Anda di halaman 1dari 25

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Apr 9th, 2012


by Ismail N.
Perkataan sumber undang-undang boleh merujuk kepada pelbagai makna.
Sekiranya kita menerangkan sumber undang-undang berasaskan sejarah
undang-undang itu, maka kita sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang
mempengaruhi perkembangan undang-undang tersebut dari mula hingga ke
hari ini. Oleh kerana perubahan masa dan sebagainya, kita dapati ada
sumber yang mungkin tidak diaplikasikan dalam pertikaian undangundang hari ini. Antara sumber undang-undang termasuklah adat,
kepercayaan dan pandangan-pandangan sarjana undang-undang yang telah
dibangun, dibentuk dan diubahsuai dengan penggunaan hari ini. Sekiranya
kita menerangkan sumber-sumber undang-undang dari sudut di mana
undang-undang itu boleh dirujuk pula, kita sebenarnya bercakap
mengenai bahan rujukan undang-undang dan ini termasuklah statutstatut (akta, ordinan, enekmen dsb), laporan kes, buku-buku teks, jurnal
undang-undang dan sebagainya. Akan tetapi banyak penulisan undang
merujuk sumber undang-undang sebagai undang-undang yang
dirujuk/gunapakai hari ini, i.e legal source (legal rules that make up the
law).
Sumber undang-undang berdasarkan legal source ini lebih mudah difahami
dan sesuai digunakan. Malahan dalam satu pertikaian undang-undang,
mahkamah akan melihat sumber undang-undang berasaskan definasi ini
dalam menentukan apakah undang-undang yang patut dirujuk. Berasaskan
definasi ini juga, kita boleh katakan bahawa sumber undang-undang di
Malaysia adalah merujuk kepada:

Perlembagaan (Persekutuan Dan Negeri)


Perundangan
Keputusan Kehakiman
Common Law Dan Kaedah-Kaedah Ekuti
Undang-Undang Adat
Undang-Undang Islam

Untuk lebih mudah lagi kita boleh bahagikan sumber undang-undang di


Malaysia kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.
Undang-Undang Bertulis (Written Laws)
Undang-undang bertulis juga dikenali sebagai undang-undang statut. Ia
merujuk kepada undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan
perundangan(akta, ordinan dan enakmen). Tidak seperti di UK, undangundang bertulis ini adalah sumber undang-undang yang utama di
Malaysia. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari
persekutuan 13 buah negeri, maka undang-undang bertulis bertulis di
Malaysia ini adalah terdiri dari undang-undang negeri (State Laws) dan
persekutuan (Federal Laws).

3 jenis undang-undang bertulis yang menjadi sumber undang-undang di


Malaysia adalah:1.
Perlembagaan
2.
Perundangan
3.
Perundangan Subsdiari
Perlembagaan
Dua makna yang terpakai bagi perlembagaan di Malaysia Satu, ianya
adalah sebuah dokumen yang mempunyai keluhuran undang-undang yang
khas yang menetapkan struktur kerajaan, fungsi badan-badan kerjaaan dan
prinsip-prinsip yang mana badan-badan ini beroperasi. Kedua, ianya adalah
badan atau kumpulan kaedah-kaedah dan amalan-amalan yang menubuh
dan mengawal badan-badan kerajaan serta mengawal perhubungan antara
individu dan negara.
Di Malaysia ia terdiri dari Perlembagaan Persekutuan yang
merupakan undang-undang utama negara (supreme law of the land) dan
perlembagaan negeri-negeri di Malaysia.
Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan:
Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan
dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.
Rujuk juga: Ah Thian v Government Of Malaysia [1976] 2 MLJ 112.
Selain dari Perlembagaan Persekutuan, terdapat 13 lagi perlembagaan
negeribagi setiap negeri-negeri di Malaysia. Semua perlembagaan negeri
hendaklah mengandungi peruntukan-peruntukan sebagaimana yang
disenaraikan padaBahagian 1 kepada Jadual Ke Lapan Perlembagaan
Persekutuan (Rujuk Perkara 71 (4) Perlembagaan Persekutuan).
Peruntukan-peruntukan ini menyentuh hal Pemerintah (Raja), Majlis
Eksekutif, Perundangan Negeri dan sebagainya.
Perundangan
Maksud perundangan adalah undang-undang yang diperbuat oleh badan
yang diberi kuasa untuk membuatnya. Ia terdiri dari perundangan
utama dan subsidiari. Perundangan utama di Malaysia diperbuat oleh
Parlimen (peringkat pusat) dan Dewan Undangan Negeri (peringkat negeri).
Undang-undang yang diperbuat oleh Parlimen biasanya di panggil sebagai
Akta, manakala undang-undang yang diperbuat oleh Dewan Undangan
Negeri di panggil Ordinan dan Enakmen.
Contoh Akta termasuklah: Akta Kontrak, Akta Pekerjaan, Akta Keganasan
Rumahtangga dan lain-lain lagi.
Contoh Ordinan dan Enakmen termasuklah: Advocates Ordinance
(Sabah Cap. 2), Burials Ordinance (Sabah Cap. 19), Ordinan Perkapalan
Saudagar 1952, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

Namun, terdapat juga yang perundangan persekutuan yang dinamakan


Ordinan seperti Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak.
Perundangan Subsidiari
Perundangan subsidiari merujuk kepada undang-undang yang dibuat oleh
pihak berkuasa di bawah kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh suatu
statut induk. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil subsidiary
legislation atau delegated legislation atau juga by-laws. Rujuk juga Seksyen
3, Akta Tafsiran 1948 Dan 1967 (Akta 388) yang berbunyi:
Perundangan subsidiari bererti apa-apa perisytiharan, kaedah, peraturan,
pemberitahuan, undang-undang kecil atau suratcara lain yang dibuat di
bawah mana-mana Akta, Enakmen, Ordinan atau kuasa sah, yang lain dan
yang mempunyai kesan perundanan.
Contoh perundangan subsidiari ialah: Uniform (Anti-litter) By-laws
2010 yang mana kuasa membuatnya diberi kepada Majlis Tempatan
menerusi Local Government Ordinance 1961.
Undang-Undang Tidak Bertulis (Unwritten Laws)
Undang-undang tidak bertulis tidak bermaksud undang-undang itu tidak
bertulis langsung (literally unwritten). Keputusan kehakiman misalnya boleh
dirujuk secara bertulis dalam lapuran-lapuran undang-undang (judicial
report), begitu juga common-law Inggeris. Namun untuk memudahkan kita
semua memahami dan mengingati sumber undang-undang di Malaysia,
maka klafikasi sebegini dibuat. Bagi tujuan artikel ini, undang-undang tidak
bertulis adalah merujuk kepada bahagian undang-undang Malaysia yang
tidak dibuat oleh badan yang menggubal undang-undang (Parlimen & Dewan
Undangan Negeri) serta ia juga bukan dari Perlembagaan Persekutuan
mahupun perlembagaan negeri-negeri. Sumber undang-undang Malaysia
yang tidak bertulis ini terdiri dari:
1.

Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang sesuai dalam situasi


tempatan
2.
Keputusan kehakiman oleh mahkamah atasan (superior courts)
3.
Undang-undang adat yang telah diterima pakai oleh mahkamah
Prinsip Undang-Undang Inggeris
Prinsip undang-undang Inggeris adalah terpakai di Malaysia setakat yang
dibenarkan. Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris ini terkandung
dalamcommon-law dan ekuiti Inggeris. Pemakaian prinsip-prinsip undangundang Inggeris ini adalah terhasil secara tersirat dan tersurat. Ianya tersirat
bilamahkamah cuba menafsirkan sesuatu arahan untuk mengadili kes
berasaskan justice and rights (keadilan dan hak) sebagai secara tak
langsung menerima pakai undang-undang Inggeris [Wu Min Aun The
Malaysian Legal System, m.s 99].
Selain dari itu, prinsip-prinsip undang-undang Inggeris telah (melalui statut)
diterima pakai sebagai sumber undang-undang Malaysia yang tersurat
semenjak 1807 bila First Charter of Justice digubal bagi membawa masuk
undang-undang Inggeris di Pualu Pinang. Beberapa statut lain kemudiannya
muncul dan hari ini kita merujuk kepada Akta Undang-Undang Sivil (Civil

