untuk minyak dan beli sikit dgn harga yg
cukup2 murah. - tiada kos untuk UTILITI - air, elektrik, mesin pam, tangki, dll. - ikan keli cepat
membesar, sesuai dgn habitatnya dan lebih mesra alam - kitar semula hasil pertanian. 3. andaikata
nak usaha juga projek ini, sdr2 kena fikirkan teknologi untuk mengetinkan ikan keli, jadi IKAN KELI
SARDIN dan lawan sardin cap ayam dsbnya. jual dgn harga yg kompetetif dan masuki pasaran
halal. ia secara langsung dapat menjimatkan kos bg ikan makan, kerana selepas 40 hari... ikan keli
sudah cukup besar dan makan BANYAK. 4. cuba lihat prospek jual anak keli - kosnya lagi murah
dan menguntungkan. harga pasaran tahun lepas, rm0.20 seekor bagi seekor anak keli yang saiznya
cuma 2cm. mcmn? menarik bukan? 5.kena wujud rantaian makanan semua penternak ikan keli di
Malaysia... dari - buat Dedak - benih - kolam - pemborong -restoran/hotel-pemasaran dan akhirnyta
kepada pengguna. barulah dapat untung banyak dan dapat kurangkan kos. harap dapat membantu
sahabt2 semua, padangan saya ini hanya berbentuk cadangan dan bukan niat saya untuk
mengkritik mana2 pihak. hanya skdr padangan untuk meneutralkan kegelojohan kita semua. bagi
saya, shbt2 semua kena teliti dan analisis sebaik mungkin semua aspek mana2 projek yg sdra ingin
jalankan. supaya ia bedaya saing dan menguntungkan semua pihak. jangan buat hanya semata2
disebabkan trend. kerana sejarah sudah membuktikan. ayam serama sudah hilang warna, ikan
flower horn sudah karam dilautannya, arnab entah kemana dan banyak lagi projek2 baru
diperkenalkan sudah tengelam dll. buatlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga anda, masyarakat
dan negara. perhatikan betul2... kerana anak2 anda sedang menanti 'rezeki' datang dari anda. all
the best! harap pandangan ini dapat membantu. buatlah solat istiqharah dulu sebelum buat pilihan,
insyaAllah Allah bersama-mu. sy sentiasa mendoakan kejayaan shbt2 saya :) syam ghaz. Teknologi
biotek untuk keli Hifdzi Hamzah memberikan penerangan tentang penggunaan Bio-Aqua dalam
ternakan ikan keli. Teknologi penternakan ikan keli bukan sahaja mencakupi sistem infrastruktur
atau kaedah menternak tetapi kini dipertingkatkan lagi dengan pengenalan beberapa produk
sampingan. Terbaru, kumpulan penyelidik, Perintis Agrotech Centre (PATC) memperkenalkan hasil
penemuan terbaru mereka, Bio-Aqua iaitu formula khas untuk pembangunan industri ternakan dan
pembenihan keli tempatan. Bio-Aqua merupakan satu usaha menjadikan campuran mikrob baik dan
zat mineral yang telah diuji kesesuaiannya dan terbukti keberkesanannya sebagai bahan asas dan
komposisi utama produk tersebut. Ia merupakan bahan penggalak sektor ternakan ikan paling
efisien dan berjaya pada masa kini. Tanpa campuran bahan kimia, Bio-Aqua akan 'bekerja' 24 jam
sehari sepanjang tempoh ternakan ikan sekiranya digunakan mengikut panduan yang diberikan.
Bio-Aqua merupakan teknologi bio yang telah diperkenalkan di Jepun dan telah disesuaikan dengan
struktur ternakan tempatan dari segi suhu, cuaca, struktur air, kelembapan tanah, tempoh ternakan
ikan dan sebagainya. Formula khas keli ini dicipta khas bagi membantu pengusaha benih dan
pengusaha ternakan keli memandangkan margin keuntungan yang kecil dan memerlukan satu
formula untuk mengurangkan kos operasi serta kos makanan. Berdasarkan testimoni dan kajian
yang dibuat, Bio-Aqua sangat sesuai untuk kedua-dua industri pembenihan ikan keli serta ternakan
keli. Objektif utama penghasilan Bio-Aqua adalah untuk penjimatan kos makanan dan

mempercepatkan tempoh tuaian dari 60 hari ke 45 hari melalui aplikasi terus kepada pelet dan
mampu memperbaiki struktur kolam ternakan melalui aplikasi terus kepada air. Peningkatan kos
makanan yang mendadak telah memberikan tekanan kepada pengusaha ikan air tawar termasuk
keli. Mengikut nisbah berat ikan berbanding berat makanan yang diperlukan sepanjang tempoh
ternakan atau FCR (food convention rate), bagi menghasilkan satu kilogram (kg) ikan sebanyak dua
kg pelet diperlukan (nisbah 1:2). Bagaimanapun dengan menggunakan Bio-Aqua, terbukti berat
makanan dapat dikurangkan kepada 0.8kg hingga 1.2kg. Sekiranya kos pelet RM2 untuk
sekilogram, ini bermakna kos makanan dapat dikurangkan RM1.60 hingga RM2.40 bagi setiap
sekilogram ikan melalui aplikasi terus kepada pelet. Penjimatan ini pasti melegakan pengusaha
yang terpaksa berbelanja besar untuk kos makanan iaitu melebihi 60 peratus kos operasi. Terdapat
dua cara penggunaan Bio-Aqua yang paling efisien. Pertama, dengan mencampurkan cecair ke
dalam kolam ternakan pada kadar 1:1000 liter air. Kaedah ini hanya sesuai untuk kolam ternakan
yang bersaiz kecil seperti kolam kanvas, poly-tank, gentian kaca atau kolam simen bersaiz kecil.
Bio-Aqua akan berinteraksi terus dengan molekul dan struktur air di dalam kolam ternakan dan
dalam masa yang singkat ia akan memecahkan molekul nitrat dan nitrit dan menukarkan kepada
oksigen. Kesannya, tindak balas tersebut akan mengurangkan kadar penghasilan ammonia dan bau
busuk kepada kolam ternakan. penyerapan protein Kedua, dengan menyemburkan Bio-Aqua
kepada pelet setengah jam sebelum diberikan kepada ikan. Melalui kaedah ini, Bio-Aqua akan
bertindak balas terus dengan struktur dalaman ikan dan akan meningkatkan kadar penyerapan
protein pada pelet iaitu melebihi 24 peratus bagi starter, meningkatkan kadar penghadaman dan
kelancaran usus ikan, meningkat antibodi dan selera makan ikan. Kesannya, ia akan
mempercepatkan tumbesaran ikan dan mengurangkan kadar kematian. Secara tidak langsung, kos
makanan ikan akan dapat dikurangkan lebih antara 30 dan 50 peratus. Menurut ketua kumpulan
penyelidik PATC, Hifdzi Hamzah, secara umumnya dengan menggunakan Bio-Aqua mengikut
kaedah yang betul, pengusaha dapat menjimatkan bil air dan elektrik serta tenaga kerja kerana air
tidak perlu kerap ditukar ganti. Selain itu, penggunaannya dapat mengurangkan bau busuk pada air
dan bau hanyir pada ikan, meningkatkan kualiti tekstur daging ikan dan warna isi, mengurangkan
lemak berlebihan dengan penghasilan isi yang lebih pejal. "Pada masa sama, ia, mengurangkan
kadar kematian hasil peningkatan antibodi dan pengurangan stres pada ikan dan dapat
menghasilkan ikan bermutu tinggi,'' katanya. Bagi pengusaha benih keli, Bio-Aqua mampu
mempercepatkan penghasilan air hijau yang amat diperlukan oleh rega dan anak ikan dan mampu
mengelakkan kerongsong telur yang tidak menetas memasamkan air sewaktu awal proses
penetasan. Penghantaran Bio-Aqua akan dibuat terus ke alamat pembeli dengan menggunakan
perkhidmatan KTM bagi yang membuat tempahan melalui telefon manakala bagi pembeli di sekitar
Lembah Klang, mereka boleh terus ke pusat jualan di Business Suite B-17-G, The Medan Selayang,
Batu Caves, Selangor. Buat masa ini, PATC mampu menjual lebih 1,000 botol untuk produk BioAqua sebulan dan dijangka permintaan akan terus meningkat berdasarkan trend kenaikan kos
makanan yang semakin meningkat yang semakin menekan pengusaha keli. Selain itu, PATC turut
mengadakan sesi latihan kemahiran bagi mereka yang ingin menjadi pengusaha benih keli teknik
aruhan. Kursus yang terkini akan diadakan pada 1 dan 2 November ini di Institut Integriti Malaysia
(IIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur. Bagi yang berminat mendapatkan produk Bio-Aqua atau mengikuti
kursus latihan pembenihan keli aruhan boleh menghubungi terus ke talian 03-6187 3796 Berkat air
mata air Oleh NORAINI A. GHANI rencana@kosmo.com.my Rupanya ada rahsia untuk memastikan
anak ikan keli boleh hidup dan membesar. Ujar penternak di Terengganu, gunakan air mata air.
-------------------------------------------------------------------------------- BARU berjinak dalam bidang ternakan
keli, Mohd, Irewan Abd. Jalil pernah hampir putus asa kerana semua anak ikan keli di kolamnya mati

