Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN
Solat membawa maksud doa. Allah SWT berfirman dan doakanlah mereka,
kerana doamu merupakan ketenteraman bagi mereka. Dari segi istilah syarak pula,
solat ialat perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam
dengan syarat-syarat tertentu. Solat merupakan cara untuk seseorang itu berhubung
secara terus dengan Allah SWT. Hal ini kerana, semasa seseorang itu sedang
melakukan ibadah solatSegala ibadah yang telah disyariatkan di dalam Islam tidak boleh
dianggap sebagai suatu perbuatan sia-sia mahupun perkara yang dipaksakan.
Sebaliknya, umat Islam perlu menganggap bahawa semua kewajipan yang telah
ditetapkan sebagai latihan yang berulang-ulang yang akhirnya dapat membiasakan
umatnya hidup dengan akhlak yang mulia meskipun terdapat pelbagai perubahan dan
dugaan yang berlaku.
Solat atau sembahyang yang menjadi suatu kewajipan bagi setiap insan yang
bergelar muslim merupakan sendi dan tiang agama. Solat menjadi titik perbezaan
antara agama Islam dengan agama yang lain. Apabila solat dilaksanakan, maka akan
tertegaklah tiang agama. Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa
mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah
solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat, kata Dr.Raghib As Sirjani . Selain
itu, solat juga akan menjadi perkara pertama yang akan dipersoalkan ke atas seseorang
pada hari kiamat kelak. Jika amalan solat seseorang diterima, maka seluruh amal
ibadahnya turut akan diterima, manakala jika ibadah solat seseorang itu ditolak Allah
SWT, maka seluruh amal ibadahnya yang lain turut akan ditolak. Semasa peristiwa Israk
dan Mikraj, baginda Rasulullah SAW telah mendapat keringan solat fardhu dari 50 waktu
sehingga mejadi 5 waktu sehari semalam. Hal ini menunjukkan betapa besarnya
kewajipan kita dalam menunaikan ibadah solat yang telah ditetapkan.

Firman Allah Taala :


1

Al-Ankabut : 45
Maksud : Sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan keburukan dn kemungkaran.

Dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda :



Barang siapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari melakukan perbuatan keji dan
munkar, maka solatnya itu tidak lain makin menambah jauh dirinya dari Allah.

2.0 BERDASARKAN AYAT AL-QURAN ( SURAH AL-ANKABUT : 45 ), HURAIKAN


BAGAIMANA

SOLAT

BERPERANAN

BERKUALITI
2

DALAM

MEMBENTUK

MASYARAKAT

2.1 Solat Mencegah Diri Masyarakat Dari Perbuatan Keji Dan Mungkar
Firman Allah SWT, Bacalah Kitab (AL-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu
(Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari
(perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar
(keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan,
surah Al-Ankabut, ayat 45. Mengikut tafsir Ibnu Katsir, Solat itu mengandungi dua
hikmah, iaitu dapat menjadi pencegah diri dari perbuatan keji dan perbuatan munkar.
Maksudnya dapat menjadi pengekang diri dari kebiasaan melakukan kedua perbuatan
tersebut dan mendorong pelakunya dapat menghindarinya. Di dalam sebuah hadits
melalui riwayat Imran dan Ibnu Abbas secara marfu telah disebutkan, Barang siapa
yang solatnya masih belum dapat mencegah dirinya dari mengerjakan perbuatan keji
dan munkar, maka tiada lain ia makin bertambah jauh dari Allah.
Solat yang berkualiti dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan
sebarang perbuatan keji dan mungkar. Pada zaman ini, masalah keruntuhan akhlak
khususnya dalam kalangan umat islam sendiri semakin meruncing. Terdapat pelbagai
kes-kes jenayah yang sering berlaku di sekeliling kita. Antaranya, rompakan, samun,
rogol, meminum arak, zina dan sebagainya. Hal ini lebih parah lagi apabila semua
perkara mungkar ini menjadi sesuatu kebiasaan buat diri kita. Manusia seolah-olah tidak
lagi berasa bersalah melakukan dosa. Justeru itu, jalan yang terbaik untuk mengatasi
semua permasalah ini adalah dengan menunaikan ibadat solat. Solat yang sebenarnya
dapat mencegah diri manusia daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Untuk kefahaman yang lebih menyeluruh, kita boleh mengambil contoh
perbuatan di dalam solat itu sendiri. Contohnya, semasa sedang solat secara
berjemaah, makmum dilarang untuk membaca bacaan solatnya dengan kuat kerana
dikhuatiri mengganggu jemaah lain. Begitu juga dengan kehidupan seharian kita.
Sebagai seorang jiran,seseorang itu perlu untuk menghormati hak jiran yang lain. Kita
dilarang untuk berbuat bising dan menjaga tatasusila kita sebagai jiran serta
menghormati jiran.
Jika setiap orang menjadikan ibadah solat ini sebagai tatacara hidup, maka akan
terbinanya sebuah masyarakat yang hidup dengan aman dan tenteram. Akhirnya,
kehidupan kita akan dapat memberi manfaat kepada orang lain dan seterusnya ibadah
sembahyang itu dapat mencegah kita daripada perbuatan mungkar.
Kesimpulannya , dapat saya rumuskan bahawa ibadah solat ini dapat mencegah
manusia daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Jika seseorang itu masih lagi