Law Act 1956) (Revised 1972) yang mengariskan panduan kemasukkan


prinsip undang-undang Inggeris di Malaysia.
Application of U.K. common law, rules of equity and certain statutes
3. (1) Save so far as other provision has been made or may hereafter be
made by any written law in force in Malaysia, the Court shall
(a) in Peninsular Malaysia or any part thereof, apply the common law of
England and the rules of equity as administered in England on the 7 April
1956;
(b) in Sabah, apply the common law of England and the rules of equity,
together with statutes of general application, as administered or in force in
England on 1 December 1951;
(c) in Sarawak, apply the common law of England and the rules of equity,
together with statutes of general application, as administered or in force in
England on 12 December 1949, subject however to subparagraph (3)(ii):
Merujuk kepada peruntukan pada Akta Undang-Undang Sivil
1956 (Semakan 1972) di atas, mahkamah-mahkamah di Semenanjung
Malaysia hendaklah (shall apply) menggunapakai common-law dan ekuiti
Inggeris sebagaimana ia berkuatkuasa di England setakat 7hb April 1956. Di
Sabah dan Sarawak pula mahkamah perlu menggunapakai
common-law dan ekuiti Inggeris beserta dengan statut pemakaian am yang
berkuatkuasa di England pada 1hb Disember 1951 (Sabah) dan 12hb
Disember 1949 (Sarawak).
Perhatian perlu diberikan kepada tarikh-tarikh yang dinyatakan diatas kerana
mahkamah cuma terikat pada common-law dan ekuiti Inggeris serta statutstatut pemakaian am (Sabah & Sarawak) yang berkuatkuasa pada tarikh
tersebut. Sebagaimana yang kita sedia maklum prinsip-perinsip undangundang Inggeris telah berkembang semenjak dari tarikh-tarikh berikut.
Soalnya, apakah status prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang
wujud selepas dari tarikh-tarikh diatas?
Dalam kes: Jamal bin Harun v. Yang Kamsiah & Anor [1984] 1 CLJ 215,
mahkamah memutuskan bahawa ianya tidak mengikat tetapi mempunyai
daya pengaruh yang tinggi (persuasive).
Lord Scarman dalam kes ini menyatakan:
Their Lordships do not doubt that it is for the courts of Malaysia to decide,
subject always to the statue of the Federation, whether to follow English
case law. Modern English authorities may be persuasive but are not binding.
In determining whether to accept their guidance, the court will have regard
to the circumstances of the states of Malaysia and will be careful to apply
them only to the extent that the written law permits and no further than in
their view it is just to do so m.s 219.
Seperti yang dinyatakan tadi bahawa terdapat sekatan atau had-had pada
penggunaaan prinsip-perinisp undang-undang Inggeris sebagai sumber

undang-undang Malaysia. Selain dari cut off date di atas, pemakaian


prinsip-prinsip ini tertakluk kepada:1.

Ia cuma digunakan jika tiadanya statut di Malaysia yang


mengawal selia atau memberi peruntukakan bagi hal tersebut
2.
Cuma bahagian prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang sesuai
dengan keadaan tempatan sahaja boleh digunakan.
Proviso pada Seksyen 3 (1) berbunyi:
Provided always that the said common law, rules of equity and statutes of
general application shall be applied so far only as the circumstances of the
States of Malaysia and their respective inhabitants permit and subject to
such qualifications as local circumstances render necessary.
SYARAT: Common-law dan kaedah ekuiti dan statut pemakaian am tersebut
akan dipakai sejauh yang diizin oleh keadaan di negeri-negeri dalam
Malaysia dan penduduknya, dan tertakluk kepada penyesuaian oleh keadaan
tempatan.
Bacaan lanjut:
Penerimaan Undang-Undang Inggeris Dalam Hal-Hal Perdagangan
Dan Tanah.
Keputusan Kehakiman
Keputusan kehakiman adalah juga dikenali sebagai undang-undang kes
(case laws). Ia merujuk kepada keadaan yang mana mahkamah merujuk
kepada keputusan-keputusan kes terdahulu bagi menyelesaikan
pertikaian dihadapan mereka Namun, hakim-hakim dalam merujuk kes-kes
terdahulu ini adalah terikat dengan prinsip-prinsip pada
DOCTRINE OF JUDICIAL PRECEDENT atau doctrine of stare decisis.
Hakim-hakim tidak boleh bertindak secara sembrono dalam merujuk kes-kes
terdahulu dan syarat-syarat pada doktrin ini perlu diikuti.
Keputusan kehakiman adalah satu sumber undang-undang Malaysia
yang amat penting dan sering digunapakai oleh mahkamah. Secara
teorinya, undang-undang adalah dibuat oleh badan-badang perundangan
seperti Parlimen dan DUN. Tugas mahkamah adalah hanya untuk
memberikan tafsiran pada undang-undang yang diluluskan. Namun seperti
mana yang berlaku dalam sistem common-law, hakim dalam membuat
tafsiran secara tidak langsung juga telah membuat undang-undang. Tafsirantafsiran yang dibuat biasanya bagi mengisi lakuna atau kekosongan yang
wujud dalam perundangan sstatut atau memberi makna/tafsiran baru
sekaligus mewujudkan prinsip-prinsip undang-undang yang baru.
Keputusan kehakiman boleh diberi dua makna:1.

Keputusan-keputusan mahkamah yang timbul daripada pentafsiran


perundangan atau statut-statut yang dibuat oleh badan perundangan.

2.

Keputusan mahkamah yang merupakan duluan atau tauladan


kehakiman (judicial precedent) iaitu keputusan-keputusan mahkamah
terdahulu yang dipetik sebagai nas oleh mahkamah kemudin, semasa
memutuskan sesuatu kes yang mana fakta-faktanya adalah serupa.

Doktrin Stare Decisis (Doktrin Duluan Mengikat)


Di bawah doktrin stare decisis atau doktrin duluan mengikat ini:
Mahkamah HENDAKLAH mengikuti keputusan-keputusan terdahulu
mahkamah yang lebih tinggi DAN keputusan-keputusannya
sendiri yang terdahulu (bagi seseparuh kes) DAN Mahkamah-mahkamah
yang setaraf(pada masa kini dan lalu, jika ada, asalkan mahkamahmahkamah ini terletak dalam hiraki/susunan yang sama.
Nota: Dalam pemakaian doktrin stare decisis atau duluan mengikat ini,
hanya ratio decidendi kes yang mengikat kes kemudian dan
bukannya obiter dictum atau kenyataan sampingan hakim. Ratio
Decidendi adalah prinsip-prinsip undang-undang yang menjadi dasar/asas
kepada keputusan kes tersebut.
Pemakaian Doktrin Stare Decisis di Malaysia
Pemakaian doktrin ini di Malaysia adalah berdasarkan pemakaianya di UK.
Akan tetapi ia agak lebih rumit di Malaysia disebabkan terdapat beberapa
rombakan yang berlaku pada hiraki mahkamah di Malaysia.
Secara amnya doktrin stare decisis beroperasi dengan dua cara:1.

Secara MENEGAK mahkamah-mahkamah hendaklah mengikuti


keputusan-keputusan mahkamah yang lebih tinggi.
2.
Secara MENDATAR seseparuh mahkamah hendaklah mengikuti
keputusan-keputusannya sendiri yang terdahulu dan mahkamah yang
setaraf (dulu atau masakini).
Seperti yang dinyatakan di atas pemakaian doktrin ini di Malaysia adalah
sedikit rumit kerana di masa lalu telah berlaku beberapa rombakan pada
hiraki atau susunan mahkamah di negara ini. Contohnya:
1.