tanpa sebab. Pelbagai cara telah dicuba, tetapi hampir semua anak-anak ikan itu akan mati selepas
menetas. "Kira-kira dua bulan jugalah saya dan seorang rakan kongsi cuba melakukan try and error
ke atas air yang digunakan bagi membolehkan anak ikan keli terus hidup. Lima kali mencuba semua
anak ikan mati. "Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung, sehingga suatu hari, rakan perniagaan
di daerah lain memberitahu air yang terbaik untuk membenihkan telur ikan keli adalah air mata air.
Itulah cerita anak muda, Mohd. Irewan, 26, yang bekerjasama dengan rakan sekampungnya, Mohd.
Fauzi Abd. Rahman. PROSES mengeluarkan telur ikan.
-------------------------------------------------------------------------------- Dua jejaka bujang berasal dari
Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu itu mula berjinak dengan projek berkenaan pada bulan
Ramadan tahun lepas. Kata Mohd. Irewan, beliau terpaksa menggali tanah di tapak pembenihan di
Kampung Padang Midin di Kuala Terengganu milik mereka bagi mendapatkan air mata air. "Selepas
kami menggunakan air berkenaan, anak ikan yang terhasil kira-kira 20,000 hingga 50,000 masih
mati. Apabila dikaji, ia berpunca daripada mata air di tapak berkenaan yang berwarna kemerahan
dan mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak ikan kerana kawasan itu
berpaya," katanya. Beliau yang mempunyai Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor menambah, apabila meninjau di kawasan sekitar kampung berkenaan,
terdapat sebuah telaga yang diyakini mampu memanjangkan jangka hayat benih ikan keli. Apabila
dirisik, akhirnya beliau meminta izin tuan punya telaga berkenaan untuk mengepam air terbabit ke
tapak projek. "Tuan punya telaga berkenaan bersetuju dan kami menggunakan pam menyedut air
telaga yang terletak kira-kira 400 meter daripada tapak projek dengan menggunakan paip getah
untuk mengisi 12 kolam. "Akhirnya benih ikan mampu bertahan sehingga ia mampu dijual dengan
saiz maksimum sepanjang lima sentimeter seekor," katanya yang pada mulanya risau mengenai
cara terbaik menghasilkan anak ikan bermutu tinggi. Beliau yang menggunakan kolam berukuran
tiga meter lebar dan 21 meter panjang itu terpaksa mengambil masa sehingga hampir setahun
mempelajari selok belok pembenihan dan pengurusan anak ikan secara sistematik. Katanya,
menguruskan anak ikan yang berusia sehingga 45 hari amat sukar lebih-lebih lagi ia amat sensitif
dengan persekitaran dan makanan. "Untuk permulaan selepas proses penetasan sehingga usianya
mencecah sembilan hari, ia perlu diberi makan artemia atau anak udang. "Selepas itu apabila
usianya mencecah sehingga 45 hari atau panjangnya sehingga lima inci ia boleh diberi makan
moina atau sejenis hidupan air yang kecil, lebih kecil daripada jentik-jentik," ujarnya. Lebih menarik,
katanya, anak ikan keli yang dijual mereka tidak pernah dinaikkan harga dan ia dikekalkan sejak
projek berkenaan dimulakan. ANAK ikan keli di bawah usia 45 hari memerlukan penjagaan rapi.
-------------------------------------------------------------------------------- Katanya, setiap ekor anak ikan
berukuran dua inci dijual pada harga RM0.10, tiga inci (RM0.20) dan RM0.25 jika panjang anak ikan
keli mencecah lima inci. Mohd. Irewan memberitahu, air yang digunakan perlu ditukar setiap hari
bagi menghalang anak ikan lemas kekurangan oksigen. "Pada permulaan kami hanya mampu
menghasilkan kira-kira 20,000 ekor anak ikan tetapi kini setiap bulan, anak ikan yang dihasilkan
mampu mencecah sehingga 200,000 ekor. "Soal pemasaran, tiada masalah kerana penternak ikan
keli di Terengganu terutama di daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman akan
datang ke tapak pembenihan ikannya," katanya. Beliau yang turut mengusahakan tanaman
cendawan berkata, mereka berdua pada mulanya mahu membantu penternak ikan keli di negeri
Terengganu mendapatkan benih ikan dengan tidak perlu ke negeri lain untuk mendapatkannya.
Katanya, bermula dari situlah beliau dan Mohd. Fauzi rakan kongsinya berazam memulakan projek
berkenaan kerana peluang terbuka luas untuk mereka menolong penternak ikan keli. "Lagipun,
permintaan ikan keli di restoran atau kedai-kedai makan tidak akan putus, jadi peluang
mengusahakannya seharusnya tidak boleh ditolak begitu sahaja," katanya. Penternakan Ikan Keli

