Anda di halaman 1dari 20

1

1.0 PENGENALAN
Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang ada di dunia ini perlu mengikut peraturan
untuk mencapai kesejahteraan. Justeru bintang di angkasa raya berputar siang
malam, tanpa bergeseran antara satu sama lain. Bintang-bintang ini berputar
mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap bintang bergerak mengikut
orbitnya pada kelajuan yang tertentu. Fenomena ini sudah pun berlaku ribuan tahun
yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang yang tidak diketahui, bintangbintang itu akan terus beroperasi mengikut peraturan ini. Kehidupan haiwan di
darat dan di laut tertakluk kepada peraturan-peraturan yang sudah ditentukan. Di
angkasa kelihatan burung-burung berterbangan ke sana sini mencari makanan.
Harimau dan singa pula hidup di rimba dengan memakan binatang-binatang yang
lemah dan kecil daripada mereka. Monyet dan kera melompat dari pohon ke pohon
manakala ulat dan cacing hidup di dalam lubang dan tanah. Di laut pula, ikan
menjadi makanan manusia. Ini sunnatullah yang telah ditetapkan untuk ikan-ikan di
laut. Manusia juga tidak terlepas daripada peraturan hidup yang ditetapkan. Ada
peraturan yang perlu diikuti apabila berhubungan sesama manusia sama ada
dengan keluarga, jiran, dan masyarakat. Malahan, perhubungan dengan binatang
dan persekitaran pula, terdapat cara-cara tertentu yang perlu diikuti. Melanggar
peraturan boleh mengakibatkan kebinasaan.

2
Manusia tidak boleh bersendirian, sebaliknya manusia terpaksa hidup secara
berkelompok dan sentiasa memerlukan orang lain untuk melayan kehendaknya.
Sejak dari dalam perut ibunya, sehinggalah meninggal dunia, manusia tetap
bergantung kepada manusia lain untuk keperluan makanan, pelajaran, kesihatan
dan keselamatan dirinya. Semasa dilahirkan, ia perlu lepada bidan atau jururawat
untuk mengeluarkannya dari perut ibunya. Setelah melihat dunia, manusia perlu
bekerja dengan mensual tenaganya lepada orang lain. Lantas berkahwin pula
dengan manusia lain. Apabila meninggal dunia, orang lain terpaksa pula
menguruskan jenazahnya di dalam kubur. Secara keseluruhannya, manusia
sentiasa memerlukan orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Hidup
di dalam kelompok, memerlukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh
agama, bangsa, dan masyarakat supaya tercapai keharmonian antara satu sama
lain. Oleh kerana itulah, manusia perlu kepada peraturan yang terdiri daripada
etika, undang-undang dan moral untuk meneruskan kehidupan agar tercapai
keharmonian dalam masyarakat.

3
2.0 KONSEP DAN DEFINISI MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG.
Konsep etika berasal dari perkataan Greek ethos dan ethikos. Ethos bererti
sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya. Manakala
ethikos pula tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux
(2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan
yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan
fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil
kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku
individu, bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun
begitu Ismail Ibrahim (Nazirmuddin:2005) menyatakan etika proses pemikiran
tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang
mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku manusia.
Manakala Moral membawa maksud keupayaan mengenali mana yang benar atau
salah. Ia berkait rapat dengan kesedaran. Moral sesebuah masyarakat merujuk
kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks mendukung nilai-nilai
peradapan secara umum. Plato melihat undang-undang sebagai suatu jentera untuk
mengawal kehidupan sosial, suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta
satujalan untuk menemui gambar-gambar tentang struktur masyarakat. Aristotle
melihatnya sebagai rukun tata tertib, satu kontrak dan rukun harmoni.

4
Cicero melihatnya sebagai perseimbangan yang harmonis diantara akal dan alam
semulajadi, suatu perbezaan antara keadilan dan ketidakadilan dan ia juga adalah
satu perintah atau larangan. Manakala Aquinas pula menganggap undang-undang
sebagai ordinan akal mengenai perkara-perkara yang diisytiharkan baik oleh ketua
komuniti. Secara keseluruhannya, takrifan undang-undang ialah satu peraturan
yang dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan kehidupan sosial sesebuah
masyarakat. Maka tidak dapat dikesampingkan bahawa undang-undang itu ialah
tatatertib yang dicipta untuk mengawasi dan mengatur tingkahlaku masyarakat
atau kumpulan. Pelbagai definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli falsafah
termasuklah juga oleh : Austin: Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang
berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman. (Noor
Aziah. 2005) Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan
satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat.
Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini
dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau
didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah
negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu
sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang
berfikiran sama. ( http://en.wikipedia.org/wiki/Undang-undang)

