Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN

Encik Saleh bin Osman


Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Transkrian,
Nibong Tebal, Pulau Pinang

Sempena
Majlis Graduasi MRSM Transkrian Kali ke-2

Pada
10 Oktober 2004 (Ahad)

Di
Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal,Pulau Pinang,

GRADUAN CEMERLANG PEMANGKIN KEGEMILANGAN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Terima Kasih Pengerusi Majlis,

Kata-kata menghadap majlis

1. Yang Berhormat (Tetamu khas yang kita raikan),


Dato’ Haji Abdul Rashid bin Abdullah,
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,

2. Yang Berbahagia,
Encik Abdul Rahman bin Abu,
Pengarah MARA,
Negeri Pulau Pinang

3. Yang Berbahagia,
Encik Farizan bin Darus
Pegawai Daerah,
Seberang Perai Selatan,

4. Yang Berbahagia
Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Mohamed
Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras
Kampus Kejuruteraan USM

5. Yang Berbahagia,
Encik Sobri bin Hamid,
Pengerusi Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA (Muafakat),
MRSM Transkrian

6. Yang Berusaha,
Penolong-penolong Pengetua,
MRSM Transkrian

7. Ketua-ketua dan pegawai-pegawai jabatan kerajaan dan badan


berkanun Daerah Seberang Perai Selatan,
Pengetua-pengetua MRSM dan Kolej MARA Zon Utara serta
Sekolah Menengah Kelompok M7
dan para jemputan khas
8. Guru-guru dan kakitangan MRSM Transkrian

9. Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Graduasi kali ke-2

10. Ibu bapa para graduan dan pastinya anak-anak tersayang , para
graduan yang kita raikan sekalian..

Ucapan

1. Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah swt. Majlis Graduasi


Maktab Rendah Sains MARA Transkrian kali ke-2 bagi pelajar-
pelajar tingkatan lima dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana
yang penuh gemilang dan bermakna buat kita semua.

2. Saya mewakili seluruh warga kerja MRSM Transkrian mengalu-


alukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan ke majlis ini untuk meraikan kejayaan anak
tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita berasa begitu bertuah dan
berbangga kerana majlis kita pada hari ini dimeriahserikan dan akan
disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Haji Abdul Rashid bin Abdullah,
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Y.B. Dato’ akan
menyampaikan sijil kepada para graduan. Kehadiran beliau
merupakan satu penghormatan kepada kami di MRSM Transkrian
yang telah beroperasi kira-kira 2 tahun 6 bulan iaitu sejak 1 April
2002. Sebagai tokoh dan orang yang bertanggunggjawab berusaha
gigih sehingga terdirinya MRSM di kawasan Transkrian ini,
kehadiran dan keprihatinan Y.B. Dato’ pastinya akan menyuntik
semangat kepada kami , warga pendidik dan warga pelajar untuk
terus mencemerlangkan dunia pendidikan khususnya dan martabat
negara secara menyeluruh.
3. Saya juga mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas MRSM
Transkrian ke majlis ini dan sesungguhnya kehadiran ini akan terus
mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin antara kita.

Y.B. Dato’ dan hadirin yang dihormati sekalian,


4. Kumpulan graduan yang ada di dalam Dewan Kuliah 4, Kampus
Kejuruteraan USM hari ini adalah merupakan kumpulan yang kedua
maktab ini yang akan meneruskan kecemerlangan yang telah
dilakarkan oleh kumpulan perintis pada tahun 2003. Pencapaian
SPM 2003 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.42 merupakan titik
permulaan kejayaan yang cuba dibina oleh maktab. Kita menaruh
harapan dan kepercayaan yang tinggi agar kumpulan graduan pada
hari ini akan mencipta kecemerlangan dan memastikan wujudnya
rantaian kesinambungan yang seterusnya meletakkan nama maktab
di puncak kegemilangan. Saya yakin para graduan yang ada di
dalam dewan ini telah menjadikan segala rintangan, kekurangan
dan masalah yang telah ditempuh oleh generasi pertama dahulu
sebagai cabaran, inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam
bidang akademik dan pembinaan jati diri serta pemupukan sahsiah
yang terpuji.