Di antara tahun 1985 hingga 1995 Mahkamah Agung adalah


merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia, namun selepas tahun
1995, ia tidak lagi berada dalam hiraki mahkamah.
2.
Sebelum tahun 1985, keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan
boleh dirayu ke Privy Coucil dan YDP Agung. Namun selepas 1995,
Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dan tiada rayuan
boleh di buat selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.
3.
Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) hanya wujud selepas tahun
1995.
Untuk bacaan lanjut pemakaian doktrin ini di Malaysia, anda boleh merujuk
kepada:

The Malaysian Legal System Wu Min Aun


A First Look At Malaysian Legal System Wan Arfah Hamzah

Di UK, pemakaian doktrin ini adalah lebih mudah kerana hiraki mahkamah
adalah sama (tidak berubah). Mahkamah Tinggi (High Court) misalnya, sejak
dulu lagi adalah terikat kepada keputusan Mahkamah Rayuan (Court of
Appeal) dan House Of Lords. Mahkamah Rayuan pula terikat dengan
keputusan House Of Lords, manakala House of Lords adalah terikat kepada
seseparuh keputusannya sendiri.
Undang-Undang Adat Dan Undang-Undang Islam
Adat penduduk tempatan juga adalah sumber undang-undang di Malaysia.
Biasanya ia berkaitan dengan hal persendirian dan keluarga dan diberikan
status undang-undang menerusi penerimaan dalam mahkamah di Malaysia.
Terdapat juga hal-hal berkaitan tanah, umpamanya native cutomary land di
Sabah dan Sarawak. Rujuk A First Look At Malaysian Legal System
Wan Arfah Hamzah untuk maklumat yang lebih mendalam mengenai
undang-undang adat di Malaysia.
Undang-undang Islam terpakai kepada mereka yang beragama Islam sahaja.
Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk
melaksanakan undang-undang Islam di negeri-negeri, namun terhad kepada
hal-hal persendirian dan keluarga sahaja. Terdapat enakmen-enakmen
negeri-negeri yang dibuat bagi mengawal selia undang-undang Islam. Keskes berkaitan undang-undang Islam adalah di dengar di Mahkamah Syariah.
Rujukan:

A First Look At Malaysian Legal System Wan Arfah Hamzah

The Malaysian Legal System Wu Min Aun

Commercial Law- Lee Mei Pheng & Ivan Jeron Detta

The Malaysian Legal System Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned

Pengggubalan Sesuatu Undang-undang Di


Malaysia
SISTEM PENTADBIRAN NEGARA
PROSES PENGGUBALAN SESUATU UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
DARIPADA AWAL
DILULUSKAN OLEH PARLIMEN.

1.0 PENGENALAN
1.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG
Ahli-ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis
mendefinasikan undang-undang adalah suatu peraturan-peraturan yang
membolehkan dan menegah sesuatu kelakuan atau tindakan. Undangundang diadakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi masyarakat supaya
mereka hidup secara aman. Pihak berkuasa berhak mengeluarkan arahanarahan dan membuat undang-undang baru untuk kebaikan awam. Undang-

undang mestilah untuk kebaikan awam iaitu mewujudkan ketenteraman


awam, kesihatan awam, kelakuan moral dan keadilan semulajadi.
Austin, Kelsen, Bentham dan Hart pula mendefinasikan bahawa udangundang adalah peraturan-peraturan yang diadakan oleh pihak pemerintah
dan jika pelanggaran undang-undang berlaku, maka pihak pemerintah boleh
mengenakan hukuman.
Ciri-ciri utama undang-undang ialah kuasa pemerintah untuk membuat
undang-undang, ketaatan masyarakat terhadap undang-undang dan
kesahihan undang-undang itu.
Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan
oleh sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai
kekesanan undang-undang. Undang-undang adalah peraturan-peraturan
mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat dan tertakluk
kepada hukuman atau tindakan undang-undang.
1.2 FUNGSI UNDANG-UNDANG
Undang-undang diadakan untuk mengawal dan mengatur kehidupan
masyarakat serta membendung kezaliman. Contohnya seperti undangundang jenayah mengenalpasti kelakuan yang tidak diredai oleh masyarakat
seperti mencuri, mencederakan orang, merompak atau membunuh.
Perbuatan-perbuatan seperti di atas akan dihukum mengikut undang-undang
jenayah seperti hukuman denda, penjara, sebat atau hukum mati.
Undang-undang juga diwujudkan untuk menjaga hak-hak dan kewajipan.
Contohnya seperti hak isteri menerima nafkah dari suaminya atau seorang
anak mendapat nafkah daripada ibubapanya. Sekiranya perkara ini gagal
dilakukan, si suami atau bapa akan diperintahkan oleh mahkamah untuk
melaksanakan kewajipannya.
Undang-undang berfungsi mewujudkan satu sistem kehidupan dalam
sesuatu masyarakat. Contohnya di negara-negara Islam, undang-undang
syariah digunakan di mana adalah berbeza dari undang-undang sivil.
Undang-undang juga bertujuan mengujudkan keadilan. Di bawah undangundang perlembagaan konsep hak-hak asasi dan kesamarataan diamalkan.
Contohnya di Malaysia semua warganegara berhak mengamal agama
masing-masing. Undang-undang jenayah yang sama akan digunakan atas
semua rakyat tidak kira agama, kaum atau keturunan.
1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG
Undang-undang diklasifikasikan seperti :
1.3.1 Undang-undang Awam atau Persendirian
Undang-undang awam adalah undang-undang mengenai hubungan antara
kerajaan dan individu. Undang-undang awam meliput undang-undang
jenayah, undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan.

Undang-undang jenayah adalah menyenaraikan kelakuan-kelakuan yang


disifatkan sebagai kesalahan oleh sesebuah negara dan seseorang yang
disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah akan dihukum mengikut undangundang negara tersebut.
Undang-undang persedirian adalah undang-undang mengenai hubungan hak
dan kewajipan antara individu seperti undang-undang kontrak, tort, undangundang perbankan, undang-undang keluarga, undang-undang wasiat dan
sebagainya.
1.3.2 Undang-undang Negara atau Antarabangsa
Undang-undang jenis ini diwujudkan untuk kedamaian dalam negara seperti
undang-undang pentadbiran, tanah atau imigresen.
Negara kita Malaysia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
mewujudkan satu persefahaman di antara anggota-anggotanya melalui
perjanjian-perjanjian. Antara undang-undang antarabangsa yang telah
dipersetujui adalah mengenai penggunaan laluan antarabangsa,
penggunaan satelit di angkasa lepas dan hak asasi manusia. Mahkamah
keadilan antarabangsa ditubuhkan di Eropah untuk mendengar kes-kes
mengenai hak-hak asasi manusia.
1.3.3 Undang-undang Sivi dan Jenayah
Undang-undag sivil adalah mengenai hubungan dan urusan antara individu.
Udang-undang sivil merangkumi undang-undang kontrak, tort, tanah,
keluarga, syarikat dan sebagainya.
Undang-undang jenayah adalah hubungan antara kerajaan dengan individ.
Tujuannya adalah menghukum pesalah-pesalah yang melakukan perbuatan
yang tidak diredai oleh masyarakat. Contohnya Akta Dadah Merbahaya, Akta
Keselamatan Dalam Negari, Akta Senjata Api dan sebagainya.
1.3.4 Undang-undang Ciptaan manusia atau Tuhan.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang digubal oleh Perlimen
atau badan yang diberi kuasa oleh undang-undang dan ini adalah undangundang yang dicipta oleh manusia. Undang-undang ini sering dipinda dari
masa ke semasa untuk disesuaikan dengan kehendak masyarakat dan
negara. Undang-undang Islam adalah undang Tuhan. Undang-undang ini
tidak boleh dipinda tetapi pelbagai tafsiran telah dibuat oleh para ulama dan
diterima oleh penganut-penganut agama Islam.
Undang-undang Islam meliputi perkara seperti undang-undang jenayah,
keluarga, pentadbiran, tanah dan juga antarabangsa.
1.3.5 Undang-undang Substantif atau Prosedur
Undang-undang substantif adalah undang-undang yang menjelaskan hak
dan kewajipan individu di dalam sesuatu perkara.
Undang-undang prosidur adalah mengenai acara bagaimana melakukan
sesuatu. Contohnya kontrak atau perjanjian antara dua pihak yang memberi
persetujuan mengenai sesuatu secara bertulis. Kegagalan menyempurnakan

perkara-perkara yang dipersetujui boleh menyebabkan kontrak itu tidak sah


disisi undang-undang.

Sumber Undang-undang Malaysia


Sumber Undang-undang Tidak Bertulis Bertulis
1.
2.
3.
4.

Undang-undang Islam
Undang-undang Inggeris.
Undang-undang Adat
Keputusan Mahkamah
1.1 Undang-undang islam

Al-quran
Hadis
Qias
Ijma' Ulamak
2.1 Undang-undang Inggeris

Seksyen 3 - Akta Undang-Sivil 1956


Seksyen 5 Akta Undang-Sivil 1956
3.1 Undang-undang Adat

Adat Temenggung
Adat Perpatih
Adat Hindu & Cina
Adat Bumiputera
4.1 Keputusan Mahkamah
Sumber Undang-undang Bertulis Bertulis

1.
2.