belum dapat menghindari sikap keji dan mungkar meskipun solat lima waktu sehari
semalam, maka solatnya itu perlulah diperbaiki dan ditambah baik.
2.2 Solat Membentuk Masyarakat Yang Berdisiplin
Solat yang ditunaikan dengan penuh khusyuk dan ikhlas dapat membentuk
sebuah masyarakat yang berdisiplin. Allah SWT telah menetapkan bahawa manusia
wajib menunaikan solat mengikut waktu yang telah ditetapkan iaitu waktu subuh, zohor,
asar, maghrib dan isyak. Solat perlu ditunaikan tepat pada waktunya untuk menjamin
solat yang berkualiti. Dari Abdullah Ibnu Amr Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah
SAW bersabda: "Waktu Zohor ialah jika matahari telah condong (ke barat) dan
bayangan seseorang sama dengan tingginya selama waktu Asar belum tiba, waktu Asar
masuk selama matahari belum menguning, waktu solat Maghrib selama awan merah
belum menghilang, waktu solat Isya hingga tengah malam, dan waktu solat Subuh
semenjak terbitnya fajar hingga matahari belum terbit." Riwayat Muslim. Kita tidak boleh
menunaikan solat sewenang-wenangnya pada waktu yang kita ingini. Hal ini seterusnya
dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin yang bersolat tepat pada waktunya.
Hadis Rasulullah Saw tentang solat pada waktunya terdapat dalam Shahih Bukari dan
Muslim yang bermaksud:Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah solat pada
waktunya, berbakti kepada kedua orang tua, dan jihad di jalan Allah SWT. (HR Bukhari
& Muslim).
Solat subuh yang perlu dikerjakan pada awal pagi dapat mendidik manusia untuk
bangun semata-mata untuk mengikut dan patuh pada perintah Allah SWT untuk
menunaikan solat tepat pada waktunya. Meskipun masih di dalam keadaan yang sukar,
seperti di dalam perang, banjir malahan sakit tua, kita masih wajib untuk menunaikan
solat. Hal ini seterusnya dapat membina sikap disiplin dalam diri kita. Terdapat banyak
hukum-hakam dalam sembahyang yang dapat kita terjemahkan ke dalam kehidupan
seharian kita. Sebagai contoh, di dalam sembahyang terdapat beberapa rukun yang
harus kita patuhi untuk mendapat solat yang sah. Jika diaplikasikan di dalam kehidupan
seharian kita, kita perlu membuat sesuatu mengikut aturannya untuk menjamin hasil
kerja yang berkualiti dan baik. Contoh, dalam menyiapkan

sesuatu kerja seperti

menyiapkan tugasan folio, seseorang itu perlu berdisiplin untuk membuat tugasan
mengikut kehendak pensyarah. Akhirnya, sebuah tugasan yang baik dan berkualiti dapat
tercipta.
4