5. Berkat kesungguhan, kesabaran dengan semangat juang yang


tinggi, maka pada hari ini mereka layak untuk dianugerahkan Sijil
Pendidikan MRSM. Sewajarnyalah kita meraikan kejayaan mereka
dengan penuh rasa syukur dan takzim berkat kerja keras para
pendidik, dedikasi para kakitangan dan sokongan padu ibu bapa.
Atas rasa bangga dengan kejayaan mereka, pihak maktab ingin
menzahirkannya dalam suasana yang lebih selesa dan nyaman.
Kampus Kejuruteraan USM ini dipilih sebagai tempat yang paling
sesuai untuk mencetuskan semarak kejayaan buat para graduan.
Semoga tempat ini menjadi pendorong untuk anda menanam tekad
menjejakkan kaki ke menara gading; bukan sebagai pelawat tetapi
sebagai penghuni yang memanfaatkannya untuk menimba ilmu
mengharung hidup yang semakin mencabar. Dan untuk itu, kita
amat berterima kasih kepada pihak USM dan khusus sekali kepada
Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Mohamed,
yang juga merupakan bekas pelajar MRSM Kulim (Ansara MRSM
Kulim) atas keprihatinan, komitmen dan kerjasama yang
diberikan oleh beliau kepada pihak kami. Terima kasih Prof. Madya.

Y.B. Dato’,hadirin yang dihormati dan para graduan yang diraikan sekalian
6. Sijil Pendidikan MRSM atau biasa disebut Sijil Graduasi merupakan
lambang kejayaan dan kecemerlangan produk MRSM. Pemberian
gred dalam sistem MRSM adalah berdasarkan pencapaian mereka
dalam subjek-subjek akademik, subjek-subjek kemahiran dan aktiviti
kokurikulum. Ternyata dasar ini telah menjadi satu realiti dan aset
berharga yang memenuhi impian serta hasrat MARA untuk
melahirkan golongan profesional melalui sistem pendidikan. Sejak
1972, apabila MRSM mula beroperasi di Seremban hinggalah pada
tahun 2003 dengan beroperasinya MRSM yang ke-37 di Pasir Salak
( MRSM Transkrian merupakan MRSM yang ke-36 beroperasi) ,
seramai 25,000 orang produk MRSM telah dihasilkan dan berjaya
dalam bidang profesional. Anda, para graduan MRSM Transkrian
akan menjadi sebahagian daripada mereka ! Persediaan untuk
menempuh dan merentasi cabaran dunia harus bermula dari
sekarang dengan persediaan padu menghadapi peperiksaan SPM
2004 yang akan bermula pada 1 November ini. Berusahalah dengan
iltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmu yang
dicurahkan oleh guru-guru anda untuk memperoleh kejayaan dan
seterusnya memartabatkan MRSM Transkrian sebagai antara
MRSM yang cemerlang, insya-Allah.

7. Saya dan warga kerja maktab amat bersyukur kerana kumpulan


kedua ini mewarisi sifat-sifat peribadi yang luhur seperti kumpulan
perintis dahulu. Fenomena dan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang
semakin menular hingga melibatkan sekolah-sekolah premier dan
sekolah-sekolah berasrama penuh tidak terdapat di MRSM
Transkrian. Saya bersyukur dan berbangga kerana para pelajar
mampu menampan budaya yang bukan sahaja membinasakan
ukhwah dan keintiman pelajar, malahan mungkin menggelapkan
masa depan jika dibiarkan berleluasa. Harapan saya agar para
pelajar akan meneruskan budaya positif, sikap saling berkerjasama,
saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain ke arah
mencapai matlamat kecemerlangan bersama.

