Anda di halaman 1dari 2

Contoh esei Moral Tingkatan 5

1. Mengenang Jasa Ibu Bapa


Pada globalisasi yang maju ini, remaja menghadapi pelbagai masalah terutamanya ialah pada masa kini banyak
anak yang tidak tahu mengenang budi jasa ibu bapa yang telah membesarkan mereka. Mereka sanggup
menengking ibu bapa yang sudah tua dan uzur, malah ada juga sanggup mendera atau menghalau ibu bapa
mereka. Oleh itu, tkita perlu bekerjasama untuk membatasi masalah ini berlaku. Bagaimanakah masalah ini dapat
diatasinya?
Anak-anak perlu mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. Mereka perlu mempunyai keyakinan wujudnya
Tuhan sebagai pencipta alam. Mereka seharusnya melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan dengan menjaga
ibu bapa yang sudah tua dan uzur dengan baik. Selain itu, mereka juga perlu mematuhi segala suruhanNya.
Contohnya, mereka perlu membalas budi jasa ibu bapa yang membesarkan mereka.
Selain itu, anak-anak pada masa kini perlu ada nilai kasih sayang terhadap keluarga. Mereka perlu mempunyai
perasaan cinta yang mendalam terhadap anggota keluarga mereka. Contohnya mereka perlu bersikap prihatin
terhadap ibu bapa yang membesarkan mereka. Seterusnya, mereka juga perlu mempunyai perasaan cinta yang
berkekalan terhadap keluarga . Contohnya, mereka seharusnya menjaga ibu bapa mereka yang tua dan uzur
dengan cara menjemput mereka tinggal bersama.
Di samping itu, anak-anak perlu hormat dan taat kepada anggota keluarga. Mereka harus memuliakan setiap
anggota keluarga. Contohnya, mereka seharusnya mengambil kira perasaan ibu bapa yang berasa sedih,kecewa
dan hampa. Mereka juga harusnya memberikan layanan yang bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.
Mereka seharusnya menghormati ibu bapa mereka dan tidak menengking ibu bapa yang sudah tua kerana akan
menyebabkan mereka berasa kita tidak sayangi terhadap mereka lagi.
Secara kesimpulannya, setiap individu perlu mempunyai nilai bertanggungjawab .Mereka harus ada kesanggupan
diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna. Jika masyarakat kita
semua mempunyai nilai di atas,masalah remaja tidak mengenang jasa ibu bapa turut akan diatasi dengan mudah
dan cepat dan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan bertanggungjawab.

2. Kepentingan Aktiviti Perkhemahan


Banyak aktiviti perkhemahan diadakan di sekolah oleh persatuan dan unit beruniform,tetapi tidak ramai yang mahu
memanfaatkan aktiviti tersebut dengan anggapan membuang masa. Oleh hal ini,pelajar perlu memahami sebabsebab dan kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti perkhemahan yang banyak dijalankan di sekolah
walaupun pelajar yang berfikiran negatif sering menolak daripada ikut serta.

Menerusi aktiviti perkhemahan sebenarnya mendidik kita mengamalkan nilai berdikari. Kita akan mempunyai
kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Sebagai contoh,kita akan
dididik cara memasak,berkemas,menjaga kebersihan,dan memasang khemah. Perkhemahan yang biasanya
dijalankan selama dua hari secara tidak langsung mengajar ilmu hidup yang kalau di rumah dilakukan oleh orang
gaji. Proses pembelajaran ini mampu juga membina keyakinan untuk hidup di rantau orang tanpa bergantung kepada
orang lain.
Perkhemahan juga merupakan aktiviti yang dianggap berkesan dalam menyemai dan memupuk nilai hidup bersama
secara aman. Hal ini dikata demikian kerana melalui aktiviti perkhemahan,kita akan hidup berbaik-baik antara satu

sama lain tanpa mengira agama,bangsa dan budaya. Melalui aktiviti perkhemahan dalam kalangan masyarakat,akan
lahirlah bangsa Malaysia yang mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup dengan mempunyai satu
bahasa,satu suara,dan satu matlamat.
Selain itu,aktiviti perkhemahan juga akan mendidik kita menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Menerusi
aktiviti perkhemahan,pelajar akan memikul dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna.
Contohnya,pelbagai aktiviti perkhemahan yang disediakan bertujuan untuk kita melaksanakan tugas dengan
sempurna serta dapat memanfaatkan masa dengan cara yang betul.
Secara konklusinya,aktiviti perkhemahan merupakan satu kegiatan yang amat berfaedah. Oleh itu,disarankan pihak
sekolah lebih kerap mengadakan aktiviti seperti ini,sama ada aktiviti tersebut dijalankan di dalam hutan atau di
sekolah sahaja. Selain itu,para pelajar perlu memanfaatkan masa dengan mengikuti aktiviti ini kerana mendatangkan
banyak faedah yang dapat diperoleh.

3. Keranamu Malaysia
Terlalu banyak kemajuan yang kita lihat pasca kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan
kemajuan ini. Kita harus mengamalkan nilai cinta akan negara. Kita patut mempunyai perasaan bangga dan sayang
kepada negara serta meletakkan kepentinggan negara melebihi kepentingan diri.
Kita perlu mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara.Kita patut mempunyai kesanggupan dan kerelaan
melakukan sesuatu untuk negara.Sebagai contoh, pejuang-pejuang negara berani dan gagah untuk bangun
menentang penjajah Jepun dan British demi mempertahankan tanah air daripada terjatuh ke dalam tangan musuh.
Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup dan rela mengorbankan nyawa dan menyerahkan harta benda sebagai
tanda kebaktian untuk negara. Mereka meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir demi negara
yang tercinta .
Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Sebagai
rakyat, kita harus mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa
harus hidup berbaik-baik antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat Malaysia perlu
mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup dengan menangkis sebarang ancaman terhadap bangsa dan
negara yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
Selain itu, kita perlulah menghormati serta mencurah kesetiaan dan kepatuhan yang berkekalan dan tidak berbelah
bahagi kepada raja dan negara kita. Kita patut mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara selaras dengan
prinsip Rukun negara yang menandakan Raja merupakan tonggak utama negara ini.
Kesimpulannya,Rakyat Malaysia harus sentiasa sedar tentang cabaran dan ancaman yang menanti. Janganlah leka
dengan kemewahan yang kita nikmati kini. Jika masyarakat pada zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa
sahaja untuk negara yang tercinta, apatah lagi pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai.

4. Selamatkan Bumi Kita


Akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak terancang dan terkawal serta penipisan lapisan ozon, yang serius,
suhu global telah meningkat secara drastik iaitu kira-kira 0.5 darjah Celcius setahun. Tambahan pula, pembakaran
hutan oleh Indonesia secara langsungnya telah mengakibatkan pencemaran udara yang serius dan menyebabkan
tahap API (Air Pollutant Index) mencapai ke tahap yang bahaya. Pengeluaran asap dari kenderaan dan industri-

Anda mungkin juga menyukai