Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 1

HARI PERTAMA
Alhamdulillah, 15 februari 2016 adalah hari pertama saya dan rakan-rakan
mendaftarkan diri di SK Taman Seroja sebagi guru praktikum bagi fasa. Kehadiran
kami disambut baik oleh guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Zaiton. Walaupun
beliau agak terkejut dengan kehadiran kami kerana surat penempatan tidak sampai
ke sekolah tetapi beliau tetap menerima kami dengan tangan yang terbuka.
Kami juga berpeluang menyertai perhimpunan rasmi pada pagi itu sebelum
dibawa berjumpa dengan guru besar, Pn Noredzan. Banyak input yang saya perolehi
dari taklimat bersma beliau. Beliau juga ada memberi nasihat dan tunjuk ajar yang
amat berguna terutamanya dari aspek etika keguruan disiplin dan sikap sebagai
seorang guru. InshaAllah segala pesanan beliau akan saya amalkan dan sematkan
dihati.
Selesai sahaja taklimat dari beliau, Pn Zaiton telahpun menyediakan jadual
kelas untuk semua guru praktikum yang baru mendaftar. Alhamdulillah saya telah
ditugaskan mengajar kelas 4 UPM dan 4 USM dengan jumlah masa 8 masa
seminggu.
Bandan beruniform

: Tunas Kadet Remaja Sekolah

Persatuan dan Kelab :Sains dan Reka Cipta


Sukan dan Permainan : Badminton

HARI KEDUA

Pada hari kedua saya telah berjumpa dengan guru subjek Sains Kelas 4 USM
dan 4 UPM iaitu Pn Noreeda untuk berbincang tentang tajuk yang akan saya ajar
nanti. Beliau telah bersetuju untuk menghabiskan tajuk pernafasan agar mudah saya
mengajar tajuk baharu iaitu perkumuhan. Sehubungan dengan itu, kelas pengajaran
saya akan bermula pada hari Khamis untuk kedua-dua kelas.
Saya juga telah berbinang dengan guru tersebut tentang aktiviti-aktiviti yang
akan saya jalankan untuk menerangkan tajuk perkumuhan nanti. Banyak penambah
baikan yang telah dibuat bagi menyesuaikan perancangan pengajaran tersebut
dengan tahap kognitif murid-muridnya.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak latar-belakang murid
tahun 4 UPM dan 4 USM. Menurut beliau, tahap murid-murid untuk kedua-dua kelas
ini lebih kurang sama Cuma murid tahun 4 USM perlu diberi lebih perhatian dan
sokongan.
Saya amat berharap agar dapat memberikan yang terbaik untuk bakal anak
murid saya. Bak kata Pn Noreeda, aa yang penting murid dapat menguasai konsep
asas terlebih dahulu. Saya akan menjadikan peluang praktikum ini sebagai wadah
untuk menimba ilmu sebanyak mngkin bagi memantapkan lagi kemahiran untuk
menjadi seorang guru.

HARI KETIGA

Pada hari ketiga saya berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti permainan
dan kelab. Pada jam yang pertama,