Anda di halaman 1dari 24

PENDIDIKAN ISLAM

GPI 1083

LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN DAN


PENGUKUHAN AKIDAH

MAKNA AQIDAH
Sesungguhnya aqidah dan
keimanan adalah kepercayaan
yang meresap ke dalam hati,
dengan penuh keyakinan, tidak
bercampur syak dan ragu, serta
memberi pengaruh kepada
pandangan hidup, tingkah laku
dan perbuatan sehari-hari.

Akidah dari segi bahasa bererti


simpulan iman ataupun pegangan
yang kuat atau satu keyakinan yang
menjadi pegangan yang kuat
Akidah dari sudut istilah
kepercayaan
yang
pasti
keputusan yang muktamad
bercampur
dengan
syak
keraguan pada seseorang
berakidah sama ada akidah

ialah
dan
tidak
atau
yang
yang

Akidah Islam ialah :


Kepercayaan dan keyakinan terhadap
Allah serta beriman dengan namanamaNya dan segala sifat-sifatNya juga
beriman dengan adanya malaikat, kitabkitab, para Rasul, Hari Akhirat dan
beriman dengan taqdir Allah sama ada
baik atau buruk termasuk juga segala
apa yang datang dari Allah.
Seterusnya patuh dan taat pada segala
ajaran dan petunjuknya. Oleh itu,
akidah Islam ialah keimanan dan

RAMUAN KEPADA AQIDAH MANTAP


Tahap terbaik adalah tahap yakin
yang teguh, tidak dapat digugat
oleh apa jua faktor, menjadi kukuh
kerana taat dan runtuh kerana
maksiat. Iman yang teguh mesti
dibaja dan disuburkan dengan ilmu
yang berguna (al-ilm al-nafi), iman
yang
benar
(al-iman
alsadiq),ibadah
yang
ikhlas
(al-ibadah
al-khalisah),
peribadi
yang mantap (al-khuluq al-qawim)
akan
melahirkan
buah
yang

LANGKAH- LANGKAH
PENCEGAHAN DAN
PENGUKUHAN AQIDAH

LANGKAH PENCEGAHAN PENYELEWENGAN AQIDAH


Antara langkah-langkah mudah yang boleh
diamalkan untuk memelihara akidah dari
terpesong ialah:
Mempelajari asas aqidah berdasarkan pada
al-Quran dan As-Sunnah
Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuan
dalam bidang akidah
Membina
ketahanan
akidah
dengan
memperbanyakkan doa
Menjauhkan
diri
daripada
orang
yang
mengamalkan ajaran sesat
Menunaikan
perintah
Allah
dan
meninggalkan segala larangannya..
Mendekatkan diri dengan program-program

LANGKAH PENGUKUHAN AQIDAH


Istiqamah dalam beriman dan beribadah :
Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam
segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan
pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya
iaitu tidak berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun
terdapat pelbagai godaan dan rintangan.
Berkata al-Qadhi Iyadh rhm; Hadis ini antara ungkapan yang
ringkas dan padat. Dari Rasulullah s.a.w.. Sesungguhnya orangorang yang berkata; Tuhan kami adalah Allah dan kemudian
mereka beristiqamah di mana mereka tidak berpaling dari tauhid
dan berterusan pula mereka beriltizam mentaati Allah S.W.T.
hinggalah mereka menemui kematian di atas iman dan istiqamah
tersebut
Jadi Istiqamah menurut Qadhi Iyadh ini ialah; tetap teguh di atas
landasan tauhid dan mentaati Allah hingga menemui ajal. (Syarah
Sahih Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 2, kitab al-Iman)

2. IKHLAS DALAM SEGALA URUSAN

Ikhlas bermaksud setiap kata-kata,


perbuatan,
dan
amalan
adalah
kerana Allah s.w.t.
Abu Zar r.a berkata. Ada seseorang
bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
Bagaimanakah tentang seseorang
yang
berbuatkebajikan, lalu ada orang
memujinya,
sedangkan niatnya ikhlas kerana
Allah?.
Baginda menjawab: itu adalah

3. BINCANGKAN ISLAM MELALUI PENGAJARAN


MODEN

Ilmu Islam adalah pembuka kepada ilmu-ilmu


lain. Menyampaikan bidang ilmu yang diajar
bersama dengan ilmu aqidah Islam. Al-Quran
dijadikan sumber rujukan utama kerana di
dalamnya mengandungi fakta-fakta saintifik yang
tidak ada dalam kitab suci yang lain. Melalui
penggunaan kaedah pengajaran moden yang
digunapakai pada zaman ini, ilmu aqidah dapat
disampaikan secara langsung dan pendekatan
saintifik terhadap Al-Quran akan lebih menarik
minat pelajar untuk mengkajinya.
Selain ilmu sains, Al-Quran juga harus menjadi
sumber rujukan utama bagi bidang-bidang sosial
lain seperti perundangan, ekonomi dan sistem

4. MENANAMKAN AQIDAH DALAM DIRI ANAKANAK

Sejak anak itu pandai bercakap (lebih kurang


umur dua tahun), ibu bapa sudah boleh
mengajar mereka mengucapkan kalimahkalimah seperti berikut:
a) Bismillah - sebelum makan, minum dan
membuat
kerja-kerja
lain.
b) Alhamdulillah - selesai makan atau
minum.
c) Astagfirullah - ketika terlanjur membuat
kesalahan.
d) Allahu Akhbar - ketika melihat peristiwa
mengkagumkan.

5. MENYEMAI KEFAHAMAN AQIDAH SECARA TIDAK


LANGSUNG.

Ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh


anak-anak dengan membuat perkaitan
antara aktiviti harian dengan ilmu aqidah:
a) setiap kali makan bersama tanamkan
dalam jiwa anak-anak bahawa rezeki yang
ada adalah pemberian Allah s.w.t
b) apabila melihat bencana yang berlaku di
luar negara di kaca televisyen, ceritakan
bahawa azab Allah s.w.t. di akhirat nanti
lebih bera
c) semasa memakai kasut, ajarkan supaya
memulakan dengan kaki kanan kerana

6. IKHLAS MEMPERBANYAKKAN AMALAN


SUNNAT

Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah


yang boleh kita lakukan antaranya:
Melakukan banyak perkara sunat seperti
membaca Al Quran, solat tahajud dan
bersedekah. Aktiviti sebegini, menenang dan
mententeramkan jiwa dan hati.
Keadaan ini akan menggalakkan diri kita
untuk menambahkan amalan-amalan sunat
dan dalam masa yang sama akan dapat
mengukuhkan aqidah.
Walaupun perkara ini bukan mudah untuk
dilakukan, tapi dengan melakukan dengan
permulaan yang sedikit dan melakukannya

7. SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN

Sentiasa memohon keampunan kepada Allah


SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang.
Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti
sama ada kita melakukan dosa atau tidak.
Contohnya, dalam melakukan amalan seperti
Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya.
Jadi
ini
boleh
mendatangkan
dosa
atau
sekurang-kurangnya
akan
mengurangkan
pahala.
Jadi langkah yang terbaik adalah dengan
sentiasa memohon keampunan kepada Allah
SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi
Muhammad SAW yang maksum dari melakukan
dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita

8. MEMPERBANYAKKAN ILMU PENGETAHUAN


DUNIAWI DAN AKHIRAT

Selain itu, kita mestilah sentiasa mendalami


pengetahuan dan ilmu keagamaan agar pengaruhpengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita.
Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita
tidak
terlepas
daripada
menerima
pelbagai
pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya
sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik,
bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka
itu digunakan untuk membuatkan diri mereka
terkenal.
Ada segelintir manusia yang terlalu pandai
menganggap mereka sebagai tuhan, rasul dan
utusan-utusan
tuhan.
Dengan
mendalami
pengetahuan agama, kita mampu
menepis
kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam
masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta

CIRI-CIRI KEPIMPINAN SEORANG


PENDIDIK UNTUK MENCEGAH
PENYELEWENGAN AKIDAH.

1. Hubungan dengan Allah s.w.t.

Pendidik hendaklah mempunyai hubungan


yang erat dengan Allah s.w.t. Keadaan ini
dapat memberi keyakinan yang kukuh
kepada
pendidik
dan
guru
dalam
menghadapi rintangan dalam kehidupan.

Dalam mendidik dan mengajar orang yang


mempunyai pelbagai karenah, tingkah laku,
tabiat, latar belakang dan sebagainya,
seorang pendidik mesti bersabar dan
tenang.

Orang berilmu, mahir dalam ilmu agama dan


beramal serta dekat hubungannya dengan
Allah adalah seorang yang mampu mendidik
manusia ke arah jalan yang benar.

2.MENGAWAL HAWA NAFSU.

Pendidik perlu membaiki dirinya sendiri dan


mengawal hawa nafsunya. Pendakwah perlu
membaiki dirinya terlebih dahulu. Contohnya,
seorang pendakwah ingin membaiki seseorang
daripada sifat bakhil.

Perkara yang penting bagi para pendidik Islam


ialah mendalami dirinya sendiri dan seterusnya
mengubati atau membaiki kelemahan-kelemahan
yang terdapat dalam dirinya.

Hanya dengan cara itu pendidik dapat menjadi


contoh yang baik kepada orang lain dan sekaligus
menyebabkan orang lain mematuhi apa yang

3. KEYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN MENDAPAT KEPERCAYAAN MASYARAKAT.

Pendidik hendaklah meyakini dirinya sendiri, agamanya


dan segala prinsip yang didakwahkannya.

Pendidik perlu menjadi seorang manusia yang berhemah


tinggi, mengasihani, menjaga hati orang lain, masyhur
dengan kelakuan mengikut al-Quran dan al-sunnah serta
beramal dengan kedua-duanya.

Pendidik juga perlu mahir dalam ilmu usul tauhid serta


mengetahui dalil dan hujah, menjadi sebagai doktor yang
bijak mengubati penyakit jiwa manusia dan mampu
menjadi penawarnya.

Dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada diri pendidik,


dia dapat dipercayai oleh masyarakat ketika menyampai
ajaran Allah dan RasulNya serta masyarakat tidak

4. MENCINTAI DAKWAH DAN SEMANGAT BERKORBAN


UNTUK MELAKSANAKAN DAKWAH.

Sifat ini adalah antara sifat yang patut


dimiliki
oleh
seorang
pendidik.
Ia
menunjukkan
kecintaan
pendakwah
terhadap tugasnya tanpa berbelah bagi.
Dakwah merupakan jalan yang benar dan
ia tidak akan meninggalkan dakwah
tersebut dengan begitu sahaja.

5. LUHUR DAN DIHORMATI.

Untuk menyampaikan ilmu agama dengan berkesan


pendidik perlu memiliki sifat yang luhur dan tidak mudah
terpengaruh
dengan
orang
lain.
Dengan
sifat
sedemikian. beliau akan sentiasa dihormati.

Seorang bangsa Arab pernah bertanya kepada seorang


lelaki penduduk Basrah tentang ketua mereka. Lelaki itu
menjawab, Hassan al-Basri. Lelaki Arab itu bertanya
lagi, Bagaimana dia mengetuai kamu semua? Lelaki itu
menjawab, Manusia berhajatkan ilmunya, tetapi dia
tidak mengingini balasan (wang) daripada mereka.

Ini menunjukkan pendidik tidak boleh mendahulukan


kehendak atau kemahuan dirinya sendiri serta bersifat
mementingkan diri sendiri.

Pendidik juga haruslah mempunyal sifat pemaaf dan


menyedari bahawa setiap manusia melakukan kesalahan

6. SABAR DAN TABAH MENGHADAPI


KESUSAHAN.

Banyak halangan dan masalah yang perlu


dihadapi seperti musuh-musuh Allah yang
bertujuan menjauhkan mereka daripada Allah.

Allah s.w.t. menguji kesabaran dan ketabahan


para pendidik dengan memberi kesusahan dan
ujian ketika ia melaksanakan tugasnya. Ujian
tersebut adalah untuk membuktikan keikhlasan
pendidik terhadap Allah s.w.t. dan membersihkan
dirinya daripada perkara syubhah (buruk).

Nabi Nuh a.s. contohnya, tinggal bersama-sama


dengan kaumnya lebih kurang 950 tahun,
menyeru kaumnya ke jalan Allah tetapi mereka
menutup telinga dan menyelubungi diri mereka
dengan pakaian supaya mereka tidak mendengar
dakwah yang disampaikan. Mereka tetap degil.

7. TAWADHU.
Tawadhu merupakan salah satu akhlak mulia yang
perlu dimiliki oleh setiap pendakwah.
Sifat tawadhu adalah lawan bagi sifat takbur.
Maksiat pertama yang berlaku selepas Allah
mencipta nabi Adam ialah sifat takbur yang
menyebabkan iblis telah dihalau dari syurga Allah.
Tawadhu adalah sifat rendah diri dan berkasih
sayang terhadap sesama muslim. Sifat ini dapat
membantu pendakwah menyatupadukan umat
Islam dan menyuburkan perasaan kasih sayang.
Segala tutur kata, perlakuan dan sifat-sifat
mahmudah yang terpancar daripada pendakwah
akan membuatkan ia disenangi dan menjadi
contoh yang baik. Apabila pendakwah disenangi
oleh orang lain, maka dakwahnya akan mudah
diterima dan berkesan.

8. PENYANTUN

Pendakwah selalu bertemu dengan manusia yang


mempunyai pelbagai perangai dan ragam yang
berbeza. Pendakwah yang memiliki sifat penyantun
akan berhadapan dengan manusia sebegini dengan
hati yang terbuka dan berinteraksi dengan setiap
orang dengan cara yang berkesan dan bermanfaat.
Seseorang pendakwah itu perlu bersopan-santun
apabila berhadapan dengan kejahilan orang yang
jahil. Seseorang yang memiliki sifat ini tidak
menggunakan kezaliman apabila mempertahan
haknya.

Modal pendakwah ialah modal agama, pendidikan


yang betul dan kebijaksanaan, rasa tanggungjawab
untuk mengetahui tabiat manusia, masyarakat dan
alam
sekitar
serta
mempunyai
kesungguhan
meneroka disiplin ilmu sesuai aktiviti dakwahnya.
Pendakwah amar makruf dan nahi munkar mesti