Secara Intensif Author: Khairuman, Khairul Amri, Nazlah Saharin Binding: Softcover, 74 pages
Publisher: Synergy Media Books ISBN: 9831974794 Price: RM17.90 Synopsis Buku ini
mengandungi pelbagai maktumat berkaitan dengan sifat-sifat biologi dan syarat-syarat hidup ikan
keli, pemilihan lokasi penternakan, teknik pembenihan, pemeliharaan, pembesaran, pencegahan
haiwan pemangsa dan penyakit, teknik pemindahan serta analisis ekonominya. Buku ini digarap
berdasarkan hasil dari pengalaman pengusaha dan penulis sendiri ditambah dengan hasil penelitian
yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Bengkel pembenihan keli aruhan BAGI memenuhi
permintaan pengguna yang berminat mempelajari pelbagai jenis ternakan dan pertanian, sebuah
syarikat penggerak aktiviti akuakultur dan pertanian akan mengadakan bengkel pembenihan keli
sepanjang Disember 2008 hingga Mac 2009. Pengarah Projek, Nur Azizi Rapie berkata, bengkel
berkenaan bertujuan memberikan pengetahuan dan melahirkan usahawan tani atau penternak ikan
air tawar menghasilkan anak benih sendiri bagi menjimatkan kos dan memastikan bekalan sentiasa
mencukupi. Salah satu faktor penghalang industri air tawar berkembang maju ialah kesukaran
pengusaha untuk mendapatkan bekalan anak benih. Anak benih keli bermutu tinggi mendapat
permintaan yang besar dengan harga seekor bersaiz tiga inci antara 10 hingga 20 sen. Apabila
pengusaha mampu mengeluarkan anak benih sendiri, projek dapat dijalankan mengikut jadual tanpa
menunggu bekalan dari tempat lain, katanya. Kos membeli anak benih tadi dapat disalurkan
kepada makanan ikan yang semakin hari meningkat. Bengkel ini akan mendedahkan peserta
mengenai kemahiran menghasilkan benih keli menerusi teknik aruhan. Teknik aruhan dilakukan
dengan menyuntik hormon kepada induk- induk keli di mana induk betina akan diperah telurnya dan
induk jantan dibedah bagi mendapatkan sperma. Peserta juga akan didedahkan dengan cara
membuat makanan anak benih keli yang berusia empat hari sehingga satu bulan. Kursus praktikal
pembenihan ikan keli teknik aruhan akan dilangsungkan pada 13 dan 14 Disember di ladang
Prestasi Agro Farm, Bukit Lagong, Selayang. Bagi mereka yang berminat mendalami kemahiran
pembenihan ikan keli boleh menghubungi sekretariat di 012-6138059 atau 012-6157937.
Penternakan Ikan Keli Thursday, January 01 @ 16:10:22 Oleh matwen "Ikan Keli atau catfish..
perniagaan berasaskan ternakan ikan keli kian popular. Hasil ternakan komersial, pembenihan ikan,
pallet/dedak, produk kesihatan, peralatan (kanvas, etc) dan pelbagai mampu menjadi sumber
pendapatan samada pendapatan tetap atau sampingan. Fokus posting kali ini adalah perniagaan
berasaskan penjualan produk benih ikan keli. Untuk makluman umum harga untuk benih ikan keli
yang berjaya di senyawakan dijual berdasarkan saiz.. saiz yang terdapat di pasaran adalah 1 inchi,
2 inchi dan 3 inchi.. Berdasarkan "market survey" yang saya lakukan di parit jelutong, Batu Pahat
harga untuk benih yang bersaiz 3 inchi adalah berharga RM0.15 seekor. ikan keli yang bersaiz 3
inchi adlah lebih tahan lasak dan peratus kematian adlah lebih rendah berbanding ikan keli yng
bersaiz lebih kecil. Permintaan untuk saiz 3inchi adalah telalu banyak sehinggakan pembeli perlu
membuat tempahan anak benih beberapa minggu lebih awal. Teknik pembenihan ikan keli, yang
mana ia mengandungi pelbagai aspek antaranya:- a). Pemilihan Induk - berdasarkan "operation
survey" yang dilakukan, induk yang terbaik adalah dibela di dalam kolam tanah dan telahg berusia
lebih 1 tahun. induk ini seeloknya dijaga semula dengan baik dengan dijaga makan dan kesihatan.
kerana induk yang baik mempengaruhi kualiti anak benih. kebiasaan induk yang baik mampu
menghsilkan 50,000 ekor anak benih dengan peratus hidup adalah 60%-80% iaitu 30,000-40,000
ekor. B). Cara/Teknik Menghasilkan Benih -berdasarkan "operation survey" yang dilakukan teknik
terbaik untuk pembenihan adalah secara aruhan. induk ini akan disuntik hormon (seperti hormon
overperm) terlebih dahulu. induk jantan akan dibelah perut untuk mendapatkan sperma dan induk
betina akan diperah dibahgian perut untuk mendapatkan telur. - tenik ini bagus kerana
pensenyawaan adalah maksimum dan lebih sekata. c). Penggunaan Alat-alatan Pembenihan -untuk

benih ikan keli yang baru disenyawakan, kualiti (kebersihan dan pH) dan suhu air perlu dikawal.
peralatan seperti pam oksigen dan alat penyalur makanan berperingkat bagus untuk digunakan
ketika benih ikan keli berusia kurang dari 3 minggu. d). Keadaan dan Penggunaan Air Untuk Benih
-berdasarkan "operation survey", air yang boleh digunakan kepada ikan keli yang umurnya kurang 3
minggu adalah air ikan puyu! ya air ikan puyu, kerana kandungan plakton di dalam air ikan puyu
adalah tinggi dan elok untuk dijadikan makanan kepada ikan-ikan kecil seperti benih ikan keli. e).
Permakanan Benih Ikan Dari Permulaan kelahiran -selera makan ikan keli tidak cerewet, namun
makanan yang diberikan mampu mempengaruhi kualiti ikan keli ketika "harvest" iaitu ketika umur
30-45hari. maklumat dari operation survey menyatakan, ikan keli banyak mengadungi lemak
sekiranya banyak makan kulit, seperti kulit ayam atau sisa ayam.. p/s:- maklumat tmbahan, ada
penternak yang tidak bertanggungjawab menternak ikan keli bersama projek ternakan ayam.
peratus kematian ayam kira-kira 2% sehari. bangkai ayam dan najis ayam dijadikan sumber
makanan kepada ikan keli. dan sebelum di jual ikan keli di kuarantin selama seminggu tanpa
makanan supaya bau dan kebersihan ikan lebih terjamin.. JADI AWAS.. jadilah peniaga yang jujur
dan bertanggungjawab. f). Penjagaan Anak Benih -saiz kolam mempengaruhi jumlah bilangan ekor
ikan keli boleh ditempatkan. berdasarkan operation study, jika kepadatan terlalu tinggi, ikan keli
mampu alami stress.. ya stress.. stress mampu memberi kesan di dalam tumbesaran ikan. g).
Pengurusan Benih-benih Ikan -selang 1 minggu dari ikan keli disenyawakan, ikan keli perlu lalui
proses "grading" atau mengasingkan saiz yang kecil dengan kecil manakala yang besar dengan
yang besar. Ternak keli teknik Pro-Asli menjimatkan BENGKEL ternakan ikan keli kaedah Pro-Asli
yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 9 Mei lalu mendapat sambutan
yang sangat menggalakkan. Lebih 400 orang telah menyertai bengkel yang mengetengahkan
tentang kaedah pemakanan alternatif ikan keli yang dilihat jauh lebih menjimatkan. Sepanjang
bengkel tersebut, peserta telah didedahkan kepada dua teknik ternakan iaitu ternakan kaedah
konvensional yang menggunakan makanan pelet 100 peratus dan ternakan kaedah Pro-Asli yang
dapat mengurangkan kadar pemberian pelet atau tanpa pelet mengikut skala ternakan yang
dijalankan. Menerusi slot pertama, tumpuan lebih kepada ternakan konvensional termasuklah
penyediaan kolam ternakan, penyediaan air, benih, teknik pemberian makanan, pengiraan kos
makanan dan kos operasi, penggredan dan pensampelan, pengurusan selepas tuai dan
sebagainya. Slot kedua tertumpu kepada perbandingan slot pertama dengan kaedah Pro-Asli
bermula penyediaan air ternakan sehingga tuaian. Paling utama adalah pengiraan kos makanan
yang dapat dijimatkan berbanding penggunaan pelet semata-mata. Bengkel tersebut dilihat sesuai
kepada semua penternak sama ada penternak baru menceburi ternakan keli mahupun mereka yang
telah lama berkecimpung tetapi ingin mengetahui dan berkongsi pengalaman kaedah ternakan
kaedah Pro-Asli. Kaedah ini lebih menekankan cara untuk menjimatkan kos ternakan. Seperti yang
diketahui, kos makanan khususnya pelet amat membebankan penternak dan telah menyebabkan
ramai penternak telah berundur diri. Ini kerana, penternak yang menggunakan 100 peratus pelet
tidak dapat menjual hasil ternakan mengikut harga pasaran biasa akibat kos makanan yang terlalu
tinggi. Kaedah pro-asli dilihat sebagai satu alternatif terkini dalam mengimbangi kos pelet yang
terlalu mahal. Terdapat dua pendekatan utama di dalam kaedah pro-asli iaitu: l Bagi penternak sara
diri, mereka boleh memilih untuk tidak menggunakan pelet, sebaliknya menjadikan sisa dapur
seperti lebihan nasi, sayur dan roti sebagai makanan keli ataupun l Bagi penternak komersial,
mereka masih menggunakan pelet tetapi pada kuantiti yang lebih sedikit. Dengan penggunaan
vitamin keli, serapan zat dan nutrisi pelet dapat ditingkatkan semaksimum mungkin. Penggunaan
mineral keli di peringkat awal juga berjaya mengurangkan kadar pemberian pelet atau makanan lain
kepada tiga kali seminggu kerana air ternakan telah dibekalkan makanan semula jadi. Secara

ringkasnya, kos makanan sepanjang ternakan bagi sekilogram keli hanya menelan belanja serendah
antara RM1.20 dan RM1.50 berbanding kos penggunaan 100 peratus pelet yang biasanya
melibatkan kos paling minimum RM4.50. Bagi menyampaikan maklumat yang lebih jelas kepada
orang ramai, Perintis Agrotech Centre telah merangka satu program jelajah ke seluruh negara dan
bagi yang berminat, boleh daftarkan diri di talian 03-61873796 atau 019-6634527. Yuran penyertaan
sebanyak RM50 sahaja. Keli salai penambat selera Oleh Mohd Azhar Ibrahim SELEPAS berhenti
daripada jawatan sebagai pengurus perhubungan awam dengan sebuah syarikat penerbangan
beberapa tahun lepas, Shaharuddin Md. Yusof, 60, merealisasikan minat dalam perniagaan dengan
menternak ikan keli dalam tangki simen. Pada permulaan, beliau menjual ikan keli hasil ternakannya
itu kepada penjual di pasar malam dan pasar tani yang terletak berhampiran. Shaharuddin bersama
saudara lelakinya menubuhkan Newtech Aquaculture Sdn. Bhd. pada Januari 2007, dan kemudian
mendaftarkan syarikat berkenaan di bawah Skim Anak Angkat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
(LKIM), untuk mempelajari lebih mendalam mengenai industri akuakultur ikan keli. Sejak Disember
tahun lalu , perniagaan itu, kini dikenali sebagai One Newtech, kini dimiliki sepenuhnya oleh
Shaharuddin. Dengan semangat untuk melebarkan perniagaannya, Shaharuddin mula mencari
peluang untuk mempelbagai produk dengan menghasilkan produk yang diminta oleh pelanggan
selain daripada ikan keli hidup. Sebelum adanya peti sejuk, penyalaian adalah satu bentuk
pengawetan dan penyimpanan yang popular. Bahan kimia yang terhasil daripada kayu yang
digunakan dalam proses penyalaian membantu memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan
mengurangkan jumlah kelembapan bagi pembiakan bakteria. Rasa dan tekstur produk ikan keli
organik yang disalai banyak bergantung kepada beberapa faktor termasuk kualiti ikan, jenis kayu
yang digunakan untuk menyalai dan cara penyalaian. Ikan yang disalai secara betul akan dapat
mengekalkan nilai khasiat ikan segar berkenaan. ''Selepas berfikir panjang, saya membuat
keputusan untuk menghasilkan ikan keli salai dan melayari Internet bagi mendapatkan maklumat
mengenai peralatan, teknik dan proses bagi menghasilkan ikan keli salai. ''Saya akhirnya mendapat
apa yang saya mahukan di laman web di Jerman", kata Shaharuddin kepada Bernama semasa
ditemubual di premis perniagaannya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor baru-baru ini.
Beliau terbang ke Jerman untuk bertemu dengan pengeluar mesin berkenaan tetapi mendapati
harganya agak terlalu tinggi. "Walaupun tidak dijual, mereka amat menghargai usaha saya dan
memberi saya skema teknologi mesin penyalai berkenaan", katanya. Dengan rangka tindakan
dalam tangan, Shaharuddin mendapatkan sebuah mesin penyalai yang dipasang siap di sini pada
kos RM80,000. Menurut para pegawai LKIM, mesin penyalai yang dimiliki oleh Shaaruddin adalah
satu-satunya mesin penyalai yang menggunakan teknologi terkini dalam proses menyalai, di mana
penyalaian (dan haba) dihasilkan di bahagian berasingan dan kemudian disalurkan ke bahagian lain
di mana ikan yang diproses digantungkan. "Cara ini, daging ikan akan masak secara perlahan dan
kekal lembut dan enak", kata Shaharuddin. Dalam usahanya untuk mencapai kesempurnaan,
Shaharuddin menghabiskan masa selama tiga bulan mencuba pelbagai teknik penyalaian untuk
mengenalpasti proses penyalaian dan ramuan yang tepat. Pemilihan kayu yang betul adalah suatu
yang sukar. Hanya kayu pain yang mengandungi damar akan menjadikan ikan terasa pahit dan ini
digemari ramai. Beliau mendapati walaupun kayu dari pokok jambu tempatan memberikan hasil
yang terbaik, mendapatkan bekalan untuknya bukanlah satu yang mudah. Beliau terpaksa mencari
yang lain. Habuk kayu oak "Akhirnya, saya menjumpai habuk gergaji kayu oak menghasilkan asap
yang bersih dan tidak tebal yang meningkatkan rasa enak ikan; menjadikan isi ikan warna yang
menarik tanpa menjejaskan nilai khasiatnya", jelas beliau. Pada 1 Januari 2008, produk mula
dikeluar dan dipasarkan secara komersial dengan jenama "Newtech" setelah ia berjaya
menghasilkan ikan salai yang bermutu. Dengan taglinenya berbunyi: Aromanya Membuka Selera