5
Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana
hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian
diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu
keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem
perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah
negara. Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undangundang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undangundang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undangundang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk
mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.
3.0 PERBEZAAN KONSEP ETIKA,MORAL DAN UNDANG-UNDANG.
Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh beberapa
orang lelaki yang tidak dikenali semasa berjalan pulang dari sekolah. Pada masa
yang sama, terdapat sekumpulan lelaki sedang bersembang di sebuah warong kopi
berdekatan tempat kejadian. Mereka hanya memandang kejadian tersebut tanpa
mengambil sebarang tindakan. Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di
warung kopi yang tersebut di atas tidak bersalah kerana mereka tidak melakukan
jenayah, tetapi tindakan mereka itu tidak bermoral kerana mereka sepatutunya
berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Di sini, kita dapat melihat

6
bahawa undang-undang dan moral tidak sama. Kedua-duanya boleh dihubungkait
sahaja. Terdapat perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika. Undangundang dikuatkkuasakan oleh mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan jika tidak
dipatuhi sementara etika ialah tikaman hati. Seseorang yang menceroboh masuk
tanpa kebenaran kediaman orang lain boleh dihukum penjara tetapi dari segi etika,
dia hendaklah insaf dan perbetulkan dirinya. ( Nazirmuddin, 2005) Undang-undang
menentukan batas yang pasti manakala etika menentukan batas adat, idealisme,
keyakinan dan nilai moral. Memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi
undang-undang dan etika, tetapi etika juga menjelaskan bahawa rasuah merupakan
sesuatu yang bertentangan dengan amalan kita dan tidak sesuai dilakukan. Tidak
melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi mematuhi nilai-nilai
etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang. Memasang muzik dengan
kuat di kawasan kejiranan bukannlah suatu kesalahan undang-undang, jika
dilakukan hanya sekali-sekala dan dalam waktu yang sesuai. Akan tetapi,
mendengar muzik dan mengambil kira keselesaan jiran sekeliling pastinya tidak
akan bercanggah dengan undang-undang.

7
Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk mengawal
jenayah. Ini kerana seseorang itu mematuhi undang-undang sebab takutkan
hukuman tetapi bukan berlandaskan etika. Etika pula lebih umum dan lebih
maksimum daripada undang-undang dalam mengawal jenayah. Undang-undang
adalah satu penguatkuasaan peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya,
perbuatan guru memukul pelajar. Secara objektifnya, ia adalah salah di sisi
undang-undang kerana guru merupakan pendidik sekaligus sebagai pelindung
kepada pelajar. Bagaimana pula jika guru membalas pukulan pelajar untuk
mempertahankan dirinya daripada diserang tanpa henti. Dalam kebanyakan
insiden, guru sukar memenangi kes. Walau bagaimanapun, jika dinilai dari sudut
etika, perbuatan pelajar memukul guru merupakan kesalahan yang sangat besar.
Dengan ini kita dapat melihat bahawa berbanding undang-undang, etika memberi
ruang untuk perubahan sikap terhadap kelakuan baik dan buruk dalam masyarakat.
Undang-undang tidak mencukupi untuk menentukan batas etika dan moral.
Umpamanya, tidak semua bercakap bohong salah di sisi undang-undang
terutamanya dalam situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Dari segi
etika, bercakap bohong adalah salah dalam semua situasi kerana etika mencukupi
untuk menentukan batas moral yang baik dan sebaliknya.

8
Undang-undang tidak meliputi pelbagai ragam masyarakat. Misalnya, kerosakan
telefon awam merupakan vandalisme dan salah di sisi undang-undang. Bagaimana
pula dengan amalan menggunakan telepon awam dalam tempoh yang lama
sehingga menghalang hak orang lain? Perbuatan ini tidak diliputi oleh undangundang. Walau bagaimanapun, dari sudut etika, ia adalah salah. Etika menentukan
batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.
Undang-undang tidak mengambil kira perkara batin. Salah satu motif seseorang
membunuh adalah cemburu tetapi motif tidak boleh mensabitkan seseorang
individu itu bersalah. Manakala etika meliputi perkara batin di mana menjauhi sifat
cemburu boleh mengelakkan diri daripada ditimpa masalah. Undang-undang tidak
mengambil kira perkara samar-samar tetapi etika adalah sebaliknya. Dari segi
undang-undang, gangguan seksual merupakan satu keslahan. Bagaimana pula jika
seseorang suka mengenyitkan mata kepada orang yang tidak dikenali.