Selain itu, solat juga mengajar manusia tentang disiplin waktu. Setiap kali
mendengar laungan azan untuk solat dia akan segera untuk mendirikan solat sama ada
secara berjemaah atau bersendirian. Jika amalan ini dapat diteruskan dengan
istiqomah, secara tidak langsung akan terbinanya disiplin waktu dalam

diri

pengamalnya. Secara zahirnya, dapat kita lihat kebanyakan manusia yang berjaya
semuanya mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Disiplin diri yang tinggi merupakan
salah satu sahsiah diri yang menjadi sebuah kewajipan bagi diri setiap pekerjaan yang
dilakukan.
Kesimpulannya, dapat saya rumuskan bahawa solat itu dapat membentuk
disiplin diri dalam kalangan masyarakat yang seterusnya dapat membangunkan
masyarakat dan menjamin kehidupan yang lebih bahagia dan hidup diredhai Allah SWT.

2.3 Solat Melahirkan Masyarakat Yang Pembersih Dan Sihat


Solat yang ditunaikan dapat melahirkan masyarakat yang pembersih dan sihat.
Semasa menunaikan solat, terdapat beberapa syarat sah solat yang perlu diikuti untuk
mendapat solat yang diterima dan diterima sebagai ibadat kepada Allah SWT. Antara
syarat sah solat yang perlu diikuti ialah suci dari hadas kecil dan hadas besar. Allah
SWT berfirman di dalam surah al-Maidah, ayat 6 (yang bermaksud); Wahai orang-orang
beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas
kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu
meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali; dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah
(dengan mandi wajib); dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir,
atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh
perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka
hendaklah kamu bertayamum dengan (debu) tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka
kamu dan kedua belah tangan kamu dengan (debu) tanah itu. Allah tidak mahu
menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak
membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu supaya
kamu bersyukur (al-Maidah; 6).
Solat lima waktu tidak sah jika kita meninggalkan perbuatan wudhu.
Sesungguhnya, setiap perintah Allah SWT itu sudah tentu memiliki hikmah dan kebaikan
yang tersendiri. Secara keseluruhannya, terdapat lima pancaindera yang perlu disapu
5

dengan air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Berdasarkan kajian
beberapa pakar saraf, telah terbukti bahawa dengan air wudhu ,setiap hujung-hujung
urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki yang sejuk bersentuh dengan air wudhu
dapat menenangkan fikiran seseorang.
Pada anggota badan yang terkena air semasa berwudhu, terdapat ratusan titik
akupunktur yang juga merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa
basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan ketika melakukan wudhu. Sentuhan yang
berlaku akan menghantar isyarat ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat
terapi.Hal ini terjadi kerana wujudnya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon
yang bekerja untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Jika dibandingkan
dengan syariat wudhu yang telah disyariatkan 15 abad yang lalu, perkara ini merupakan
perkara yang amat menarik untuk dipelajari. Kesimpulannya, wudhu didapati bukan
sahaja dapat membersihkan diri kita, malahan juga mampu untuk memberi kesihatan
yang baik kepada diri kita.
Dari segi pergerakan solat pula, telah banyak kajian yang menyatakan bahawa
solat itu dapat menjamin kesihatan tubuh badan kita tanpa kita sedar. Sebagai contoh,
ketika rukuk dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala
lutut dan punggung mendatar sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang
punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin yang akhirnya dapat
melancarkan fungsi buah pinggang.
Selain itu, terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa posisi sujud
merupakan posisi yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami
masalah tekanan darah tinggi adalah amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap
dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan
tekanan.
Secara keseluruhannya, dapat saya nyatakan bahawa amalan solat itu dapat
membina masyarakat yang pembersih dan sihat tubuh badannya berdasarkan semua
fakta-fakta yang telah saya nyatakan sebelum ini.
2.4 Solat Mengukuhkan Hubungan Kemasyarakatan
Sabda Rasulullah s.a.w. menurut riwayat Abu Hurairah: "Solat berjemaah lebih
afdhal dari solat seorang diri dua puluh tujuh darjat". Solat berjemaah menjadi sebuah
tuntutan bagi mereka yang bergelar muslim. Solat secara berjemaah ini secara tidak
langsung berjaya memupuk dan mengukuhkan lagi hubungan kemasyarakatan
khususnya di antara umat islam sendiri.