Anda keli organik salai "Newtech" kini dipasarkan melalui pasar tani, pasar malam, pasar segar dan
di kedai makan serta runcit di Bangi, Kajang dan Putrajaya. Sebagai Presiden Persatuan Anak
Angkat Jabatan Perikanan Selangor, Shaharuddin juga mewujudkan satu rangkaian pengedar untuk
produk berkenaan. Syarikat berkenaan turut aktif menyertai pameran dan ekspo yang dianjurkan
oleh agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pengguna yang menitik berat akan kesihatan menyambut
baik hasil produk Shaharuddin lebih-lebih lagi ia menerima sijil "halal" daripada Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS). Hasil pengeluaran harian mencatatkan pertambahan sekali ganda pada suku
tahun kedua dan sekali ganda lagi pada suku tahun ketiga dan keempat. Pada peringkat awal,
pengeluaran produk adalah cuma kira-kira 20 kilogran (kg) sehari pada Januari dan meningkat
kepada 40 kg pada Mac, 60 kg pada Jun, 80kg pada September; mencecah 100 kg sehari atau 2.5
tan metrik sebulan pada Disember 2008. Permintaan kian bertambah hingga melebihi tawaran.
Syarikat berkenaan kini terpaksa mendapatkan bekalan ikan daripada pemilik akuakultur, tetapi
dengan syarat ikan keli diberi makan pelet. "Kami menawarkan RM3.80 setiap kilogram ikan
daripada penternak ikan keli, yang saiznya telah ditetapkan termasuk penghantaran", kata
Shaharuddin. Tidak seperti ikan sejenis yang hidup dalam lumpur di sungai, ikan ternakan di kolam
milik One Newtech diberi makan pelet menjadikan isi ikan terasa manis, kenyal tetapi lembut.
Penyelidikan yang dikendalikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli
yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam
protein dan lemak asid Omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet
kesihatan. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap
sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus,
neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa
pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan
separuh risiko kematian akibat serangan jantung. One Newtech akan memulakan satu program
pengembangan bertujuan agar produk syarikat boleh diperoleh di pasar raya seperti Carrefour,
Giant dan Tesco. Shaharuddin menjangka tahap pengeluaran harian akan meningkat lagi sebanyak
50 peratus menjelang akhir tahun ini. Sehubungan itu, syarikat merancang menambah ketuhar
penyalai selain meningkatkan kebersihan premis bagi mematuhi Prosidur Pengendalian Standard
Kebersihan (SSOP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP). Dalam usaha mempelbagaikan produk,
One Newtech baru-baru ini telah menambah daging salai dalam tawaran produknya. Turut
tersenarai dalam produk barunya ialah ikan tilapia dan ikan patin salai. "Akhirnya, kami berharap
dapat memperoleh sijil HACCP (Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal) ", kata
Shaharuddin. HACCP ialah satu proses standard yang menentukan sistem pengurusan dan
pengawasan yang ketat dilaksanakan dalam pengeluaran makanan. Pensijilan ini adalah satu
proses yang ditetapkan untuk jualan produk makanan yang siap proses dalam pasaran di Eropah
dan Amerika Syarikat Bekas wartawan ternak keli Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Normahiran
Yusoff boleh berbangga dengan usahanya sebagai usahawan tani yang kini telah membuahkan
hasil. -------------------------------------------------------------------------------- Biarpun pernah menjawat
jawatan wartawan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Komunikasi Massa, Normahiran
Yusoff meninggalkan kerjaya berkenaan dan berhijrah ke dunia lebih glamor dengan terlibat dalam
industri hiburan. Ketika bertugas di syarikat rakaman, beliau dikelilingi oleh artis-artis tapi hatinya
masih tidak dapat melupakan dunia perniagaan. Selepas meletakkan jawatan sebagai Pengurus
Kanan sebuah syarikat rakaman, beliau menubuhkan syarikat sendiri dan seterusnya Normahiran
mula melibatkan diri dalam bidang pertanian. Berpegang kepada moto 'Pertanian Adalah
Perniagaan,' Normahiran mula berjinak-jinak mengikuti kursus pertanian terutama pembenihan dan

