Anda di halaman 1dari 3

Apa Itu Jenayah Rasuah?

Apa-apa penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan atau upah untuk
seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan
dengan tugas rasmi.

Suapan terdiri daripada wang, hadiah, harta, bonus, diskaun, komisen, jawatan,
kontrak pekerjaan, perkhidmatan dan lain-lain tafsiran di bawah seksyen 3 Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

Kesalahan Rasuah

Akta SPRM 2009 memperuntukkan kesalahan rasuah :


1. Meminta atau menerima suapan di bawah seksyen 16 dan 17(a) Akta SPRM
2009;
2. Menawar atau memberi suapan di bawah seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009;
3. Mengemukakan tuntutan palsu di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009;
4. Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam
di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang
daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana
yang lebih tinggi di bawah seksyen 24 Akta SPRM 2009.

Kegagalan Melaporkan Rasuah

Akta SPRM 2009 memperuntukkan kegagalan melaporkan rasuah merupakan


kesalahan :
1. Gagal melaporkan pemberian atau tawaran suapan di bawah seksyen 25 (1)
dan (2) Akta SPRM 2009; denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak
lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali;
2. Gagal melaporkan permintaan atau memperoleh suapan di bawah seksyen
25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009; denda tidak lebih RM10,000
atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Perlindungan Pemberi Maklumat

Pemberi maklumat merupakan seseorang yang membuat pendedahan mengenai


perlakuan rasuah berdasarkan pengetahuannya yang diberikan perlindungan di bawah
seksyen 65 Akta SPRM 2009.

Pemberi maklumat boleh diberikan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi


Maklumat 2010.

Pemberi maklumat yang menjadi saksi bagi perbicaraan kes rasuah diberikan
perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

Kes rasuah ini adalah satu kes yang sangat berkait-rapat dengan masalah etika dan moral. Orang
atau individu yang terlibat dengan gejala tersebut sama ada memberi atau menerima rasuah
adalah orang yang tidak beretika serta kurang nilai-nilai moral. Mereka yang menjalankan
kegiatan tersebut adalah bertujuan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak
mengambil-kira hak dan kepentingan orang lain.
Demi untuk kesenangan diri sendiri, mereka bukan sahaja lupa dengan tanggungjawab mereka
terhadap masyarakat malah telah meletakkan diri mereka di dalam situasi yang amat
membahayakan. Berdasarkan kepada kes gejala rasuah di kalangan syarikat-syarikat korporat
gergasi di negara kita pula, gejala ini memang sangat berleluasa justeru kerajaan pada masa kini

telah

mengambil

inisiatif

untuk

membendung

permasalahan

tersebut

dengan

memperkuatkuasakan rang undang-undang dan peranan pihak BPR untuk mencegah masalah ini
daripada semakin berleluasa.
Roscoe Pound menyatakan dalam dunia moden ini, undang-undang telah menjadi alat kawalan
sosial yang paling utama menggantikan kemoralan dan agama. Saya pula berpendapat demi
untuk membendung rasuah, kawalan bukan undang-undang harus diberi penekanan yang
secukupnya. Kita harus merenungi apa yang dikatakan oleh ahli falsafah Cina, Confucius:
Sekiranya rakyat jelata dikawal dengan undang-undang, maka mereka akan cuba sedaya upaya
untuk tidak diheret ke penjara dan mereka tidak akan berasa malu untuk melakukan kesalahan.
Jika mereka dididik dengan moral dan etika, maka mereka akan berasa malu untuk melakukan
kesalahan dan akan menjadi orang yang baik. Di samping penguatkuasaan undang-undang
yang sedia ada, rancangan meningkatkan ketelusan dari segi sistem kewangan, sistem
pembekalan dan seumpamanya harus dititikberatkan.