Amalan solat berjemaah ini merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah
SAW yang amat dituntut. Ibadah solat mampu untuk melahirkan masyarakat yang
bersatu-padu. Semasa solat berjemaah, semua jemaah yang hadir dapat berjumpa
antara satu sama lain. Walaupun sesetengah mereka masih sibuk dengan urusan kerja.
Namun jika mereka masih mampu untuk solat secara berjemaah di masjid ataupun
surau, mereka sudah pasti dapat melupakan semua permasalahan yang mereka hadapi.
Mereka masih mempunyai masa untuk bersosial bersama-sama rakan-rakan mereka
yang lain.
Jika dilihat dari sudut organisasi solat berjemaah itu sendiri, seseorang perlu
untuk menjadi imam manakala jemaah yang lain perlu menjadi makmum yang
seterusnya mengikut segala perbuatan yang dlakukan imam. Jemaah tidak boleh
mendahului gerakan seorang imam. Segala peraturan ini jelas menunjukkan bahawa
dalam sebuah kehidupan, kita perlu untuk hidup bermasyarakat dengan bersatu-padu.
Jika dilihat pada masa kini, setiap surau dan masjid yang imarah dengan
jemaahnya, pasti akan kuat semangat kemasyarakatan sesuatu komuniti tersebut.
Kesimpulannya dapat saya simpulkan bahawa ibadah solat ini mampu untuk
membentuk dan mengukuhkan lagi hubungan kemasyarakatan sesama manusia.
Hubungan kemasyarakatan yang kukuh akhirnya berjaya membentuk perpaduan umat
islam yang kukuh dan dapat menentang ancaman-ancaman dari pihak Yahudi dan
Nasrani yang semakin lama semakin berani menhina agama Islam secara terangterangan.

2.5 Solat Memupuk Sifat Kepimpinan Dalam Diri Masyarakat


Solat dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri sesebuah masyarakat. . Rasulullah
SAW telah berpesan kepada umatnya sebagai ibubapa, mereka perlu mengajar dan menyuruh
anak-anak agar mengerjakan ibadah solat sejak umur mereka 7 tahun lagi dan pukullah mereka
jika enggan solat ketika berusia 10 tahun. Firman Allah SWT, Dan perintahkanlah keluargamu
serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami
tidak meminta rezeki kepada mu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan
(ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa , Surah Taha. ayat
132.
Sebagai seorang ibu bapa, ibadat solat dapat mewujudkan sifat kepimpinan dalam diri
masyarakat. Seorang ibu atau bapa perlu untuk medidik anak mereka untuk bersolat. Mereka
7

bertanggungjawab untuk memimpin anak mereka untuk bersolat.

Seorang suami perlu

membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada isteri dan anak-anak dengan cara pimpinan yang
bijaksana bagi mencapai kehidupan yang diredhai Allah S.W.T. Sebagai seorang ketua dalam
rumah tangga yang mampu bertindak dalam berbagai keadaan dan suasana dengan penuh
bijaksana. Firman Allah: Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan
Oleh itu, salah satu caranya adalah dengan mengamalkan amalan solat berjemaah di
rumah. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri sesebuah
masyarakat. Sifat kepimpinan ini akhirnya dapat memberi impak yang positif kepada sesebuah
institusi kekeluargaan tersebut.

