Anda di halaman 1dari 7

BAB 1

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

Bab pertama kajian ini adalah untuk menjelaskan latar belakang kajian, permasalahan
kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian,
definisi istilah dan definisi pembolehubah kajian.
1.2

Latar belakang kajian

Beberapa penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh beberapa pengkaji mengenai literasi
awal

kanak-kanak.

Kebanyakan

kajian

yang

dijalankan

adalah

bagi

membantu

meningkatkan tahap pembacaan dan perancangan pembelajaran yang bersesuaian untuk
kanak-kanak. Menurut Amir Hamzah, 2004 dan Muhammad Raus, 2008, kajian yang
dijalankan oleh mereka menunjukkan bahawa proses pembelajaran membaca dan menulis
telah bermula awal dalam perkembangan kanak-kanak iaitu sejak kanak-kanak belum
melangkah ke alam persekolahan. Pada masa kini ini, literasi adalah amat penting dalam
kehidupan manusia. Oleh itu, seseorang itu harus menyedari dan memiliki kemahiran literasi
sejak dari awal lagi kerana tanpa kemahiran tersebut, seseorang itu akan mengalami
pelbagai kesukaran untuk menjalani kehidupan harian di negara moden.
Melalui Mahzan Arshad (2012), Isahak Haron et. al. (2006) menyatakan bahawa
kanak-kanak yang memiliki pengalaman dan kemahiran literasi awal yang baik dapat
membaca dengan lancar. Namun begitu, pada peringkat awal kanak-kanak, apabila kita
memperkatakan tentang literasi awal, kita lebih cenderung untuk membincangkan tentang
penguasaan tahap awal pembacaan kanak-kanak sahaja. Walhal, tahap literasi awal kanakkanak tidak hanya tertumpu pada kemahiran membaca sahaja tetapi turut melibatkan
kemahiran lain iaitu kemahiran bahasa lisan, kemahiran menyoal dan menjawab serta
kemahiran berfikir secara kritikal.
Terdapat beberapa pendapat dan kenyataan daripada pihak tertentu berkaitan
definisi literasi. Pada masa dahulu, menurut Mahzan Arshad (2012), kemahiran literasi
dikenali sebagai kemahiran untuk mengenal huruf atau celik huruf di mana ia bermaksud
kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Pada awal
tahun 1960-an, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu
(UNESCO) mendefinisikan seseorang yang memiliki keupayaan literasi sebagai individu
yang mampu membaca dan menulis suatu kenyataan yang pendek dan mudah dalam
kehidupan hariannya. Manakala, menurut Mahzan Arshad (2008), kemahiran literasi
bermaksud kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir dalam sesuatu
bahasa. Beliau turut berpendapat bahawa semua kemahiran ini merupakan satu proses
membina makna dan berfungsi dalam kehidupan manusia. Empat daripada kemahiran