8. Gunakanlah peluang yang ada untuk memperkasa diri para pelajar


sekalian dengan kemahiran teknologi malumat , kemahiran
berkomunikasi serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
Tiada jalan pintas ke arah kejayaan. Nama-nama seperti Dato’
Azhar Mansor, Datuk Abdul Malek Mydin , K.Mohandas dan
Muhammad Muqarrabin seharusnya terjelma dalam kotak minda
anda sebagai insan yang berusaha gigih hingga kadangkala
mempertaruhkan nyawa demi mencapai matlamat meletakkan nama
negara dipersada dunia. Semangat juang inilah yang perlu dicontohi
oleh para graduan. Majlis graduasi ini dan peperiksaan SPM yang
bakal ditempuhi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang
bakal anda terokai. Di hadapan anda sekalian nanti, terbentang
pelbagai ranjau duri dan rintangan ke arah pencapaian kejayaan
sebenar dalam kehidupan. Semangat perjuangan yang murni dan
kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan para graduan
meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah. Kami
semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda.

9. Saya juga amat berharap agar anda sekalian memiliki daya saing
yang positif ke arah mewujudkan generasi yang inovatif dalam
bidang sains dan teknologi. Negara kini memerlukan teknokrat yang
proaktif dan matlamat tersebut juga merupakan sebahagian
daripada kewujudan MRSM di seluruh negara. Untuk berjaya
sebagai teknokrat mahupun pemangkin pembangunan negara , para
pelajar semua perlu berubah dan untuk memulakan perubahan itu
pula, anda mestilah meneroka dalam diri anda untuk mencari
kekuatan, kelemahan dan ancaman yang ada. Dengan kata lain,
perlu ada unsur-unsur "SELF-RENEWAL" (pemugara kendiri).
Janganlah hendaknya kita mengajar diri kita menilai sesuatu
keputusan untuk berubah itu menerusi dimensi yang sempit tetapi
semestinya perlu bersikap imiginatif dan praktikal. Jika kita berjaya
melihat daripada perspektif yang lebih global dan positif maka
aspirasi MARA melalui MRSM berupaya diterjemahkan dalam
tindakan yang lebih bermakna. Kita tidak mempunyai banyak masa lagi
untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020. Hanya mereka
yang bergerak dengan kekuatan ilmu dan berkemampuan untuk
menguasainya dapat berdaya saing ketika itu.

Y.B. Dato’ dan hadirin yang dihormati sekalian,


10. Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan
ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru, kakitangan,
MUAFAKAT MRSM Transkrian dan ibu bapa sekalian dalam
menjayakan Majlis Mohon restu yang telah diadakan di Pusat Islam,
Kampus Kejuruteraan USM pada malam semalam. Kesediaan dan
kesudian para waris untuk sama-sama berganding bahu dengan
pihak maktab dalam memohon keredhaan Ilahi atas kejayaan para
pelajar amat kami hargai dan kami sanjung. Kepada para graduan,
hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh waris anda.
Balaslah jasa mereka dengan ‘juadah’ kejayaan yang hasilnya
begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya.

11. Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak MRSM Transkrian
merakamkan penghargaan atas kehadiran Y.B. Dato’. Semoga
gandingan mantap Y.B. Dato’ Haji Abdul Rashid bin Abdullah di
Pulau Pinang bersama dengan Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Haji
Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita akan terus mekar untuk
memartabatkan bangsa, agama dan negara dengan langkah yang
CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG. Kepada ibu bapa
sekalian, iringilah perjuangan anak tuan-tuan dan puan-puan
menempuh peperiksaan dengan doa agar kecemerlangan yang kita
harap-harapkan tercapai. Kepada para jemputan, terima kasih atas
kehadiran dan sokongan anda semua. Kepada para graduan,
tahniah atas kejayaan anda semua.

Sekian. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai