Anda di halaman 1dari 2

CONTOH SURAT UNTUK MEMOHON RAYUAN BAGI MENGERJAKAN HAJI

Abdullah Bin Ahmad


& Siti Hajar Binti Manaf
Lot 100, Kampung Tersusun
48000, Tanjung Rambutan
Perak.
_______________________________________________________________________________

Pengurus Lembaga Urusan dan Tabung Haji 11 Januari 2010 / 25 Muharram 1431H
Cawangan Teluk Intan
Tkt Bawah PT 5006 & 5007
Blok A Bangunan SKOMK
Jln Mahkamah
36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan.

Kepada: Pihak yang berkenaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan;
Per: MEMOHON RAYUAN BAGI MENGERJAKAN HAJI BAGI MUSIM 2010

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Saya dan isteri seperti nama di atas ingin meminta jasa baik pihak tuan supaya dapatlah
kiranya pihak tuan mempercepatkan tempoh penerbangan Haji kami kepada musim 2010. Ini adalah
kerana faktor usia yang menghambat dan ketidaktentuan keuzuran, dikhuatiri kami tidak dapat
mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.

3. Adalah menjadi cita-cita kami suami isteri untuk menjadikan ibadah haji kami suatu ibadah
haji yang diterima oleh Allah s.w.t. Disini disertakan No. Daftar Haji kami untuk rujukan pihak tuan.

Nama No. Daftar Haji No. Kad Pengenalan


Abdullah Bin Ahmad 0123456789101112A 600606085504
Siti Hajar Binti Manaf 0987654321010203A 600606085501

4. Segala kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai, kami amat berharap supaya permohonan
kami ini diterima. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa baik pihak tuan. Kami sudahi
dengan ucapan terima kasih. Wassalam.
Yang Benar,

………………………………. ………………………………………
(Abdullah Bin Ahmad ) (Siti Hajar Binti Manaf)

Anda boleh gunakan format ini untuk memohon rayuan bagi pihak
yang ingin mengerjakan haji. Selamat menggunakan dengan
sebaiknya. 

Yang benar

ZaidiRazali. A.k.a Edyanie


http://zaidirazali.com/blog