Undang-undang Perundangan dan Perundangan Kecil


Perlembagaan
2.0 PROSES PENGGUBALAN
Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia adalah mengikut
cara-cara dan peraturan tertentu seperti yang ditetapkan dalam Bab 5 Acara
Perundangan Perlembagaan Persekutuan.
Permulaan Penggubalan Undang-undang adalah dengan perangkaan dasardasar yang berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang yang hendak
dibentangkan di Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam
membuat rangka dasar rang undang-undang, Menteri atau pihak
Kementerian berkenaan perlu berunding dengan Jabatan Peguam Negara,
Perbendaharaan atau Kementerian-Kementerian lain yang ada kaitan dengan
rang undang-undang berkenaan.
Setelah dipersetujui oleh semua pihak yang terbabit tadi, satu draf rang
undang-undang perlu disediakan. Draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam
Negara dan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan

badan tersebut. Setelah diluluskan oleh Jemaah Menteri, notis


pemberitahuan akan dihantar oleh Menteri berkenaan kepada kedua-dua
Setiausaha Majlis Parlimen. Rang undang-undang tersebut akan dicetak oleh
Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan
Rakyat dan Dewan Negara.
Akhir sekali, rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada Dewan
Rakyat dan Dewan Negara bagi mendapat kelulusan kedua-dua Majlis
Parlimen tersebut. Di dalam tiap-tiap dewan yang disebutkan tadi rang
undang-undang tersebut akan dibaca untuk kali pertama, kedua dan ketiga
sebelum diluluskan.
2.1 Pertingkat Bacaan Dewan Rakyat
Peringkat bacaan Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
peringkat bacaan pertama, peringkat bacaan kedua dan peringkat bacaan
ketiga. Di dalam peringkat bacaan pertama, Menteri yang terlibat dalam
pembikinan draf akan mengemukakan rang undang-undang kepada semua
ahli Dewan. Menteri berkenaan akan memberitahu Dewan mengenai masa
untuk bacaan kedua dan ketiga sebelum diluluskan.
Pada bacaan kali kedua rang undang-undang yang telah dibentangkan
dahulu akan dibahaskan secara mendalam oleh ahli Dewan. Ahli-ahli Dewan
akan menimbangkan semula semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan
pengaruhnya terhadap negara dan rakyat. Menteri yang terlibat dalam
mengemukakan draf undang-undang berkenaan akan bertanggungjawab
dalam memberi jawapan dan kemusykilan oleh ahli-ahli Dewan. Rang
undang-undang tersebutnya kemudiannya akan dibincangkan di peringkat
jawatankuasa.
Apabila rang undang-undang selesai dibahaskan dan mendapat persetujuan
Dewan Rakyat pada kali kedua, ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa.
Diperingkat ini, penelitian terperinci ke atas setiap fasal mengikut
susunannya akan dilakukan. Pihak Jawatankuasa ini juga berupaya dan
mempunyai hak untuk membuat pindaan ke atas rang undang-undang
tersebut jika perlu.
Peringkat terakhir, iaitu bacaan kali ketiga akan dijalankan ke atas rang
undang-undang yang telah diluluskan oleh pihak Jawatankuasa. Dalam
peringkat ini, rang undang-undang tersebut akan dikemukan semula oleh
Menteri berkenaan kepada Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan Dewan
Rakyat. Setelah diluluskan, rang undang-undang tersebut akan di bawa ke
Dewan Negara untuk dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan.
2.1 Peringkat Bacaan Dewan Negara
Pada peringkat bacaan Dewan Negara, rang undang-undang yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat akan mengalami proses pembacaan kali
pertama, kedua dan ketiga sepertimana yang berlaku di Dewan Rakyat
sebelum diluluskan oleh pihak ahli Dewan Negara.
Pada peringkat bacaan kali pertama di Dewan Negara, rang undang-undang

tersebut akan dibentangkan oleh Menteri yang berkenaan kepada semua ahli
Dewan. Penbacaan ini dilakukan untuk diperdengarkan kepada ahli Dewan
Negara yang akan kembali bersidang pada pembacaan yang kedua dan
ketiga yang akan ditetapkan tarikhnya oleh pihak Dewan.
Pembacaan kali kedua akan membahaskan rang undang-undang tersebut
secara mendalam oleh pihak Dewan Negara. Setelah diteliti segala aspek
kebaikan dan keburukan serta kesan dan pengaruhnya ke atas negara dan
rakyat, barulah rang undang-undang tersebut di bawa ke peringkat
Jawatankuasa untuk diteliti secara terperinci. Pada peringkat ini penggubalan
rang undang-undang akan mengambil masa yang panjang, ini bergantung
kepada persetujuan ahli Dewan ke atas rang undang-undang yang
dibahaskan. Soalan dan kemusykilan oleh ahli Dewan Negara perlu diberi
jawapan dan penjelasan oleh pihak yang merangka dasar-dasar rang
undang-undang tersebut.
Pada peringkat Jawatankuasa penelitian yang terperinci dibuat ke atas setiap
fasal rang undang-undang tersebut. Jawatankuasa juga berhak membuat
pindaan ke atas rang undang-undang tersebut jika difikirkan perlu. Pihak
Jawatankuasa juga perlu mendapat persetujuan semua ahli Jawatankuasa
sebelum meminda rang undang-undang tersebut.
Pada peringkat bacaan kali ketiga, rang undang-undang tersebut akan
dikemukan semula kepada ahli Dewan Negara untuk mendapatkan
kelulusan. Pada peringkat ini rang undang-undang tersebut telah melalui
proses penggubalan yang terperinci di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Apabila rang undang-undang tersebut mendapat kelulusan daripada Dewan
Negara, rang undang-undang tersebut perlulah dipersembahkan kepada ke
bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
untuk mendapat persetujuan Baginda dan diperkenankan untuk dijadikan
undang-undang.
Daripada proses yang dihuraikan di atas nyata bahawa sesuatu proses
penggubalan undang-undang itu dilakukan secara terperinci, adil dan
saksama. Perbahasan dan perbincangan serta kesimpulan yang dilakukan
menjamin rang undang-undang yang digubal memenuhi tuntutan hak semua
warganegara di negara ini.
Sebagai rujukan Semua....

Definisi dan klasifikasi Perlembagaan


Definisi Perlembagaan
Mengikut Robertson (1993 ), perlembagaan mengandungi satu set hak,kuasa
dan prosedur yang mengawal hubungan antara autiriti awam dengan rakyat
dalam sesebuah negara.
Sebagai pengertian yang mudah,perlembagaan ialah undang-undang umum
yang tertinggi negara yang menjadi asas dalam pembentukan undangundang seterusnya, samada bagi keperluan pentadbiran kerajaan dan
institusi-institusinya ataupun seterusnya kepada organisasi-organisasi bukan
kerajaan.
Klasifikasi Perlembagaan
Perlembagaan boleh dibahagi kepada dua iaitu:
a. Perlembagaan bertulis
b. Perlembagaan tidak bertulis
Perlembagaan bertulis meliputi semua prinsip mengenainya yang termaktub
dalam satu dokumen-dokumen bersiri yang merujuk kepada perlembagaan.
Perlembagan ini juga dinamakan ' conventional' (amalan pelembagaan) atau
'enacted'. Perlembagaan Malaysia ialah perlembagaan bertulis. Di Malaysia,
sumber undang-undang bertulis ialah yang terdapat dalam Perlembagaan
Persekutuan,Perlembagaan Negeri,undang-undang yang digubal oleh
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan perundangan kecil yang
diperbuat oleh badan-badan yang diberi kuasa oleh Akta Parlimen dan
Enakmen/Ordinan Dewan Undangan Negeri.
Perlembagaan tidak bertulis pula terdiri daripada prinsip-prinsip
perlembagaan yang tidak dicatitkan atau tidak termaktub di dalam satu
dokumen secara khusus. Sebaliknya terdapat dalam beberapa keputusankeputusan mahkamah atau konvensyen perlembagaan. Contoh di Malaysia,
undang-undang tidak bertulis terdapat dalam adat tempatan,kes-kes yang
dibicarakan di mahkamah dan sebagainya.
- sumber buku Kenegaraan Malaysia JPSMFPPSM UTM Skudai 2001