PERBEZAAN ANTARA ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG

ETIKA UNDANG-UNDANG

1. Dikuatkuasakan oleh hati sendiri.


Hukuman melanggar etika ialah rasa bersalah dalam diri sendiri.

Dikuatkuasakan oleh mahkamah.


Hukuman melanggar undang-undang adalah seperti yang diperuntukkan dalam
undang-undang bertulis negara.
2. Menentukan batas adat, idealisme, kayakinan dan nilai. Batas teersebut adalah
relatif dan abstrak mengikut masyarakat.

Penentuan batas perlakuan adalah jelas.


Dianggap melakukan jenayah jika melampaui batas tersebut. Bentuk
perlakuan boleh bersifat global.

Misalnya, mencuri adalah jenayah dalam semua masyarakat.


3. Mematuhi nilai dan kod etika dapat menghindari perlanggaran undang-undang
Mematuhi undang-undang tidak bermakna mematuhi etika MORAL, ETIKA DAN
UNDANG-UNDANG
10
4. Bersifat lebi umum dalam mengawal jenayah.
Merupakan peraturan minimum untuk mengawal jenayah
5. Mengembangkan sikap membezakan antara yang baik dan buruk dalam
masyarakat
Cukup untuk menentukan batas etika dan moral
6. Membatasi perlakuan baik dan jahat sama ada individu atau kelompok
Tidak meliputi untuk menjadi panduan individu dan masyarakat yang rencam
7. Mengambilkira faktor rohaniah seperti hasad dengki dan lain-lain penyakit jiwa
Faktor rohaniah dan kejiwaan tidak diambilkira. Hukuman hanya dijatuhkan akibat
kesan daripada perlakuan hasad dengki yang dizahirkan
8. Mengambilkira semua faktor termasuk yang abstrak.
Tidak mengambilkira perkara yang abstrak seperti engkar,khianat daan sebagainya
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
11
4.0 KEPENTINGAN ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA. 4.1 Kepentingan Etika
Etika adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu kepada
pembentukan keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup.
Kepentingan etika ini dapat dilihat dari segi individu, keluarga, organisasi,
masyarakat dan negara. Secara induvidunya, seseorang yang beretika akan dapat
menikmati kebaikan fizikal, rohani dan mental. Orang yang beretika sentiasa
menjaga tingkahlakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat.
Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang
membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang
rasa dan lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang beretika mulia tidak
gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, yang
merosakkan dan sentiasa membuat perhitungan buruk baik sebelum melakukan

sesuatu. Dengan itu, jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan
siasah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana nilai etika telah membentuk
falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya.( Nazirmuddin, 2005 ).
Manakala sebuah keluarga yang mempunyai amalan etika yang tinggi bukan hanya
wujud perasaan tanggungjawab yang tinggi dan saling hormat-MORAL, ETIKA DAN
UNDANG-UNDANG
12
menghormati antara satu sama lain, malahan berjaya mejudkan suasana mesra,
aman, harmonis, kerukunan rumah tangga, keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli
keluarga akan berasa selamat dan bahagia. Bagi sebuah organisasi pula , nilai
etika amat penting. Seandainya seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi,
masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah,
penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul.
Dengan itu lahirlah suatu budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti
dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat
kekeluargaan dalam organisasi, dan segala macam tingkahlaku yang baik dan
terpuji dilam organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan
keuntungan organisasi. Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika
yang tinggi keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. Maka bukan
sahaja organisasi yang menikmati kemakmuran itu tetapi pekerja juga turut terlibat.
Manakala bagi masyarakat dan negara, dengan adanya individu, keluarga dan
organisasi yang beretika tinggi, masyarakat dan negara juga turut mencapai
faedahnya. Masyarakat akan menjadi lebih progresif, aman, damai dan harmonis.
Negara juga turut aman, damai, maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat
antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan etika
yang tinggi selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang. Sejarah
telah membuktikan perkara ini. Beberapa tamadun agung yang pernah mengukir
nama akhirnya tumpas dan MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
13
lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir, Rome, Abasiah dan Umayyah,
Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya
sudah tidak bermoral dan beretika lagi. Hubungan Etika dengan persekitaran dan
masyarakat sebagai contoh ;- a) Jangan fikir dan lakukan perkara-perkara buruk
seperti mencuri
Hubungan Etika dan moral akan ;a) Membentuk
karektor seseorang seperti berfikiran positif
Apa yang difikirkan biasanya
melibatkan unsur positif bagi beretika dan unsur negatif bagi yang tidak beretika,
sebagai contoh seperti di bawah ;Betul
Salah
Baik
Buruk
Moral
Bukan moral
Etika
Bukan etika
Dalam persekitaran kita, etika memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
harmoni seharian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan empat perkara utama ;-