1962). Selain daripada itu. 1. pada tahun 2006. 2001). dalam kajian ini. Teori Penampilan Literasi atau dikenali juga sebagai Teori Pemunculan Literasi telah dicetuskan oleh Marie Clay melalui pelbagai kajian beliau. teori tersebut menekankan bahawa proses pembacaan kanak-kanak terjadi secara berperingkatperingkat. Tahap 2 (Pembaca Awal) dan Tahap 3 (Pembaca Maju). pengkaji hanya melibatkan kanak-kanak yang berusia lima tahun dan enam tahun bagi mengkaji sejauh mana tahap literasi kanak-kanak pada usia sedemikian. Namun. pengkaji turut menjalankan kajian untuk melihat perkaitan di antara tahap literasi dengan faktor perbezan umur dan jantina kanak-kanak. akhbar Berita Harian melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 100 000 murid sekolah rendah mengalami masalah tersebut. Dalam Teori Penampilan Literasi. Keadaan tersebut jelas dilihat apabila negara dikejutkan tentang 60 peratus pelajar tahap satu di seluruh negara masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Kajian Marie Clay menekankan aspek penguasaan bahasa dan tabiat membaca pada peringkat awal kanak-kanak sehingga ke alam remaja. Bagi kajian ini. 1960). Antaranya ialah Teori Perkembangan Kognitif (Piaget. Teori Konstektual (Vygotsky. Sehubungan . 1982). jelas ternyata bahawa kemahiran literasi sentiasa diperlukan dalam kehidupan seharian manusia. Malah. terdapat beberapa tokoh terkemuka telah menerangkan beberapa teori berkaitan literasi awal kanak-kanak. kemahiran literasi harus dipupuk dan dibentuk dari awal kanak-kanak lagi. Tan Sri Muhyiddin Yassin di Berita Semasa pada tahun 2010. pemimpin tertinggi negara turut berasa risau tentang permasalahan tersebut. Berdasarkan definisi yang diterangkan. pengkaji memilih untuk menggunakan Teori Penampilan Literasi (Emergent Literacy) oleh Marie Clay (1967) untuk mengenalpasti tahap literasi awal kanak-kanak. membaca dan menulis merupakan prinsip utama dalam pengajaran bahasa di bawah komponen bahasa dan komunikasi (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. penampilan literasi bermaksud kanak-kanak membina kemahiran membaca dan menulis tanpa titik permulaan atau pengakhiran. bertutur. Marie Clay (1982) menjelaskan bahawa perkembangan literasi kanak-kanak berkembang secara berperingkat-peringkat. Teori Psikolinguistik (Bruner. Hal ini demikian kerana.tersebut iaitu kemahiran mendengar. Beliau telah membahagikan pembaca kepada tiga tahap iaitu Tahap 1 (Pembaca Baru). Menurut Mahzan Arshad (2012). 1974) dan Teori Penampilan Literasi (Marie Clay. iaitu. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pada tahun sebelumnya. menulis dan mengira (3M) oleh Timbalan Perdana Menteri. Oleh yang demikian.3 Pernyataan masalah Masalah bacaan dalam kalangan murid pendidikan khas sentiasa mendapat perhatian umum sama ada daripada pihak ibu bapa dan guru-guru.

Bagi membendung masalah ini daripada berlanjutan. Mengenal pasti tahap literasi awal kanak-kanak berusia enam tahun mengikut teori iii. Bahagian PERMATA (2009) pula menyatakan hampir 90 peratus daripada 3 116 200 orang kanak-kanak bawah umur empat tahun ke bawah tidak mendapat pendedahan sebarang program pendidikan awal kanakkanak yang sangat penting bagi merangsang perkembangan awal kanak-kanak. berusia lima tahun dan kanak-kanak berusia enam tahun.dengan itu. pengkaji berharap kajian ini dapat memberi maklumat tentang kepentingan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak. Menurut Snow et. Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi membantu kanak-kanak yang dikenal pasti memiliki kesukaran ketika sesi pengajaran dijalankan. Antaranya ialah guru perlu mengenal pasti tahap literasi awal kanak-kanak terlebih dahulu sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran di awal tahun persekolahan. kanak-kanak yang mengalami masalah membaca atau yang berkemungkinan akan mengalami masalah membaca harus mendapatkan bantuan secepat mungkin. kajian berkaitan literasi harus dijalankan sejak dari awal kanak-kanak lagi. ‘penampilan literasi’. Melalui kajian pada tahun 2010 tersebut. Justeru itu. ‘penampilan literasi’. Mengenal pasti adakah terdapat perbezaan tahap literasi awal di antara kanak-kanak iv. Mengenal pasti adakah terdapat perbezaan tahap literasi awal di antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. jelas terbukti bahawa tahap pembacaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih pada tahap yang rendah. Mengenal pasti tahap literasi awal kanak-kanak berusia lima tahun mengikut teori ii. guru boleh merancang aktiviti yang bersesuaian mengikut tahap tertentu. (1998) dalam Allor & Mc Cathreen (2003). golongan umur dari 10 tahun hingga 40 tahun membaca lapan buah buku setahun dan mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun hanya membaca enam buah buku setahun. al. Kementerian Pelajaran telah melancarkan program intervensi untuk murid Tahun Satu yang tidak menguasai kemahiran 3M tersebut mulai tahun 2006.4 Objektif kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut: i. Kajian ini merupakan kajian yang dijalankan secara usaha sama antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia yang bertujuan untuk mengenal pasti profil membaca dalam kalangan rakyat Malaysia di mana telah dimulakan pada tahun 1996. 1. Pelbagai langkah harus diambil bagi mengatasi masalah tersebut daripada berlanjutan di masa depannya. Selain daripada itu. Oleh yang demikian. . melalui sumber daripada Perpustakaan Negara (2011). Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2010 merumuskan bahawa secara puratanya.