PERBEZAAN UNDANG-UNDANG DENGAN ADAT


Pengenalan
Secara amnya, terdapat banyak perbezaan antara undang-undang dengan
adat melayu. Perbezaan ini dilihat dari segi pengertian undang-undang itu
sendiri dalam ertikata yang lebih luas, undang bermakna kaedah yang diikuti
atau patut diikuti dengan tindakan. Semua pergerakan, perjalanan, tindaktanduk sesorang berlandaskan peraturan undang-undang. Ini kerana
manusia itu sendiri tidak lari dengan undang-undang yang dicipta ke atasnya
agar manusia dapat mengatur langkah dengan aman dan hidup tersusun di
bumi ini. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturanperaturan ini dilanggar merupakan satu sistem peraturan atau norma yang
cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat, orang yang melanggar peraturan
tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini
biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh
hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undangundang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.
Manakala, adat melayu kebiasaan berteraskan kepada undang-undang adat.
Kebanyakan kelompok etnik di Malaysia mempunyai undang-undang adat
sendiri untuk diikuti. Ada yang masih berkuatkuasa, sementara ada yang
kehilangan kuasa setelah diatasi perundangan Parlimen. Kaum Melayu di
Semenanjung patuh kepada Adat yang berurusan terutamanya dengan
tempoh pegangan tanah dan pewarisan.
Dua bentuk utama adat ini ialah Adat Perpatih dan Adat Temenggong. Adat
Perpatih adalah bersifat nasab ibu sementara Adat Temenggong pula nasab
bapa.
Di Malaysia Timur terdapat juga undang-undang adat yang masih
berkuatkuasa. Undang-undang ini digunakan terutamanya di kawasan luar
bandar, dan dikuatkuasa oleh Mahkamah Asli. Mahkamah Asli ditabdbirkan
oleh Enakmen Mahkamah Asli, dan keputusan mahkamah ini boleh dirayu di
mahkamah-mahkamah utama Malaysia.
1. Definisi undang-undang

Terdapat berbagai definisi undang-undang yang telah diberikan oleh ahli-ahli


falsafah terkenal antaranya adalah seperti di bawah:
Austin: ` Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk
orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukum`.
Salmond:` Satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui
dan digunakan oleh sesebuah Negara dalam pentadbiran keadilannya. Atau
dengan kata yang lain undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan
dikuatkuasakan oleh Mahkamah.
Hobbes:` Undang-undang adalah yang kaedah perlakuan( rule of conduct)
yang obligatori ( obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat
mendesak atau memaksa.`
Kamus Black:` Undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah,
dinyatakan. Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau
perbuatannya saling berganding antara satu sama lain yang perlu dipatuhi
atau diikuti oleh rakyat tertakluk kepada hukuman atau kesan-kesannya.
Sebenarnya, mendefinisikan undang-undang adalah seperti cerita mengenai
beberapa orang buta yang cuba menggambarkan seekor gajah yang belum
dilihat atau didengar. Oleh yang demikian beberapa tafsiran yang boleh
didapati dari setiap yang mempunyai pendirian dan kefahaman yang
berlainan.
Maka, berdasarkan yang tersebut, undang-undang bukan sesuatu yang
mudah hendak ditakrifkan. Apa yang pasti ialah kita bertembung dengan
undang-undang setiap hari dalam kehidupan kita. Jikalau kita meletakkan
kereta di garisan kuning, atau lita tidak memakai tali keledar, maka kita akan
disaman. Jika kita bersetuju membeli suatu barang dan kemudiannya enggan
membuat bayaran, kita akan dipertanggungjawabkan oleh undang-undang
untuk membayar ganti rugi kepada pihak yang mengalami kerugian akibat
keengganan kita itu. Di sini dilihat, undang-undang bukanlah hanya suatu
senarai peraturan yang perlu dipatuhi tetapi ia juga dilihat sebagai alat
pengawalan terhadap sesuatu perkara dan boleh dimanipulasikan untuk
kepentingan kumpulan tertent
3. Fungsi Undang-undang
Undang-undang adalah satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan
untuk mengawal tindakan ahli-ahli masyarakat. Kawalan ini digunakan
secara kemas dan dilaksanakan secara jelas. Contohnya, bagi undangundang jenayah bertindak sebagai mengawal tindakan-tindakan anti-sosial di
mana jika berlakunya sesuatu perkara yang bertentangan dengan undangundang, dan orang yang bersalah itu kena dihukum. Ada juga undangundang yang lebih lembut di mana ia tidak menghukum seperti undangundang jenayah. Misalnya, jika A secara cuai ketika menjalankan tugasnya
terpotong jari kanak-kanak, maka undang-undang akan
mempertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada kanak-kanak
yang dicederakan itu. Di sini undang-undang tidak dihukum secara terus
tetapi masih melibatkan kos atau bayaran di mana ia memaksa seseorang
itu supaya bertanggungjawab ke atas perbuatannya. Dengan undangundang seperti individu akan lebih berhati-hati dalam tindak-tanduknya

dengan masyarakat supaya tidak mendatangkan kemudharatan kepada


orang lain.
Undang-undang juga menyediakan struktur peraturan yang membolehkan
orang menjalankan perniagaan. Misalnya, undang-undang syarikat
memastikan orang yang hendak berniaga mengasingkan dirinya dari
perniagannya itu kerana jika perniagaan itu tidak menghasilkan keuntungan
atau bankrap, syarikat itu sahaja yang bertanggungjawab menjelaskan
hutang dan bukan individu-individu dalam syarikat itu.
Undang-undang juga dilihat sebagai suatu alat mengawal atau pengatur
masayrakat. Ini dapat dilihat dalam undang-undang perlembagaan yang
mana ia mengatur dan menentukan fungsi institusi-institusi atau organisasi
kerajaan dalam sesebuah Negara. Ia mempengaruhi perbuatan atau
tindakan masyarakat dengan memperuntukan peraturan pembayaran cukai
dan dengan cukai ini dapat pula memperuntukkan bantuan kepada
masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-undang kebajikan
sosial.
4. Klasifikasi Undang-undang
Jika dilihat dari segi klasifikasi undang-undang di Malaysia ini terbahagi
kepada dua iaitu Sekular dan Syariah[4]. Syariah adalah undang-undang
yang dicipta oleh Allah, tidak berubah, lengkap untuk panduan sejagat.
Manakala, Undang-Undang Sekular adalah undang-undang ciptaan manusia
dan ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan tertentu.
4.1 Undang-Undang Sekular
Di bawah Undang-Undang Sekular pula terbahagi kepada empat iaitu
Undang-Undang Awam, Undang-undang Antarabangsa, dan Undang-undang
Persendirian[5]. Di dalam undang-undang awam kita dapat lihat antara
fungsinya ialah mengawal hubungan antara individu dan negara. Selain itu,
di dalam undang-undang ini juga melibatkan undang-undang jenayah di
mana berdasarkan kesalahan jenayah seseorang terhadap negara. Di dalam
Undang-Undang Awam juga melibatkan Perlembagaan, Pentadbiran dan
Industri. Di mana jika dilihat melalui Perlembagaan yang menggariskan hak
individu dalam negara dan tentang persoalan keagungan Parlimen dan hak
rakyat. Dari segi Undang-Undang Pentadbiran ialah melaksanakan hal-hal
pentadbiran negara dan pelaksanaan kuasa eksekutif dalam negara.
Akhir sekali, Undang-Undang Industri yang mana ia melibatkan undangundang antara hubungan majikan dan pekerja dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan industri. Jika dilihat di bawah Undang-Undang
Antarabangsa ia mengandungi prinsip dan peraturan perlakuan yang
membuatkan negara-negara di dunia terikat untuk mematuhinya. Selain itu
ia juga melibatkan hubungan sesama negara dan yang mengandungi private
international laws, conflict of laws dan public international laws.
Jika dilihat di dalam Undang-Undang Persendirian atau Undang-Undang Sivil
ialah memperihalkan hak dan tanggungjawab individu terhadap individu lain.
Jadi undang-undang ini termasuklah dengan gantirugi, pengambilan semula

harta, kuatkuasa tanggungjawab kontrak dan amanah yang terkandung di


dalam Undang-Undang Kontark, Undang-Undang Tort dan Amanah.
4.2 Undang-Undang Syariah
4.2.1 Mahkamah Syariah
Memandang keseluruhan sistem perundangan Malaysia, undang-undang
Syariah agak sedikit peranannya dalam menentukan undang-undang negara.
Pertama sekali, undang-undang syariah hanya berkaitan dengan umat Islam.
Berhubung dengan undang-undang sivil, mahkamah Syariah memegang
bidang kuasa dalam hal-hal undang-undang peribadi, seperti pernikahan,
pewarisan, dan murtad. Di sesetengah negeri, terdapat juga undang-undang
jenayah syariah sendiri, contohnya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Kelantan 1993. Bagaimanapun, bidang kuasanya terhad kepada
mengenakan denda tidak lebih RM 3000, dan penjara tidak melebihi 6 bulan.
Pada bulan Ogos 2007, Ketua Hakim Malaysia ketika itu mengusul agar
hukum adat di Malaysia diganti undang-undang syariah.
Kerumitan dari segi Perlembagaan:
Di dalam Perlembagaan timbulnya kerumitan berhubung dengan sistem
kehakiman berganda ini. Contohnya, dalam konteks kebebasan beragama.
Perkara 11 Perlembagaan menentukan bahawa "setiap orang berhak
menganut dan mengamalkan agamanya". Namun, dalam kes Lina Joy,
seorang Melayu yang memeluk agama Kristian, Mahkamah Persekutuan
Malaysia enggan membenarkan beliau bertukar agama seperti yang
ditetapkan dalam kad identiti (MyKad). Para hakim juga menetapkan bahawa
mereka tiada bidang kuasa dalam hal ini, sebaliknya adalah hal Mahkamah
Syariah seperti yang ditetapkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan.
Dilihat juga, pada status kebebasan beragama yang berlaku di Malaysia pada
Undang-Undang Persekutuan dan Negeri. Undang-Undang Persekutuan
digubal oleh penggubal (ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negara) yang
bersidang di Parlimen Malaysia dan berkaitan dengan seluruh negara.
Undang-Undang Negeri digubal oleh ahli dewan yang bersidang di Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan hanya berkaitan dengan negeri berkenaan.
Perkara 75 Perlembagaan menyatakan bahawa Undang-Undang Persekutuan
mengatasi mana-mana Undang-Undang Negeri yang bercanggahan,
termasuk undang-undang syariah.