1) Etika dan kuasa


Menggunakan kuasa mengikut saluran yang
dibenarkan
2) Etika dan individu
Menghormati hak anda dan
hak jiran anda MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
14
3) Etika dengan undang-undang
Seseorang yang beretika sudah pasti tidak akan
melanggar batas undang-undang.
4) Etika dan agama
Individu yang berpegang kepada ajaran agama adalah mudah
melaksanakan nilai-nilai etika.
4.2 Kepentingan Moral
Keghairahan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih berprinsipkan
kepada pertimbangan materialistic ada kalanya kita terlupa bahawa ada manusia
lain yang hidup disekeliling kita. Manusia menjadi begitu rakus hingga
pertimbangan nafsu lebih menguasai akal dalam keputusan yang dibuat. Akibatnya
manusia lebih mementingkan diri sendiri melupakan tanggungjawab dan kewajipan
untuk hidup bermasyarakat, berkeluarga dan beragama. Moral adalah penting
dalam kehidupan manusia kerana ia dapat membantu manusia untuk mengenali
mana yang benar atau salah. Ianya berkaitan dengan kesedaran tentang kekuatan
yang mantap. Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang baik atau buruk .
Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu, keluarga, masyarakat dan
bangsa . ( Tam Yeow Kwai, 1996 ) MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
15
Secara individunya, seseorang yang bermoral akan menikmati kehidupan aman dan
sejahtera. Untuk itu manusia perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian,
kreativiti dan kestabilan. Untuk mencapai tujuan ini, mahu tidak mahu manusia
mesti patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap
bekerjasama diantara satu sama lain yang dapat menghidarkan diri daripada rasa
takut dan kehilangan nyawa, dihina, dicuri harta bendanya , ditipu, disekat
kebebasannya dan ditindas. Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup.
Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan
dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu
bermoral.Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik
untuk membuat kebaikan daripada membuat kejahatan yang akan membawa
kesukaan kepada diri sendiri dan sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti
mendatangkan kepusan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri. Sebaliknya, satusatu kejahatan yang dilakukan lambat laun akan membawa akibat buruk kepada
dirinya sendiri. Seseorang yang bermoral ialah seorang yang telah menunaikan
peranannya dengan berkesan. ( Eow Boon Hin , 2003 ) Kepentingan moral dalam
kekeluargaan pula ianya akan menjadikan sesebuah keluarga itu dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan tenteram. Ini kerana segala masalah yang timbul daripada

masalah delinkuen tidak akan terjadi. Keadaan emosi yang stabil di dalam setiap
ahli keluarga dapat MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
16
mewujudkan suasana mesra, tolak ansur, bertanggungjawab akan menyebabkan
kerukunan rumah tangga akan berkekalan. Hasilnya jurang generasi antara anak
dan ibubapa tidak akan berlaku . Oleh itu keluarga dapat hidup aman kerana segala
keperluannya dapat dipenuhi seperti pengeluran dan pengagihan barang. Manakala
bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan masyarakat yang harmonis
dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan yang ada pada diri masyarakat dapat
memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong menolong dan lain-lain lagi nilai
yang baik. Dengan adanya individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai
nilai moral yang tinggi telah menjadikan negara Malaysia terkenal diseluruh dunia
yang mana budi bahasa rakyatnya adalah diantara satu symbol negara yang sangat
dikagumi walaupun negara sudah moden dan membangun.
4.3 Kepentingan undang-undang
Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana
sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undangundang adalah berasaskan kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip
dan injuksi mahkamah. Undang-undang inilah yang mengawal setiap perlakuan
masyarakat, institusi dan sebagainya agar keamanan hak dan tanggungjawab dapat
dilaksanakan. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
17
Kepentingan undang-undang dapat dilihat bagaimana ia dapat mengatur pelbagai
perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, warna kulit, agama dan lain-lain
lagi perbezaan. Ini terbukti apabila undang-undang itu sendiri mengatur dan
menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara bagi
kepentingan semua. Tindakan tersebut dapat mempengaruhi perbuatan dan
tindakan masyarakat contohnya seperti memperuntukan peraturan pembayaran
cukai dan dengan cukai ini dapat pula memperuntukan bantuan kepada masyarakat
yang tidak berkemampuan melalui undang-undang kebajikan. Kesannya masyarakat
dapat dengan tenang dan damai. Selain itu juga, kepentingan undang-undang juga
dapat dilihat bagaimana ia berperanan sebagai ejen keamanan dan kesejahteraan.
Dengan adanya undang-undang ia dapat mengawal ahli masyarakat daripada
melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai.
Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang
setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut dibuat adalah bertujuan
untuk memberi pengajaran serta mengurangkan jenayah. Oleh yang demikian hakhak dan kebebasan setiap individu terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan
politik dan social yang stabil dapat diwujudkan.
MORAL, ETIKA DAN UNDANGUNDANG