ternakan ikan keli. Beliau memulakan usahanya dengan membeli set ternakan ikan keli dalam
kanvas daripada pengusaha di Negeri Sembilan. "Setelah mengikuti kursus ternakan dan
pembenihan ikan keli di Selangor, saya mula meninjau pasaran sebelum memulakan ternakan,"
katanya semasa ditemui di kawasan ternakan keli di Dengkil, Selangor, baru-baru ini. Setelah
meninjau pasaran, Normahiran membuat pengiraan modal serta untung rugi. Setelah pasti dengan
keuntungan, beliau memulakan projek. Beliau membeli tiga buah tangki yang telah diubahsuai
sebagai permulaan untuk menternak ikan keli. Kemudian beliau membeli anak benih ikan bersaiz
tiga inci. Kini Normahiran beralih kepada saiz lima inci kerana saiz yang lebih besar cepat
membesar dan kadar kematiannya juga rendah. Pada mulanya, beliau hanya memberikan ikan keli
makan pelet tetapi kosnya yang tinggi menyebabkan Normahiran mencari alternatif lain. "Bagi
menggantikan bekalan protein, saya menggunakan kepala dan perut ikan bilis yang didapati di
pasar malam yang saya masak dengan beras hancur selain sisa roti. "Maklum balas yang saya
daripada penternak lain mendapati perut dan kepala ikan bilis mempunyai protein yang tinggi dan
sesuai menggantikan pelet," katanya. Sehingga kini ternakan kelinya telah mengeluarkan hasil dan
beliau mendapat kontrak membekalkan ikan keli kepada sebuah syarikat mengeluarkan ikan keli
salai. Ikan keli salai, kata Normahiran memerlukan ikan keli yang memakan pelet dan bahan kaya
protein tetapi kurang lemak bagi mendapatkan tekstur yang cantik. "Biasanya saiz ikan keli yang
sesuai untuk dibuat ikan salai adalah 160 gram (g) seekor atau enam hingga tujuh ekor bagi satu
kilogram. "Kini saya perlu membekalkan 200 kilogram (kg) ikan keli seminggu kepada ikan salai,"
katanya. Bagi mendapatkan kontrak membekalkan ikan keli bagi ikan keli salai, pengusaha ikan
salai melawat ke kawasan ternakannya bagi memastikan makanan yang diberikan serta tahap
kebersihan. Buat masa ini Normahiran sedang berusaha membesarkan lagi projek ternakan ikan keli
bagi memenuhi permintaan pengusaha ikan keli salai. Sebarang pertanyaan tentang ikan keli, cili
dan kursus penaman cili, sila hubungi Eddie 017-369 2237 Dari kelab golf ke kolam keli Benih keli
dilepaskan ke dalam kolam. -------------------------------------------------------------------------------SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap
berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu. Cerita tentang pengalaman berjaya
dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu,
sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini. ''Terus terang
saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya
memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar" jelas beliau.
Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di
Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar
dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre
(PAC). Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah
Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor. Memandangkan tidak ramai penternak
yang arif membuat pembenihan sendiri, mereka terpaksa membelinya daripada pembekal dan
pusat-pusat pembenihan. Bagaimanapun pembekal benih keli di Lembah Klang ketika ini cukup
terhad dan menjadi punca kebanyakan projek ternakan keli tertangguh. Selain kekurangan bekalan
induk keli untuk dibenihkan secara aruhan, faktor asuhan benih yang agak merumitkan menjadi
punca kurangnya penglibatan yang serius dalam bidang pembenihan keli ini. Atas kesedaran inilah
dengan berbekalkan ilmu dan semangat, Nur Azizi mengambil keputusan nekad dan berpakat
dengan seorang rakan sekerja Mohamad Suria Sufian, 29, meninggalkan kelab golf dan menyewa
sekeping tanah di kawasan hutan rekreasi Rawang, Selangor. Dengan menubuhkan syarikat
Prestasi Agro Farm (PAF) kedua-dia usahawan muda ini mengorak langkah awal dengan
memulakan projek ternakan keli dalam kanvas dan tangki poli dengan modal bersama. Keli yang

diternak dalam 15 tangki poli dan 10 kolam kanvas tersebut adalah hasil pembenihan keli yang
mereka lakukan sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang mereka tempuhi dalam proses
pembenihan keli ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat penternak muda ini. Akhirnya dengan
bimbingan dari pakar pembenihan di Jabatan Perikanan dan beberapa usahawan benih keli berjaya,
mereka berhasil menyelami teknik sebenar proses pembenihan keli tersebut. Sejak itu, setiap bulan
paling kurang tiga kali pembenihan akan dilakukan melibatkan lebih 50 pasang induk. Menurut
beliau lagi, sesiapa sahaja yang ingin membuat pembenihan secara komersial harus mempunyai
bekalan ikan induk yang mencukupi dan berterusan. Di samping menternak induk sendiri, bekalan
ikan induk juga diperolehi daripada pemancing atau penternak yang menggunakan kolam tanah.
Pemilihan induk yang kurang tepat akan mengurangkan kualiti dan kuantiti benih. Sebelum proses
pembenihan dibuat, induk yang dipilih dirawat terlebih dulu selama seminggu bagi menjamin kualiti
telur yang bakal dihasilkan. Umur induk biasanya sekitar tujuh bulan hingga dua tahun. Induk yang
terlalu tua akan mengurangkan kuantiti dan kualiti benih. Saiz yang sesuai adalah sekitar 26
sentimeter (300 gram) hingga 75 sentimeter (satu kilogram). Saiz induk betina biasanya lebih kecil
daripada saiz induk jantan. Seekor induk betina bersaiz 30 sentimeter mampu mengeluarkan telur
antara 10,000 biji dan mencapai 200,000 biji telur apabila mencapai saiz 90 sentimeter. Menurut Nur
Azizi, masa yang paling sesuai untuk menjalankan pembiakan dipengaruhi kehadiran musim hujan
iaitu antara bulan April hingga Disember dengan puncaknya berada antara bulan Julai dan
September. ''Bekalan induk jantan paling kritikal kerana dalam proses pembenihan aruhan, induk
jantan terpaksa dikorbankan bagi mengeluarkan kantung benihnya,'' jelas beliau lagi. Setelah lebih
dua tahun beroperasi, PAF kini mampu memasarkan lebih 500,000 ekor anak benih keli setiap
bulan. Memandangkan permintaan yang semakin bertambah, Azizi serta rakan menambah empat
lagi kolam tanah bagi mempercepatkan proses pembesaran anak benih. Menurutnya, anak benih
yang berusia empat hari, lebih cepat membesar sekiranya diasuh dalam kolam tanah. ''Tiga minggu
dalam kolam tanah sudah sedia untuk dijual terus kepada penternak," ujarnya. Tegas beliau,
biasanya penternak akan membeli anak benih yang berukuran tiga inci kerana risiko kematian
adalah rendah. Permintaan terhadap benih ikan keli memuncak ketika menjelang bulan puasa dan
cuti sekolah kerana para penternak akan membuat persediaan awal bagi memenuhi permintaan
ikan keli segar yang kebiasaanya mendapat pesanan berlipat kali ganda bagi hidangan berbuka dan
majlis kenduri kahwin. ''Penternak biasanya akan memesan sebulan lebih awal sebelum ikan di
kolam mereka dituai. Setakat ini permintaan paling banyak kami terima dari Lembah Klang,
Selangor, Kawasan Utara dan Johor" ujarnya. Setiap kali pembenihan dijalankan, PAF juga
membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta mempelajari teknik pembenihan secara
intensif. Bengkel satu hari ini mendedahkan peserta tentang kaedah pemilihan induk, teknik
pembenihan, asuhan benih dan penyediaan makanan alternatif. Bagi mengurangkan kos makanan
ternakan keli yang semakin meningkat, PAF mengamalkan penternakan teknik Pro Asli bagi
meminimumkan kebergantungan kepada pelet. Ini membuktikan bermula daripada bual-bual kosong
di padang golf, mampu membawa keuntungan ribuan ringgit. Bagi penternak yang ingin mempelajari
teknik pembenihan ikan keli atau mendapatkan bekalan anak benih atau peralatan pembenihan,
bolehlah menghubungi beliau di 019-3310855 atau 016-3094950. Penternakan Ikan Keli Ikan Keli
adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di
sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang
Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi,
contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga
banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai
kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera

dan Sungai Serting. Ikan Keli yang dijual di pasar. Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati
adalah:- Ikan Keli Kayu Ikan Keli Bunga Ikan Keli Eksotika Ikan Keli Limbat Ikan Keli Mata Kati Ikan
Keli Rusia Ikan Keli Afrika Ikan ternakan Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau
sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam
dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.Dalam
bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele". Kepercayaan Bagi
sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan
atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan
oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana
cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.
Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.
Posted by fendi isa at 11:45 PG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook
Kongsi ke Pinterest Tiada ulasan: Catat Ulasan Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom) ULAMAK DUNIA DAN AKHIRAT 10 PERKARA BATAL ISLAM JAUHI
SIHIR JANGAN SOMBONGLAH BACAAN AL QURAN DOA YANG MENZALIMI IN SYA ALLAH
JAUHILAH TAGHUT Firman Allah s.w.t:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus


dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka):
Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima
seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa
kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya
kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36) CUKUPLAH
ALLAH BAGI SEGALA2NYA "Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qanaah menyertainya. Barangsiapa menginginkan
nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah
Al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal


ini, cukuplah neraka baginya."






Manusia itu adalah insan mulia kerna dirinya. Namun hal itu bukan berarti ia menjadi mulia kerna
kekuatan fisiknya sebab unta lebih kuat darinya tanpa bisa ditakar. Bukan pula kerna besar
badannya sebab gajah lebih besar badannya. Bukan juga kerna keberaniannya sebab binatang
buas lebih berani, Bukan pula kerna kuat jima'nya sebab se-kecil2nya burung masih lebih kuat saat
melakukan persetubuhan. 1. Perkataan yang cantik - ALLAH 2. Lagu yang merdu - AZAN 3. Novel
yang menarik - AL QURAN 4. Senaman Yang Baik - SOLAT 5. Diet yang mujarab - PUASA "Jika
ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya", "Jika
ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu", Jika ALLAH SWT TIDAK
MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

)
Dan janganlah kamu

cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api
Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.
Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Hud(113) ayat-ayat ruqyah KLIK UNTUK QURAN TERJEMAHAN DAN BACAAN Quran Explorer
www.quranexplorer.com Free Calendar ingatlah tiada milik kita...sombong itu selendang@pakaian
Allah swr Feedjit SYUKRAN@TQ KERANA MELAYARI BLOG INI 19.10.10 solat itu dapat
mendekatkan diri kita dengan Allah Waktu Solat Malaysia Kuala Lumpur & Putra Jaya

Imsak:05:57Subuh:06:07Syuruk:07:21Zohor:13:27Asar:16:39Magrib:19:28Isya:20:37 07-Mar201627 JamadilAwwal, 1437 Pilihan Pengguna kod waktu solat Pelawat fendi tazkirah Hijri / Islamic
Calendar Pengikut Arkib Blog 2016 (8) 2015 (635) 2014 (1528) 2013 (2514) 2012
(2137) 2011 (2191) Disember (116) November (110) Oktober (144) September
(146) Ogos (245) Julai (188) Jun (179) Mei (240) JANGAN SAMPAI KITA
MENENTANG MUSUH POLITIK KITA..B... BILA HANYA NAMPAK DUNIA SAJA...TAK NAMPAK
AKHIRAT ... ATAP GENTING...ATAP RUMBIA....KAYA RAYA MANA PUN..... ALLAH MAHA
KUASA...TIADA BANDINGAN....YANG BERSALA... BUKAN SESUATU PUAK@PARTI ATAU
INDIVIU TERTENTU SAJ... AGAK SUKAR NAK DIFIKIRKAN...KIRA FIKIR BODOHLAH...... HAK
SUAMI DAN HAK ISTERI HANYA ALLAH YANG TAHU DAN BERKUASA ATAS SESUATU......
PERKARA AKAN SELESAI DENGAN MEMAHAMI ISLAM...DENGA... MUNGKIN BOLEH JADI
TELADAN..... MUNGKIN BOLEH JADI PANDUAN AGAR TIADA BERMUSUHAN2.... VIDEO TU
BIASA JER..SALAH MENGEDARNYA...YANG BAGUS... PEMERINTAH YANG ADA SEKARANG
TAK PERLU TAKUT...JIK... YANG HARMONI..BERSIH DLL ITU ADALAH AJARAN ISLAM M... TAK
BOLEH DIBANDINGKAN DENGAN BUKAN ISLAM...SEBAB... KADANG2 KITA TAK PASTI IA
BODOH...SEBAB IA BERPEND... YANG BOLEH MENAIKKAN ATAU MENJATUHKAN SESEBUAH
KER... BILA MEMPERJUANG PERIBADI SERTA PUAK DAN POLITIK L...
FAHAMKANLAH...SEGALA MILIK SERTA KUASA HAK ALLAH..... INGATLAH APA YANG KITA
BUAT....LAKUKAN....NIATKAN ... PERHATIKANLAH....APA YANG DIKATAKAN OLEH
RASULLULL... VIDEO LUCAH DIEDAR...TEKTIK KOTOR DAN BELUM TENTU ... MUJAHADAH
SERTA PENGORBANAN TERUS MENERUS...MENYEB... Tak kira ulama atau profesional yg
penting Islamny... SEMUA NAK JADI HERO...HERO ISLAM KENA IBADAHNYA KU... INI SAJA
DAPAT DI COPYPASTE...CERITA2NYA TENTANG ... BILA KITA MENEGUR ORANG MENGHINA
ISLAM PERPILIH2..... BANYAK LAGI PERKARA MENGHINA ISLAM...CUMA SECARA T... BOLEH
BERSATU JIKA TELAH DITAKDIR...BOLEHKE..DAH K... BUKAN SEMUA KAUM..PATUT
PEMIMPIN UMNO PATUT CONTOH... GURU OH GURU.... BIAR PEDANG ITU
MEMPERJUANGKAN ISLAM...DAN PERJUAN... ADA BAIK KITA TAK GILA PANGKAT ATAU
KUASA...SEBAB ... ANAK JANTAN NI MUNGKIN YANG SANGGUP KETEPIKAN HUKU...
FAHAMILAH DENGAN ILMU SERTA MOHON TAUFIK DAN HIDA... MEMANG DAH SEJUK...TAPI
AUTA2 KIAN TERBUKA...CUMA ... PATUT DAH LAMA ADA...SESUAI MALAYSIA BAHASA
MELAYU... AGAK SUKAR...JIKA RAMAI YANG BERHARAP DAPAT KEUNTU... MEMANGLAH
KENA MUNAJAT PADA ALLAH...ALLAH YANG ESA... ALLAH SAJA YANG NIAT
MASING2...IKHLAS ATAU TAK...A... MENYOKONG ISLAM SERTA MASUK GERAKAN ISLAM ITU
WAJI... ARAK PUNCA SEGALA MAKSIAT....KITA TAK BENDUNG...SE... BERCAKAP TU AGAK
MUDAH..YANG SUSAH BERCAKAP BENAR.... PETUA2 DAN TIPS...TAPI SEMUANYA DENGAN
IZIN ALLAH ... BUATLAH AMAL SEBANYAK2NYA...PASTI KITA DIDUNIA NI ... PENDEDAHAN
DARI WIKILEAKS...BENAR ATAU TAK...ALLAH... BIASALAH...DAH TAK DE POWER...ORANG
TAK KAN PEND... MUNGKIN BOLEH HALANG ITU PUN DE IZIN ALLAH...TAKDI... SEDARLAH
KITA TAK BOLEH LAWAN KUASA ALLAH...ALLAH ... BILA MANUSIA BENCI ATAU DENGKI
ORANG WARAK...BERMU... MOGA2 JADI PENGAJARAN...SENTIASALAH MOHON PERLINDU...
BUKAN ILMU TAPI TAKWA....RAMAI BERILMU RASUAH..MAK... DAH KEMALANGAN...DAH
BERLAKU...JANGAN BANGKIT SOAL... HAKIKATNYA ALLAH MENGHANCURKAN....DAH MATI
JANGAN ... Sabar Menolak Kemungkaran Satu Cabaran ....Membuat... YANG KENAL ALLAH DAN
ISLAM...BERILMU DAN MENGAMALK... BIASA
BERCAKAP...MENGHURAI...BERCERAMAH...MENGKRIT... MUNGKIN PERLU TAHU...ATAU DAH
TAHU....CUMA DAH AMA... DALAM BERSEDIH JANGAN SOAL DAFTAR ATAU TAK...MEREK...