3.0 MENGANALISIS

FAKTOR-FAKTOR

SEGELINTIR

UMAT

ISLAM

YANG

MELAKSANAKAN SOLAT TETAPI PADA MASA YANG SAMA MASIH MELAKUKAN


MAKSIAT
3.1 Solat Dilakukan Tanpa Ilmu
Nabi SAW bersabda yang bermaksud bahawa sekiranya Allah menginginkan
kebaikan kepada seseorang, maka akan diberi kefahaman (faqih) kepadanya dalam
bidang agama. Terdapat banyak perbezaan di antara orang berilmu dan orang yang
tidak berilmu. Begitu juga halnya dengan ibadat solat. Solat yang dilakukan tanpa ilmu
akan menyebabkan seseorang itu tidak merasai nikmat sebenar solat. Mereka akan
tetap terus melakukan kemungkaran meskipun tidak pernah tinggal solat fardhu yang
telah diwibkan. Oleh sebab itu, kita perlu belajar tentang solat.
Antara perkara yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini adalah
dengan berguru dengan seorang guru yang boleh hadir ke rumah dan mengajar kita
dengan betul mengenai cara solat yang betul. Baca Fatihah di hadapan ustaz tersebut.
8

Lakukan rukuk, sujud di hadapan ustaz dan minta ustaz betulkan jika masih tidak betul.
Di sekolah pula, kursus-kursus solat kepada anak-anak murid juga turut perlu
dilaksanakan dan diusahakan untuk memastikan mereka dapat bersolat dengan cara
yang betul sejak dari kecil lagi.
Berkata Ibnu Katsir rahimahullah,Dan perbezaan antara dua jalan -iaitu agar
dijauhi jalan keduanya-, kerana jalan orang yang beriman menggabungkan antara ilmu
dan amal. Adalah orang Yahudi kehilangan amal, sedangkan orang Nasrani kehilangan
ilmu. Oleh karenanya, orang Yahudi memperoleh kemurkaan dan orang Nasrani
memperoleh kesesatan. Barangsiapa mengetahui, kemudian tidak mengamalkannya,
layak mendapat kemurkaan. Berbeza dengan orang yang tidak mengetahui. Orangorang Nasrani, ketika mempunyai maksud tertentu, tetapi mereka tidak memperoleh
jalannya, karena mereka tidak masuk sesuai dengan pintunya. Iaitu mengikuti
kebenaran. Maka, jatuhlah mereka ke dalam kesesatan.
Di dalam hal ini, ramai yang beranggapan bahawa amal dan ibadah yang
banyak sudah memadai untuk menjamin hari akhiratnya, sedangkan belum tentu lagi
amalnya diterima Allah SWT. Amal tanpa ilmu itu dianggap sebagai kesesatan,
manakala ilmu tanpa amal kegelapan. Secara keseluruhannya, dapat saya rumuskan
bahawa antara punca seseorang itu masih melakukan maksiat sedangkan solatnya
cukup lima kali sehari sehari semalam adalah kerana kurangnya ilmu mengenai solat.
3.2 Solat Dilakukan Sekadar Pergerakan Zahir
Selain itu, faktor lain yang menjadi punca umat islam masa kini masih melakukan
maksiat meskipun solatnya cukup lima kali sehari semalam. Merujuk ayat surah alAnkabut , selepas Allah SWT mengatakan bahawa solat itu mencegah daripada
perbuatan keji dan mungkar. Allah SWT mengikat kenyataan tersebut dengan dan
mengingati Allah itu adalah lebih besar. Hal ini secara tidak langsung telah memberi
gambaran kepada kita bahawa Allah SWT meletakkan proses hati dalam berhubung
dengan Allah itu satu yang amat penting dalam maksud pensyariatan solat. Hal ini
bermaksud, solat tanpa penghayatan akan menyebabkan proses komunikasi antara kita
dengan Allah SWT tidak menjadi. Solat akhirnya hanya dapat dilaksanakan sekadar
pergerakan zahir untuk melepaskan diri dari tanggungjawab menunaikan solat sematamata dan seterusnya tidak dapat menjadikan seseorang individu itu terhindar daripada
melakukan sebarang perlakuan maksiat.
Menurut tafsir Ibnu Katsir, mengatakan bahawa tujuan solat yang lebih besar
adalah untuk mengingati Allah. Kemudian barulah tujuan solat itu diisbatkan kepada
9