pengkaji berharap agar dapatan kajian dapat membantu para guru dalam mengenalpasti tahap literasi yang dimiliki oleh seseorang kanak-kanak itu.7.1. guru dapat mengenalpasti dan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai agar objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya walaupun kanak-kanak memiliki tahap literasi yang berbeza. 1.7. Kajian ini boleh dijadikan sebagai pembuka jalan untuk kajian-kajian seterusnya dalam bidang tersebut. Setelah mengetahui tahap literasi setiap kanak-kanak.2 Ibu bapa dan keluarga Selain daripada memberi manfaat kepada guru.3 Pengkaji pendidikan awal kanak-kanak dalam bidang literasi Pengkaji turut berharap agar kajian ini dapat memberi sumbangan dalam bidang literasi kanak-kanak. Para pengkaji dalam bidang pendidikan awal kanak- . ibu bapa dan keluarga merupakan golongan yang paling rapat dengan kanak-kanak.1 Guru Melalui kajian menilai tahap literasi kanak-kanak ini.6 Hipotesis kajian Hipotesis dalam kajian ini ialah: i. ‘penampilan literasi’? Apakah tahap literasi awal kanak-kanak berusia enam tahun mengikut teori iii. ibu bapa dapat menyediakan dan menjalankan sebarang aktiviti yang dapat membantu meningkatkan tahap literasi anak-anak mereka di rumah. 1. ‘penampilan literasi’? Adakah terdapat perbezaan tahap literasi awal antara kanak-kanak berusia lima iv. H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap literasi awal kanak-kanak lelaki dan tahap literasi kanak-kanak perempuan. kajian ini juga diharapkan dapat membantu para ibu bapa di rumah. Apakah tahap literasi awal kanak-kanak berusia lima tahun mengikut teori ii. Dengan mengenalpasti tahap literasi kanak-kanak. berusia lima tahun dan tahap literasi awal kanak-kanak berusia enam tahun. 1. tahun dan kanak-kanak berusia enam tahun? Adakah terdapat perbezaan tahap literasi awal antara kanak-kanak lelaki dan kanakkanak perempuan? 1. Guru boleh menggunakan borang soal selidik yang digunakan oleh pengkaji bagi tujuan tersebut. Ini jelas terbukti melalui Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979) yang mengatakan bahawa penglibatan keluarga dalam pendidikan awal kanak-kanak mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak. Sebagaimana yang diketahui.7 Kepentingan kajian 1.5 Persoalan kajian Persoalan kajian adalah seperti berikut: i. H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap literasi awal kanak-kanak ii.7.

Dengan yang demikian. Kajian ini tidak melibatkan faktor atau kesan dalam literasi awal kanak-kanak. masyarakat juga memainkan peranan dalam meningkatkan tahap literasi dalam kalangan kanak-kanak. masyarakat harus menyedari tentang kepentingan tahap literasi sejak dari awal lagi bagi membendung masalah 3M pada masa akan datang.3 Tajuk kajian Kajian ini hanya menilai tahap literasi awal kanak-kanak berdasarkan teori penampilan literasi. 1. Manakala. bertutur.8 Batasan kajian 1. Meru 2. hasil keputusan kajian adalah tidak merujuk kepada tahap literasi awal kanak-kanak di seluruh Malaysia.8. menulis dan berfikir dalam sesuatu bahasa. masyarakat turut terlibat dengan kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung.9. Dalam kajian ini. Klang . membaca.4 Pihak-pihak lain / masyarakat Selain daripada ibu bapa dan guru. UNESCO mendefinisikan individu yang mempunyai keupayaan literasi ialah individu yang dapat membaca dan menulis suatu pernyataan yang ringkas dan mudah .2 Sampel kajian Tumpuan responden kanak-kanak dalam kajian ini ialah 10 orang kanak-kanak berusia 8 tahun dan 10 orang kanak-kanak berusia sembilan sahaja. Menurut Mahzan Arshad (2008). Selangor. Hal ini demikian kerana. pengkaji hanya memfokuskan pada sejumlah kecil kanak-kanak pada satu kawasan sahaja. 1. Pengkaji memilih lokasi tersebut kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji. 1. Istilah dan definisi adalah seperti berikut: 1. satu kajian yang lebih menyeluruh dan terperinci patut dijalankan pada masa akan datang untuk melihat keputusan yang boleh merujuk kepada seluruh kanak-kanak di Malaysia.kanak boleh menjadikan kajian ini rujukan untuk melakukan penyelidikan yang lebih menyeluruh terhadap bidang pembacaan awal di Malaysia. dengan itu.8. pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberi kesedaran tentang literasi awal sejak kanak-kanak lagi kepada masyarakat di luar sana. pada tahun 1960-an. 1.8. Oleh itu. menurut Mahzan Arshad (2012). Oleh itu. Maka.1 Tahap literasi awal Bagi kajian ini.1 Lokasi kajian Kajian ini hanya dijalankan di SK. maksud literasi adalah amat penting dan menjadi fokus utama.9 Definisi istilah Terdapat beberapa istilah penting yang terlibat di dalam kajian ini. literasi bermaksud kemahiran mendengar. 1.7.

3. Namun. 1.2 Kanak-kanak Dalam Akta Kanak-kanak (2001). 1.1 Pembolehubah bersandar Menurut Sidek (2002). 1. pengkaji hanya menggunakan kanak-kanak prasekolah yang terdiri dari kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan lima tahun dan enam tahun (Bahagian Pembangunan Kurikulum. Berikut adalah beberapa pembolehubah dalam kajian ini: 1. dalam kajian ini.9.3 Tahap pembaca maju Menurut Clay (1991). 2001). 1998) dan konsep atau konstruk yang diselidik oleh pengkaji (Gay & Airasian. Marie Clay (1991) turut membahagikan kanakkanak yang diklasifikasikan sebagai belum boleh membaca kepada tiga tahap iaitu tahap pembaca baru.9. Walker (2003) pula berpendapat bahawa pembaca tahap ini merujuk kepada kelancaran membaca kerana kelancaran akan memudahkan kefahaman. Walker (2003) pula menyatakan bahawa pembaca baru harus memiliki kemahiran menghubungkan apa yang dituturkan dengan tulisan teks iaitu kesedaran kemahiran konsep cetakan. tahap pembaca maju ialah peringkat di mana perkataan dan buku berfungsi dalam pelbagai cara. 1991). tahap pembaca awal dan tahap pembaca maju. tahap literasi awal dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pembaca baru.2 Tahap pembaca awal Clay (1991) menyatakan bahawa pembaca awal mula mempelajari bagaimana perkataan berfungsi.3 Teori penampilan literasi Bagi kajian ini.9. Walker (2003) menganggap kanak-kanak pada peringkat pembaca awal ini memfokus kepada ‘textual literacy’ iaitu kemahiran fonemik dan fonetik. 2000).dalam kehidupan sehariannya. 1.3.10. 1. kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun.10 Definisi pembolehubah kajian Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-angka (Davis. beliau mendefenisikan pembolehubah bersandar sebagai faktor yang diperhatikan dan diukur untuk menentukan kesan daripada pembolehubah tidak bersandar. .9.9. Dalam kajian ini. pengkaji menggunakan teori penampilan literasi yang dipelopori oleh Marie Clay (1989) di mana beliau mendefinisikan penampilan literasi atau pemunculan literasi sebagai perlakuan menulis dan membaca kanak-kanak yang berkembang kepada kebolehan membaca dan menulis sebenar. tahap pembaca awal dan tahap pembaca maju. 1.3.1 Tahap pembaca baru Tahap pembaca baru adalah peringkat di mana pembaca mempelajari bagaimana buku berfungsi (Marie Clay.

pengkaji turut membincangkan mengenai definisi istilah dan pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini.11 Kesimpulan Dalam bab ini.10. definisi pembolehubah tidak bersandar atau juga dikenali sebagai pembolehubah bebas ialah faktor yang dimanipulasi atau dipilih oleh pengkaji untuk menentukan hubungannya dengan faktor yang diperhatikan. kepentingan dan batasan kajian yang ingin dijalankan. faktor jantina kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tinjauan kajian akan dibincangkan di dalam bab yang seterusnya. Pengkaji turut menjelaskan beberapa masalah yang dihadapi dalam bidang pembacaan awal kanak-kanak sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. pengkaji memilih untuk menggunakan teori penampilan literasi oleh Marie Clay. tahap literasi awal kanak-kanak bertindak sebagai pembolehubah bersandar. 1.2 Pembolehubah tidak bersandar Menurut Sidek (2003). pengkaji telah membincangkan tentang latar belakang. persoalan. hipotesis. objektif.Di dalam kajian ini. 1. Selain itu. umur kanak-kanak dan teori penampilan literasi bertindak sebagai pembolehubah tidak bersandar. Di dalam kajian ini. . Bagi menilai tahap literasi dalam kalangan kanakkanak prasekolah yang berusia lima tahun dan enam tahun.