Anda di halaman 1dari 13

KOD & NAMA KURSUS

KRM 3073
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
SEMESTER 1 SESI 2013/2014

TUGASAN 2

KUMPULAN : UPSI16 ( A131PJJ )


DISEDIAKAN OLEH :
NAMA

NO. MATRIK

NO. TELEFON

AHMAD HELMI BIN KASSIM

D20102044889

0199562928

NAMA PENSYARAH : EN. Zulkafli bin Sulaiman


TARIKH SERAH:

20 OKTOBER 2013

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

1
.

PENGENALAN KBSR DAN KSSR

2
.

TUJUAN KSSR

MUKA SURAT

3-5

6-8

ISU-ISU PEBENTUKAN KSSR


3.

9 - 11

4
.

PENGAJARAN MATEMATIK DALAM KSSR

5
.

PENUTUP

6
.

BIBLIOGRAFI

PENGENALAN KBSR DAN KSSR


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) digubal berlandaskan prinsip-prinsip
yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan prinsip KBSR
ialah pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang
sama untuk semua murid, pendidikan seumur hidup. Selain itu, murid sekolah rendah
lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah
berbanding dengan pengalaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus
dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat. Suasana kondusif sekolah
adalah untuk memberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan
kerjasama dalam kalangan murid sekolah rendah.
Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan
kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas
selain aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. Prinsip KBSR juga
member penekanan kepada nilai yang merentas kurikulum sedia ada. Penguasaan
kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira di terapkan dalam kalangan
murid2-murid sekolah rendah. Akhir sekali, penilaian perlu di intergrasikan dalam semua
aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah untuk mengukur tahap kefahaman dan penguasaan
murid-murid.
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi
memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.
Melalui

transformasi

kurikulum,

Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Rendah

(KBSR)

diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan
mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi,
pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk
membangunkan KSSR. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula
dengan Tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara. KSSR mempunyai empat prinsip
iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang

sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Prinsip KSSR adalah berasaskan
prinsip KBSR.
Disamping itu, KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran (P & P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
TUJUAN KSSR
Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan
buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik
dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan
penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar
dengan matlamat kerajaan. Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum
persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. murid merupakan pencetus
kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan secara berpusat yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

ISU ISU PEBENTUKAN KSSR

Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan


seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan
umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa
pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian
cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid
mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih
berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti
pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses
komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Komunikasi terbuka dapat mendorong
perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan
maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang
diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti
dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar.
Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari
bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini
berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh
mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi
pembelajaran. Selain itu aspek Kerohanian, Sikap Dan Nilai juga memainkan peranan
penting bagi murid-murid sekolah masa kini. Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau
naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan dalam melaksanakan amalanamalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta
nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan
menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang
beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya
akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan
mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilainilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya
mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan

berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat. Selain daripada itu, kurikulum
pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum.
Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid
melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia
bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia.
.
Perubahan kbsr kepada kssr juga adalah bagi tujuan membentuk keterampilan diri bagi
setiap murid.Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat
dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah
seperti yang telah termaktub dalam aktiviti sekolah. Penglibatan murid yang aktif dalam
bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang
dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada
mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada
masa akan datang.Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Inilah juga yang
dikatakan sebagai membina keterampilan diri yang berkesan. Seorang pemimpin haruslah
sentiasa menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik pada setiap masa. Ini
kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin. Pemimpin
terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan dan juga kehidupannya adalah
Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. baginda menunjukkan ciri yang terbaik dari segala
aspek. Tiada cacat cela dalam segala urusan kepimpinan, ketegasan, kelembutan dan
ketabahan baginda amat sempurna. Bagindalah contoh utama yang diikuti oleh setiap
sahabat. Baik Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Saidina Umar semuanya
mengikuti dan mencontohi gaya kepimpinan Rasulullah.
Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. Jika diambil kata-kata
sebegini, semestinya tiada pertelingkahan yang berlaku. Sememangnya memimpin dan juga
dipimpin mempunyai kaitan antara satu sama lain. Apabila seseorang pemimpin itu
mempunyai keterampilan diri yang baik, sudah pasti dirinya akan dihormati. Bahkan dirinya
akan menjadi contoh serta ikutan untuk generasi yang akan datang. Pemimpin itu juga
haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi lebih baik dengan mempamerkan tingkah
laku yang baik dan secara tidak langsung, orang di bawah tampuk kepimpinannya juga akan
sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik. Dalam perubahan kssr ini juga bertujuan
menghasilkan daya kreatif yang baik dikalangan murid-murid.
Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap
daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti merupakan
sesuatu proses tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil karya
yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai
etestika murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri.
Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi

penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang cerdas,
badan cergas, otak cerdas . Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya
akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini
secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang
sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh.
Selain itu, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi juga amat penting
dalam proses berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila badan murid
cergas dan sihat, otak dan pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan
berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan tidak bermaya. Sekiranya otak
mereka menjadi lebih kreatif, secara tidak langsung kita juga akan dapat mengasah bakat
yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi
oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah. Perubahan kbsr kepada
juga ada berteraskan kepada Literasi Sains Dan Teknologi. Pengetahuan dan penguasaan
sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik
merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi
yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para
murid mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan
penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih
mencabar. Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student
Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan
pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan
berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam
dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. Teknologi pula dapat
diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains dalam rangka
membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya
sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat, maka peranan pendidikan diharapkan
dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan
teknologi. Berdasarkan hal tersebut, (Poedjiadi, 1996) menjelaskan bahawa literasi sains
dan teknologi adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep
sains, menenal teknologi serta kesannya, mampu mempergunakan produk teknologi dan
memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk teknologi yang sederhana dan mampu
mengambil keputusan berdasarkan nilai. Isu isu yang timbul perubahan kbsr kepada kssr
juga adalah bertujuan untuk meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa
Inggeris.

PENGAJARAN MATEMATIK DALAM KSSR


Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah
sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui
pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan
interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak
langsung, ianya juga dapat meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar
dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum
ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk
memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan
pemansuhan dasar PPSMI. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan
penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris apabila mereka didedahkan secara langsung dan biasa dengan penggunaan dua
bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran mereka saban hari. Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan
menggantikan tetapi akan beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR).Saya berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan
perubahan arus dan permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak
hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia pasti akan berubah dari segi
pemikiran dan sosial. Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini, penggunaan bahasa
Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang amat penting dalam setiap urusan
seharian.
Tambahan pula, segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka
termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini merekodkan
kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu
bapa dan turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan
pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara
berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Melalui pendekatan baru ini, ia
membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang
berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga
enam secara teratur. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid

tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat
(tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat
dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan
beradab mithali. Band satu merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama
ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band
berikutnya.
Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru untuk menyemak
rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap mereka dan cara-cara
mengatasi kelemahan mereka dengan cara yang berkesan.
Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di
samping meningkatkan pencapaian mereka. Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu
tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh
guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai
panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat
mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga
akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana
mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan tidak tersekat
dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan
mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang
mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam
melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan. Hal ini dapat memberikan
keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep
dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung,
ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan
standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya
mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat
di dalam buku teks atau buku latihan, maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk
melakukan inovasi. Tetapi sekiranya pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen
inovasi) maka pelajar akan melihat bahawa kaedah yang digunaka oleh guru berbeza dari
apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar untuk turut melakukan
inovasi dalam kehidupannya . Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi "role
model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila
seseorang guru itu inovatif, maka produktivitinya juga akan meningkat. Ini akhirnya akan
memungkinkan seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar dari kebiasaan.
Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, elemen kreativiti dan inovasi
perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya proses

pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar.
Sekiranya elemen inovasi ini tidak diterapkan atau terjelma dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran sains, maka sudah tentu pelajar akan mula hilang minat terhadap
matapelajaran tersebut. Pelajar masa kini di lihat sangat terdedah kepada maklumat
berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, ianya akan memberi
pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau
`hands-on kepada murid-murid. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih
mudah seperti Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan
kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan
kepada murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi
murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem
teknologi.Tambahan pula, sains hayat berperanan untuk mendedahkan murid-murid kepada
pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada
disekeliling kita supaya murid-murid menjadi lebih akrab dan dapat memahami alam
persekitaran atau flora dan fauna untuk memupuk semangat cinta kepada alam sekitar flora
dan fauna seterusnya dapat melatih murid-murid agar sentiasa memelihara dan
memuluhara flora dan fauna. Sains fizikal pula adalah berkaitan dengan semua jenis deria
kurniaan Illahi kepada kita dalam kehidupan, dan sains bahan pula membabitkan teknologi
serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk bercorak sebuah
inovasi baru yang membantu memudahkan segala kerja dan aktiviti seharian kita dalam
zaman yang lebih mencabar ini.
Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran
menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik iaitu
secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda murid-murid menjadi
lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan bijak.
Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dapat dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan. KSSR telah
menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Justifikasi Penggunaan Modul
adalah bersifat dinamik. Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan boleh
dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung, pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana setiap guru
ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka
yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid.
Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan menggantikan penggunaan
buku teks. Modul-modul ini dapat menarik minat para murid untuk terus mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Pelbagai aktiviti yang seronok dan
dapat mengembangkan minda serta menajamkan fikiran murid-murid menjadi lebih kreatif