18
Undang-undang dapat menghukum orang yang melakukan kesalahan. Dengan
adanya hukuman keatas pesalah, masyarakat merasakan kehidupan mereka
terjamin dan tidak terbiar. Struktur peraturan yang tersedia itu membolehkan
individu yang bersalah itu diadili dan seterusnya menerima hukuman yang
setimpal. Manakala pihak yang teraniaya akan mendapat keadilan yang setimpal
dengan apa yangn mereka alaminya. Kepentingan lain yang boleh kita perolehi
daripada undang-undang ialah dapat membezakan dan meningkatkan seseorang
manusia itu baik atau pun buruk. Perbezaan ini dapat lihat daripada perlakuan serta
sifat-sifat yang ditonjolkan oleh setiap individu. Contohnya bagi individu yang sering
melakukan kesalahan ia boleh dikelompokan sebagai seorang manusia yang buruk
dan sebaliknya. Perbezaan kolompok ini dapat membantu individu lain untuk terus
menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan teratur tanpa ada sebarang keraguan.
5.0 FUNGSI ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

5.1 Fungsi Moral dalam Kehidupan


Moral adalah perkara yang perlu diketahui, difahami dan ditonjolkan kepada
masyarakat umum yang menjadi fungsi kepada nadi penggerak pembangunan yang
mementingkan peradapan dan tamadun kehidupan yang berasaaskan kepada
budaya , tamadun, peraturan dan keharmonian. Menurut Abdul Rahman Md. Arof
(1998), moral berfungsi sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta
membuat keputusan. Ini bermaksud, walaupun dalam sesuatu situasi beberapa nilai
mungkin MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
19
berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya ,menyelesaikan
konflik yang dihadapi. Soalnya sekarang, mengapa manusia perlu bermoral? Kita
patut sedar bahawa manusia adalah makhluk Tuhan yang paling tinggi darjatnya.
Manusia juga mempunyai kehendak, keinginan, matlamat dan objektif yang sama
iaitu inginkan kehidupan aman dan sejahtera. Untuk ini manusia perlukan kasih
sayang, keselesaan, kedamaian, kreativiti dan kestabilan bukan hanya untuk dirinya
sendiri, malah juga untuk orang lain. Untuk mencapai tujuan ini, mahu tidak mahu
manusia mesti patuh pada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada
sikap kerjasama di antara satu dengan lain yang dapat menghindarkan diri daripada
rasa takut dan kehilangan nyawanya, dihina. Dicuri harta bendanya, ditipu, disekat
kebebasannya, dibelenggu dan ditindas. Jadi moral berfungsi dalam memelihara
kemuslihatan kehidupan manusia sejagat pada asasnya. Ahli-ahli falsafah Barat
lebih menekankan persoalan, mengapa manusia pada umumnya patut bermoral?
daripada mengapa setiap individu harus bermoral? Kedua-duanya mempunyai
penekanan yang berbeza-beza, tetapi dalam kehidupan manusia, setiap individu itu

menjadi teras kepada pembentukan masyarakat. Jadi moral berfungsi dalam


pembentukan sikap bermoral individu dan lebih penting dari sistem moral itu
sendiri. Tidak dapat dinafikan moral mempunyai fungsi yang amat penting dalam
membawa kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan
menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral.
Dengan perkataan lain, segala apa yang dibuat itu adalah untuk penciptanya. Oleh
itu fungsi moral terhadap kesedaran moral induvidu itu bukan atas tekanan, pujian
dan lain-lain, tetapi berdasarkan keimanannya kepada Tuhan. MORAL, ETIKA DAN
UNDANG-UNDANG
20
Moral juga berfungsi dalam membezakan baik buruk sesuatu perbuatan yang
dilakukan oleh individu. Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa
adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada berbuat kejahatan yang akan
membawa kesukaran kepada dirinya sendiri dan orang lain. Sesuatu kebaikan yang
dilakukan itu pasti mendatangkan kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya
sendiri. Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan seperti menipu, berjudi,
dan mencuri itu lambat-laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri.
Setiap perbuatan baik yang dilakukan dan membawa faedah kepada semua orang.
Contohnya, kalau dalam satu kelompok masyarakat itu tidak seorang pun menjadi
pembunuh, pencuri dan penipu sudah pasti setiap ahli kelompok tersebut akan
menadapat faedahnya. Oleh itu, selain mematuhi perintah Tuhan, manusia pula
umumnya mesti bermoral untuk kehidupan yang aman, bahagia dan bermakna.
Sikap dan perasaan bermoral adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap
individu yang tidak boleh dipersoalkan lagi kerana menurut Aristotle, moral adalah
berkaitan dengan fungsi manusia sejagat. Seseorang yang telah menunaikan
peranannya dengan berkesan. Thomas Hobbes telah menggambarkan
kepentingan hidup bermoral seperti berikut:
Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak
berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi
jahat, bersifat buas dan angkuh.
( Mohd. Janib Johari, 1994).

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG


21

5.2 Fungsi Etika dalam kehidupan

Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia dalam bentuk


menyuruh dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di
sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai profesional. Oleh itu, etika

merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan individu


mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial
mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.
Sacara datarnya etika berfungsi sebagai, memelihara keharmonian, sokongan,
pencegahan disiplin, dan memelihara maruah.
(http://members.tripod.com/takingaof/etika.html
).
5.2.1 Etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian
Tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan
semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya
pertembungan diantara kepentingan diri dan kepentingan umum. Ini akhirnya,
menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati dikalangan pihak yang
berkaitan. Contohnya, setiap ahli profesional dalam bidang masing-masing perlu
mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota
masyarakatnya.
5.2.2 Etika berfungsi sebagai sokongan
Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang
dilakukan, maka di boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakanya
dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat
tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undangundang dan agama serta etika organisasi atau jabatan. Begitu juga dalam
kehidupan bermasyarakat hendakalah saling bekerjasama dalam menyokong
tidakan ahli masyarakat yang melakukan tindakan yang tidak bercanggah dengan
etika masyarakat tersebut. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
22
5.2.3 Etika berfungsi sebagai memelihara maruah
Etika merupakan satu garis panduan kepadaindividu untuk membina , meningkat
dan mempertahankan intigriti, kejujuran dan maruah kehidupan masing-masing. Ini
secara umumnya, etika berfungsi menjelaskan bahawa setiap ahli masyarakat perlu
menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan
kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, masyarakat atau pun
majikan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi
perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa.
5.2.4 Etika berfungsi sebagai pencegahan disiplin
Badan-badan profesional telah menggunakan kod etika yang berfungsi sebagai asas
untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang
aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa

oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu
dalam sebuah organisasi atau jabatan. Selain ia juga dapat mengelakkan
penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan
diri sendiri. Ahmad Rafizi Salleh (1998), etika juga berfungsi dalam perhubungan
dengan unsur kerohanian manusia. Seseorang perlu mengetahui akan kewajipan
dan perkara yang perlu dilakukan dalam memenuhi keperluan kerohaniannya.
Selain daripada itu, etika berfungsi merupakan asas kepada kehidupan manusia,
tanpa kehidupan manusia menjadi sempurna. Setiap orang mesti tahu dan
mengamalkan etika yang baik di mana ianya akan memberi kebahagian dan
kedamaian kepada semua orang. Umumnya, perbuatan yang tidak beretika bukan
sahaja menjejaskan pretasi organisasi, memalukan keluarga ataupun merosakan
nama baik negara, malah ia tidak dapat akan dapat untuk dibaik-pulih kerana
generasi akan datang sebenarnya kehilangan sebahagian kesejahteraan apabila
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
23
berlaku penyelewengan. Jadi etika berpungsi dalam membentuk tingkahlaku atau
mengawal tingkahlaku individu dalam masyarakat.
5.3 Fungsi undang-undang dalam kehidupan
Peraturan dan undang-undang terbentuk berpaksikan kepada nilai atau etika yang
dipegang oleh sesebuah masyarakat. Suatu tindakan yang mungkin dianggap
jenayah di negara ini, mungkin pula dianggap kebiasaan di negara lain. Jesteru
undang-undang boleh berbeza kerana nilai yang dipegang juga berbeza. Hukum
dan undang-undang adalah untuk moderate kehidupan manusia. Iaitu untuk
mengawal dan menyeimbangkan tindakan-tindakan
manusia(http://zakiyamani.blogsport.com/2006/07/apa-tujuan-undangundang.html
). Andainya manusia bertindak di dalam batas-batas norma kehidupan, maka tidak
ada keperluan untuk undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka. Hanya
apabila seseorang bertindak berlawanan dengan nilai yang dipegang oleh komuniti,
maka dia akan diingatkan dengan kuatkuasa undang-undang. Undang-undang juga
berfungsi menjaga kepentingan dan keharmonian masyarakat (http://kawan
sejati.ee.itb.ac.id/node/14777). Contohnya, seorang yang menconteng dinding
pondok menunggu bas atau mana-mana dinding awam, biar betapa artistik atau
indah sekalipun, harus dikenakan tindakan. Menurut Nor Aziah Mohd Awal (2004),
undang-undang mempunyai beberapa fungsi dalam masyarakat diantaranya,
undang-undang sebagai kawalan sosial, penyelesaian konflik, kebajikan sosial dan
pemudahcara. Undang-undang sebagai kawalan sosial iaitu undang-undang
menyatakan secara terperinci bila dan bagaimana individu tertentu

dipertanggungjawabkan akibat melakukan sesuatu yang dilarang, atau MORAL,


ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
24
kegagalan individu tidak melakukan sesuatu perbuatan atau perkara. Undangundang juga bertindak sebagai alternatif kepada perselisihan peribadi atau balas
dendam (personal feud/vengeaance). Dalam hal ini undang-undang jenayah
memainkan peranan sebagai kawalan sosial. Ia menentukan sesetengah perbuatan
atau kegagalan melakukan sesuatu sebagai perbuatan jenayah. Ia bertujuan agar
hak-hak dan kebebasan individu terpelihara. Ini membolehkan satu bentuk
kehidupan politik dan sosial yang stabil dapat diwujudkan. Undang-undang juga
berfungsi sebagai mpenyelesaian konflik. Tindakan undang-undang biasanya
bermula akibat berlakunya pertindihan kepentingan (conflict of interests) antara
dua pihak atau lebih. Kedua-dua pihak akan menggunakan undang-undang apabila
tiada persetujuan dicapai dan penyelkesaian tidak dapat diperolehi di luar
mahkamah. Dalam keadaan ini undang-undang berfungsi sebagai wahana
penyelesaian masalah. Ia menyediakan prosedur yang mengatur hak-hak atau
liabliti dipertahankan dan dikuatkuasakan di institusi tertentu, contohnya
mahkamah, tribunal atau panel timbang tara. Institusi seperti mahkamah akan
menetukan kesahihan tuntutan pihak-pihak yang bertikai. Oleh itu, undang-undang
menyediakan satu kerangka tetap kepada individu bahawa mereka boleh
menjalankan transaksi dengan pasti, jika konflik timbul ia akan diselesaikan dengan
undang-undang, dan jika berlaku sebaramg kemungkiran dalam transaksi ia akan
memperolehi ganti rugi. Undang-undang juga berperanan dalam memastikan
kesejahteraan masyarakat. Pemerintah boleh menggunakan undang-undang bagi
memastikan kebajikan sosial tercapai. Pemerintah lazimnya menggunakan undangundang bagi memperuntukkan hak-hak pendidikan, perkhidmatan, kesihatan,
perlindungan kepada golongan tertentu. Contohnya, Akta Keganasan Rumah Tangga
1994 untuk wanitan dan Akta KWSP 1982 diperuntukan kepada majikan dan
pekerja. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
25
Undang-undang juga berfungsi sebagai pemudahcara. Undang-undang
menyediakan satu set peraturan untuk bertingkah laku kepada anggota
masyarakat. Ini membolehkan sesetengah aktiviti tertentu yang memenuhi
kepentingan bersama dapat dijalankan tanpa menimbulkan konflik. Undang-undang
persendirian (private law) mengambil peranan sebagai pemudahcara untuk
permasalahan masyarakat. Undang-undang yang mengatur kontrak, instrumen
kewangan (negotiable instrument), hartanah, perkongsian (partnerships), bank,
kesatuan sekerja, perkahwinan dan lain-lain untuk mengatur dan memudahkan
manusia menjalankan kegiatan mereka.
6.0 HUBUNGKAIT ANTARA ETIKA, MORAL UNDANG-UNDANG.

Kawasan yang bersilang di antara ke dua-dua bulatan di atas mewakili pertalian


undang-undang dan etika. Akan tetapi, ia boleh mengelirukan kerana persilangan
itu seolah-olah menunjukkan bahawa ukuran etika dan undang-undang adalah sama
walaupun sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang objektif. Contohnya, membunuh
merupakan satu perbuatan yang salah
UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANG + ETIKA
ETIKA MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
26
dari segi undang-undang dan moral tetapi tidak semua perbuatan membunuh itu
salah sekiranya alasan disebaliknya adalah untuk mempertahankan diri.
6.1 Faktor-faktor Penentu Pertalian Undang-undang dan Etika. a) Pengenaan nilai
tatasusila tertentu dalam masyarakat
Tanpa nilai-nilai tatasusila tersebut, masyarakat akan bebas untuk fitnah-memfitnah
antara satu sama lain dan akan menyebabkan kehidupan menjadi tidak aman dan
tenteram.
b) Etika dan undang-undang saling menyokong atau memperkuatkan atau menokok
antara satu sama lain dalam kebanyakan nilai fundamental.
Sesetengah individu menjauhkan diri daripada perbuatan menipu kerana takutkan
undang-undang. Sesetengah yang lain pula, mendakwa mereka tidak menipu bukan
kerana takut kepada undang-undang tetapi atas desakan moral.
c) Undang-undang dan etika menjangkakan terlebih dahulu kewujudan satu sama
lain.
Umpamanya, jika undang-undang di Malaysia membenarkan hubungan sejenis,
undang-undang tersebut akan ditentang hebat oleh masyarakat kerana ia
bertentangan dengan nilai moral. Ini juga membuktikan bahawa undang-undang
merupakan suatu peraturan atau sistem yang mewakili nilai moral yang didukung
oleh sesuatu kumpulan masyarakat. Selain itu, kemantapan etika bergantung
kepada kewujudan sistem MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
27
perundangan. Sebagai contoh, kenyataan mencuri itu salah dari sudut etika tidak
akan memberi apa-apa erti tanpa wujudnya definisi pemilikan harta benda dari
aspek undang-undang.
d) Persamaan bahasa yang digunakan walaupun tidak merangkumi semua perkara.

Ini adalah kerana kedua-dua undang-undang dan etika merujuk kepada tata
amalan, tingkah laku, larangan, hak dan kewajipan. ( Freeman, 1994 dalam
Thiroux.J.P. 1995 .) Secara ringkasnya, kod etika bukan berperanan untuk
mengatasi undang-undang, malah ia bertindak untuk memperjelaskan tentang
kewujudan undang-undang yang sedia ada. Undang-undang pula bertindak sebagai
penyokong. Akan tetapi, sekiranya hak-hak tertentu individu terancam, undangundang akan masuk campur dan mengatasi kod-kod etika yang berkenaan.( Ahmad
Rafizi Salleh , 1998 ).
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
28
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas, manusia
tidak boleh tidak mesti memerlukan etika, moral dan undang-undang dalam
kehidupan mereka. Sekiranya terdapat percanggahan antara undang-undang, moral
dan etika, seseorang individu dianggap wajar untuk membuat pertimbangan
peribadi yang profesional. Ada sesetengan pendapat mengatakan bahawa undangundang perlu mengatasi etika. Seseorang individu itu perlu melihat sesuatu situasi
dari segenap sudut. Pada kebiasaannya, seseorang itu tidak akan mendapat
penyelesaian yang terbaik jika hanya memandang sesuatu situasi atau masalah
dari satu sudut sahaja. Walau bagaimanapun, mematuhi etika, moral dan undangundang tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang terbaik. Undangundang terutamanya perlu dipinda atau diubah supaya masyarakat mendapat
manfaat sepenuhnya. Contohnya, dalam kes penderaan kanak-kanak, pihak
berkuasa mewajibkan ahli keluarga atau jiran tetangga membuat laporan secepat
mungkin apabila mereka menyedari penderaan telah berlaku. Tindakan mungkin di
ambil tetapi kenyataan sebenar masih tidak berubah di mana sementara siasatan
dijalankan, mangsa akan dihantar balik ke rumah. Kemungkinan besar, mangsa
akan didera dengan lebih teruk sebagai cara untuk menebus dendam. Ini juga
membuktikan bahawa perlakuan moral negatif telah dilakukan. MORAL, ETIKA DAN
UNDANG-UNDANG
29
Secara keseluruhannya, undang-undang, etika dan moral merupakan unsur penting
dalam kehidupan manusia yang sejahtera, selamat dan terjamin. Undang-undang
yang bersendiri tanpa etika dan moral tertentu akan menjadi tempang. Namun
begitu, bukan semua nilai etika dan moral mengiringi setiap undang-undang kerana
tidan semua orang memiliki tahap etika dan moral yang sama. Apa yang penting,
asalkan undang-undang yang sedia ada memberi kebaikan maksimum kepada
manusia keseluruhannya.