usaha untuk meninggalkan perkara kemungkaran. Sebab itu al- Imam Ibn Kathir telah
mensyaratkan kepada kita tiga pokok asas apa yang dinamakan dengan solat. Dan
tidaklah dinamakan solat sekiranya ia tidak menepati tiga pokok asas iaitu, ikhlas,
khasy-yah (takut), dan mengingati Allah. Ini kerana ikhlaslah yang mengarah kita kepada
perbuatang makruf. Manakalah khasy-yah (takut) pula menghalang kita dari perbuatan
mungkar.
Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa perbuatan solat secara zahir sahaja
bukan penentu seseorang itu boleh meninggalkan sebarang perlakuan mungkar secara
keseluruhan. Solat dengan hanya melakukan perbuatan zahir sahaja akhirnya menjadi
punca maksiat masih kekal dilakukan walau solat ditunaikan.

3.3 Solat Yang Dilengah-Lengahkan


Di dalam al-Quran diceritakan bahawa perbuatan mungkar mampu ditinggalkan
secara pasti dengan melakukan solat semata-mata, namun dalam ayat yang lain Allah
menyatakan kemurkaan kepada orang yang solat. Surah al-Maaun ayat ke 4 yang
bermaksud, Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang
lalai dari solatnya
Ibnu Abbas memberi gambaran bahawa yang dimaksudkan orang yang celaka
disini ialah orang-orang yang munafiq. Dimana mereka mengerjakan solat ketika di
hadapan banyak orang dan tidak mengerjakannya ketika ia dalam keadaan
bersendirian. Sama ada lalai ketika dalam solat mahupun lalai untuk mengerjakannya
pada waktu yang ditetapkan. Pendapat mengenai ayat ini ditegaskan kepada orang
yang lengahkan solat juga dipersetujui oleh Masruq dan Abu ad-Dhuha.
Menurut Atha bin Dinar pula. Allah telah menggunakan kalimah (an) yang lalai
dari solatnya. Allah tidak menggunakan kalimah ( fi ) yang lalai di dalam solatnya. Ini
bermaksud jelas bahawa lalai disini adalah lalai dengan melengah-lengahkan solat.
Di dalam kitab Al-Durr Al-Manthur karangan al-Imam As- Suyuthi mengatakan bahawa,
daripada Saad B. Abi Waqash telah berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang
FirmanNYA: (iaitu) orang-orang yang lalai dari (tentang) solat mereka Nabi SAW telah
bersabda: Mereka ialah orang-orang yang melewatkan solat dari waktunya.
Solat pada lewat waktu menjadi punca mengapa ramai umat islam pada masa
kini kurang pengahayatan di dalam solat dan akhirnya gagal menjadikan solat sebagai
dinding pelindung kita daripada terus melakukan maksiat. Justeru itu, apabila masuk
10

sahaja waktu solat, kita perlulah segera untuk menunaikan solat. Hal ini kerana Allah
SWT amat memurkai manusia yang melengah-lengahkan waktu solat. Ibadat yang
dilakukan menjadi sia-sia. Solat pada lewat waktu ini juga jelas menunjukkan bahawa
seseorang itu tidak ikhlas dalam melakukan ibadahnya. Malahan, dia hanya melakukan
ibadah

solat

itu

semata-mata

untuk

menggugurkan

tanggungjawabnya

untuk

menunaikan solat fardhu lima waktu.


Kesimpulannya, dapat diterangkan bahawa amalan melengah-lengahkan waktu
solat ini menjadi sebab mengapa seseorang itu masih berbuat maksiat meskipun telah
menunaikan ibadah solat fardhu dengan cukup.
3.4 Solat Dalam Keadaan Riya
Solat dalam keadaan riya menjadi punca kita masih lagi tidak dapat
menhindarkan diri kita daripada maksiat walaupun telah melaksanakan solat yang
sepatutnya dapat mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Kebanyakan umat
islam pada hari ini melakukan solat tanpa ada hubungan dengan Allah akan tetapi untuk
tatapan manusia.
Terdapat sesetengah mereka yang bersolat dengan niat untuk memenangi hati
seorang wanita, untuk meraih pujian orang ramai dan dianggap sebagai seorang yang
warak. Dari Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa
memperdengarkan amalan amal perbuatannya kepada orang lain, maka Allah akan
memperdengarkan amal orang itu kepada makhlukNYA serta menghina dan
merendahkannya.
Sesungguhnya, amalan buruk ini perlulah dibuang dari diri sesorang untuk
menjamin agar amalannya diterima. Sepertimana yang kita ketahui bahawa kedudukan
orang munafik kelak adalah di dasar neraka. Betapa azabnya menanggung derita kelak
semata-mata untuk mendapat pujian orang ramai.
Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah sudah pasti tidak dapat ditipu
oleh orang munafiq. Malah Allah mengetahui segala rahsia batin. Sebab itu dinyatakan
tanda-tanda orang munafiq dalam melakukan ibadah solat. Antaranya ialah jika mereka
melakukan solat, mereka akan melakukan dengan malas. Ini kerana di dalam hati
mereka tidak mempunyai niat yang betul. Tidak memiliki iman. Malah tidak merasa takut
dan tidak memahami maknanya.
Oleh sebab itu, pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang munafiq hanya kerap
kali akan kelihatan pada waktu solat Zohor, Asar dan Maghrib. Namun mereka tidak
berupaya untuk bangun pada awal pagi dan solat Subuh secara berjemaah di masjid.
11

Hal ini berlaku apabila solat yang dilakukan bukan dengan kemahuan hati yang ikhlas,
maka bila datangnya waktu yang malas, mereka meninggalkannya.
Kesimpulannya, solat dalam keadaan riya merupakan satu perbuatan tidak baik
yang seterusnya menjadi penyebab mengapa maksiat masih berlaku sedangkan solat
yang dilaksanakan cukup lima waktu.

3.5 Solat Tanpa Khusyu

Antara sebab-sebab lain solat itu tidak mampu mencegah kita daripada
perbuatan mungkar ialah, apabila ianya dilakukan tanpa kesungguhan dan tanpa
khusyu. Ibnu Kathir berkata, ini kerana ketika solat mereka tidak khusyu malah tidak
mengerti apa yang diucapkan. Bahkan dalam solat mereka bermain-main serta
berpaling dari kebaikan yang ingin dicapai. Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin
Malik ia berkata : Rasulullah SAW bersabda , Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah
solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Ia duduk menunggu matahari,
hingga apabila matahari itu berada di antara dua tanduk syaitan, kemudian ia solat
(bagaikan burung) mematuk empat kali (solatnya cepat). Mereka tidak berzikir kepada
Allah di dalamnya, kecuali sedikit sahaja. Hal yang sama diriwayatkan oleh Muslim,
Tirmizi dan Nasaie.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa untuk mendapat solat yang khusyu
bukanlah suatu perkara yang mudah. Tetapi ianya juga bukanlah suatu perkara yang
mustahil. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Antara cara untuk
mendapatkan solat yang khusyu adalah dengan memerhatikan semula semua syaratsyarat sah solat yang telah kita lakukan. Adakah selama ini kita telah melaksanakan
solat dengan cara yang betul ataupun tidak.
Solat tanpa Khusyu dianggap seperti suatu amalan yang sia-sia yang
seterusnya hanya merugikan sesorang itu kerana tidak dapat merasai nikmat ibadat
solat yang sebenar. Solat yang ditunaikan dengan khusyu dapat menjadikan seseorang
itu tenang dan berlapang dada. Kesemua masalah yang dihadapi akan dipermudahkan
oleh Allah SWT.
Kita seharusnya menjadikan solat sebagai alat komunikasi kita dengan Allah.
Solat menjadi sebahagian pengikat antara seorang hamba dan mahluk. Oleh sebab itu,
Rasulullah SAW sentiasa menyuruh umatnya mendahului sesuatu perkara yang hendak
dilakukan dengan solat dua rakaat. Ini dapat dilihat dalam kisah solat istikharah yang
12

diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah maksudnya : Adalah Rasulullah SAW , mengajar
kami melakukan istikharah (memohon petunjuk bagi mendapat pilihan yang tepat) pada
segala urusan atau pekerjaan. Baginda bersabda apabila seseorang itu ada cita-cita
mengenai satu-satu urusan, pekerjaan , hendaklah ia dirikan sembahyang dua rakaat
bukan sembahyang fardhu dan kemudian berdoa. ( riwayat al-Jamaah)
Selain itu, antara punca lain seseorang itu gagal mendapatkan solat yang
khusyu adalah apabila mereka tidak menjadikan solat sebagai tempat mereka mengadu
segala kesedihan dan kesusahan yang mereka alami. Solat yang berkualiti dapat
membantu kita memperoleh petunjuk dan memberi ketenangan kepada diri kita.
Firman Allah yang bermaksud , Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah
pertolongan (kepada ALLAh) dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan
orang-orang yang sabar. (al-Baqarah : 153)
Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan
menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang
solat, yang berkekalan atas solat mereka. (Al-Maarij:19-23)
Benarlah firman Allah di dalam Surah al-Mukminun ayat pertama dan kedua,
Sesungguhnya berjayalah orang mukmin, iaitu mereka pada solat yang khusyu pada
solat mereka. Makin erat hubungan hati manusia dengan pencipta makin berjayalah
seseorang itu di dunia dan di akhirat
Kesimpulannya, sebagai seorang muslim yang sejati kita seharusnya mencuba
sedaya-upaya kita untuk mendapatkan solat yang khusyu yang seterusnya dapat
menghindari kita daripada terus melakukan perkara yang keji dan mungkar yang amat
dibenci oleh Allah SWT.

13

4.0 PENUTUP
Berdasarkan keseluruhan perbincangan di atas, dapat kita merumuskan bahawa
Allah SWT tidak memerintahkan hamba-hambanya untuk melaksaksanakan perintahnya
itu dengan sia-sia tanpa sebarang tujuan dan hikmah. Segala perintah berupa suruhan
atau larangan Allah SWT mempunyai matlamat dan hikmah yang tersendiri yang kita
jangkakan akan manfaatnya. Sesungguhnya, hikmah solat yang dapat kita perolehi
adalah tidak terkira. Meskipun syariat solat hanya diwajibkkan ke atas orang Islam,
namun limpahan hikmahnya turut dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira agama,
rupa bentuk, warna kulit dan bangsa.

Kesimpulannya, solat berperanan untuk

melahirkan masyarakat yang bersih dari perbuatan keji dan mungkar, berdisiplin dengan
mementingkan masa, mementingkan sikap kepimpinan, menjaga kebersihan dan
kesucian fizikal dan rohani serta menitikberatkan soal muafakat dan perpaduan akhirnya
dapat melahirkan sebuah masyarakat berkualiti dan bertamadun.
Janganlah apabila kita melakukan maksiat, maka kita menyalahkan solat kerana
ianya tidak mampu menghindari kita daripada melakukan maksiat.. Tetapi periksalah
keadaan solat kita jika ianya benar-benar solat yang dikehendaki oleh Allah SWT. Antara
punca-punca yang boleh kita dapati ialah seperti solat tanpa ilmu pengetahuan tentang
solat yang cukup, solat sekadar pergerakan zahir tanpa mengetahui kesan-kesan solat
terhadap kehidupan seharian, solat yang dilengah-lengahkan tanpa mengetahui bahawa
amalan itu amat dibenci oleh Allah SWT, solat dalam keadaan riya semata-mata untuk
mendapat pujian dari orang ramai dan solat tanpa khusyu yang mengakibatkan
seseorang itu tidak dapat merasai nikmat solat yang sebenar. Kesimpulannya, solat
yang betul-betul berkualiti sememangnya dapat menghindari diri kita daripada
melakukan perkara mungkar dan keji yang dimurkai oleh Allah SWT.

14

Anda mungkin juga menyukai