dan kritis dilaksanakan seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada
penggunaan akal, tetapi ianya melibatkan perbuatan yang aktif daripada pelajar. Muridmurid juga akan mudah untuk mempelajari dan memahami serta mengingati sesuatu
sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktiviti-aktiviti amali dan praktikal.
Bakal guru Matematik sememangnya memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk
melaksanakan kurikulum Matematik dengan berkesan. Ini kerana tugas seorang guru itu
bukan hanya menyampaikan isi kandungan bagi sesuatu topik yang dipelajari, malah guru
juga perlu memberi penekanan terhadap kefahaman murid tentang apa yang dipelajari
supaya murid tersebut dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna
serta memberi kesan kepada mereka.Tugas bakal guru yang pertama ialah mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik. Guru seharusnya menyediakan aktiviti
yang boleh memupuk minat murid untuk terus meminati subjek Matematik semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh melalui penggunaan
bahan bantu mengajar (BBM) secara tidak langsung dapat membantu murid memahami
tentang topik yang dipelajari. Murid hanya akan mengalami pembelajaran apabila mereka
membina pemahaman sendiri. Oleh hal yang demikian, BBM yang dihasilkan perlulah
sesuai dan mengekalkan konsep pembelajaran yang dipelajari pada sesuatu topik.
Dalam usaha untuk menggalakkan murid menggunakan pemikiran aras tinggi, bakal guru
seharusnya melibatkan murid dengan aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka untuk
membuat analisa, menginterpretasi, dan membuat ramalan. Selain daripada itu juga, bakal
guru perlu menggunakan soalan-soalan yang mencapah (open-ended) di mana satu
persoalan akan membawa kepada persoalan yang lain. Soalan sebegini akan
memangkinkan proses murid berfikir mencari makna sesuatu ungkapan. Selain itu, muridmurid juga dapat berfikir secara lebih kreatif dan kritis. Murid digalakkan untuk belajar
melalui perbincangan kumpulan kerana dengan latar belakang murid yang berlainan dan
kecenderungan murid yang pelbagai, sudah tentu ianya akan memberi idea yang lebih
berkesan kepada seseorang individu. Seterusnya, bakal guru juga perlu memainkan
peranan yang penting dalam mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian supaya
murid dapat melihat subjek Matematik secara keseluruhan dan bukan hanya pada satu skop
di dalam bilik darjah semata-mata. Ini kerana, murid dapat memahami konsep yang
diajarkan dengan lebih berkesan dan lebih kekal lama dalam memori murid. Selain itu, murid
juga akan lebih peka terhadap dunia sekeliling sekiranya mereka dapat mengaplikasikan
Matematik dalam rutin seharian.Sebagai konklusinya, Kurikulum Matematik KBSR dan
Kurikulum Matematik KSSR merupakan dua modul yang berbeza. Akan tetapi matlamat
serta konsepnya tetap sama dan tidak pernah berubah iaitu untuk melahirkan murid-murid
yang cemerlang dan berjaya dari segi semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani,
intelek mahupun sahsiah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita harus akui
bahawa yang baru lebih baik daripada yang terdahulu. Maka sebab itulah terbentuknya

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dipercayai mampu mengubah dan
memperbaiki kelamahan yang ada dalam sistem KBSR. Jadi kita sebagai bakal guru
seharusnya memberi sokongan yang jitu agar Kurikulum Matematik yang baru ini terlaksana
mengikut matlamatnya dan sentiasa bersedia menerima perubahan kurikulum yang pasti ini.
PENUTUP
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul
dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak
termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak
berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika
pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan
menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan
murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan
masa depan.
Semoga bermula dari tahun 2011 ini, industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan
terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal
insan dalam kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang
unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan
penuh tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah daripada
rebungnya haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan
setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian
mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

BIBLIOGRAFI
1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) - KPM

www.moe.gov.my
2. Pengenalan KSSR | MATEMATIK KSSR TAHUN 3

cikgukic.blogspot.com/p/blog-page.htm
3.

www.bharian.com.my/.../KSSR

Anda mungkin juga menyukai