PARLIMEN DAN MAJLIS SYURA SATU


PERBANDINGAN
1. PENGENALAN
Negara boleh diumpamakan sebagai sebuah keluarga. Apa yang berlainan
ialah bahawa keluarga terdiri daripada ahli-ahli yang kecil sementara
negara mempunyai ahli atau rakyat yang ramai yang mempunyai hak
dan keperluan masing-masing. Jika kita lihat alam semesta ini, ada siang
adanya malam. Malam akan mendatang apabila matahari mula
terbenam, siang muncul semula apabila matahari terbit keesokan

harinya. Giliran siang dan malam memang ditetapkan oleh penciptanya


iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Ini menunjukkan bahawa segala-galanya
dalam dunia ada had-had yang ditentukan, samada ditentukan oleh
keadaan atau terikat kepada sesuatu undang-undang, mahupun
ditetapkan oleh yang lebih berkuasa.
Samalah juga dalam halnya manusia. Kebebasan seseorang ada had-had
tertentu. Mereka tidak boleh melakukan sesuatu perkara dengan sesuka
hati tanpa berlandaskan undang-undang yang betul. Tetapi acapkali
maksud undang-undang itu disalah ertikan. Sesetengah pihak atau orang
memang sengaja menyalahertikan maksud sebenar undang-undang
dengan mengatakan bahawa `kita boleh melakukan apa sahaja yang kita
suka` tanpa terikat dengan mana-mana undang-undang di negara ini.
Di Malaysia sendiri, sudah menjadi kelaziman bahawa sesuatu negara
mempunyai corak kerajaan dan pentadbiran yang tertentu dalam
mengendalikan usaha-usaha yang berkaitan dengan memberi
kemudahan dan perkhidmatan bagi rakyat jelata, serta mengawal
ketenteraman negara mengikut undang-undang. Dalam kerajaan
bercorak Persekutuan ada perkara-perkara yang di bawah kawalan
Persekutuan dan ada pula perkara-perkara yang di bawah kawalan
Kerajaan-kerajaan Negeri. Di peringkat Persekutuan sebenarnya Parlimen
yang mengandungi Dewan Undangan Persekutuan ( Federal Legislative
Assembly) atau dikenal juga dengan nama Dewan Rakyat dan di
peringkat Kerajaan Negeri ada pula Dewan Undangan Negeri (State
Legislative Assembly). Ini bermakna sesebuah Dewan Undangan itu sama
ada di peringkat Persekutuan atau Negeri mempunyai kuasa mewujudkan
undang-undang yang di bawah senarai masing-masing seperti tertera
dalam Perlembagaan.(Kerajaan Dan Pentadbiran Malaysia, Abdullah
Sanusi Ahmad,1980: 23)
Begitu juga di dalam Majlis Syura. Di mana majlis ini hanya membincangkan
tentang perihal agama semata-mata tanpa membuat undang-undang
sendiri melainkan melandaskan hukum syarak yang telah tersedia ada di
dalam Islam. Di dalam majlis ini, ia bersifat penghuraian lanjut yang
bukan sahaja berlandaskan nilai-nilai syariah sebagaimana yang terdapat
dalam wahyu tetapi juga secara bersama berasaskan kepada mentaliti,
nilai intelektual semasa dan institusi setempat yang merupakan asasasas pendekatan yang menjadikan nilai-nilai syariah itu lebih praktikal.
Secara mudahnya mempersoalkan tentang peranan pemerintah dalam
melaksanakan nilai-nilai syariat yang telah diijtihadkan itu dalam bentuk
pandangan atau suara sesebuah majlis itu.
2. PENGERTIAN
2.1 PARLIMEN
Parlimen merupakan institusi paling tinggi dalam membuat undang-undang.
Parlimen mengandungi Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan
Negara atau Dewan Senat dan Dewan Rakyat. Semua undang-undang
Kerajaan Persekutuan mestilah diluluskan oleh Parlimen. Sungguhpun
Jemaah Menteri mempunyai kuasa-kuasa memerintah Negara, tetapi
mereka mestilah bertanggung jawab kepada parlimen. Mereka mestilah

tunduk kepada keputusan-keputusan Parlimen. Dengan ini, mereka tidak


boleh melaksanakan tugas mereka yang diberikan oleh Parlimen dengan
sesuka hati.
2.2 MAJLIS SYURA
Syura adalah suatu konsep yang digunakan dalam menentukan keputusan di
dalam pemerintahan sesebuah Negara Islam. Ianya meliputi segenap
aspek pemerintahan bermula dengan menentukan dasar sehingga
pelaksanaanya. Konsep adalah sebagai penjamin kepada kejayaan dan
kesetabilan politik Islam. Ianya juga penting bagi mengelakkan kecacatan
dalam pelaksanaannya dari masa ke semasa. Melalui syura setiap
permasaalahan yang timbul dapat diselesaikan, segala tugas dan
tanggungjawab dipikul bersama dan dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim di antara pemimpin dan rakyat
Kata syura adalah kata bahasa Arab yang membawa erti sebagai mesyuarat
dari segi bahasa. Dari segi istilah ianya membawa maksud
pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam
dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan
mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan (Mustafa Haji
Daud, Tamadun Islam 1991:388).
Menurut Ibn Manzur pula, syura adalah penyaringan madu iaitu menyaring
madu dari sarangnya. Syura diasaskan bertujuan untuk mewujudkan
perbincangan dan perundingan antara cerdik pandai ahli agama untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Syura juga dianggap sebagai penetap
hukum yang merupakan lambang asasi al-syariah dan pemimpin yang
tidak melaksanakan syura wajib disingkir tanpa perselisihan pendapat
para ulama (Lisan al-Arab, 1968, 4:434).
3. KEANGGOTAAN DAN KOMPOSISI
3.1 KEANGGOTAAN PARLIMEN
Di dalam Parlimen keanggotaan dipilih oleh parti atau pemerintah. Bagi
orang bukan Islam mereka turut boleh menyertai keanggotaan dan
diterima tanpa syarat dan batasan. Bagi golongan wanita mereka juga
berhak menerajui sebagai pemimpin dalam keanggotaan.
3.1.1 DEWAN NEGARA
Dewan Negara mempunyai ahli seramai 69 orang (tertakluk kepada pindaan
perlembagaan). Setiap negeri di Malaysia, iaitu 13 buah semuanya,
diwakili oleh dua orang ahli dan ini menjadikan jumlahnya 26 orang. 43
orang lagi (tertakluk kepada pindaan perlembagaan) adalah ahli-ahli
yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahli yang dilantik oleh YDP
adalah mereka yang telah banyak membuat jasa kepada Negara. Ini
termasuk mereka yang telah banyak membuat jasa cemerlang dalam
perkhidmatan awam atau yang telah mencapai kepujian yang tinggi
dalam lapangan ikhtisas, perdagangan, perusahaan dan pertanian. Turut
dipertimbangkan kepada mereka yang bergiat dengan jayanya dalam

lapangan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat, atau yang


mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya di Negara ini. Ini
menunjukkan ahli-ahli Dewan Negara adalah mewakili kumpulankumpulan dalam pelbagai lapangan kehidupan. Ternyatalah sekarang
semua warganegara Malaysia diwakili dalam Dewan Negara dalam
menjaga dan memperjuangkan hak-hak mereka.(Aku Dan Negaraku,
Mokhtar A. Kadir, 1986: 34)
3.1.2 WAKIL NEGERI
Wakil-wakil negeri pula terdiri daripada yang difikirkan oleh kerajaan negeri
yang boleh mewakilkan kepentingan negeri-negeri itu dalam Dewan
Negara. Yang di-Pertuan Agong akan memberitahu sultan-sultan atau
Yang Di-pertua Negeri supaya negeri-negeri berkenaan melantik wakil
masing-masing ke dalam Dewan Negara apabila berlaku kekosongan
wakil dari negeri-negeri berkenaan. Di sini, seorang yang dilantik menjadi
ahli Dewan Negara akan memegang jawatan tersebut selama tempoh
tiga tahun. Walaupun demikian mereka boleh meletakkan jawatan atau
diberhentikan pada bila-bila masa. Ahli Dewan Negara mestilah sekurangkurangnya berumur 30 tahun.
3.1.2 YANG DIPERTUAN DEWAN NEGARA
Dewan Negara mempunyai seorang Yang Dipertuan atau Pengerusi
dan seorang Timbalan Yang Dipertuan. Yang Dipertua akan
menjadikan pengerusi mesyuarat apabila Dewan mengadakan
sidangnya; Timbalan Yang dipertua akan menjadi pengerusi
mesyuarat semasa ketiadaan Yang Dipertua. Kedua-duanya
mestilah menjadi ahli Dewan tersebut. Sebelum Dewan Negara
memulakan mesyuaratnya, iaitu pada setiap kali selepas
Parlimen dibubarkan, para senator yang semuanya baru dilantik
akan memilih Yang Dipertuan Dewan. Mereka juga akan memilih
Timbalan Yang Dipertua sebelum Dewan memulakan
mesyuaratnya. Dewan tidak boleh menjalankan urusannya selagi
tidak mempunyai Yang Dipertua. Perlembagaan Perseketuan
membenarkan seorang ahli Dewan Undangan Negeri dilantik
atau dipilih menjadi Yang Dipertua Dewab Negara. Tetapi ia
hendaklah terlebih dahulu meletakkan jawatannya daripada
menjadi ahli Dewan Undangan Negeri sebelum menjalankan
tugasnya sebagai Yang Dipetua Dewan Negara. Dewan ini juga
mempunyai seorang setiausaha.( Sistem Undang-Undang Di
Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, 2002: 46)
3.1.3 DEWAN RAKYAT
Dewan rakyat mengandungi ahli-ahli terdiri daripada 177 orang. Mereka
adalah yang dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihanraya
dalam kawasan pilihanraya Parlimen di setiap negeri. Dalam pilihanraya
seperti ini, parti-parti politik akan meletakkan calon-calon untuk
bertanding dalam kawasan-kawasan pilihanraya Parlimen yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Di mana ahli-ahli Suruhanjaya

Pilihanraya ini pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya


yang dilantik hendaklah bebas daripada sebarang pengaruh parti politik
dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya.
Anggota Dewan Rakyat bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk
sesuatu kawasan pilihanraya Parlimen, tetapi juga bergantung kepada
pembangunannya. Jika sesebuah negeri itu lebih ramai penduduknya dan
lebih luas kawasannya, sudah tentu negeri itu akan mempunyai lebih
banyak kawasan pilihanraya Parlimen dan dengan itu akan mempunyai
banyak wakilnya bagi Dewan Rakyat. Tidak seperti Dewan Negara, ahliahlinya dari wakil negeri adalah tetap, tidak kira sama ada negeri itu
kecil atau besar dan sama ada jumlah penduduknya ramai atau tidak.
(Aku Dan Negaraku, Mokhtar A. Kadir, 1986: 34)

3.2 KEANGGOTAAN MAJLIS SYURA


Majlis Syura dipilih oleh rakyat. Namun begitu orang kafir boleh mewakili
golongan mereka dan terbatas kepada aduan tentang kezaliman
penguasa ke atas mereka. Bagi golongan wanita, mereka hanya
dibolehkan memberikan pendapat serta idea yang bernas untuk
digunapakai di dalam majlis dalam menyelesaikan sesuatu isu. Bagi
golongan wanita ini mereka tidak berhak menjadi pemimpin dalam
sesuatu majlis terutamanya menerajui pemimpin utama.
Terdapat beberapa syarat keanggotaan Majlis Syura yang telah dikenalpasti
oleh para sarjana Islam setelah melakukan penyelidikan menerusi
amalan yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Antara syarat-syarat
tersebut adalah:a.

Mestilah seorang yang bersifat adalah (al-Muhami


Mahmud, Al-Syura Fi Al-Islam,1976:46).

b.

Tahap keilmuan yang tinggi dalam bidang tertentu. Ini mungkin


merujuk kepada kepakaran seseorang dalam disiplin sesuatu
ilmu. Ini adalah kerana mana mungkin manusia itu boleh
menguasai semua ilmu yang begitu luas(Ibid).

c.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam membuat suatu


polisi atau sekurang-kurangnya pernah terlibat dengan
kepentingan orang ramai. Ini merupakan kriteria yang penting
kerana orang yang berpengalaman merupakan orang yang telah
matang. Walau bagaaimanapun, peringkat kematangan seorang
individu adalah berbeza-beza, bagaimanapun dianggap benarbenar matang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai
anggota Majlis Syura adalah berada dalam tahap umur tiga
puluhan berdasarkan keadaan lazim (Abdullah Munifi, The
Islamic Constitutional Theory,1967 :383).

d.

Menjadi Warganegara, Peruntukan ini adalah bertujuan untuk


mengawasi musuh-musuh bagi sesuatu Negara yang bertujuan
menghancurkan Islam dan umatnya.

4. FUNGSI PARLIMEN DAN MAJLIS SYURA


4.1 FUNGSI PARLIMEN
Parlimen fungsinya hanya membuat undang-undang. Dalam sebuah negara
demokrasi berparlimen umpamanyaMalaysia, Parlimen merupakan
institusi yang paling tinggi kerana salah satu tugasnya ialah membuat
undang-undang dan meluluskan undang-undang. Segala bentuk undangundang yang dikuatkuasakan adalah melibatkan kehidupan kita seharian.
Namun ada juga undang-undang itu tidak terlibat dengan kita secara
langsung tetapi berkaitan juga dengan kehidupan negara kita. Misalnya,
Parlimen meluluskan satu undang-undang bagi mengawal orang asing,
iaitu bukan warganegara daripada bekerja diMalaysia. Sungguhpun ia
hanya melibatkan orang asing, tetapi faedahnya ialah kepada
warganegara atau rakyat Malaysia sendiri. Ini kerana apabila orang asing
ditegah atau dilarang bekerja di negara ini, beerti peluang-peluang
pekerjaan yang dulunya dinikmati oleh rakyat negara asing, sekarang
terbuka kepada rakyat negara ini sendiri. Contohnya hal seperti ini
berlaku semasa Persekutuan Tanah Melayu baru mencapai Kemerdekaan.
Di sini, undang-undang yang diluluskan memberi kuasa kepada sesuatu
jabatan atau badan, kadangkala kepada menteri berkenaan dalam
melaksanakan peraturan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang
itu sendiri. Misalnya, setiap kenderaan bermotor mestilah mempunyai
insuran bagi membolehkan tuan punya kenderaan itu mendapat lesen
cukai jalan. Tanpa cukai jalan, kenderaan berkenaan tidak boleh
menggunakan jalan raya dan tanpa insuran pula tuan punya kenderaan
tidak boleh mendapat lesen cukai jalan. Dalam aspek undang-undang
lalulintas atau ordinan lalulintas, ia memberi kuasa kepada pihak
berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan menyaman atau
mengenakan bayaran kompaun kepada mereka yang melanggar undangundang. Malahan, Mahkamah juga diberi kuasa oleh undang-undang
berkenaan untuk mengenakan hukuman atau denda terhadap mereka
yang disabitkan kesalahan apabila seseorang yang dituduh melanggar
undang-undang tersebut yang mana ia akan dibicarakan di mahkamah.
Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa ahli Dewan Rakyat mewakilkan
rakyat dalam sesuatu pilihanraya. Merekalah mewakilkan rakyat dalam
parlimen semasa membahaskan atau mendebatkan sesuatu rang
undang-undang dan mengemukakan masalah-masalh yang dihadapi oleh
rakyat. Maka disini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sememangnya
Parlimen mempunyai hubungan yang rapat dengan kita semua dalam
kehidupan kita sehari. .(Aku Dan Negaraku, Mokhtar A. Kadir, 1986: 34)
4.2 BAGAIMANA UNDANG-UNDANG DIBUAT DI PARLIMEN?

ISU ATAU KEPUTUSAN


SESEBUAH KEMENTERIAN


RANG UNDANG-UNDANG
DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

BACAAN KALI KEDUA

PERBAHASAN PERINGKAT JAWATANKUASA

RANG UNDANG-UNDANG DILULUSKAN

KE DEWAN NEGARA

DIPERKENANKAN OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG


4.2.1 KEPUTUSAN SESEBUAH KEMENTERERIAN
Sebelum undang-undang dibuat ia terpaksa melalui beberapa proses.
Undang-undang bermula apabila sesebuah kementerian hendak
melaksanakan sesuatu projek atau peraturan baru, maka mereka akan
merangka atau menggubal rang undang-undang mengenai peraturan
yang nak dilaksanakan. Contohnya, badan pencegah dadah hendak
ditubuhkan. Badan ini mempunyai kuasa yang berasingan dari manamana badan seperti Pasukan Polis Diraja atau Badan Kebajikan
Masyarakat. Rangka undang-undang digubal oleh para pegawai
kementerian dengan kerjasama pakar-pakar perundangan dari pejabat
Peguam Negara. Siap sahaja dirangka, ia diserahkan kepada menteri
berkenaan untuk diluluskan sehingga berpuas hati. Kemudian
dibentangkan di dalam Jemaah Menteri.
4.2.2 RANG UNDANG-UNDANG DIBENTANGKAN DI PARLIMEN
Apabila rang undang-undang selesai dibincangkan di peringkat Jemaah
Menteri, barulah rang undang-undang itu dikemukakan kepada Parlimen
dan ditentukan samada dibentangkan kepada Dewan Rakyat atau Dewan
Negara terlebih dahulu. Kebiasaannya, rang undang-undang
dibentangkan di Dewan Rakyat kemudian barulah dikemukakan ke
Dewan Negara. Rang undang-undang yang dibentangkan merupakan
bacaan kali pertama.
4.2.3 BACAAN KALI KEDUA
Pada peringkat ini, perbahasan akan dijalankan dalam dua peringkat. Dalam
peringkat pertama rang undang-undang dibahaskan secara am,
menyentuh tentang dasar rang undang-undang. Peringkat kedua
dilakukan dalam peringkat jawatankuasa. Kemudian perbahasan
digulungkan dalam parlimen dalam membahaskan sesuatu undangundang.
4.2.4 PERBAHASAN PERINGKAT JAWATANKUASA
Di peringkat ini, jawatankuasa akan membincangkan rang undang-undang
itu dengan memberikan tumpuan kepada fasal-fasal dalam rang undang-

undang itu sahaja. Kemudian speaker akan memberitahu ahli-ahli Dewan


jika ada ahli yang ingin membuat teguran atau pindaan dan
membahaskannya. Segala perbahasan mestilah tidak terkeluar dari fasal
atau seksyen rang undang-undang yang dibahaskan.
4.2.5 RANG UNDANG-UNDANG DILULUSKAN
Di sini, semua peringkat dibacakan untuk kali ketiga dan diluluskan. Di sini
speaker akan meminta persetujuan daripada ahli Dewan beramai-ramai.
Jika terdapat tiada persetujuan hanya seorang ahli sahaja, maka speaker
memberi keputusanya hendaklah dipersetujui kerana mengikut suara
majoriti.
4.2.6 KE DEWAN NEGARA
Ini merupakan medan tpenghujung rang undang-undang itu dibahaskan oleh
para senator. Segala pengucapan dan prinsip undang-undang hendaklah
diperjelaskan seperti yang dibuat oleh Dewan Rakyat. Adakalanya
perbahasan mengambil masa beberapa hari untuk dihabiskan contohnya
dalam rang undang-undang pembekalan.
4.2.7 DIPERKENANKAN
Di peringkat akhir ini. Yang di-Pertuan Agong akan berkenan
menandatangani rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen itu.
Setelah mendapat perkenan diraja, rang undang-undang kini menjadi
undang-undang dan diwartakan dalam warta kerajaan. Setelah itu semua
rakyat hendaklah mematuhi dan menjunjung tinggi undang-undang itu.
4.3 FUNGSI MAJLIS SYURA
Sesungguhnya bidang Majlis Syura amat luas. Ianya hanya berlandaskan
dalam satu majlis sahaja iaitu Syura yang mana meliputi segala aspek
kehidupan manusia. Majlis Syura digunakan bagi membincangkan
permasaalahan yang berkaitan pentadbiran, kehakiman dan
perundangan.
Ianya juga berkait rapat dengan masalah-masalah fiqh seperti ibadah,
jenayah, perkahwinan, perniagaan, perwarisan.
Di dalam Majlis Syura ahli-ahli keanggotaan tidak mempunyai
kekebalan seperti di Parlimen. Mereka hanya bersuara atas hak
semata-mata dan tidak boleh bercakap yang bukan-bukan
seperti yang dilakukan di Parlimen. Mereka juga tidak bebas
dalam menyampaikan sesuatu pandangan dalam perbahasan. Ini
kerana semuanya hanya berlandaskan kehendak Islam sematamata.(Mempelajari Undang-Undang, Glanville Williams, 2004: 39)
4.4 BAGAIMANA PENDAPAT DISEPAKATI DALAM MAJLIS SYURA?
Dalam Majlis Syura, tiada undang-undang yang digubal seperti yang
dilaksanakn oleh Parlimen. Mereka hanya membahaskan sesuatu isu
dengan berlandaskan pendapat yang disepakati mengikut kehendak

Islam. Di sini juga mereka bermuhasabah dalam menangani beberapa


masalah contohnya kezaliman seseorang pemerintah. Mereka berbincang
dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan melontarkan
pandangan masing-masing mengikut nas dan syarak. Mereka juga
mengambil serius terhadap kakitangan awam dalam majlis itu sendiri jika
terdapat kelakuan penyelewangan atau tidak amanah dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Di sini kita dapat lihat Majlis Syura hanya mengemukakan pendapat,
bermuhasabah serta melaporkan kezaliman pemerintah semata-mata.
Dan bidangkuasanya amatlah terhad dan terbatas.
5. KESIMPULAN
Jika diperhatikan sejak berkurun-kurun lamanya masalah corak pemerintahan
dan pentadbiran yang sesuai untuk sesuatu negara telah diperdebatkan.
Semuanya mestilah berdasarkan sesuatu undang-undang yang boleh
dipakai bersama agar semua rakyat tidak bertelagah dan mengamalkan
sikap tolenrasi dalam setiap perkara atau isu yang berbangkit. Setiap
kerajaan dipertanggungjawabkan untuk membawa kemakmuran dan
kemewahan kepada rakyat jelata secara am. Hakikat ini ada kaitan
dengan hubungan kita dengan Parlimen dan satu Majlis Syura. Ini kerana,
kita sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan dua institusi
ini dalam kehidupan sehari-hari. Kedua-dua institusi inilah yang
mengawal selia kita dalam memacu kehidupan kita berlandaskan
undang-undang dan syariat. Ia juga memberi hak untuk kita bersuara dan
melemparkan pandangan sekiranya muncul sesuatu isu yang timbul yang
akan menggugatkan kesejahteraan sejagat. Berdasarkan Parlimen
sendiri, mana-mana ahli yang terlibat boleh mengubal rang undangundang mengenai peraturan yang nak dilaksanakan demi kebaikan
rakyat. Begitu juga dalam Majlis Syura di mana konsep bersuara dalam
majlis diterjemahkan bagi mengelak kezaliman yang dilakukan oleh
pemerintah umpamanya walaupun ia tidak mempunyai kekebalan dalam
mengubal undang-undang seperti di dalam Parlimen.
Secara kesimpulannya terdapat perbezaan antara Parlimen dan Majlis Syura
dalam di bawah sistem pemerintahan di negara ini. Antara perbezaannya
adalah dari segi fungsi, keanggotaan, status dalam majlis atau dewan,
serta komposisi masing-masing. Namun begitu antara persamaan
Parlimen dan Majlis Syura yang saya dapat lihat adalah matlamat antara
dua institusi ini adalah sama iaitu untuk menjaga keharmonian rakyat,
mengawal ketenteraman serta menjaga kebajikan rakyat agar adil dan
sempurna.
Maka jelasalah sistem pemerintahan di Negara kita mempunyai sistem yang
memberikan hak kepada semua rakyat untuk hidup bersatu dan aman.