MENTAL DAN ROHANI...BERGANTUNG AMALAN PERIBADI DAN... MOGA MEREKA DALAM


RAHMAT ALLAH...ALFATIHAH.....BE... TAKZIAH...BAGI YANG PERGI...KITA AKAN MENYUSUL
JUG... BERJUANGLAH..TAPI JANGAN TERSALAH NIAT...HANYA UNT... BILA GULUNGAN KAYA
TAK TERASA..SEDIKIT TANGGUNGAN.... KITA MUNGKIN LEPAS DARI HUKUM MANUSIA TAPI
TIDAK ... SAPE PUN TAK BOLEH LAWAN STRATEGI ALLAH....WALAUPU... BILA AKHIR
ZAMAN.....MANUSIA TIDAK PENDULI LAGI HA... BILA MATI BUKAN KERANA ALLAH...JADI SIA2
MATI ITU.... BILA DITINGGIKAN PINJAMAN...MAKA HUTANG BERTAMBAH ... JIKA BENAR
1OOO TAHUN....MENGAPA KERJA HINGGA LUPA... BUKAN DIPANDANG DARI NAFSU
SYAHWAT..MUNGKIN ADA ... DUA2 PENTING....KERANA TIADA SALAH SATU TIADA KIT... IMAN
KENA DIBUKTIKAN DENGAN AMALAN....BUKAN CAKAP ... BERBUAT BAIKLAH...BUATLAH
KEBAJIKAN SEBANYAK2....J... BILA TELAH BANYAK KETIDAK BETULNYA...ADAKAH MASIH ...
TAK TAHU SAPE YANG KELAM...ANWAR...ATAU NAJIB ATAU... BUAT APA NAK
HARAMKAN...KAN KATA PARTI LEMAH...KUC... SEKUAT MANA PUN...KITA TAK BOLEH LARI
DARI TUA...S... BILA SERONOK CAKAP BERBELIT2...TAKUT NANTI MEMBELI... JIKA KITA
MEMERINTAH BERI LAYANAN BURUK...KEBURUKA... BILA BERPOLITIK TAPI TAK TAHU ILMU
POLITIK..JIKA T... JODOH DITANGAN ALLAH...PENTINGNYA PASANGAN KITA B... TAK
PE....KITA TUNGGU AJE...TINDAKAN DARI ALLAH...... BUATLAH TEKTIK KOTOR
MAKSIMUMLAH...JIKA TIADA IZIN... BERHEMAH BOLEH...JANGAN TERGADAI AKIDAH DAN
IMAN..... JANGAN ASYIK MENCUNGKIL...MENCIPTA AIB MUSUH...AI... PEMIMPIN YANG BAIK
IALAH YG TAKWA..ZUHUD..DAH TENT... CARA NI AGAK SUKAR UNTUK MENJATUHKAN
MUSUH...LEBIH... KEHEBATAN KITA MEMERINTAH@BIJAK MENTADBIR DINILAI.... ISLAM DAN
AKHIR ZAMAN SELAMAT HARI GURU...NILAI PAHALA DOSA DIUKUR DARI ... SEBAB
PEMIKIRAN POLITIK BERLAINAN...SIFAT MURNI HI... BILA AGAMA DIWARISI BUKAN DARI
KEFAHAMAN MENDALAM ... CARI DUIT...TAK SALAH ASALKAN HALAL...BERMEWAH@MEM...
DIA BUKAN ULAMAK...TOK GURU LAGILAH BUKAN...TAHAP ... TEPAT...WAJIB BERGANTUNG
KEPADA ALLAH....APA TAKUT... FACEBOOK... PERLU JUGA DIFIKIRKAN....AGAR KITA TAK
TERIKUT BUD... MEMANG MUNGKIN KITA BERKUASA...TAPI TAK TERLAWAN K... IKAN KELI
April (194) Mac (225) Februari (195) Januari (209) 2010 (1648) 2009 (85)
ASSALAAMMULAIKUM WW,SELAMAT DATANG KE BLOG FENDI TAZKIRAH TERIMA KASIH
KERANA MELAYARI BLOG FENDI TAZKIRAH........ Cari Blog Ini Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia
kembali". MOGA2 KITA BERKONGSI ILMU SERTA DAKWAH...SEGALANYA MILIK ALLAH SWT
Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya adalah
PERHATIAN
respons/pendapat/ulasan saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara
mahupun di luar negara. Sebahagiannya pula disalin & ditampal (semoga dengan izin) dari blog,
laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. saya memohon maaf jika manamana@copy paste makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana
petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka
maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar
tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera. Untuk makluman, sebarang petikan, makalah,
gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet
yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang
berkaitan. Kalau dah masuk n baca apa2 yang berkenan serta berhajat nak salin atau copy atau
share silakan...sebab bagi kita fikir senang saja...ilmu
kita nak kedekut2 kan.

hak Allah, buat apa

)

)
(




(

(
)

boleh
stop/hentikan
Templat
Watermark.
Dikuasakan
oleh
Blogger.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai